09 di Butterworth - Google Blog Search |
Lolos Angkara Serbuk Lada: 120 Anggota Polis Dikerah Buru <b>...</b> Posted: 07 Jan 2013 06:03 PM PST
Sembilan orang kena tahan (OKT) berbahaya yang dalam perjalanan ke Kompleks Mahkamah Butterworth di sini dengan menaiki sebuah van untuk proses pertuduhan dan perintah reman bertindak nekad membelasah empat anggota polis pengiring hingga menyebabkan mereka berjaya meloloskan diri semalam. Kejadian pukul 9.30 pagi di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) berhampiran Bagan Ajam iaitu kira-kira dua kilometer dari kompleks itu mengakibatkan seorang anggota polis dikenali sebagai Nazzwan cedera parah di kepala. Dua lagi yang dikenali sebagai Sharifuddin dan Mahendren pula cedera ringan di kepala dan beberapa bahagian badan manakala seorang lagi turut cedera di bahagian sama. Mereka merupakan anggota polis dari unit pengiring Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara. Kesemua OKT merupakan penjenayah berbahaya kerana terlibat dalam jenayah berat seperti bunuh, rompakan berkumpulan dan mendatangkan cedera dengan senjata tajam. Ketika kejadian, kesemua tangan mereka digari. Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, sebelum kejadian, keempat-empat anggota itu telah mengambil kesemua OKT terbabit dari Penjara Pulau Pinang untuk dibawa ke kompleks berkenaan bagi proses pertuduhan dan reman kes masing-masing. Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, beberapa OKT berpura-pura bergaduh sesama sendiri menyebabkan pemandu van terpaksa memberhentikan kenderaan itu untuk meleraikannya. "Ketika itulah salah seorang OKT melempar serbuk lada ke arah salah seorang anggota polis menyebabkan berlaku pergelutan.
Tambahnya, mereka kemudian merampas kunci gari daripada seorang anggota polis sebelum melarikan diri dengan menaiki van berkenaan. Menurut Abdul Rahim, polis yang melancarkan operasi kemudian menemui van tersebut di kawasan Padang Cempedak, Tasek Gelugor kira-kira 20 kilometer dari lokasi kejadian dengan dua OKT masih berada di dalamnya manakala tujuh yang lain lesap. "Kita masih menyiasat bagaimana OKT dapat membawa serbuk lada berkenaan. Kita percaya kejadian berlaku akibat kecuaian anggota kerana tidak membuat pemeriksaan teliti ketika mengambil OKT dari penjara," katanya. Sehubungan itu, polis mencari Mohd. Sharini Md. Noor, 28, dari Kubang Ulu, Bukit Mertajam; Farid Akhtar, 24, dari Jalan Kapar, Selangor; Mohd. Khairul Nizam Abdul Rani, 25; Hamizani Harun, 37, dari Tasek Gelugor; Hisham Abd. Rahman, 39, dari Sungai Petani, Kedah; Mohd. Fairuz Adam, 31, juga dari Sungai Petani, dan Mohd. Noor Mustafa, 28, dari Kubang Ulu bagi membantu siasatan. "Kita percaya semua OKT berkenaan masih bersembunyi di sekitar kawasan Tasek Gelugor dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai tempat persembunyian mereka supaya menyalurkannya kepada polis," katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 223/224/394 Kanun Keseksaan iaitu kecuaian penjawat awam, tahanan melarikan diri dan mendatangkan cedera ketika menyamun. - Bernama / Kosmo! http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0108&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm |
You are subscribed to email updates from di Butterworth - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |