Terkini tragedi jambatan ke 2 (dua) Pulau Pinang runtuh di Batu Maung
Mengenai perkembangan semasa tragedi jambatan kedua Pulau Pinang yang runtuh, Anggota bomba dan penyelamat masih meneruskan kerja untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam runtuhan struktur melibatkan penyambung antara Jambatan Kedua Pulau Pinang dengan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di Batu Maung
Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam satu kenyataan yang disiarkan media mengesahkan terdapat seorang mangsa dalam kereta Kelisa yang terperangkap
Mangsa dikesan melalui peralatan kamera mencari dan menyelamat kira-kira pukul 12.30 pagi. Bagaimanapun, tiada sebarang pengesahan di buat mengenai keadaan mangsa
Sehingga kini jumlah sebenar mangsa yang terlibat masih tidak dapat disahkan dan dipastikan
Punca runtuhan
Menurut laporan awal, Ketidakstabilan besi penyokong pada struktur pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang dipercayai menjadi punca kepada runtuhnya struktur tersebut
Semasa kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan, didapati besi penyokong jambatan tersebut berada dalam keadaan tidak stabil dan akibatnya telah berlakunya runtuhan selepas itu
Video laporan berita
Harian Metro (Mymetro) menerusi laman Facebooknya memaklumkan Polis Pulau Pinang minta orang ramai hilang ahli saudara tampil mengesan mangsa tertimbus bawah runtuhan jambatan kedua yg masih belum dikeluarkan
Selain itu, mereka yang mengenali mangsa yang memandu atau memiliki Perodua Kelisa dengan plat pendaftaran 437 datang segera
Satu mayat ditemui bawah runtuhan
Polis mengesahkan seorang mayat lelaki ditemui dalam keadaan terlangkup pada papan pemuka di dalam sebuah kereta jenis kelisa dalam runtuhan
8 Jun 2013 - Mayat lelaki yang terperangkap dalam timbunan runtuhan tanjakan konkrit Jambatan Kedua Pulau Pinang yang dalam pembinaan di Batu Maung,berjaya dikeluarkan pada pukul 8.45 malam, Jumaat
Dalam laporan yang disiarkan media mangsa dikenali sebagai Tajuddin Zainal Abidin berusia 45 tahun dan tinggal di Permatang Damar Laut, Bayan Lepas
Mayatnya ditemui dalam keadaan tunduk di tempat duduk pemandu dan keretanya remuk akibat dihempap tanjakan konkrit itu
Difahamkan, abang mangsa ada datang ke lokasi dan membuat pengecaman berdasarkan pakaian yang dipakainya itu adalah adiknya dan selepas mayat dikeluarkan, isteri mangsa sekali membuat pengecaman dan mengaku lelaki yang memakai pakaian itu adalah suaminya
Kerja-kerja pembersihan lokasi berlaku runtuhan berkenaan sedang dijalankan dan ia akan diteruskan sehingga selesai
( 9 June 2013 ) - Operasi mencari dan menyelamat dihentikan
Operasi mengesan mangsa yang dikhuatiri masih terperangkap di bawah runtuhan tanjakan konkrit yang runtuh lewat petang Khamis lalu dihentikan pada pukul 6 petang semalam
Merujuk kepada laporan yang disiarkan media, keputusan itu dibuat selepas empat ekor anjing pengesan milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang digunakan dalam operasi tidak menemui sebarang tanda bahawa terdapat mangsa yang terperangkap
Pasukan penyelamat yang masuk ke dalam runtuhan menerusi ruang-ruang yang ada juga tidak menemui sebarang kenderaan lain tertimbus di bawah runtuhan itu
Tiada ulasan:
Catat Komen