09 di tanjung tokong - Google Blog Search |
Tari Cafe <b>Tanjung Tokong</b> | JuadahMalaysia.com Posted: 25 May 2013 07:30 PM PDT Dah jemu pekena nasi kandar bila mai Penang? Apakata korang tukar selera makan nasi campur pula. Kali ni daku nak bawa korang makan2 di Tari Cafe, Tanjung Tokong. Lokasi ni menjadi satu nostalgia buat mr suami kerana pada zaman kecil2nya dulu beliau pernah menetap di sini bersama arwah bondanya. Daku pernah dibawa oleh mr suami utk meninjau tapak kediaman arwah bonda dulu, namun hampa krn kini kawasan ini sedang pesat membangunan dgn binaan bangunan & kondo2 mewah.. Nasib baik kedai makan yg kami pergi ni masih utuh perniagaannya walau di tengah kepesatan bangunan2 tinggi. inilah Tari Cafe terletak di Jln Tanjung Tokong. Kalau dari Gurney Drive korang akan jumpa Island Plaza sblh kanan, ada simpang 4 trafick light jalan terus lagi beberapa meter akan nampak restoran ni sebelah kiri. Kalau korang jalan terus lagi, jalan tu akan menuju ke Batu Feringgi. kalu tak silap daku ada 30-40 jenis lauk2 yg terdapat di sini (gambar susah nak snap pulak masa nih). selain itu juadah minum ptg pun dah siap di sajikan antaranya laksa, behun sup, pecal dll. Memandangkan kami tiba sini agak lewat tengahari, maka nasi berlauk lah yg menjadi santapan utama kami. Sib baik lauk2 masih byk lagi… Kebetulan masing2 perut tengah lapor gilerr.. laju je ambik lauk dan laju je kami makan. tak pandang kiri kanan.. walaupun begitu, gambar makanan tetap sempat utk di snap..heh Klik..klik… ni hidangan nasi daku punye. lauk daging, sayur, kuah2 & kentang goreng
jeng..jeng..jeng… Nie pula menu kepunyaan mr suami. eh..eh.. mana nasi dia? udah tenggelam dgn lauk-pauk yg banyak tuh..hehe… mcm tamak kan? takpe-takpe, lepas tu daku pau juga lauk beliau nnti see… habis juga kan ! Alhamdulillah Syukur nikmat Tengah siap2 nak balik, tiba-tiba hujan turun dengan selebatnya. Kami terpaksa menunggu lg di Tari Cafe dlm tempoh agak lama. sambil2 tu mr suami dok jeling2 apa lagi menu minum ptg yg boleh dicuba. nampak pulut sekaya nih.. apa lagi… mr suami ambik semanggkuk pulut tu.. byk pulak dibubuhnya.. adeh la.. perutku dah tak boleh nak masuk apa2 lagi. mr suami yg makan sorang2. Licin dia makan sampai dah tak leh bangun dari kerusi.. Apa-apa pun kami sangat berpuas hati dgn menu masakan di sini. 4/5 bintang daku berikan. Harganya juga masih berpatutan. Semua sekali makanan termasuk minuman (2 gelas) berharga RM26 sahaja. Ok la tu kan..kan… |
Pisau Kedah: Hot ! Pakatan Haram Tuduh Orang Melayu <b>Tanjung</b> <b>...</b> Posted: 27 May 2013 10:29 PM PDT Dasyat gila alasan yang di berikan oleh Pengarah Pilihan Raya Pakatan Haram kawasan Bukit Bendera, Saiful Lizan Yusof setelah DAP kalah di Tanjung Tokong. Dalam kenyataan akhbar yang di berikan Saiful Lizan... Mangkuk ayun ni kata " Habuan berbentuk wang dan kebendaan kepada orang Melayu menjadi faktor kekalahan calon DAP kepada calon Gerakan di Tanjung Tokong. Memang bodoh la alasan yang di berikan mangkuk ayun si Saiful Lizan ni .. Kalau tempat Pakatan Haram kalah, alasannya semua pengundi di beli dengan habuan... Tempat yang di menangi Pakatan Haram semuanya di menangi dengan secara telus.. Yang Pisau Kedah rasa sakit hati apabila mangkuk ayun ni menuduh seolah-olah martabat bangsa Melayu ni cukup rendah, hanya boleh di beli dengan wang ringgit dan kebendaan sedangkan kaum cina yang majoritinya memberi undi kepada DAP tidak pulak di kritiknya... Memang si Saiful Lizan ni jenis Melayu yang tak sedaq diri. Saiful Lizan patut sedaq bahawa penduduk di Tanjung Tokong terutamanya yang berbangsa Melayu menolak calon DAP bukan di sebabkan wang ringgit atau kebendaan... Penduduk Tanjung Tokong menolak calon DAP di sebabkan mereka merasa kedudukan mereka di Tanjung Tokong tidak selamat sekiranya memilih calon yang di letakan DAP berbanding calon yang di letakan Gerakan.. Inilah sikap sebenar Pakatan Haram.. Kalau kalah di salahkan orang lain.. Kalau menang pulak di katanya rakyat membuat pilihan yang betul.. |
You are subscribed to email updates from di tanjung tokong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen