Sabtu, 28 September 2013

09 di jelutong - Google Blog Search

09 di jelutong - Google Blog Search


..life after "i do": Pesta Buku <b>di</b> Space U8, <b>Jelutong</b>

Posted: 23 Sep 2013 07:05 PM PDT

Salam,
Minggu lepas kitaorang tak balik Rawang, ada hal sikit, so kalau cuti bertiga je, aku memang selalu ajak suami keluar, sebab kesian kat Aish, dahlah Isnin-Jumaat memang terperuk kat rumah je, kalau balik Rawang pun memang kitaorang terperuk jugak, tak pergi mana-mana. Boleh kira dengan jari berapa kali je berjalan dalam sebulan, kalau setiap minggu without fail balik Rawang alamatnya kitaorang just keluar beli barang dapur kat Jaya Grocer Jelutong je, takde jalan-jalan ke shopping mall or taman pun, boleh bayangkan tak betapa bosannya hidup Aish..hahaha kesian dia.
Ahad baru ni around pukul 6.00 petang aku ajak suami pergi Space U8 sebab seharian Aish duduk dalam rumah, sajelah nak bagi dia main kat Amanville tu. Space U8 ni memang tak ramai orang, lapang je, ko nak berjalan pun senang and dekat hall tetengah dia tu selalu buat pesta buku la, jualan gudang la, orang tak ramai memang heaven gila kalau ko nak beli barang kat situ. Kebetulan masa aku pergi ada Pesta buku. Ini sudah baik sebab aku memang nak carikan buku untuk Aish. Buku yang ada, dia dah pandai koyakkan tau..geram aku, lepas tu buku-buku dia yang dulu semua saiz kecik yang besar tapak tangan tu je, so this time aku nak ganti and belikan yang baru. Buku kecik yang sedia ada tu aku nak letak dalam kereta, boleh dia menelaah sambil aku drive gituuuu.

Sampai 6 Oktober, buku baby memang murah-murah, novel ada, buku masakan ada, dah namanya pesta buku, segala tok nenek buku ada, kabo je

Ko ada nampak orang dalam gambar ni?? ada?? sorang dua je kan..hahaha memang heaven
Giant Flashcard (size A4), RM29.90 ada 20% diskaun, ada ABC, Nombor and Huruf Jawi. Tapi lain flashcard lain harga ye, tak sama.


Aku beli 3, semua sekali dalam RM20++ je. Aku ingat minggu ni or minggu depan nak pergi lagi, nak tambah buku lain pulak. Lepas ni aku nak beli padded book je untuk Aish, so dia tak boleh koyakkan.

Jangan lupa serbu ye. Ok, bye!

Tiada ulasan:

Catat Komen