Rabu, 3 April 2013

09 di tanjung bungah - Google Blog Search

09 di tanjung bungah - Google Blog Search


Kasih Salina: 2H/1M <b>di Tanjung Bungah</b> Beach Hotel

Posted: 08 Oct 2012 06:37 AM PDT


Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua..
Tetiba jer ada mood untuk update gambar bercuti dengan anak-anak.. takpe lah gambo lama pun kan.. dan pastinya sahabat-sahabat alam maya ku ini belum melihatnya lagi.. tak gituuu? Rasanya itu mesti tanda mau pergi bercuti la tu..
Ni masa pi Penang bulan Mac ritu lagi daa.. aku malas nak edit & transfer dari camera compact ku yang comel & kecil itu..huwawawa..
Tiap tahun memang tiga empat kali juga la kami sekeluarga ke Penang, Pulau Mutiara itu.. Pi Penang memang best, sekali sekala menyesakkan diri di tengah kesibukkan manusia & trafiknya.. Aku suka makan sup daging Hameed restoren & pekena pesemboq Penang yang marvelous tu..

Percutian Keluarga ke Bukit Bendera Pulau Pinang Di SINI

Perjalanan dari rumah kami ke Penang ambik masa dalam 2 jam camtu.. biasanya ke Penang mesti bermalam kat Hotel.. So, untuk trip kali ni kami memilih untuk menginap di Tanjung Bungah Beach Hotel.. Tempahan online dibuat melalui agoda lebih murah berbanding walk-in.. memang jimat & berbaloi-baloi ler..
Kad untuk bukak pintu dia pun cantik jugak.. sebab kami memilih Tanjung Bungah Beach Hotel sebab ada private beach supaya senang anak-anak aku nak main air terutamanya si kakak tu suka bebenor dengan air.. Ternyata pilihan kami tepat & memang seronok dapat main pasir & air laut..
veranda ni tempat yang paling best untuk lepak, aras sama dengan lobby hotel dan mengadap laut dengan tiupan angin pantai yang nyaman & segar..
dinding kaca di belakang adik tu membuatkan luas mata memandang ke laut.. memang kena sangat konsep & dekorasi Tanjung Bungah Beach Hotel ni..



swimming pool dia pun besar dan ada bahagian kanak-kanak & dewasa..
seronok dapat merasa mandi laut tapi airnya tidok lah jernih..

 playground pun ada..lepas mandi kolam kakak sambung main kat playground yang terletak bersebelahan dengan kolam renang..
 budak gemuk ni langsung tak peduli orang, seronok sangat la tu..
kutip batuan & kulit kerang..
Sebelum balik posing lagi di veranda ni.. bilik hotel ni biasa-biasa saja bagi aku dan padan la dengan nilai yang dibayar dan menu makan pagi nya banyak pilihan TETAPI rasanya tidak seperti standard hotel & TIDAK SEPERTI Chef Hotel yang masak..worse sangat-sangat..
 SEBAB apa aku KATA BIGITU - Tidak patut langsung nasi lemak yang mentah dihidangkan kepada Guest..
Aku rasa macam nak panggil jer manager on duty pada waktu itu..
Agak-agaknya, mereka sanggup tak melayan jika aku membuat aduan?

Percutian Keluarga ke Bukit Bendera Pulau Pinang Di SINI

09 di permatang pauh - Google Blog Search

09 di permatang pauh - Google Blog Search


AIDC » Anwar Umum Tidak Bertanding <b>Di Permatang Pauh</b>

Posted: 20 Mar 2013 01:28 AM PDT

AIDCNews – 20/03/13 – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan Sinar Harian membuat pengumuman untuk tidak mempertahankan kerusi parlimen Permatang pauh yang pernah disandangnya sebaliknya berhasrat untuk bertanding semula di Perak atau Selangor.

"Saya belum buat keputusan kerana ada cadangan yang meminta saya turun (bertanding) di Perak atau Selangor.

"Tetapi saya sedang menimbang untuk turun ke Perak," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

Difahamkan, Anwar kini mencari kawasan yang jumlah pengundi antara Melayu dan bukan Melayu hampir sama berbanding dengan majoriti pengundi di Permatang Pauh yang didominasi pengundi berbangsa Melayu dengan 69.4 %, diikuti bangsa Cina 24.5 % dan bangsa India hanya 6 % manakala lain-lain adalah 0.1 %.

Anwar memenangi kerusi Permatang Pauh menerusi pilihan raya kecil pada Ogos 2008 selepas dikosongkan oleh isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ketika diminta mengulas mengenai pengganti kerusi Parlimen Permatang Pauh, Anwar menjelaskan, beliau sedang meneliti beberapa nama calon untuk diletakkan di kawasan itu.

