Sabtu, 24 Ogos 2013

09 di balik pulau - Google Blog Search

09 di balik pulau - Google Blog Search


Suara 1 Umno: UMNO <b>Balik Pulau</b>: Ada perebutan jawatan tertinggi <b>...</b>

Posted: 20 Jul 2013 03:42 PM PDT

Mulai 15 Julai 2013 semua Cawangan UMNO diarahkan untuk mengadakan Mesyuarat Agong masing-masing. Selepas 30 Ogos 2013, bermula pula Mesyuarat Pemilihan UMNO Bahagian, sayap-sayap UMNO dan juga pemilihan MT UMNO Pusat.
Untuk mengatasi politik wang, UMNO Pusat telah memberi peluang kepada puluhan ribuan perwakilan UMNO membuat pemilihan MT UMNO termasuk Presiden, Timbalan Presiden serta Naib Presiden. Nampaknya format pemilihan kali ini begitu sukar berlakunya politik wang. 
Bercakap pasal pemilihan pemimpin UMNO di mana-mana akan ada berlakunya pertandingan merebut jawatan. Sudah tentu akan ada yang menang tanpa bertanding dan ada yang menang melalui pertandingan dua penjuru atau tiga penjuru.
Situasi politik UMNO di Balik Pulau mempunyai cerita tersendiri yang agak menarik. Ketua UMNO Bahagian, DS Dr. Hilmi sudah tentu akan mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian. Sesiapa yang menjadi ahli Parlimen Balik Pulau, akan menjadi Ketua Bahagian melalui suatu persetujuan bersama antara Ketua Bahagian, Timbalan dan Naib Ketua Bahagian ketika mereka bersaingan menjadi calon parlimen dalam PRU13 baru-baru ini.

Dengan itu boleh disahkan bahawa YB Muhammad Farid, Naib Ketua Bahagian dan mantan DUN Bayan Lepas, Timbalan Ketua Bahagian tidak akan mencabar DS Hilmi untuk jawatan Ketua UMNO Bahagian. Yang jelas, Syed Ameruddin nampak berasa patah hati dengan parti dan kerajaan. Pemimpin yang begitu bersih, disenangi rakyat, banyak jasanya, tidak pandai membodek dan meminta-minta dipandang sepi tanpa diberi sebarang jawatan dalam agensi-agensi kerajaan. 

Beliau tidak diberi peluang untuk meneruskan kerjaya politiknya. Beliau 'ditalqinkan' melalui perebutan antara 3 pemimpin tertinggi UMNO Balik Pulau sendiri. Sebenarnya beliau bukan pemimpin yang kalah dalam PRU13 tetapi tidak diberi peluang atau tiada rezeki sebaliknya ada pemimpin BN yang kalah  dalam PRU13 masih diberi peluang berada dalam parti dan agensi-agensi kerajaan. Inilah yang sedang berlaku! Lupakan seketika perkara itu.

Kemungkinan besar Syed Ameruddin, Timbalan Ketua UMNO Bahagian sekarang akan menarik diri ataupun meletak jawatan sebelum Mesyuarat Pemilihan Umno Bahagian berlangsung. Jika telahan ini menjadi realiti, sudah pasti akan berlaku kekosongan jawatan Timbalan Ketua Bahagian dalam pemilihan UMNO Bahagian Balik Pulau pada kali ini. Siapakah bakal pemimpin UMNO yang akan menduduki kerusi Timbalan Ketua Bahagian? Dan apakah akan ada MOU antara pemimpin UMNO atau akan ada perebutan jawatan itu maka para perwakilan UMNO yang bakal tentukan nanti.
 

Tunggu!! Nak makan sahur dulu...nanti kita sambung cerita ini!

Tiada ulasan:

Catat Komen