Kalau DAP dan Pakatan Rakyat percaya bahawa masyarakat India masih lagi menyokong mereka, sewajarnya DAP dan Pakatan Rakyat harus berfikir banyak kali. Kejadian memiliki lebih 80 kerusi Parlimen pada tahun 2008, hasil daripada bantuan dan tipu daya terhadap masyarakat India, nampaknya akan menjadi senjata yang menikam tuan.
Apatah lagi masyarakat India merupakan masyarakat yang paling tertindas di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Kepercayaan yang diberikan oleh masyarakat India kepada Pakatan Rakyat, kononnya Pakatan Rakyat akan membenarkan mereka membuat sebanyak-banyak mungkin kuil dan sebebas-bebasnya, telah dicabuli, bahkan mereka ditipu hidup-hidup.

Kalau di Merbok, masyarakat India dikatakan tidak diperlukan oleh Pakatan Rakyat, bahkan wakil Parlimen Merbok, Rashid Din dari PKR menyatakan PKR tidak memerlukan undi masyarakat India, di Pulau Pinang juga, perkara yang sama berlaku.
Terpedaya dengan janji-janji Pakatan Rakyat, masyarakat India di Batu Kawan telah membuat bantahan aman di hadapan Restoran Hai Siang Seafood, Jalan Besar, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan. Bantahan tersebut telah dilakukan pada jam 11:45 sehingga 12:10 tengah hari tadi.
Ketua pembantah adalah M.V.Mathiyalagan a/l Veeriah yang merupakan Pengerusi IPF Bahagian Nibong Tebal. Turut hadir adalah Ketua MIC Cawangan Batu Kawan, S.Linggam dan AJK IPF Cawangan Batu Kawan, A.David.
Seramai lebih kurang 40 orang terdiri daripada penduduk Ladang Batu Kawan, Ladang Kalidonia dan Simpang Ampat telah turut serta dalam bantahan berkenaan. Mereka membantah tindakan Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang yang telah merampas tanah perkuburan India Ladang Batu Kawan seluas 4 ekar yang akan diberikan kepada 'HINDU ENDOWMENT BOARD' Pulau Pinang.
Dalam bantahan tersebut, sebanyak 12 banner berukuran 4' X 4' telah dipamerkan. Antara tulisan yang tertulis di atas banner-banner berkenaan adalah:
(i) LGE dan RAMASAMY TIPU PENDUDUK BATU KAWAN
(ii) JANGAN RAMPAS TANAH PERKUBURAN NENEK MOYANG KAMI
(iii) SIAPA YANG BERI KUASA KEPADA PR
(iv) CAKAP TAK SERUPA BIKIN
(v) INIKAH KEBAJIKAN?

Selesai bantahan dilakukan, M.V. Mathialagan telah mengadakan satu sidang akhbar. Menurutnya, masyarakat India Batu Kawan tidak berpuas hati apabila tanah perkuburan India Ladang Batu Kawan telah diambilalih oleh HINDU ENDOWMENT BOARD yang telah diwujudkan oleh Pakatan Rakyat semata-mata untuk mengaburi masyarakat India, walhal ia sebenarnya bertujuan untuk melakukan rampasan bagi pihak DAP.
Mathialagan juga menegaskan, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof. P.Ramasamy tidak seharusnya masuk campur kerana dia tidak mempunyai sebarang kuasa untuk campurtangan dalam isu pentadbiran kuil.
Pakatan Rakyat juga tidak mempunyai sebarang kuasa untuk melakukan rampasan tanah perkuburan masyarakat India memandangkan tanah tersebut telah diberikan oleh Kerajaan Negeri terdahulu dan telah dipersetujui untuk dijadikan sebagai tanah perkuburan masyarakat India Ladang Batu Kawan.
Menurut Mathialagan lagi, baru-baru ini P.Ramasamy telah memberitahu yang Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mengambilalih tanah perkuburan tersebut. Manakala pentadbiran kuil Ladang Batu Kawan yang selama ini menguruskan tanah perkuburan itu, akan diserapkan di bawah pentadbiran 'HINDU ENDOWMENT BOARD' di bawah kuasa Lim Guan Eng.

Keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Guan Eng itu sebenarnya langsung tidak dirundingkan terlebih dahulu dengan pengurusan dan pentadbiran kuil Ladang Batu Kawan, sebaliknya Lim Guan Eng bertindak seolah-olah dia adalah Maharaja China abad ke-6 yang boleh mengeluarkan arahan dan perintah sesuka hati. Manakala P.Ramasamy pula tidak ubah seperti sida-sida ang telah dikasi dan sentiasa menjunjung perintah Lim Guan Eng, walaupun hakikatnya yang bakal dijadikan mangsa adalah masyarakatnya sendiri iaitu Masyarakat India.
Kes di Ladang Batu Kawan itu sebenarnya mempunyai kemiripan kepada Kampung Buah Pala yang telah dirampas, dimusnahkan dan kemudian Guan Eng buat cerita bohong untuk menutup kezalimannya. Dalam kes Kampung Buah Pala, balaci yang digunakan untuk memperdayakan penduduk kampung agar merelakan kampung mereka dimusnahkan adalah P.Ramasamy.
Orang yang sama!!!