Isnin, 11 Mac 2013

09 di Batu maung - Google Blog Search

09 di Batu maung - Google Blog Search


bilik sewa <b>batu</b> tiga shah alam 2013 - Iklan <b>di</b> Mudah PERCUMA

Posted: 01 Jan 2013 07:58 PM PST

Bilik Untuk Disewa (1 Kekosongan, Perempuan Shj)
Kemasukan : Februari 2013
Lokasi : Apartment Brunsfield, Seksyen 13 Tingkat 14, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Sewa : RM215 sebulan (Deposit kemasukan : RM715 termasuk Access Card – 2+1)
Kemudahan : House Fully Furnished, Kawasan Strategik berdekatan MSU/ Stadium Shah Alam/Giant/ Tesco & KTM Batu 3, Ada Kolam Renang dll
Berminat Sila Hubungi : Azera – 012-6214886

Incoming search terms:

  • bilik sewa kg baru kemasukan mac 2013 (4)
  • bilik sewa bandar baru bangi 2013 (3)
  • bilik sewa di puchong perdana march 2013 (3)
  • bilik sewa batu cave 2013 (3)
  • bilik sewa perempuan di rimba shah alam 1 mac 2013 (3)
  • bilik sewa di alor setar kedah bagi march2013 (3)
  • bilik sewa di batu maung penang march 2013 (2)
  • bilik sewa di puchong march 2013 (2)
  • bilik sewa di bandar baru bangi march 2013 (2)
  • bilik sewa kampung baru KEMASUKAN 1 MAC 2013 (2)
  • kerja kosong di msu shah alam 2013 (2)
  • bilik sewa shah alam march 2013 (2)
  • bilik sewa kg baru march 2013 (2)
  • cari flat untuk disewa di puchong 2013 (2)
  • bilik untuk disewa di shah alam mac 2013 (2)
  • bilik untuk disewa di seremban 2 2013mudah co (2)
  • bilik sewa PJS 2 kemasukan march 2013 (2)
  • bilik untuk di sewa batu tiga shah alam 2013 (2)
  • rumah sewa batu caves 2013 (2)
  • bilik sewa di bandar baru bangi april 2013 (2)


Wednesday, 02 January 2013 03:58 Kategori: Lain-lain
Label Iklan:

09 di tasek gelugor - Google Blog Search

09 di tasek gelugor - Google Blog Search


<b>Tasek Gelugor</b> Portal: Generasi Muda Sokong BN !!

Posted: 06 Mar 2013 08:38 AM PST


Tasek Gelugor- 6 Mac 2013- YB Ustaz Shabudin Bin Yahya selaku Ketua UMNO Bahagian dan Pengerusi BN Tasek Gelugor hari ini 'turun padang' didalam Program Bersama 'Generasi Muda Sokong BN'.  Program tersebut juga turut dihadiri lebih 50 anak muda yang selama ini memberi sokongan kepada BN/UMNO Di Tasek Gelugor. Turut juga bersama-sama dalam lawatan tersebut adalah setiausaha UMNO bahagian Saudara Zambri Che Ros diikuti dengan barisan kepimpinan di kawasan.
Kumpulan 'Generasi Muda Sokong BN' ini melibatkan diseluruh jentera pemuda didalam kawasan PDM Jarak dan PDM Padang Menora.

Program dimulakan dengan YB Ustaz Shabudin mengetuai bacaan Al-Fatihah bagi disedekahkan kepada anggota keselamatan negara yang telah gugur dalam insiden serangan di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini.
Dalam program yang berlangsung juga, kumpulan NGO, 'Generasi Muda Sokong BN', berjanji akan memberikan taat setia kepada Parti dan juga berjanji akan terus mempertahankan UMNO/BN dalam PRU13 tidak lama nanti.
YB Shabudin juga turut memberikan penerangan berkenaan tentang suasana politik di Pulau Pinang dan juga di Tasek Gelugor. Dalam ucapannya, beliau menegaskan dan mengakui kekuatan jentera Pemuda amatlah penting kerana jentera ini merupakan jentera utama ataupun boleh diketegorikan sebagai 'Front Line' bagi menghadapi pembangkang di Pulau Pinang.
Dengan itu beliau juga berharap ianya dapat dijadikan elemen utama kepada seluruh jentera UMNO/BN dalam usaha mendapatkan kembali Pulau Pinang dan mempertahankan Tasek Gelugor.
Selain menyampaikan taklimat dan penerangan khusus dalam program berkenaan, Beliau turut memberikan sedikit sumbangan kepada kumpulan NGO ini untuk bergerak dan menjalankan aktiviti-aktiviti dikawasan.- TGP.

