Isnin, 2 Disember 2013

09 di Bayan lepas - Google Blog Search

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Bayan lepas</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Oct 2013 03:03 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Empat penyamun larikan kabel elektrik RM250,000 <b>di Bayan Lepas</b> <b>...</b>

Posted: 22 Sep 2013 03:30 PM PDT

Posted on September 23, 2013, Monday

GEORGE TOWN: Seorang pengawal keselamatan sebuah kilang di Bayan Lepas mengalami detik cemas apabila dikejar empat penyamun bersenjata pisau sebelum diikat dan mulutnya disumbat kain selama tiga jam pada tiang pagar berdekatan premis berkenaan awal semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Mohd Hatta Mohd Zain berkata dalam kejadian jam 3 pagi itu, suspek kemudiannya melarikan enam gulung kabel elektrik bernilai RM250,000 yang terdapat dalam kontena simpanan barang di belakang kilang itu.

"Pengawal keselamatan berusia 47 tahun itu hanya ditemui pada jam 6 pagi oleh rakannya yang bertukar giliran bertugas. Walaupun keempat-empat suspek terbabit tidak memakai penutup muka, pengawal keselamatan itu gagal mengecam wajah mereka kerana keadaan terlalu gelap dan kejadian itu berlaku begitu pantas," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata suspek dipercayai memasuki kawasan kilang berkenaan dengan memanjat pagar dan gerakan mengesan mereka menjadi sukar berikutan kawasan terlibat tidak dilengkapi kamera litar tertutp (CCTV).

Mohd Hatta meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya menghubungi balai polis berdekatan. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tanah Runtuh <b>Di Bayan Lepas</b>, 4 Sekeluarga Nyaris Maut

Posted: 02 Sep 2013 11:45 PM PDT

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Polis bongkar makmal dadah <b>di</b> pangsapuri mewah <b>Bayan Baru</b> <b>...</b>

Posted: 05 Oct 2013 02:19 AM PDT

GEORGE TOWN – Polis berjaya membongkar makmal memproses dadah yang beroperasi dalam sebuah pangsapuri mewah di Bayan Baru, awal hari ini.

Ketika serbuan pukul 1.00 pagi itu, dua lelaki dipercayai menjadi dalang utama kegiatan itu dikatakan baru keluar dari rumah mereka yang terletak di tingkat tujuh dengan membawa dua beg.

Kedua-dua suspek yang menyedari kehadiran polis kemudiannya melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Proton Saga berwarna putih.

Polis yang kemudiannya menggeledah rumah berkenaan menjumpai sepucuk pistol dan beberapa bungkusan dadah dipercayai jenis heroin selain bahan kimia serta peralatan memproses dadah.

Siasatan awal mendapati suspek telah menyewa rumah berkenaan selama lima bulan.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika dihubungi mengesahkan operasi itu dan berkata satu sidang media mengenainya akan diadakan. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Komen