09 di tanjung bungah - Google Blog Search |
BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung bungah</b> - Google Blog Search Posted: 14 Apr 2013 01:51 PM PDT Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| ||
UMNO Online - Kerajaan DAP P. Pinang Arah Roboh Sekolah <b>...</b> Posted: 20 Jul 2010 05:38 PM PDT Kategori Berita PilihanKerajaan DAP P. Pinang Arah Roboh Sekolah Tentera Udara Tanjung Bungah
Ketua Menteri Lim Guan Eng mendakwa, notis mengenainya telah dikeluarkan kerana kementerian itu menjalankan projek Sekolah Iktisas Tentera Udara (SITU) tanpa mendapat kebenaran Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). "Pada Disember tahun lalu, beberapa penduduk membuat aduan mengenai kerja memasang cerucuk besi di kawasan itu dan majlis perbandaran telah mengeluarkan notis amaran. "Kemudian Mac lalu, majlis perbandaran sekali lagi menerima aduan bahawa kerja memasang cerucuk besi itu masih diteruskan termasuk pada cuti umum dan menghantar semula surat ke kementerian itu, memberitahu mereka mengenai keperluan untuk memohon kebenaran pembinaan. "Kes itu turut dirujuk kepada penasihat undang-undang negeri (Datuk Faiza Zulkifli)," katanya pada sidang media di sini pada Selasa. Kata Guan Eng, Yang Dipertua MPPP, Patahiyah Ismail sudah memaklumkan kepada kementerian itu termasuk Ketua Setiausaha, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah pada 31 Mac lalu bahawa tindakan akan diambil jika pembinaan itu tidak dihentikan. Beliau berkata majlis perbandaran telah menghantar notis kepada kementerian itu pada 6 Jun lalu mengikut seksyen 70 (1) Akta Jalan, Saliran dan Bangunan 1974 supaya pembinaan itu dirobohkan dalam tempoh 30 hari. Pemeriksaan mendapati kerja pembinaan itu sudah mencecah empat tingkat. Ketinggian bangunan itu tidak diketahui memandangkan pelan tidak dihantar kepada majlis perbandaran. Guan Eng menyalahkan Pegawai Kemajuan Negeri, Nik Ali Nik Yunus kerana gagal berbuat sesuatu walaupun berulang kali dimaklumkan mengenai masalah itu. "Memandangkan Nik Ali tidak melakukan tugasnya iaitu memantau projek itu, kami terpaksa menghubungi kementerian kerana ia melibatkan tanah persekutuan," katanya. – MStar/MediaUMNO Berita Bertarikh Pada 21 July 2010 8:38 AM |
You are subscribed to email updates from di tanjung bungah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan