Sabtu, 14 September 2013

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search


Anggota kumpulan 04 antara yang ditahan <b>di Bukit Mertajam</b> ABN <b>...</b>

Posted: 11 Sep 2013 12:42 AM PDT

BUKIT MERTAJAM – Tiga anggota Kumpulan 04 antara enam  orang yang ditahan di sebuah rumah di Machang Bubuk di sini awal pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, kesemua mereka yang berusia antara 18 hingga 29 tahun termasuk seorang wanita ditahan kira-kira 5.40 pagi.

"Bertindak hasil risikan dan maklumat awam, sepasukan pegawai dan anggota JSJ Kontijen Pulau Pinang dan Daerah Seberang Perai Tengah menyerbu rumah berkenaan dan menahan enam orang itu.

"Hasil siasatan mendapati tiga daripada mereka merupakan anggota  kongsi gelap Kumpulan 04," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, dalam serbuan itu polis turut menemui selaras senapang palsu.

Mazlan berkata, pihak polis tidak menolak kemungkinan kesemua mereka terbabit dengan aktiviti jenayah.

Beberapa lagi anggota kumpulan berkenaan sedang dikesan, katanya. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Komen