Ahad, 28 Julai 2013

09 di nibong tebal - Google Blog Search

09 di nibong tebal - Google Blog Search


Insiden Letupan <b>Di Nibong Tebal</b> – Suspek Dipercayai Belajar Dari <b>...</b>

Posted: 26 Apr 2013 06:54 PM PDT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak menolak kemungkinan suspek terlibat dalam kejadian meletupkan kawasan kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Nibong Tebal, Pulau Pinang dan Sekinchan, Selangor, baru-baru ini, cuba mempelajari apa yang berlaku dalam kejadian serangan dan pengeboman semasa proses pilihan raya negara jiran.

"Polis sedang mempertingkatkan risikan mengenal pasti dalang sebenar yang mengupah serta mengarah pelaku menimbulkan keadaan kekecohan dan huru-hara semasa berkempen.

"Kita tidak akan berkompromi dalam soal isu membabitkan sesuatu yang boleh mengancam keselamatan masyarakat, tidak kira dia dari parti mana sekalipun hukuman dan tindakan tegas akan dikenakan mengikut peruntukan undang-undang," katanya.

Khalid juga berharap agar rakyat menjadikan iktibar dengan apa yang menimpa penduduk di negara jiran selepas beberapa siri letupan dan serangan pihak tidak bertanggungjawab sehingga mengakibatkan pihak tidak berdosa terkorban.

"Jangan bawa masuk budaya meletupkan kawasan awam seperti yang sering berlaku di negara jiran, demi keharmonian dan ketenteraman awam negara ini,' katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf, pelbagai kesalahan sepanjang tempoh seminggu kempen PRU13 antaranya, kes ugutan ke atas seorang calon di Kuala Kubu Baru, Selangor, baru-baru ini.

"Calon dipercayai diugut untuk membayar RM30,000 kepada sekumpulan individu sekiranya ingin menang dalam PRU13," katanya.

Katanya, PDRM turut menerima laporan kes ugutan bunuh yang diterima Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, pada jam 5.40 petang, 22 April lalu yang dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh individu yang tidak dikenali.

"Kami menerima laporan daripada mangsa, kelmarin. Kes itu masih dalam siasatan," katanya.

Menurutnya, pihaknya juga menerima laporan kejadian pergaduhan dan merosakkan poster calon bertanding di Rembau, Kuching, Jertih, Tampin dan Menglembu. – Sinar Harian

Jangan lupa klik like kat bawah dan share kepada kawan-kawan lain :)

Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
Insiden Letupan Di Nibong Tebal - Suspek Dipercayai Belajar Dari Negara Jiran, 10.0 out of 10 based on 1 rating

Incoming search terms:

  • 17 tahun negara jiran
  • jiran
  • kejadian kempen pru 13 terkini di penang
  • nibong tebal kawasan panas
  • pru 13 di nibong tebal
Artikel- Artikel Pilihan..

Tiada ulasan:

Catat Komen