Anwar juga turut mengesahkan, anaknya, Nurul Izzah akan kekal bertanding di Lembah Pantai.

09 di Bukit jambul - Google Blog Search

09 di Bukit jambul - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Feb 2013 11:41 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Sep 2012 12:59 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Inspirasi Emas - Rumah terbuka Public Gold

Posted: 16 Sep 2012 05:01 AM PDT

Pada 8 & 9 September yang lepas, Public Gold hampir di seluruh cawangan di Malaysia ada buat Rumah Terbuka khas untuk semua customer, dealer2 dan juga famili2/ kawan2. So saya ada sempat menjemput dealer2 saya dan rakan2 juga customer untuk hadir majlis tersebut.

Ada yang reply msg kata x boleh hadir, ada yang reply msg kata boleh hadir dan ada yang senyap terus pon ada. hehe so taktau la masih wujud ke x nombor phone diorg2 yg senyap tu :)

Untuk makluman, bagi di negeri Pulau Pinang, tak dibuat di Bukit Jambul, di Bishop pon tak juga..tapi kali ni di Public Safe, Relau, (berhadapan dengan PISA)

Public Gold Bukit Jambul berpindah tempat

Apa?? ada yang masih tak tau?? Public Gold di Bukit Jambul sebenarnya telah pindah ke Public Safe, Relau

So kalau ada yang pi kat bukit jambul tu mungkin terkejut la tengok Public Gold dah tutup sebab berpindah tempat bukan sebab 'bankrap' hehe

Apa yang menariknya, lepas ni seminar tidak lagi dibuat kat Bishop, sebab ramai kata kat bishop tu agak jauh sikit..so kalini semua seminar akan dibuat di Public Safe tingkat 3. Pernah tengok tak camna rupa Public Safe ni?

Public Safe

Untuk maklumat lanjut tentang Public Safe ni sebenarnya anda smua boleh cek kat website  Public Safe http://www.publicsafe.com.my

Saya sendiri pon dah tempah peti simpanan kat sini, ada yang tanya saya, boleh tak nak simpan emas company lain? nak simpan silver boleh tak? sebenarnya, nak simpan apa pon boleh. tak kisah pon.. janji bukan bahan terlarang.

So saya harap lepas ni takda la orang takut2 nak simpan emas ok :) sebab apa?? sebab dah ada peti simpanan khas untuk anda sewa. Murah je.. maklumat lanjut boleh cek kat web saya bagi tadi ok

Rumah Terbuka

Buat julung kalinya, Public Gold buat rumah terbuka khas untuk kita semua pada 8&9 September yang lepas.

Alhamdulillah ramai juga yang datang ke majlis tersebut. Makan free je..rugi sapa tak mai..hehe

Tapi saya betul2 respek la diorg ni sanggup datang walaupun hujan lebat sangat hari tu.

ni ha muka2 dealer, customer dan kawan2 saya yang datang pada hari tu.

Dealer-dealer, customer dan rakan2 yang hadir, yang dukung anak tu la orang yang kenalkan saya dengan dunia emas. Tq :)

Pasangan suami isteri yang bersemangat kental..penuh dengan idea diorg ni.. :)

Sempat bergambar dengan Dato' Louis Ng, founder emas Public Gold. Cayala Dato' sporting gila.. :) en Syukor jutawanemas pon turut hadir majlis memeriahkan majlis tersebut. tapi kan tak sangka pulak ada reporter yang turut hadir pada masa tu. taktau pon kata dia tu reporter hehe..

kira ok la kan, pi makan FREE ja, tapi boleh masuk paper..tapi taktau la paper ni cerita pasai apa kan..hahaha

Dealer Kawin

Saya juga nak ucapkan tahniah kat Dealer saya ni, en Ismail Hakimi, yang berkahwin hari ni 16 September 2012. Tahniah sekali lagi dan semoga bahgia hingga ke akhir hayat :)

sama cantik sama padan :) Congrats!!

Dealer Baru

Ok la, sebenarnya saya nak update sikit, Dealer terbaru inspirasi emas, orang MELAKA

jom kita berkenalan dengan Dealer baru ni.

Nama : Azahar Nordin

Status : Dealer (PG026600)

No Tel : 016-3121685 / 017-6791685 / 019-6606022

Kawasan : Seluruh Melaka / Tampin

email : tadbiremas@gmail.com

Jadi kepada mereka yang nak beli emas di negeri Melaka atau Tampin, boleh la contact si abg hensem kita ni En Azahar. InsyaAllah dia sedia bantu anda smua :)

Sekian saja dulu, Assalamualaikum..

Amir Firdaus Bin Abdul Aziz

Master Dealer (PG000330)

012-5853035

inspirasiemas@gmail.com

BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jan 2013 11:17 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Nov 2012 12:00 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Nov 2012 12:00 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Nov 2012 11:30 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

KEMBAR HILANG <b>DI</b> MALAM HARI ~ AKRINE SENAWANG [ AS <b>...</b>

Posted: 15 Nov 2012 10:54 PM PST

CHE SOM (kiri) menunjukkan pakaian bayi yang telah dibeli oleh Norliana di Kampung Kelut, Jabi, Pokok Sena, Kedah semalam.
POKOK SENA – Penantian lima tahun seorang suami untuk menimang cahaya mata sulung musnah apabila kembar perempuan dalam kandungan isterinya didakwa hilang secara misteri pada Isnin lalu.
Kejadian tidak diduga itu didakwa menimpa Norliana Manaf, 28, semasa dia bermimpi ketika dia tidur di rumah ibunya, Che Som Endut, 57, di Kampung Kelut, Jabi di sini malam kelmarin.
Lebih mengejutkan, rekod pemeriksaan bulanan kandungannya di Klinik Kesihatan Bukit Jambul, Pulau Pinang turut dipercayai hilang pada malam yang sama.
"Pada malam berkenaan, saya bermimpi lima wanita berjubah mendekati saya sambil membacakan sesuatu sebelum mereka hilang selepas azan Subuh berkumandang.
"Apabila terjaga, saya mendapati perut yang selama ini besar dan berat, tiba-tiba berasa ringan dan kempis. 
"Saya mula syak ada benda yang tidak kena berlaku lalu mengejutkan suami saya, Aziz Hussein untuk memberitahu apa yang berlaku.
"Apabila saya pergi ke Klinik Kesihatan Pokok Sena untuk tujuan pemeriksaan pada kira-kira pukul 9 pagi esoknya, bayi dalam kandungan saya disahkan sudah hilang. Saya hanya mampu menangis," cerita Norliana kepada pemberita di sini semalam.
Dia yang tinggal di Bukit Jambul, Pulau Pinang, dijadual bersalin pada 3 November lepas.
Berikutan itu, dia mengambil keputusan untuk tinggal di rumah ibunya sejak sebulan lalu untuk tujuan bersalin.
Menjelaskan lebih lanjut, Norliana berkata, suaminya yang berusia 27 tahun telah membawanya membuat ujian pengimbasan di Klinik Kesihatan Bukit Jambul sebelum ini yang memaklumkan dia mengandung kembar perempuan.
"Bagaimanapun semasa kakitangan Klinik Kesihatan Pokok Sena menghubungi Klinik Kesihatan Bukit Jambul untuk mengesahkan dakwaan saya itu, mereka dimaklumkan bahawa rekod tersebut telah hilang," ujarnya.
Norliana turut dibawa menemui pengamal perubatan tradisional oleh keluarga dua hari lalu untuk mendapat kepastian mengenai kejadian itu.
"Mereka memaklumkan perkara sama seperti doktor iaitu anak saya hilang dalam kandungan," katanya.
Oleh SHAHNI FARHANA MAT SAHIR

09 di balik pulau - Google Blog Search

09 di balik pulau - Google Blog Search


apa ku nak kata: Gulai Ikan Kuala Sungai Pinang, <b>Balik Pulau</b>

Posted: 23 Mar 2013 10:03 PM PDT


Korang masak apa tengahari ni? Kami, kebetulan nak ke rumah adik ipar di Balik Pulau (ditambah dengan sifat malas nak memasak hari ni), jadi teruslah menuju ke Gulai ikan di Kuala Sungai Pinang untuk lunch.

Nah aku tepek gambar serba sikit.

Pergi 4 dewasa + 2 anak aku ,
Gulai ikan sembilang seekor
Gulai ikan bawal emas 2 ketul besar
Gulai ikan pari 2 ketul
Telur goreng
Ulam-ulaman dan sambal belacan
Air 4 jenis
Semuanya rm32.

Berbaloilah sangat aku rasa. Kat situ ada 2 kedai gulai ikan. Sebenarnya aku nak pergi yang disebelah gerai ni (yang ada gulai jenahak), tapi tutupla pulak. Tapi yang makan ni pun sedap jugak rasa dia.

Ok, korang bila pulak nak cuba?