Rabu, 3 April 2013

09 di permatang pauh - Google Blog Search

09 di permatang pauh - Google Blog Search


AIDC » Anwar Umum Tidak Bertanding <b>Di Permatang Pauh</b>

Posted: 20 Mar 2013 01:28 AM PDT

AIDCNews – 20/03/13 – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan Sinar Harian membuat pengumuman untuk tidak mempertahankan kerusi parlimen Permatang pauh yang pernah disandangnya sebaliknya berhasrat untuk bertanding semula di Perak atau Selangor.

"Saya belum buat keputusan kerana ada cadangan yang meminta saya turun (bertanding) di Perak atau Selangor.

"Tetapi saya sedang menimbang untuk turun ke Perak," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

Difahamkan, Anwar kini mencari kawasan yang jumlah pengundi antara Melayu dan bukan Melayu hampir sama berbanding dengan majoriti pengundi di Permatang Pauh yang didominasi pengundi berbangsa Melayu dengan 69.4 %, diikuti bangsa Cina 24.5 % dan bangsa India hanya 6 % manakala lain-lain adalah 0.1 %.

Anwar memenangi kerusi Permatang Pauh menerusi pilihan raya kecil pada Ogos 2008 selepas dikosongkan oleh isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ketika diminta mengulas mengenai pengganti kerusi Parlimen Permatang Pauh, Anwar menjelaskan, beliau sedang meneliti beberapa nama calon untuk diletakkan di kawasan itu.

Anwar juga turut mengesahkan, anaknya, Nurul Izzah akan kekal bertanding di Lembah Pantai.

Tiada ulasan:

Catat Komen