Sabtu, 12 Oktober 2013

09 di jelutong - Google Blog Search

09 di jelutong - Google Blog Search


..life after "i do": Pesta Buku <b>di</b> Space U8, <b>Jelutong</b>

Posted: 23 Sep 2013 07:05 PM PDT

Salam,
Minggu lepas kitaorang tak balik Rawang, ada hal sikit, so kalau cuti bertiga je, aku memang selalu ajak suami keluar, sebab kesian kat Aish, dahlah Isnin-Jumaat memang terperuk kat rumah je, kalau balik Rawang pun memang kitaorang terperuk jugak, tak pergi mana-mana. Boleh kira dengan jari berapa kali je berjalan dalam sebulan, kalau setiap minggu without fail balik Rawang alamatnya kitaorang just keluar beli barang dapur kat Jaya Grocer Jelutong je, takde jalan-jalan ke shopping mall or taman pun, boleh bayangkan tak betapa bosannya hidup Aish..hahaha kesian dia.
Ahad baru ni around pukul 6.00 petang aku ajak suami pergi Space U8 sebab seharian Aish duduk dalam rumah, sajelah nak bagi dia main kat Amanville tu. Space U8 ni memang tak ramai orang, lapang je, ko nak berjalan pun senang and dekat hall tetengah dia tu selalu buat pesta buku la, jualan gudang la, orang tak ramai memang heaven gila kalau ko nak beli barang kat situ. Kebetulan masa aku pergi ada Pesta buku. Ini sudah baik sebab aku memang nak carikan buku untuk Aish. Buku yang ada, dia dah pandai koyakkan tau..geram aku, lepas tu buku-buku dia yang dulu semua saiz kecik yang besar tapak tangan tu je, so this time aku nak ganti and belikan yang baru. Buku kecik yang sedia ada tu aku nak letak dalam kereta, boleh dia menelaah sambil aku drive gituuuu.

Sampai 6 Oktober, buku baby memang murah-murah, novel ada, buku masakan ada, dah namanya pesta buku, segala tok nenek buku ada, kabo je

Ko ada nampak orang dalam gambar ni?? ada?? sorang dua je kan..hahaha memang heaven
Giant Flashcard (size A4), RM29.90 ada 20% diskaun, ada ABC, Nombor and Huruf Jawi. Tapi lain flashcard lain harga ye, tak sama.


Aku beli 3, semua sekali dalam RM20++ je. Aku ingat minggu ni or minggu depan nak pergi lagi, nak tambah buku lain pulak. Lepas ni aku nak beli padded book je untuk Aish, so dia tak boleh koyakkan.

Jangan lupa serbu ye. Ok, bye!

.: Majlis Akad Nikah Fouziah Gous <b>di</b> Masjid Bukit <b>Jelutong</b> - Syuzana

Posted: 22 Sep 2013 06:38 AM PDT

salam blogger~~

21 September 2013 berlangsungnya Majlis Akad Nikah Fouziah Gous dan Zhafran Yusof di masjid Bukit Jelutong. Tanpa dirancang, syu dan member syu turut menjadi salah seorang tetamu majlis yang turut sama berada dalam dewan di masjid Bukit Jelutong. Memang spoil la kamera tak bawa juga. Jadi camera Samsung Corby la juga yang berjasa kali ini. Dalam ramai-ramai media yang ambil gambar, syu la salah sorang yang turut menyelit ambil gambar kat dalam dewan (^_^). 

~Pelamin pengantin perempuan Fouziah Gous~

~ni tempat pengantin lelaki nak lafaz akad nikah~

~pengantin lelaki tengah tengok kawan-kawan dia bawa masuk barang hantaran untuk pihak perempuan~

~Fouziah Gous sedang menunggu saat lafaz akad nikah~

~Fouziah Gous Ditemani ibunya~

~dah get ready nak lafaz akad nikah~

~ni pandangan dari tempat syu duduk~

~ni nak batalkan air sembahyang dan nak serah mas kahwin~

~ni masa nak sarung cincin~

~rakan media suruh salam lama-lama sikit. Baru boleh snap banyak gambar =)~

~kaum keluarga bergambar dengan pasangan pengantin~

~pandangan dari pintu masuk dewan~

Selesai majlis, syu sempat bergambar dengan Iqram Dinzly. Lepas tu apa lagi. Makan la. Katering daripada katering Pak Engku. Sedappppp... Thanks to my BFF bawa syu datang tengok majlis ni + jadi jurukamera tak bertauliah (^_^)

Rakyat Merah Kuning: Jalan Haram <b>di</b> Bukit <b>Jelutong</b>

Posted: 16 Jul 2013 11:00 PM PDT

Akhbar The Star dalam satu artikel pada Isnin lalu ada melaporkan tentang satu jalan haram yang dibina individu tidak bertanggungjawab menghubungkan Jalan U8/20 dan Jalan U8/32, Bukit Jelutong. menurut laporan itu juga, kawasan perumahan disitu adalah jenis berpagar (gated community) dan seharusnya mempunyai tahap keselamatan yang tinggi.
Namun pembinaan jalan haram ini menyebabkan motosikal dan kenderaan kecil lain mudah masuk dan keluar tanpa disedari. Tambah memburukkan keadaan, kejadian pecah rumah mula berlaku selepas jalan haram itu dibina.
Alamak, siapa la yang memandai buat jalan tu? Memang la memudahkan nak lintas jalan, tapi fikir la juga keselamatan jiran tetangga, bukan lepaskan tengkuk sendiri je.

View Larger Map


RMK berharap MBSA sila jalankan siasatan segera dan tutup segera jalan haram itu!

Tiada ulasan:

Catat Komen