Sabtu, 12 Oktober 2013

09 di seberang jaya - Google Blog Search

09 di seberang jaya - Google Blog Search


Cradle Of LiFe: Bawa Syasya Jejalan <b>di</b> Tesco <b>Seberang Jaya</b>

Posted: 08 Sep 2013 06:22 AM PDT


SyafiqSarah: Pengasuh/ Nursery <b>di Seberang Jaya</b> untuk <b>...</b>

Posted: 05 Sep 2013 06:00 PM PDT

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Nampaknya cuti 3 bulan ni dah makin kurang dari sebulan.
Awal bulan 10 ni dah kena masuk kerja balik.
Lepas tu baru-baru ni dapat email plak,kena pergi kursus hujung bulan 9 ni.
Emmm..nampaknya kena balik penang seminggu awal la.

Dengan cuti yang berbaki beberapa minggu ni, makin risau.
Belum dapat lagi pengasuh/nursery untuk Zharif.
Hajat hati rasa nak tinggal kat kampung je.
Tapi mak pun kerja,macam mana nak tolong jagakan.

Pernah aim satu nursery ni.
Tapi sekarang dengar cerita dah makin tak jaga kebersihan.
Ambil budak plus baby, rasanya kalau 60orang tu terlalu ramai.

Kot-kot la kawan kat blog ni mana yang familiar area seberang jaya atau yang berdekatan dengan uitm PP, boleh la share-share ye nursery mana yang paling okay.
Maybe cuti hari Malaysia nak balik sana kejap.
Boleh la masa tu nak deal pape kat mana-mana nursery or babysitter.

Pls, really need ur suggestion or if u know any makcik dat can babysit my lil zharif, do share wif me.

aishah megahasz: Hujung Minggu <b>Di</b> Perpustakaan <b>Seberang Jaya</b>

Posted: 09 Sep 2013 12:00 AM PDT

Aktiviti tanpa perancangan. Tiba-tiba Huzein ajak kami semua ke Perpustakaan Seberang Jaya. Anak-anak memang seronok. Haziq dan Hadif dah pernah ikut Huzein ke perpustakaan sebelum ini. Seronoknya sebab di sini ada tempat permainan kanak-kanak dan bilik khas untuk main game!
Kami ambil satu bilik perbincangan untuk kami satu keluarga lepak. Kalau duduk di luar harus bising dan menggangu orang lain.
Tengoklah anak-anak yang konon rajin belajar. Cuma bertahan dalam 20 minit, kemudian ajak turun sebab nak main game. 

Huzein entah boleh concentrate buat kerja atau tidak. Anak-anak sibuk bertanya itu dan ini. Kemudian main-main dalam bilik tu.
Saya sibuk isi borang contest. Lega, dapat juga isi banyak. Kalau di rumah ada macam-macam gangguan termasuk malas :D
Hana Alesya hentam warnakan gambar dalam majalah Aulad yang di bawa dari rumah dengan pensel. Apa sajalah Hana, asal kamu duduk diam dan tak bising.
Sebenarnya pada hari kami datang ada Karnival Perpustakaan Di Hatiku. Ada macam-macam program termasuk peraduan mewarna, pertandingan bercerita dan jualan. Ada artis juga datang, Hafiz Hamidon. Tapi malas nak jenguk tengok sebab ramai sangat orang.
Kebetulan masa kami turun ke tempat permainan kanak-kanak ada maskot A&W datang. Sempatlah Haziq, Hadif dan Hana Alesya bergambar bersama maskot.
Perpustakaan Seberang Jaya kalau hari minggu macam ni memang ramai sangat orang. Kalau nak belajar, saya rasa bukan tempat yang sesuai kalau hari minggu. Lebih-lebih lagi kalau ada karnival/aktiviti yang berlansung. Orang makinlah bertambah ramai.

Selain Perpustakaan Seberang Jaya, kadang-kadang saya bawa juga anak-anak ke Perpustakaan di Jusco Seberang Perai. Perpustakaan di Jusco kurang sikit pengunjungnya. Bawalah anak-anak ke perpustakaan. Aktiviti yang menyeronokkan bersama dengan anak-anak dan percuma!

Tiada ulasan:

Catat Komen