09 di permatang pauh - Google Blog Search |
UMNO <b>PERMATANG PAUH</b> PERLU <b>DI</b> TRANSFORMASI - ZAIDI <b>...</b> Posted: 16 Oct 2013 12:07 PM PDT UTUSAN: Kenapa Permatang Pauh perlukan perubahan? MOHD. ZAIDI: Perubahan itu diperlukan supaya ia seiring dengan transformasi yang diperkenalkan UMNO di peringkat nasional. Kita perlu memecahkan benteng bayangan Anwar Ibrahim dalam kalangan pemimpin UMNO yang masih ada di Permatang Pauh. Justeru, saya menawarkan sebuah pasukan yang dinamakan 'Pasukan Transformasi', terdiri daripada muka baharu dan lama untuk membawa perubahan kepada UMNO bahagian. Kepemimpinan macam mana diperlukan di Permatang Pauh? Golongan muda di sini masih berasa terpinggir daripada perjuangan politik pemimpin sekarang. Kerana itu usaha menarik golongan muda amat diperlukan. Ia terbukti apabila golongan muda menterjemahkan hasrat mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu dengan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN). Peningkatan itu diterjemahkan oleh golongan muda yang membuktikan minat mereka terhadap UMNo makin bertambah. Bagaimana misi Pemuda sekarang ini? Misi saya dengan menetapkan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebagai misi menjatuhkan penguasaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di bawah pimpinan Ahli Parlimennya yang juga Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pembangunan perlu ditingkatkan di Permatang Pauh? Saya mahu memperjuangkan pembangunan pendidikan dengan mewujudkan sebuah Sekolah Agama berasrama penuh, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Rumah mampu milik untuk golongan miskin dan sederhana di Permatang Pauh. Selain mewujudkan peluang perniagaan baru di sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta pertanian. Keputusan pemilihan tiga sayap baru-baru ini membuktikan transformasi golongan muda memerlukan pembaharuan dalam kepimpinan UMNO. Keputusan yang ditunjukkan oleh Pemuda, Puteri dan Wanita dalam pemilihan itu menunjukkan pengaruh kepimpinan terdahulu perlu berubah. Itulah keputusan yang diterjemahkan oleh tiga sayap parti yang mahukan gandingan baharu untuk memantapkan parti di Permatang Pauh. |
You are subscribed to email updates from di permatang pauh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen