Ahad, 15 Disember 2013

09 di Batu uban - Google Blog Search

09 di Batu uban - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Batu uban</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Dec 2013 09:34 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

TAHNIAH TKM 1 ! AKUI DAN AKUR DENGAN WARISAN <b>DI</b> TG <b>...</b>

Posted: 09 Nov 2013 07:27 PM PST

Saya mahu jadi pemimpin Melayu no 1 di P.Pinang – Hj Rashid Hasnon TKM 1 P.Pinang

Hj Rashid Hasnon

"Melayu masih majoriti di Semenanjung dan kita (Pakatan Rakyat) mendapat 53 peratus undi popular. Inilah 'Tsunami Malaysia' yang menyaksikan Melayu dan bangsa-bangsa lain melakukan perubahan.

"Sungguh pun begitu, saya bersama-sama rakan-rakan akan terus mencari jalan supaya tapak sokongan Melayu terhadap Kerajaan Negeri semakin kuat bermula sekarang melalui program-program pendidikan serta ekonomi yang dekat dengan (jalur) Melayu di negeri ini," ujar beliau.

DATUK MOHD RASHID HASNON telah mengenal pasti Kampung Tradisi Tg Tokong dan Batu Uban sebagai tapak warisan Melayu yang unggul di P.Pinang. Kedua kampung tersebut adalah warisan tertua di Pulau Pinang. Ucapan ini beliau lafazkan semasa merasmikan pelancaran majlis Gotong Royong  dan Permainan Rakyat di Tanjong Tokong pada Sabtu 9 hb November di pekaranagan Masjid Tuan Guru di sini di depan 500 orang pengunjung.

 Sebelumnya CM P.Pinang telah mengisytiharkan  Kampung Tradisi Tg Tokong sebagai kampung warisan dalam ucapan penggulungan semasa sidang DUN P.Pinang pada 3 Novemberi 2011.

Susulan daripadanya Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Nazri Aziz menyatakan hasrat untuk menjadikan Tg Tokong pusat warisan Melayu dengan menjadikannya pusat daya tarikan pelancong sebagaimana China Town dan Little India. Beliau menyatakan ini dalam perjumpaan Hari Raya Aidil Fithri pada 18 Ogos 2013 di P.Pinang.

Penduduk Tg Tokong penuh harapan bahawa ini bukannya ucapan biasa sekadar halwa telinga. Permintaan untuk mewujudkan zon warisan hidup di Tg Tokong wajiblah dilaksanakan dengan berkesan di tapak yang mempunyai nilai warisan yang sebenar iaitu di Fasa 4 A, Tanjong Tokong.Di tapak ini telah ada warisan institusi, warisan rumah tradisi, warisan sejarah dan budaya. warisan penjaja dan warisan nelayan.

Di sini terletak dua buah warisan institusi iaitu Madrasah Al Taqwa Tanjong Tokong( 1900 diasaskan) dan Kelab Persekutuan Setia Tg Tokong( 1911). Ia harus dimulakan dengan segera dan  sebagai syarat untuk meluluskan pelan pembangunan semula Kampung Tradisi Tanjong Tokong.

Pembangunan sebelumnya di P.Pinang telah meranapkan banyak kampung-kampung Melayu tanpa mempedulikan nilai kewarisanan yang ada di atas tapaknya. Justeru pembangunan semula Tg Tokong wajib mengekalkan bahagian tradisi yang menjadi asas untuk diikut serta dalam pembangunan moden.

Syabas TKM 1 kerana pengakuan yang memberangsangkan .Ini satu permulaan yang baik.Pihak penduduk sedia bekerjasama untuk menjadikannya satu kenyataan.Lebih-lebih lagi apabila George Town menjadi bandar warisan.

Warisan penjajah dan kaum asal imigran telah diberikan penghormatan yang menakjubkan. Sedangkan warisan penduduk asal telah tercicir tanpa pembelaan. inilah masanya untuk memberi penghormatan kepada warisan penduduk asal P.Pinang.

Tiada ulasan:

Catat Komen