di negeri pulau pinang - Google Blog Search |
panas!!! pas ugut kerajaan <b>negeri pulau pinang</b> - yop pasirsalak <b>...</b> Posted: 19 Nov 2013 08:43 AM PST PAS Pulau Pinang mengugut untuk menarik diri dan melepaskan semua jawatan dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekiranya terdapat campur tangan tertentu dalam hal ehwal Islam di sini. Perkara tersebut dimaklumkan oleh Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Muhammad Fauzi Yusoff dalam sidang media khas yang diadakan di Safira Country Club, semalam. Dalam sidang media tersebut, PAS Pulai Pinang membuat beberapa tuntutan, antaranya; ● Mereka menuntut supaya Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Salleh Man diberikan kuasa penuh dalam bidang tugas beliau. Difahamkan, berlaku campur tangan yang tidak wajar oleh Exco Kerajaan Negeri dalam menetapkan jawatan Ahli-ahli Majlis MAINPP, pengerusi dan ahli lembaga pengarah untuk sesi pemilihan akan datang. Fauzi berkata tindakan yang bertentangan dengan etika dan amat dikesali sekiranya benar. ● PAS mahu bilangan ahli majlis yang dilantik dalam Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) ditambah kuotanya dari dua kepada empat orang. ● Tindakan kerajaan negeri mengadakan perbincangan sesuatu dasar mahupun polisi tanpa membabitkan PAS menampakkan seolah-olah PAS seperti boneka, dan mereka tidak akan mengiktiraf mana-mana individu dari luar parti yang dilantik secara politik tanpa melalui perbincangan dan persetujuan Pas negeri. ● Menuntut PAS negeri diberi kuasa penuh untuk memilih dan melantik Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) di dua Parlimen dan enam Dun yang ditandingi Pas. "Jika tuntutan yang dibuat tidak diambil serius maka kami akan menarik diri dan meletak jawatan atau posisi jawatan malah akan kedudukan dalam pakatan pembangkang akan dikaji semula demi menjaga maruah dan prinsip parti," katanya. |
You are subscribed to email updates from di negeri pulau pinang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen