Rabu, 14 Ogos 2013

09 di tanjung tokong - Google Blog Search

09 di tanjung tokong - Google Blog Search


Surau <b>Tanjung</b> Sutera Resort dijadikan <b>tokong</b> cetus kemarahan <b>...</b>

Posted: 11 Aug 2013 09:11 PM PDT

KUALA LUMPUR — Tindakan sekumpulan penganut Buddha mengadakan upacara meditasi di ruangan solat  surau di Tanjung Sutera Resort, Kota Tinggi, Johor,  mencetus kemarahan penduduk kampung di situ.

Dua laporan polis telah dibuat oleh pelancong tempatan, Ahmad Tarmizi Adnan, 43 dan Arizalakmal Ayob, 41  berhubung insiden itu.

Dalam insiden yang berlaku pada 1.15 petang sabtu lalu, 12 orang lelaki dan wanita diiringi oleh seorang sami buddha, didakwa melakukan upacara terbabit dengan meletakkan gambar tuhan mereka dengan tujuan untuk menyembah.

Satu pertengkaran dilaporkan tercetus antara penduduk kampung yang menghalau mereka supaya keluar dari surau terbabit.

"Tujuan saya buat laporan adalah kerana rasa tidak berpuas hati dengan tindakan mereka yang seakan cubaan menghina agama islam dan membuat provokasi di tempat  beribadat untuk orang Islam," menurut Arizalakmal dalam laporannya.

"Saya dapat saksikan di dalam surau tersebut ada kelimah-kalimah dan tercatat Allah dan Muhammad. Timbul keraguan kami semua yang beragama islam bersabit kegiatan di surau tersebut, saya mewakili penganut agama Islam yang menyaksikan akitiviti keagamaan yang bercanggah itu menyarankan mana-mana pihak mengambil tindakan kegiatan sedemikian, kami rasa ini satu penghinaan kepada agama Islam," kata Ahmad Tarmizi.

Satu video selama 1 minit 17 saat, merakamkan upacara terbabit kini tersebar di Youtube.

Apa yang menjadi persoalan ialah mengapa pengurusan Tanjung Sutera Resort membenarkan kumpulan ini menggunakan surau berkenaan.

Ketika dihubungi, jurucakap tempat peranginan terbabit, Syed Ahmad Alkaff menafikan surau itu telah dijadikan tokong.

Katanya pengurusan resort itu hanya membenarkan kumpulan itu menumpang di situ.

"Tak betul. Orang tumpang dalam surau," katanya.

Namun, beliau enggan mengulas lanjut kerana sedang berdepan dengan beberapa orang anggota polis.

ini goblog politik: Ahli Parlimen Kota Tinggi dan ADUN <b>Tanjung</b> <b>...</b>

Posted: 11 Aug 2013 05:51 AM PDT

Pendedahan rakan blogger Harapan Esok dan Pena Minang Return mengenai sebuah surau diubahgunakan sebagai tokong di Tanjung Sedili, Kota Tinggi begitu menarik perhatian saya. Kebetulan pula saya sedang berkunjung ke beberapa rumah saudara di sekitar Johor, maka kesempatan ini tidak saya sia-siakan begitu sahaja.
Dan lewat petang tadi, saya sudah berada di Pekan Tanjung Sedili untuk menyiasat sendiri kejadian tersebut dan ternyata gambar dan video disiarkan sememangnya sepadan dengan sebuah surau dalam kawasan ini. Namun perlu diperjelaskan surau tersebut bukanlah surau awam, sebaliknya milik persendirian dan terletak dalam resort terkemuka di pekan ini.

Kunjungan saya ke resort berkenaan juga mendapati bahawa pintu pagar resort telah ditutup untuk kunjungan umum, malah kediaman dan bangunan dalam resort pula dalam keadaan gelap. Namun saya berjaya memasuki ke kawasan resort berkenaan dan mengambil beberapa keping gambar surau yang didakwa dijadikan sebagai tokong.

Tinjuan lanjut mendapati bahawa surau tersebut telah dibersihkan dan lantai surau berkenaan telah disapu dengan bersih, membuktikan bahawa pihak resort telah mengetahui mengenai pendedahan ini.

Hasil temubual dengan penduduk sekitar resort itu juga mendapati bahawa resort tersebut sering dikunjungi warga Singapura yang menginap dan melakukan aktiviti tertutup tanpa sebarang pemantauan pihak berkuasa tempatan.



Persoalan saya, selepas kejadian begini terjadi, apakah tindakan pihak berkuasa tempatan terutama ADUN Sedili, YB Hj Rasman Hj Ithnain dan Ahli Parlimen Kota Tinggi, YB Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid terhadap resort berkenaan? Dan apakah pula tindakan susulan untuk menghalang kejadian sebegini berulang?

Malah saya difahamkan Tanjung Sedili mempunyai beberapa pantai peranginan yang dijadikan tumpuan warga Singapura pada hujung minggu untuk beristirehat. Namun khabar kurang enak turut bertiup apabila timbul dakwaan kawasan pantai berkenaan turut dijadikan lokasi parti rahsia pelancong Republik tersebut. Maka apakah pula tindakan pihak berkuasa termasuk Jabatan Agama Islam Johor untuk menghalang perkara begini terus berlaku?

DUN Sedili mempunyai lebih 96.7 peratus pengundi Islam dan kejadian seperti sememangnya menjatuhkan imej umat Islam di kawasan tersebut. Maka saya beranggapan kejadian seperti ini tidak boleh dibiar dan dimaafkan memandangkan surau atau musollah dihina sedemikian rupa. Kerajaan Johor wajib melakukan siasatan segera dan mengambil tindakan sewajarnya terutama apabila hal ini melibatkan kesucian agama Islam. Sudah masanya umat Islam diberi pembelaan sewajarnya dan tindakan menjadikan surau sebagai tokong adalah BIADAB.

Seandainya tiada tindakan diambil terhadap pemilik resort dan pihak terbabit, saya dengan ini mengisytiharkan PERANG terhadap pemimpin UMNO berkenaan dan beranggapan bahawa mereka tidak layak lagi mewakili umat Islam dan orang Melayu lagi di kawasan Sedili!

Isu Surau Jadi <b>Tokong</b> - Cerita Dari Kedua Belah Pihak. | Ameno <b>...</b>

Posted: 11 Aug 2013 08:55 AM PDT

Berita pertama neh ada kemaskini dengan penjelasan dari tuan punya resort ;

KAMI menemui satu lagi video berkaitan agama yang mengajak kita berfikir lebih lanjut. Ia berkaitan satu kumpulan dipercayai agama Budhha menjalankan upacara sembahyang atau ritual keagamaan mereka dalam sebuah surau.

Lokasinya ialah di Surau Tanjung Sutera Resort, Tanjung Sedili, Kota Tinggi Johor.

Video berkenaan telah dimuatnaik oleh sebtv atau pemilik saluran YouTube sebastianphiu semalam. Surau berkenaan dipercayai surau yang berada di dalam kawasan resort.

Video itu turut dimuatnaik di dalam blog sebastianphiu.blogspot.com ditulis oleh Sebastian Phiu Abdullah.

Di dalam video selama 1:25 saat kelihatan kumpulan penganut Buddha ini yang seramai 13 orang sedang menjalankan ritual mereka di dalam ruang solat surau.

Ia jelas sebuah ruang solat kerana terdapat beberapa tulisan ayat suci Al-Quran di dinding surau berkenaan.

Bagaimanapun, upacara ritual keagaaman Buddha dilihat bersifat sementara kerana lihat cara tempat sembahyang mereka diletakkan dan tambahan pula ia sebuah surau yang terletak di dalam resort.


Pada saya, mereka ini mungkin menjalani sejenis program Budhha di resort berkenaan dan tiada lokasi untuk menjalankan upcara sembahyang sehingga pihak resort memberi mereka kemudahan surau untuk menjalankan ucapara itu.

Mynewshub kemudian menghubungi Pengurus Tanjung Sutera Resort Syed Ahmad Alkaff bagi mendapatkan penjelasan.

Menurut beliau, kejadian berkenaan terjadi semalam dan anggota rombongan terlibat datang dari Singapura. Menurut beliau pihaknya kerap menerima banyak rombongan dan lawatan dari pertubuhan keagamaan di resort mereka.

"Pada mulanya, mereka meminta izin untuk sebuah tempat bagi mereka mengadakan satu upacara meditasi, memandangkan dewan kami ketika itu penuh kerana sedang digunakan, kami membenarkan mereka menggunakan surau hanya untuk proses meditasi berkenaan.

"Bagaimanapun, kumpulan itu membawa peralatan mereka secara senyap seperti tempat sembahyang di dalam video itu dan kemudian mengadakan upacara sembahyang sebegitu rupa," katanya kepada Mynewshub.my ketika dihubungi hari ini.

Menurut Syed Ahmad, pihaknya hanya mengetahui kejadian itu selepas mendapat aduan daripada orang ramai yang ternampak kejadian itu sehingga menimbulkan sedikit ketegangan.

Pihak resort, kemudiannya mengarahkan mereka menghentikan upacara dan semua peralatan sembahyang mereka dikeluarkan, katanya.

Menurut beliau, pihak polis turut berada di surau berkenaan ketika kejadian dan keterangan semua pihak sudah diambil dan direkodkan – Mynewshub.my


Yang kedua pula dari blogger Umno = harapan-esok ;
INI maklumat yang saya terima. Tolong Sebarkan! 

UNTUK PERHATIAN: Bagi umat Islam terutamanya di Johor usahlah bimbang dengan tindakan seseorang membenarkan SURAU di kawasan persendiriannya 'DIPINJAM' oleh Penganut Buddha/Hindu untuk melakukan 'ibadah' mereka … 

Ini kerana pihak berkuasa termasuk JABATAN AGAMA JOHOR telahpun mengambil langkah segera membenteras kegiatan tidak bertanggungjawab ini dengan pantas beberapa hari lalu. 

Difahamkan, pemilik tanah di Tanjung Sedili ini yang hanya dikenali sebagai SYED dan dipercayai warganegara Singapura telah melarikan diri, termasuklah SAMI yang mengetuai penganut Buddha/Hindu itu melakukan 'ibadah', setelah pihak berkuasa bertindak bersama orang-orang kampung. 

Turut difahamkan Jabatan Agama Islam akan turut membuka kertas siasatan untuk mendakwa mereka yang tidak bertanggungjawab ini, sambil pihak-pihak berkuasa dan jabatan-jabatan yang berkenaan akan ketempat tersebut esok (Isnin) 


Betul tak betul itu semua aku tatau. Kita tunggu je apa update dari pihak berkuasa. Aku sendiri pun blur2 dalam isu neh sebab cerita macam drama. Kejap bagi pinjam, kejap surau kena ceroboh, kejap surau di ubah suai, kejap sengaja mencetuskan provokasi, kejap tuan punya resort lari menyorok.. aduhaiiiii


Dah sampai tahap macam neh elokla kita terus direct dengar dari sumber asal dan sahih. PDRM dan JAIJ. So tunggu je la.

Oke bai.
IKLAN TEXT DISINI


PAKEJ HONEYMOON BALI TERMURAH 2013 !!!


Tangkap gambar/video Instagram untuk menangi hadiah menarik dari ASTRO!


Promosi Hebat Dari GNC supplements!

Tiada ulasan:

Catat Komen