Selasa, 28 Mei 2013

09 di balik pulau - Google Blog Search

09 di balik pulau - Google Blog Search


Tak Ada Lesen Kereta, Punca Anwar Ketepikan Yusmadi <b>Di Balik</b> <b>...</b>

Posted: 16 Apr 2013 06:08 AM PDT


Tindakan Anwar Ibrahim meletakkan calon bukan orang tempatan di Balik Pulau untuk menggantikan penyandang Ahli Parlimen Yusmadi Yusoff terus mendapat tentangan dari pengundi-pengundi Balik Pulau sendiri. Terbaru, kira-kira 70 orang penduduk Balik Pulau mengadakan protes secara terbuka terhadap pimpinan tertinggi PKR yang dikatakan membelakangkan kehendak dan keperluan masyarakat di kawasan parlimen tersebut.
Tindakan Anwar tidak mengendahkan ketidakpuasan hati penduduk Balik Pulau juga dilihat sebagai satu penghinaan kepada pengundi-pengundi yang merasakan Anwar Ibrahim hanya mementingkan diri sendiri dan rakan-rakan rapat beliau semata-mata. Anwar dalam ceramahnya minggu lepas mengumumkan calon bidan terjun yang tidak dikenali di Balik Pulau.
Jelas di sini, tidak ada tempat di dalam PKR untuk mereka yang mempunyai gaya kepimpinan yang bersih dan tidak banyak masalah seperti Yusmadi. 
Gaya kepimpinan yang bersih, pandai cakap tapi tak pandai buat kerja pun masalah juga. Yusmadi ni jarang balik kawasan. Almaklumlah, takde lesen kereta. 

Tiada ulasan:

Catat Komen