09 di jelutong - Google Blog Search

09 di jelutong - Google Blog Search


Pemimpin PAS negeri nak lupuskan perkuburuan Islam <b>di</b> - Lantak <b>...</b>

Posted: 18 Jan 2013 05:39 PM PST


Kira-kira 120 batu nisan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Jelutong, di sini, didakwa dialihkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) atas arahan seorang pemimpin PAS negeri.

Pemimpin terbabit yang juga Ahli Majlis MPPP turut didakwa mengarahkan pihak berkuasa tempatan itu melupuskan kira-kira 40 batu nisan yang dialihkan itu di tapak pembuangan sampah berdekatan saluran najis.
Tindakan itu mengundang kemarahan 200 penduduk Kampung Pokok Asam, Jelutong yang mendakwa pemimpin berkenaan tidak prihatin ayat suci al-Quran pada batu nisan. Penduduk juga mendakwa tindakan itu dilakukan tanpa pengetahuan waris.

Pengerusi Persatuan Bertindak Penduduk Jelutong Timur, Zarus Yusof, berkata pengalihan dan pelupusan batu nisan berkenaan dilakukan 11 Januari lalu oleh kontraktor MPPP, menyebabkan pihaknya memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), Khamis lalu selain membuat dua laporan di Balai Polis Jelutong.

"Mereka mengalihkan nisan senyap-senyap, tapi penduduk tahu dan menghalang.
Bagaimanapun kira-kira 40 batu nisan sudah pun dilupuskan dekat tempat najis itu. Orang MPPP sendiri memberitahu kami pemimpin PAS itu mengarahkan tindakan terbabit," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Daerah Barat Daya, Mohd Hussein Suhai Buden, berkata pemimpin parti yang kononnya memperjuangkan Islam tidak seharusnya mengeluarkan arahan melupuskan batu nisan yang mengandungi kalimah Allah dan ayat suci al-Quran.

"Sepatutnya dibina stor khusus menyimpan batu nisan yang mungkin lama dan tidak digunakan lagi, bukan mengalihkan sesuka hati dan kemudian melupuskannya di tempat pembuangan sampah," katanya.

BH kemudian mendapatkan Ahli Majlis MPPP, Yusof Mohd Noor yang dikaitkan dengan perkara itu, namun beliau menafikan mengeluarkan arahan sedemikian kepada MPPP, kecuali meminta membersihkan sampah di sekitar tanah perkuburan berkenaan.

Sambil menambah dakwaan dilemparkan terhadapnya itu sama sekali tidak benar, beliau tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan itu.

09 di tanjung tokong - Google Blog Search

09 di tanjung tokong - Google Blog Search


Najib beri jaminan kepada penduduk Tanjong <b>Tokong</b> <b>...</b>

Posted: 08 Dec 2012 03:03 AM PST

GEORGE TOWN - Lawatan Datuk Seri Najib Tun Razak ke kampung Tanjong Tokong di sini memberi sinar baharu kepada penduduk apabila Perdana Menteri secara spontan memberi jaminan untuk mempertimbangkan permintaan mereka.

Dalam pertemuan dengan Jawatankuasa Khariah Masjid Tuan Guru Tanjong Tokong di sini Sabtu, Najib secara peribadi mendengar rintihan penduduk yang bimbangkan nasib mereka dan permintaan kemudahan infrastruktur di kawasan itu.

"Penduduk Tanjong Tokong akan dapat apa yang sepatutnya dapat...saya dimaklumkan UDA juga akan membina 2,000 unit rumah dengan keluasan 850 kaki persegi dan kita harap ia siap tidak lama lagi," kata beliau sambil disambut dengan laungan takbir oleh orang ramai dalam masjid itu.

Najib berkata, Badan Perhubungan Umno Negeri telah diarah untuk membantu dan menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk kampung itu dan mahu menjadikan Tanjong Tokong sebagai 'nadi' Barisan Nasional (BN) untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.

Katanya, lawatan beliau ke kampung Tanjong Tokong itu adalah sebagai mengulangi sejarah lawatan Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak pada tahun 1972 dengan misi yang sama iaitu membantu masalah penduduk kampung berkenaan.

Pada pertemuan itu, Najib turut berjanji untuk membantu golongan belia di kampung itu setelah mendengar keluhan golongan muda dan menerima memorandum daripada Persatuan Belia Asas Bersatu Tanjong Tokong.

Memorandum yang meminta kemudahan untuk golongan belia menjalankan aktiviti riadah dan latihan kemahiran itu diserahkan setiausaha persatuan Muhaizan Md Mokhtar.

Sementara itu, Pengerusi Uda, Datuk Nur Jazlan Mohamed dalam satu kenyataan berkata Uda Holdings Berhad akan membangunkan semula Parcel 4A di Tanjung Tokong termasuk membina pangsapuri kepada 1,200 penduduk di kawasan itu yang dianggarkan bernilai RM165 juta.

"Matlamat Uda untuk projek pembangunan semula kawasan itu adalah untuk mewujudkan persekitaran yang lebih baik dan selesa kepada penduduk di Tanjung Tokong," katanya.

Nur Jazlan berkata idea pembangunan dan pembinaan semula Kampung Tanjung Tokong di bawah Uda itu adalah hasil cetusan idea bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak, pada tahun 1972.

Pada lawatan itu, Najib sempat meluangkan masa melawat Galeri Warisan Tanjung yang mempamerkan pelbagai manuskrip lama dan gambar bersejarah Tanjung Tokong.

09 di Batu kawan - Google Blog Search

09 di Batu kawan - Google Blog Search


Berita Harian | Podium <b>di</b> Qatar sandaran Fitri &#39;tawan&#39; <b>Batu Kawan</b>

Posted: 26 Nov 2012 11:41 AM PST

Kuala Lumpur: Gelaran juara pada pusingan terakhir Piala Impian Asia (ADC) yang berakhir di Qatar, Sabtu lalu menjadi pembakar semangat buat pelumba muda terbaik Cub Prix 2012, Mohd Fitri Ashraf Razali untuk menghadapi perlumbaan terakhir kategori CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Batu Kawan 1 dan 2 Disember ini.

Ketika kelompok besar pelumba di hadapan melepasi selekoh terakhir untuk menuju ke garisan penamat, pelumba 18 tahun itu dapat meloloskan diri dan akhirnya berjaya memecut bersendirian ke garisan penamat buat meraih gelaran juara.

Dia merakamkan catatan keseluruhan 18 minit 05.526 saat di hadapan pelumba Thailand, Kanatat Jaiman dan pelumba Indonesia, Iswandi Muis yang menamatkan perlumbaan dengan masa 18:05.7024s dan 18:05.703s.

Bakar semangat

Namun hasrat Fitri meneruskan aksi sama pada Perlumbaan 2 tidak kesampaian apabila sekadar tamat di tempat keenam. Perlumbaan malam berkenaan sebaliknya dimenangi pelumba Australia, Joshua Hook dengan masa 18'00.916s manakala Iswandi kedua, 18'01.130s dan pelumba Jepun, Hiroki Ono ketiga, 18'01.150s.

"Perlumbaan minggu ini sangat sengit namun saya puas," kata Fitri yang mengakui penyertaan dalam saingan ADC yang dijalankan serentak dengan Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS membawa lonjakan besar dalam kerjaya perlumbaan dirinya.

Penuh dengan pengalaman menggembirakan sepanjang minggu ini, Fitri berharap ia akan berterusan dalam Kejuaraan Cub Prix di Batu Kawan minggu ini.

Tanah kubur Hindu <b>Batu Kawan</b> dirampas DAP Penang - Unit Media <b>...</b>

Posted: 10 Feb 2013 06:00 PM PST

Berdepan restoren Hai Siang Seafood di Jalan Besar Simpang AMpat Seberang prai, satu bantahan telah di buat semalam tenggahri oleh kaum India terhadap pengambilan tanah perkuburan India yang akan dirampas dan diberikan kepada Hindu Endowment Fund Pulau Pinang.

Bantahan yang diketuai oleh MV Mathuyalagan a/l Veeriah yang merupakan Pengerusi IPF Bhg Nbong Tebal, turut disertai oleh seramai 40 orang penduduk Ladang Batu Kawan, Ladang Celdonia dan Simpang Ampat serta pemimpin MIC Batu kawan.

Pengambilan tanah perkuburan India Ladang Batu Kawan ini melibatkan sebanyak 4 ekar tanah. Ia menyerupai bagaimana tanah ladang yang telah diberikan untuk kaum India untuk perumahan mereka dicilok Xavier dan Sivarasa untuk tujuan lain dari perumahan mereka dengan menggunakan salahkuasa pihak negeri.

Ketika sidang akhbar, M.V Mathialagan menjelaskan bahawa penduduk tidak puashati dengan perampasan tanah kubur orang India dan Prof P. Ramasamy tidak ada kuasa sebagai Timbalan Ketua menteri II untuk cmpur tangan dan hanya menjadi budak suruhan untuk memberitahu mereka telah mengambil alih tanah perkuburn India Ladang Batu Kawan

09 di bagan ajam - Google Blog Search

09 di bagan ajam - Google Blog Search


Lantak HANGPA la...: Cadangan Kerajaan P.Pinang Bina Terowong <b>...</b>

Posted: 10 Mar 2013 05:54 PM PDT


Cadangan Kerajaan Pulau Pinang untuk membina terowong dasar laut di negeri ini mendapat reaksi kurang menyenangkan daripada rakyat khususnya yang melibatkan aspek keselamatan pengguna serta kesan terhadap alam sekitar.

Beberapa peserta majlis dialog mengenai cadangan pelaksanaan projek jalan-jalan utama dan terowong di Pulau Pinang dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng di sini, pada Ahad mempersoalkan keperluan pembinaan terowong dasar laut itu.

Tony Phuah, 30an, seorang penyelidik bebas mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang dilihat tergesa-gesa mengumumkan cadangan pembinaan terowong itu pada waktu yang hampir dengan pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

"Mengapa projek ini diumumkan dalam masa yang begitu hampir dengan pilihan raya dan adakah sekiranya pembangkang berjaya ke Putrajaya projek terowong ini akan dibatalkan dan kerajaan akan memperkemaskan sistem pengangkutan awam," katanya dalam soalan kepada Lim.

Lim dalam jawapannya berkata cadangan pembinaan terowong itu telah dirancang sejak 2011 bertujuan membantu menyelesaikan masalah kesesakan di negeri ini.

Lim baru-baru ini mengumumkan pembinaan terowong bernilai RM6.3 bilion itu menghubungkan Gurney Drive di pulau ini dengan Bagan Ajam sebelah tanah besar bertujuan mengurangkan kesesakan serta menambah pendapatan negeri.

Bagaimanapun menurut kajian Pensyarah Perancangan Bandar dan Wilayah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Madya Ahmad Fuzi Arshad pembinaan terowong itu tidak relevan kerana infrastruktur yang ada hari ini sudah memadai.

Beberapa peserta lain pula meminta kerajaan negeri memperkemas sistem pengangkutan awam di negeri ini agar lebih cekap.

"Rakyat sudah tidak mahu tunggu lagi. Kerajaan perlu laksanakan segera apa sahaja yang telah dirancang untuk selesaikan semua masalah trafik di Pulau Pinang," kata seorang peserta yang hanya mahu dikenali sebagai Michael.

Dalam jawapannya, Lim tetap menuding jari kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang didakwa tidak membantu kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah kesesakan trafik di negeri ini.

"Kita sudah bekerja keras dalam masa lima tahun ini untuk meningkatkan pengangkutan awam tetapi kerajaan BN yang bercadang untuk membina monorel pada 2006 hingga kini masih belum melaksanakannya.

"Tetapi bagi kita monorel itu sememangnya tidak sesuai dibina di sini dan kita akan membangunkan semula trem yang pernah wujud dahulu," katanya.