Khamis, 5 September 2013

di negeri pulau pinang - Google Blog Search

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


<b>Pulau Pinang</b> sokong cadangan tubuh jawatankuasa khas <b>...</b>

Posted: 15 Jul 2013 01:53 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 JULAI: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyambut baik cadangan Kementerian Pelancongan untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas Pelancongan di seluruh negeri di Malaysia.

Katanya, cadangan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz itu amat wajar dan merupakan langkah bijak kementerian berkenaan dalam mengukuhkan lagi industri pelancongan negara ini.

"Kita sokong langkah itu. Ia bukan sahaja akan menguntungkan kerajaan negeri tetapi juga kerajaan Persekutuan kerana hasil cukai industri itu juga diperoleh kerajaan Persekutuan," ujar beliau pada satu sidang media bersama sebentar tadi.

Menurut Ahli Parlimen DAP Bagan itu, Kementerian Pelancongan juga perlu memberi peruntukan lebih kepada negeri dalam membangunkan industri pelancongan.

Justeru itu, beliau mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan memperuntukkan empat peratus bajet pelancongan bagi setiap negeri termasuk negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat.

Sebelum itu, Nazri berkata, beliau tidak akan menganaktirikan negeri yang ditadbir oposisi dalam pemberian peruntukan.

"Kita kena adakan jawatankuasa itu untuk memudahkan peruntukan disalurkan. Saya tidak boleh ketepikan negeri pembangkang seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan sebab saya nak capai sasaran saya," katanya.

Sebelum ini, sebuah jawatankuasa khas pelancongan pernah dibentuk ketika Kementerian Pelancongan diterajui Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir tetapi dimansuhkan ketika Datuk Azalina Othman mengepalai kementerian itu.

Selepas sidang media bersama Ketua Menteri Pulau Pinang ini selesai, Nazri menerima memorandum bantahan membabitkan 33,000 penduduk dan peniaga yang menyatakan bantahan berhubung isu penutupan Jonker Walk oleh Kerajaan Negeri Melaka.

Memorandum diserahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Kota Laksamana, Lai Keun Ban dan ADUN DAP Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong.-Roketkini.com

2373 pemandu teksi <b>Pulau Pinang</b> terima insentif kerajaan PR <b>negeri</b>

Posted: 26 Jul 2013 09:30 PM PDT

1368_680145548669565_1455397009_nGEORGE TOWN, 27 JULAI: Seramai 2,373 pemandu teksi menerima insentif sebanyak RM600 daripada Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang, semalam.

Sumbangan itu disampaikan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai menghargai peranan mereka dalam negeri seperti mana yang terkandung dalam manifesto PR pada PRU-13 lalu.

Menurutnya, bayaran insentif itu akan dilakukan dua kali setahun iaitu RM300 untuk penggal pertama dan selebih akan diberi pada awal Januari tahun depan.

"Baki RM300 hanya akan dibayar jika mereka terus memberi perkhidmatan terbaik.

"Jika didapati ada aduan mengenai salah laku, kerajaan negeri tidak teragak-agak untuk menarik balik baki insentif itu, jadi mereka perlu memastikan khidmat yang diberi sentiasa berada pada tahap terbaik kepada pengguna," katanya selepas menyerahkan insentif di daerah Timur Laut, semalam.

Bagi daerah Timur Laut, seramai 843 pemandu teksi dan kereta sewa menerima insentif berkenaan.

Guan Eng juga berharap sumbangan itu mampu meringankan beban mereka terutama kepada yang bakal menyambut Aidilfitri tidak lama lagi. – Roketkini.com

Tiada ulasan:

Catat Komen