09 di tanjung bungah - Google Blog Search |
Pulau Pinang : Part 4 - Mandi Laut Dan Makan2 <b>di Tanjung Bungah</b> Posted: 22 Sep 2013 11:51 PM PDT Hari ni pertambahan seorang lagi dalam group.. Baru sampai di Georgetown Bus Station tengah malam tadi... "Bun" - sekadar nama famous.. sila eja dalam bahasa melayu.. Di sebabkan bun ada kerje pada hari jumaat.. terpaksa bertolak lewat sket dengan bas.. tapi tak apalah terlepas aktivit Bukit Bendera jer.. sebab banyak aktiviti lagi selepas ni.. 7 September - Time matahari baru nak naik.. kami geng lelaki.. Sesi So dalam pukul 08:45 pagi.. lepas breakfast sandwich yang disediakan oleh kaum Pantai kat area sini tak ada lah cantik mana.. tapi setakat nak mandi tu.. boleh laa.. air pun macam teh susu tawar.. tapi yang best nyer ombak dia yang besar.. seronok jugak layan ombak kat sini.. sekali kene Time nak balik ada masalah sket.. sebab tak ada tempat nak tukar pakaian.. maklumlah kami bukan guest kat hotel2 sekitar ni.. tapi somehow semua pandai pulak buat muka kering tanpa rasa bersalah.. masuk guna washroom sebuah hotel ni bersebelahan Hard Rock Hotel.. Jom Mandi Laut.......!!!!!!!!!!!! Kat sini lah Aizat and Aizu muncul.. diorang baru sampai Pulau Pinang.. bertolak dengan kereta Myvi Aizu dari KL subuh tadi.. on the way balik ke Leisure Cove Resort kami berhenti singgah alas perut di tepi Pantai Miami.. ada gerai rojak terbaik sebab cara makcik ni buat rojak tak kedekut nak letak bahan.. laksa penang.. dan cendol pulut beliau yang cukup memukau.. Dalam pukul 01:50 petang.. kami semua bertolak dari Leisure Cove Resort menuju sebuah destinasi baru untuk makan tengah hari.. memang salah satu aktiviti kami pada trip Pulau Pinang kali ni ialah makan dan makan dan seterusnya makan Kota Lama - Fort Cornwaallis - Georgetown Maka menu seterusnya Mee Sotong Penang dan Penang Coconut Shake Ori.. menjadi target kami.. lokasi food court bersebelahan Fort Cornwallis.. Di atas cadangan suhana, asma dan ikin.. sebab pengalaman diorang yang lepas mengatakan.. kalau makan mee sotong ni mesti teringat2 sampai seminggu sedap dia.. |
Masjid Terapung – <b>Tanjong Bungah</b> | DrPlaces Posted: 25 May 2013 08:28 PM PDT Tanjung Bungah atau Tanjong Bunga terletak di pinggir bandar Pulau Pinang, di bahagian utara Pulau Pinang. Ia merupakan salah satu kawasan pinggir bandar dalam perjalanan ke Batu Ferringhi. Terdapat banyak hotel yang yang menawarkan harga yang lebih murah berbanding hotel-hotel yang terdapat di Batu Ferringhi. Salah satu tarikan pelancong di Tanjung Bungah adalah Masjid Terapung, yang dibina dengan kos sebanyak 15 juta ringgit Malaysia dan siap pada tahun 2005. Disamping itu, Muzium Mainan Pulau Pinang merupakan tarikan pelancong yang lain, dimana disini terdapat banyak alat permainan dipamerkan kepada para pengunjung. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini kawasan itu telah menyaksikan pembangunan yang pesat, dengan pembinaan pangsapuri dan kondominium. Tanjung Bungah telah menjadi tempat kegemaran bagi warga asing untuk menetap di kerana kedudukannya yang dekat dengan kemudahan pendidikan di Sekolah Antarabangsa Dalat dan tempat-tempat rekreasi, dan juga kerana kedudukannya yang dekat dengan Batu Ferringhi dan Gurney Drive. Tanjung Bungah adalah sebuah lembah sejauh 1.5 km dan 4 km panjang diapit oleh bukit-bukau di sebelah barat, selatan dan timur, dan laut di utara. Bukit yang menghala ke timur dikenali sebagai Pearl Hill atau Mount Erskine setinggi 194 meter, manakala bukit yang menghala ke selatan menuju ke Bukit Bendera. Lokasi GPS 5.47N 100.27E |
You are subscribed to email updates from di tanjung bungah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen