Isnin, 23 September 2013

09 di tanjung bungah - Google Blog Search

09 di tanjung bungah - Google Blog Search


Pulau Pinang : Part 4 - Mandi Laut Dan Makan2 <b>di Tanjung Bungah</b>

Posted: 22 Sep 2013 11:51 PM PDT

Hari ni pertambahan seorang lagi dalam group.. Baru sampai di Georgetown Bus Station tengah malam tadi... "Bun" - sekadar nama famous.. sila eja dalam bahasa melayu.. Di sebabkan bun ada kerje pada hari jumaat.. terpaksa bertolak lewat sket dengan bas.. tapi tak apalah terlepas aktivit Bukit Bendera jer.. sebab banyak aktiviti lagi selepas ni..
7 September - Time matahari baru nak naik.. kami geng lelaki..  tutup pintu apartment perlahan2 tak nak kasi orang perempuan tahu.. aku, bam, hadri, shaz ngan Fareez.. take a walk kat tepi pantai sambil buat sesi photography ala2 model gitu hahahaa.. actually kat depan Leisure Cove Resort ni tak di galakan sangat untuk mandi sebab dekat dengan rumah nelayan.. bak kata pak guard banyak obor-obor.. 

Sesi  Model  Bergambar di Pantai Tanjung Bungah


So dalam pukul 08:45 pagi.. lepas breakfast sandwich yang disediakan oleh kaum  ibu2  wanita.. kami semua  berlari dengan laju  bergerak dengan kereta ke kawasan pantai yang lebih mempersona untuk bermandi - manda.. destinasi pantai yang di pilih adalah di hadapan Hard Rock Hotel.. biasa lah kalau hotel mahal mesti lah pantai dia lawa kan huhuu..
Pantai kat area sini tak ada lah cantik mana.. tapi setakat nak mandi tu.. boleh laa.. air pun macam teh susu tawar.. tapi yang best nyer ombak dia yang besar.. seronok jugak layan ombak kat sini.. sekali kene  pukul tolak dengan ombak sampai ke pantai semula.. kami mandi2 dan rehat2 dekat sejam lebih..
Time nak balik ada masalah sket.. sebab tak ada tempat nak tukar pakaian.. maklumlah kami bukan guest kat hotel2 sekitar ni.. tapi somehow semua pandai pulak buat muka kering tanpa rasa bersalah.. masuk guna washroom sebuah hotel ni bersebelahan Hard Rock Hotel..  semua selamat tak kantoi hehehee.. harap lepas ni kerajaan negeri dapat buat bilik salin pakainan di pantai demi keselesaan pengunjung macam kami ni.. :D

Jom Mandi Laut.......!!!!!!!!!!!!
Kat sini lah Aizat and Aizu muncul.. diorang baru sampai Pulau Pinang.. bertolak dengan kereta Myvi Aizu dari KL subuh tadi.. on the way balik ke Leisure Cove Resort kami berhenti singgah alas perut di tepi Pantai Miami.. ada gerai rojak terbaik sebab cara makcik ni buat rojak tak kedekut nak letak bahan.. laksa penang.. dan cendol pulut beliau yang cukup memukau..



Dalam pukul 01:50 petang.. kami semua bertolak dari Leisure Cove Resort menuju sebuah destinasi baru untuk makan tengah hari.. memang salah satu aktiviti kami pada trip Pulau Pinang kali ni ialah makan dan makan dan seterusnya makan  sebab ada saka hahahaa..  dan nak di ingatkan di sini rojak, laksa dan cendol pulut tadi hanya sekadar alas perut..  quote kata-kata shazmin lagi hehehee..
Kota Lama - Fort Cornwaallis - Georgetown

Maka menu seterusnya Mee Sotong Penang dan Penang Coconut Shake Ori.. menjadi target kami.. lokasi food court bersebelahan Fort Cornwallis.. Di atas cadangan suhana, asma dan ikin.. sebab pengalaman diorang yang lepas mengatakan.. kalau makan mee sotong ni mesti teringat2 sampai seminggu sedap dia..  aku teringat pedas dia jer hahahaha..

BICARA PERJUANGAN: SETPOL ADUN <b>TANJUNG BUNGAH</b> <b>...</b>

Posted: 13 Jul 2013 07:03 PM PDT

Pertama kali terpandang gambar di atas, jika anda adalah lelaki tulin, anda mungkin akan terpesona dengan keayuan wajahnya.. Tetapi tahukah anda bahawa beliau adalah seorang transgender.... Apa itu TRANSGENDER...? Secara ringkasnya apa yang admin faham, transgender itu boleh jadi homoseksual, lesbian, biseksual dan sebagainya.....SIAPAKAH TRANSGENDER DI ATAS....? 

GEORGE TOWN : Setiausaha Politik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bungah Teh Yee Cheu yang baru dilantik berharap pelantikan beliau dalam memegang jawatan itu dapat membuka jalan kepada layanan sama rata dalam komuniti transgender.

Hezreen Shaik Daud, 33, yang merupakan seorang transgender mengakui berdebar tetapi teruja pada masa yang sama apabila beliau memulakan tugas secara rasmi pada Isnin.

"Saya amat berterima kasih kepada YB kerana menawarkan kerja ini kepada saya dan saya bersedia untuk berhadapan dengan cabaran.

"Ia adalah sukar bagi kami untuk diambil bekerja di syarikat-syarikat maka saya berharap dengan pelantikan saya ini, kami dapat menunjukkan bahawa kami berupaya dalam melakukan tugas sebagaimana yang lain," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Hezreen, yang pernah bertugas sebagai pegawai projek dengan Persatuan Pembangunan Kesihatan Masyarakat Pulau Pinang berkata, sesetengah syarikat enggan mengambilnya bekerja kerana mereka bimbang beliau tidak mampu untuk berada di tempat kerja yang mempunyai pekerja lelaki.

"Saya hanya meminta supaya diberikan saya peluang dan saya akan melakukan yang terbaik di tempat kerja.

"Kami memerlukan penerimaan kerana kami juga manusia. Kami mahu dilayan sama rata seperti yang lain.

"YB menawarkan saya kerja ini pada awal tahun dan sekali lagi pada bulan lepas. Beliau memperjelaskan kepada saya mengenai skop kerja dan tugas sebagai setiausaha politik membuatkan saya memahami dengan lebih jelas," kata Hezreen yang boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Mandarin dan Hokkien.

Bekas pelajar Sekolah Tinggi Heng Ee itu berkata, beliau telah bekerja dengan Teh untuk beberapa projek sejak beliau berada dalam persatuan itu.

Beliau merupakan pemegang Diloma dalam Teknologi Maklumat dari Informatics College. 

So.... don't judge the books by its cover....he! he! he!....

Tiada ulasan:

Catat Komen