09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search |
Gadis arab maut ketika parasailing bot <b>di Batu Ferringhi</b> Posted: 10 Oct 2013 06:49 PM PDT Ramai sungguh pelancong Arab penuhi Penang sejak zaman perang Iraq US lagi. Malang dan pelik jatuh dalam air dan memakai jacket keselamatan pun boleh terkorban – MRM GEORGE TOWN: Seorang wanita warga Arab maut selepas terjatuh dari payung terjun ketika melakukan parasailing di Batu Ferringhi semalam. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata pada kejadian pukul 5.30 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Aldakhilallad Eman Mohamed, 35, dari Riyadh, Arab Saudi dilaporkan terjatuh pada ketinggian kira-kira tujuh meter dan tercampak ke dalam laut. "Menurut pemandu bot yang menerbangkan mangsa, mangsa telah dipakaikan jaket dan cawat keselamatan. Setelah satu pusingan, mangsa tidak menarik tali payung terjun untuk mendarat, jadi pemandu bot menerbangkannya satu lagi pusingan untuk membolehkannya mendarat. "Tetapi sebelum sempat mendarat, mangsa tiba-tiba terlucut dari tali keselamatan dan terjatuh," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Gan berkata wanita itu meninggal dunia dalam perjalanan ke sebuah hospital swasta di sini. Mangsa yang tiba ke negeri ini bersama ibu bapanya pada Selasa lepas sepatutnya mendaftar keluar dari hotel mereka Sabtu ini. Beliau berkata sehubungan kejadian itu, pemandu bot berkenaan telah ditahan bagi membantu siasatan. GD Star Rating Gadis arab maut ketika parasailing bot di Batu Ferringhi , |
You are subscribed to email updates from di Batu Ferringhi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen