Rabu, 27 Februari 2013

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search


Kereta Api Tergelincir Berhampiran <b>Bukit Mertajam</b>, Tiada <b>...</b>

Posted: 09 Feb 2013 07:13 PM PST

Dikarang Oleh | February 10, 2013 at 11:13 am | Comments | Tempatan

keretapi tergelincir

Kereta api milik KTM yang dalam perjalanan menghala ke selatan tergelincir daripada landasan di Bukit Mertajam pada pukul 2.45 petang, Sabtu. Kejadian tersebut menyebabkan enjinnya terbakar. Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.

BUTTERWORTH: Kereta api milik KTM yang menghala ke selatan dengan muatan, 150 penumpang tergelincir daripada landasan di Bukit Mertajam pada 2.45 petang Sabtu.

Kejadian tersebut menyebabkan enjinnya terbakar. Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden itu.

Keretapi Sinaran Utara yang dalam perjalanan dari Butterworth ke Kuala Lumpur tergelincir daripada landasannya di KM13.5 antara Bukit Mertajam dan Simpang Ampat.

Jurucakap KTM Berhad berkata siasatan sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca kemalangan berkenaan.

"Semua penumpang dipindahkan ke stesen berhampiran menggunakan bas bagi membolehkan mereka menaiki keretapi seterusnya ke Kuala Lumpur," katanya.

Beliau menambah insiden tersebut bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang gangguan terhadap perjalanan kereta api.

mStar

di negeri pulau pinang - Google Blog Search

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


Tempat Menarik di Pulau Pinang (Muzium <b>Negeri Pulau Pinang</b> <b>...</b>

Posted: 15 Feb 2013 02:29 AM PST


Muzium terletak di Jalan Furquhar,berdekatan Fort Cornwallis (dahulunya Penang Free School).Dibina pada tahun 1821 Muzium ini mempunyai koleksi seni gambar2 lama,peta,carta dan peninggalan sejarah.Selain itu anda juga boleh melihat Keris Melayu , Al-Quran tulisan tangan dan banyak lagi.Kalau datang jangan lupa singgah ya.Kepada pencinta sejarah jangan lepaskan peluang jika ke Pulau Pinang.Jarak dari homestay kami hanya 7.4KM sahaja.Kenali asal-usul Pulau Pinang....
View-Of-Prangin-And-Maxwell

Alamat :
MUZIUM NEGERI PULAU PINANG,
LEBUH FURGUHAR
10200 PULAU PINANG
WAKTU OPERASI
0900 - 1700
TUTUP JUMAAT
PELAJAR SEKOLAH RM0.50
DEWASA : RM1.00

09 di Batu uban - Google Blog Search

09 di Batu uban - Google Blog Search


Condominium for Rent in Sunny Ville Condominium, <b>Batu Uban</b> <b>...</b>

Posted: 27 Feb 2013 10:24 AM PST


09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search


DAP Jangan &#39;Buat-Buat Lupa&#39; Konsert Arak RM3 Juta <b>Di Batu</b> <b>...</b>

Posted: 13 Feb 2013 02:53 AM PST

- Feb 13, 2013 18:53:17.

konsert arak dap

mynewshub - SEMALAM Barisan Nasional (BN) berjaya mengumpulkan hampir 100,000 orang pengunjung ke majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Pulau PinangPROJEK DAP PIKAT MELAYU GAGAL, BAKAL KECUNDANG PADA PRU13. Read more ... ».

Ia terbuka dan bukan untuk ahli parti itu semata-mata. Pelbagai juadah telah dihidangkan, semuanya makanan dan minuman HALAL bagi membolehkan semua lapisan rakyat meraikannya bersama-sama dalam semangat 1Malaysia.

Bagi memeriahkan acara, sebuah badan korporat, Mega Ultimate telah memaklumkan pada penganjur bahawa mereka mahu membawa penghibur terkenal dari Korea, Psy, untuk memeriahkan sambutan tersebut.

Apatah lagi bila fenomena Gangnam Style cukup hebat melanda penggemar muzik di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Kalau tak masakkan DAPPROJEK DAP PIKAT MELAYU GAGAL, BAKAL KECUNDANG PADA PRU13. Read more ... » melancarkan sebuah klip video parodi lagu itu dalam satu majlis besar-besaran di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tajuk lagu Gangnam Style itu diubah menjadi Ubah Roket Style…majlis pelancaran video parodi itu boleh diikuti DI SINI

Di sini menunjukkan yang DAP juga peminat tegar Psy dan lagu Gangnam Style itu, sebab itu mereka memilih lagu berkenaan untuk diubah dan dijadikan alat untuk memancing pengundi mereka.

Alih-alih bila Psy membuat persembahan semalam, mereka pula yang meroyan tak tentu pasal.

Sepatutnya mereka malu sendiri kerana merekalah parti politik pertama yang memulakan polemik Psy ini.

Mereka sepatutnya berterima kasih pada Psy kerana sekurang-kurangnya penyanyi berkenaan tidak mengambil tindakan mahkamah kerana mereka telah melanggar hak cipta penyanyi itu dengan 'mencedok dan mengubah' lagu tersebut sesuka hati mak bapa mereka!

Berbalik kepada isu berkenaan, DAP jangan lupa yang perangai mereka lebih teruk dan lebih jijik kerana menganjurkan program bersama dengan sebuah syarikat arak untuk mengadakan konsert di Batu Feringghi pada November lalu.

DSC03918

Where-the-party-2012-09-480x320

Where-the-party-2012-15-480x320

Where-the-party-2012-20-480x320

Where-the-party-2012-18-480x320

Akhbar Sinar Harian dalam artikelnya bertarikh 11 November ada butirannya.

Berikut adalah petikan daripada artikel berkenaan;

 

Konsert ada kelulusan MPPP

Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: November 11, 2012

 33

Eh…lupa dalam konsert arak di Batu Feringghi itu, lagu Gangnam Style pun ada tau…meh kita tengok jap…

Dari segi matematik, ia cukup mudah.

Persembahan Psy di rumah terbuka Tahun Baru Cina semalam adalah SALAH kerana ia anjuran Barisan Nasional.

Tetapi konsert arak di Batu Feringghi TAK SALAH kerana ia program kerajaan DAP.

Itu saja, checkmate!

09 di kepala batas - Google Blog Search

09 di kepala batas - Google Blog Search


SharpShooter: PKR kumpul tuntut Polis <b>Kepala Batas</b> bebas Lim <b>...</b>

Posted: 22 Feb 2013 01:59 AM PST

SEKUMPULAN aktivis PKR Pulau Pinang berhimpun di perkarangan IPD Polis Kepala Batas petang ini ekoran penahanan reman rakan mereka, Lim Chee Leong selama sehari semalam bermula pagi tadi.

Ketua AMK Pulau Pulang, Amir Ghazali berkata, Lim Chee Leong, Naib Ketua Pasukan Keadilan Perai ditahan bagi membantu siasatan satu kes pergaduhan yang membabitkan bekas pekerjanya di kawasan komersial Jalan Raja Uda, Bagan pada Selasa lepas

"Bekas pekerja Lim Chee Leong kutip duit parkir RM5 satu kereta secara tidak sah dan tanpa pengetahuan Lim Chee Leong sendiri.

"Perbuatan Jusrul (bekas pekerja Chee Leong) itu menyebabkan pelanggan kedai Lim Chee Leong tidak puas hati, sampai berlaku pergaduhan. Lim Chee Leong cuba dibabitkan sedangkan itu perbuatan bekas pekerjanya," ujar Amir di sini.

Ketua Jingga 13, Amizudin Ahmat yang lebih dikenali sebagai sebagai blogger 'Sharpshooter', Abg Latif (Ketua Cabang Kepala Batas) antara aktivis yang hadir di sini.

Wakil peguam mangsa berkata, pihaknya sedang berusaha mendapatkan perintah membebaskan anak guamannya itu petang ini juga.

Berita lanjut mengusul kemudian.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

09 di tanjung tokong - Google Blog Search

09 di tanjung tokong - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung tokong</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Sep 2012 01:44 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Penduduk <b>Tanjung Tokong</b> bantah bina galeri warisan <b>...</b>

Posted: 15 Sep 2012 11:00 PM PDT

TANJUNG TOKONG - Persatuan Penduduk Tanjung Tokong membantah pembinaan projek 'warisan mati' yang berkonsepkan galeri dan rumah contoh di atas tanah seluas 160 meter persegi di sini. Sehubungan itu, Pengerusinya, Mohammad Salleh Yahya berkata, pihaknya memohon supaya pemaju menangguhkan sementara pelan kelulusan bangunan ditapak fasa 5 kampung berkenaan bagi tujuan pembinaan itu kerana masih banyak isu berbangkit dan tuntutan yang belum diselesaikan. "Kami menolak konsep dan perlaksanaan 'warisan mati' iaitu pembinaan galeri atau sebuah bangunan yang hanya menceritakan sejarah Kampung Tanjung Tokong.

 "Pembinaan ini langsung tidak menggambarkan realiti warisan asal yang wujud di kampung berkenaan iaitu tapak bersejarah berusia lebih 250 tahun," katanya. Mohammad Saleh berkata, pembangunan bukan sekadar binaan batu bata yang diibaratkan seperti pembangunan tanpa roh, sebaliknya pembangunan mestilah diisi dengan budaya, sejarah dan tamadun. "Itulah pembangunan hidup yang sudah diwar-warkan Tun Razak iaitu 'Better emenities for Tanjung Tokong Soon'," katanya.

 Selain itu, menurutnya, terdapat enam bentuk warisan di sini antaranya, rumah tradisional di Jalan Lama dan kampung tersusun di Kampung Moden Tanjong Tokong.

 "Adanya juga warisan institusi yang berusia lebih 100 tahun iaitu Persekutuan Setia Tanjong Tokong yang ditubuhkan pada 1911 dan Madrasah Al Taqwa pada 1900. "Antara elemen warisan lain termasuk warisan tapak budaya, warisan penjaja Melayu, warisan nelayan Jermal melalui seni perahu dan permainan rakyat, tetapi kami kesal dengan cadangan yang mahu warisan sejarah dalam bentuk galeri sahaja," katanya.

 Beliau berkata, ia bertentangan dengan pelestarian warisan hidup selaras dengan apa yang dilaksanakan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco). "Saya harap aktivis dan pakar warisan membentangkan pelan cadangan bagaimana warisan layak dilestarikan dalam pembangunan semula Tanjong Tokong," katanya.

 Sebelum ini, Pengarah Uda Land (North) Sdn Bhd, Kamaruzaman Mohamad mengumumkan pelan pembangunan Tanjung Tokong mengandungi pembinaan Galeri Tanjung Tokong iaitu rumah yang bercirikan tradisional di sekeliling bazar.

 Uniknya bazar berkenaan turut dibina dengan ciri kolonial dan langsung tidak memperlihatkan pembangunan moden secara langsung. Kamaruzaman berkata, pihaknya juga pernah bertanya mengenai sejarah susur galur di sini, bagi membolehkan sejarah berkenaan dipamerkan dalam galeri.

 Tegasnya, seperti di Kapitan Keling mempunyai sejarahnya tersendiri, namun di sini sejarahnya yang dikatakan perkampungan nelayan juga sama seperti Tanjung Bungah, Jelutong dan Batu Uban. Namun Uda tidak pernah memandang ringan hal berkenaan dan membina galeri untuk penduduk tempatan dan pelancong mengetahui sejarah Kampung Tanjung Tokong.

09 di tanjung bungah - Google Blog Search

09 di tanjung bungah - Google Blog Search


Condominium for Rent in Indah Bay Condominium, <b>Tanjung Bungah</b> <b>...</b>

Posted: 27 Feb 2013 10:12 AM PST


09 di balik pulau - Google Blog Search

09 di balik pulau - Google Blog Search


WORLD FOOD PARADISE: <b>Balik Pulau</b> Assam Laksa

Posted: 26 Feb 2013 04:28 PM PST



CNNGo International Food Survey has voted Penang Assam Laksa world's No. 7 most delicious food and it is the only Malaysian food that was in the ranking! Whether you love or hate this dish, nobody can ever deny that it is one of our most unique hawker food that is authentically originated from Penang. Perhaps the government should quickly patent it before our neighboring Singapore claims it to be their dish just like what they have done with Yee Sang. However, I doubt it will be the case as Singapore already has their own version of Laksa which is more popularly known as Curry Mee in Penang.
Just like any other hawker food, you can find Assam Laksa almost anywhere you go in Penang. Since you are about to try the number one Penang hawker food, why not go the extra mile and do it in the deep interior of Penang island that is Balik Pulau. Located on a high plateau tucked in between the hills of Penang, Balik Pulau has been a sleepy town for centuries. Only recently that we witness developments in the area thanks to the scarcity of land and rising cost in other more popular spots on the island. In fact, more and more people are moving to Balik Pulau, judging from the number of residential projects launched by major developers. People come here for the simplicity of life; freshness of the atmosphere and of course Durian. 
Balik Pulau is easily accessible as there are now 3 road linkages that connect this sleepy town to the rest of Penang Island. You can drive from Batu Ferringhi, Air Itam and Bayan Lepas. All these roads provide you with breathtaking driving experience as you get to enjoy the natural beauty of the pristine hills and see the other side of Penang as you ascend halfway during your journey. The western end of the island is relatively under-developed which is a blessing in disguise as the area has been spared from the destructive force of modern development.
Balik Pulau is a very small town and once you are in the center of it you can easily spot the old market. You can visit this place anytime of the year, not just during the Durian season. Try the famous Laksa located in a humble kopitiam right next to the old market. Business started in the afternoon. You can order the deep fried spring roll to go with this dish as people usually dip their spring roll into the laksa soup. This is how the locals like it so you might as well try it.  


09 di bagan ajam - Google Blog Search

09 di bagan ajam - Google Blog Search


Anak naik bas ziarah ayah maut kemalangan

Posted: 22 Feb 2013 04:54 AM PST

Dikarang Oleh | February 22, 2013 at 8:54 pm | Comments | Tempatan

image17

Keadaan belakang lori dirempuh sebuah bas setelah terbabit dalam kemalangan maut di KM 314.3 Lebuhraya Utara Selatan di Tapah, hari ini. – Foto Bernama

TAPAH – Mohd Amin Abdul Rahman, 32, anak kepada mangsa maut dalam tragedi kemalangan bas pagi tadi, tidak menyangka kepulangan ayahnya ke Pulau Pinang untuk menziarahi jenazah datuknya turut menyebabkan beliau kehilangan ayah tercinta.

Mohd Amin yang merupakan anak kedua daripada enam beradik berkata beliau turut kehilangan datuknya yang meninggal dunia akibat sakit tua di Bagan Ajam, Seberang Perai pada 11 malam tadi.

"Bila dapat tahu Tok Wan meninggal saya terus menziarahinya kerana kebetulan saya ada kerja di Pulau Pinang. Saya hubungi mak dan ayah bagi tahu perkara ini dan menyatakan kepadanya yang saya tunggu di sini (Pulau Pinang).

"Saya minta mak dan ayah naik bas pagi ini, bila telefon mak kira-kira 12 malam tadi, mereka sudah berada dalam bas menuju ke Pulau Pinang, " katanya kepada pemberita di Hospital Tapah di sini hari ini.

Dalam kejadian 7 pagi tadi, mangsa yang maut ialah pemandu bas ekspres, Mohd Anuar Jantan, 42, dan penumpang bas, Abdul Rahman Noh, 59.

Mohd Amin yang bekerja sebagai pengedar minuman berkata dia terkejut mendengar berita menyedihkan itu selepas menerima panggilan daripada ibunya pagi tadi.

"Bila dapat tahu mereka terlibat dalam kemalangan dan ayah meninggal dunia, saya bergegas ke Hospital Tapah kerana mayat dihantar ke hospital ini," katanya yang berasal dari Kempas Jaya, Johor Bahru.

Sementara itu di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, seorang penumpang yang terselamat Mohd Khaizul Safiee, 29, berkata dia tidak menyangka bas yang dia naiki terbabit dalam kemalangan.

"Ada beberapa penumpang meminta pemandu memandu lebih laju kerana bas dipandu terlalu perlahan. Tetapi pemandu bas ada bagi tahu dia sangat penat," katanya.

Katanya bas terbabit bertolak dari Johor Baharu kira-kira 11.30 malam sebelum berhenti di Hentian Pudu Sentral 5 pagi tadi untuk menukar bas.

Beliau berkata dalam kejadian itu kebanyakan penumpang cedera di kepala akibat terhantuk pada tempat duduk penumpang di hadapan manakala sebahagiannya terperosok di bawah tempat duduk. – Bernama