Isnin, 14 Oktober 2013

09 di permatang pauh - Google Blog Search

09 di permatang pauh - Google Blog Search


[PROGRAM] Dato&#39; Seri Anwar Ibrahim <b>Di Permatang Pauh</b> « Demi <b>...</b>

Posted: 04 Oct 2013 06:02 AM PDT

Sabtu, 5hb Oktober 2013

6:45 petang: Solat Maghrib dan Tazkirah di Masjid Batu
8:00 malam: Solat Isyak dan Tazkirah di Surau Taman Ara Indah

Ahad, 6hb Oktober 2013

10:00 pagi: Lawatan ke Pasar Awam Seberang Jaya
12:00 tengah hari: Gotong-Royong Baiki Rumah dan Jamuan Tengah Hari di Kampung Padang

Tel: 04-522 1463
Faks: 04-521 1431

PEJABAT DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

Pemilihan UMNO: Mazlan yakin disokong ahli-ahli <b>di Permatang Pauh</b>

Posted: 25 Sep 2013 03:47 AM PDT

BUTTERWORTH 25 Sept. - Bekas calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail yakin anggota akar umbi akan menyokong beliau sebagai Timbalan Ketua UMNO Permatang Pauh dalam pemilihan Oktober ini.

Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan maklum balas yang diterimanya walaupun beliau baru sahaja menyertai UMNO.

"Inilah yang dinamakan sebagai demokrasi dalam UMNO, sesiapa sahaja anggotanya boleh bertanding," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Menurut Mazlan, walaupun masih baharu dalam parti, beliau mahu menyumbang tenaga memastikan perubahan dalam UMNO berlangsung dengan baik.

Selain Mazlan, jawatan itu ditandingi oleh dua yang lain iaitu penyandang Datuk Nasir Abdullah dan bekas calon BN untuk kawasan Dewan Undangan Negeri Penanti, Ibrahim Ahmad. - BERNAMA

zaidi & pasukan transformasi tekad tawan <b>permatang pauh di</b> pru 14

Posted: 21 Sep 2013 12:16 AM PDT

PERMATANG PAUH 21 Sept. - Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh menetapkan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebagai misi menjatuhkan penguasaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di bawah pimpinan Ahli Parlimennya yang juga Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketuanya, Mohd. Zaidi Mohd. Said berkata, tanggungjawab itu perlu dilaksana bagi memastikan orang Melayu di kawasan tersebut tidak terus terpinggir meskipun banyak projek pembangunan di sekitarnya berjalan rancak.
Menurutnya, kesannya boleh dilihat ketika ini selepas bilangan bukan Melayu mencapai 28 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi berbanding 15 peratus pada 1998.
"Kalau UMNO tidak buat sesuatu, peningkatan jumlah pengundi bukan Melayu semakin ketara. Sebab itu kita perlu ada perubahan.
"Anwar bukanlah begitu disukai pengundi di sini, tetapi UMNO tidak lakukan yang terbaik untuk mendampingi penduduk," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mohd. Zaidi hari ini   ini menawarkan diri bertanding jawatan ketua bahagian dalam pemilihan UMNO bulan depan.
Bagi merebut jawatan itu, beliau menawarkan sebuah pasukan yang dinamakan 'Pasukan Transformasi', terdiri daripada muka baharu dan lama untuk membawa perubahan kepada UMNO bahagian tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Komen