Jumaat, 25 Oktober 2013

09 di kepala batas - Google Blog Search

09 di kepala batas - Google Blog Search


Pemilihan Ketua UMNO <b>Kepala Batas</b> diadakan semula Rabu ini <b>...</b>

Posted: 12 Oct 2013 10:20 PM PDT

KEPALA BATAS – Pemilihan ketua wanita UMNO bahagian Kepala Batas akan diadakan semula di dewan Wisma Umno di sini pada 16 Oktober ini selepas Zabariah Wahab dan pencabarnya Rokiah Bee Hassan memperoleh undi yang sama.

Masing-masing memperoleh 192 undi setelah pengiraan undi berakhir lewat malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan bahagian Kepala Batas Datuk Yahaya Hamid berkata keputusan untuk mengadakan pemilihan semula bagi jawatan itu dibuat selepas pengiraan undi yang dilakukan sebanyak lima kali memperoleh keputusan yang sama.

"Selepas perbincangan, semua pihak bersetuju untuk mengadakan semula pemilihan bagi jawatan Ketua Wanita pada Rabu, 16 Oktober pukul 8 malam di Dewan UMNO Kepala Batas," katanya kepada pemberita.

Pemilihan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kepala Batas semalam berlangsung di Dewan Kompleks Budi Penyayang.

Sementara itu Zabariah yang juga Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang berkata beliau menyerahkan keputusan untuk memilih siapa ketua wanita bahagian itu kepada perwakilan.

"Saya akan terima apa sahaja keputusan yang dibuat perwakilan wanita di Kepala Batas," katanya. – Bernama

PEMILIHAN WANITA <b>KEPALA BATAS</b> DIADAKAN SEMULA PADA <b>...</b>

Posted: 16 Oct 2013 12:00 AM PDT

Pemilihan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kepala Batas akan diadakan semula pada 16 Oktober ini.
Ia selepas Zabariah Wahab dan pencabarnya Rokiah Bee Hassan memperoleh jumlah undi yang sama.
Memetik laporan bernama, kedua-dua calon memperoleh 192 undi setelah proses pengiraan berakhir lewat malam tadi.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bahagian Kepala Batas, Datuk Yahaya Hamid, keputusan mengadakan pemilihan semula dibuat selepas pengiraan undi dilakukan sebanyak lima kali, masih memperoleh keputusan yang sama.
Sesi pemilihan akan berlangsung di Dewan UMNO Kepala Batas

Tiada ulasan:

Catat Komen