Khamis, 11 April 2013

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

di negeri pulau pinang - Google Blog Search

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


Kerajaan <b>Pulau Pinang</b> tiada pengalaman tadbir <b>negeri</b> – Nor <b>...</b>

Posted: 22 Mar 2013 11:36 PM PDT

BUTTERWORTH — Kemerosotan kemasukan pelaburan ke Pulau Pinang pada tahun lepas jelas menunjukkan bahawa kerajaan negeri pimpinan DAP tidak mempunyai pengalaman untuk mentadbir sesebuah negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata kegagalan Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk mengekalkan kedudukan negeri itu ke tangga tertinggi dalam menarik pelaburan semasa, menggambarkan kerajaan negeri tidak mempunyai pemikiran dan perancangan yang holistik.

"Saya fikir kematangan untuk mentadbir sebuah negeri atau negara datang dengan pengalaman. Kita (BN) ni selama 55 tahun (memerintah) bukannya senang. Kita berhadapan dengan pelbagai krisis dan berjaya mengatasinya dalam tempoh itu. Daripada pengalaman itu, kita menjadi lebih dewasa dan matang.

"Kerajaan negeri memang tidak tahu…mereka tiada pengalaman, cara mereka fikir tidak holistik, tiada struktur. Mereka tak mampu buat kerana tiada perancangan holistik, sebagai contoh isu terowong," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jom Sihat Bersama Keluarga di perkarangan rumah Projek Perumahan Rakyat Bagan Jaya, di sini hari ini.

Khamis lepas, Naib Pengerusi Gerakan negeri Ong Thean Lye mendedahkan kemasukan pelaburan ke Pulau Pinang menjunam 73 peratus pada tahun lepas dengan mencatatkan jumlah RM2.47 bilion berbanding RM9.11 bilion yang direkodkan pada tahun 2011.

Ong berkata Pulau Pinang adalah antara lima negeri teratas dalam menarik pelaburan semasa di bawah pimpinan BN, namun pada 2012 negeri ini berada di tangga keenam.

Nor Mohamed yang juga anggota Parlimen Tasek Gelugor berkata hanya BN yang mampu membawa perubahan dan beliau berjanji parti gabungan itu akan berusaha meningkatkan kemasukan pelaburan ke Pulau Pinang sekiranya diberi mandat sekali lagi oleh rakyat.

Beliau berkata adalah penting untuk rakyat di negeri itu memberi sokongan berterusan kepada BN supaya apa yang dirancang untuk pembangunan Pulau Pinang dapat direalisasikan.

"Kalau BN dapat balik memerintah Pulau Pinang, kita akan bawa Pulau Pinang untuk duduk ke tempat yang tertinggi. Kalau kita mahu anak-anak dan cucu-cucu kita hidup selesa, kita tak ada pilihan hanya BN yang dapat melaksanakannya. BN boleh buat kerana kita ada kemahiran, pengalaman dan mampu berfikir di luar kotak," katanya.  – Bernama

09 di Butterworth - Google Blog Search

09 di Butterworth - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

09 di Batu uban - Google Blog Search

09 di Batu uban - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

09 di kepala batas - Google Blog Search

09 di kepala batas - Google Blog Search


KANTOI! Reezal Marican SAH Ditolak Orang Umno <b>Kepala Batas</b>!

Posted: 07 Apr 2013 11:59 PM PDT

Baru tersebar di alam siber bagaimana satu posting memaparkan gambar yang pastinya akan membuatkan dua kaum terbesar di Pulau Pinang berantakan.

Mana tidaknya, walaupun kedua-duanya menyokong Umno namun darah dan maruah jadi pertaruhan.

Geng Melayu yang setia dengan pondok dan sekolah agama rupanya tidak sebulu dengan geng 'eee' yang dikatakan sedang melobi kerusi parlimen Kepala Batas yang disandang BEKAS perdana menteri, Abdullah Ahmad Badawi.

Kain rentang yang berbau perkauman ini berada di Kampung Pinang Tunggal yang merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di tebing Sungai Muda, Kepala Batas.

Sebenarnya desas bin desus sudah lama kedengaran di kalangan penduduk setempat kerana Reezal bukanlah orang tempatan malah hanya sibuk di Kuala Lumpur atas urusan perniagaan dan hiburan.

Padahal masyarakat Kepala Batas yang megah dengan kepimpinan ulama semasa zaman datuk dan bapa Abdullah mahukan calon yang jika tidak setara pun sekurang-kurangnya ia mengekalkan kedudukan Kepala Batas sebagai satu daerah yang mengeluarkan banyak ulama besar dulu dan sekarang.

Hemat mereka, jika Reezal yang dicalonkan BEKAS perdana menteri, Najib Altantuya yang sedang dilanda sindrom GILA (Winnable candidate), bukan saja pondok dan institusinya terancam, malah yang bercambah pasti kelab hiburan dan snuker yang melalaikan umat Islam dari mengerjakan suruhan-Nya.

Malah beberapa maklum balas negatif diperolehi dari sumber dalaman Umno mengatakan mereka berada dalam keadaan serba salah sama ada mahu mengikut saranan bangang Najib Altantuya atau berdepan dengan protes senyap penduduk termasuk kemungkina sabotaj terhadap kempen mereka.

Sebab itulah beberapa rundingan diadakan yang mahu Abdullah dicalonkan sekali lagi namun hasil yang didapati negatif, Pak Lah berhasrat untuk berundur juga setelah menang kali pertama pada 1978 hingga parlimen dibubarkan Rabu lalu.



Sekiranya Reezal tetap dicalonkan dan PAS mewakili Pakatan Rakyat yang sudah pun diumumkan, Afnan Hamimi Taib Azamudden, seorang ahli perniagaan dan perunding motivasi bertembung, sudah pastilah peluang untuk anak muda ini menang dianggap cerah berdasarkan faktor sosial dan sentimen agama yang kuat di parlimen ini.

Adalah mustahil Abdullah tercalon semula memandangkan Najib Altantuya mahukan pemimpin muda dan 'berkelayakan' seperti Reezal mengisi kekosongan yang ditinggalkan Abdullah.

Umno bahagian kini dalam dilema, letakkan juga Reezal atau cari calon yang boleh menyaingi profil Afnan yang tidak asing bagi penduduk tempatan.

Jika Reezal tercalon juga, jangan lupa berlakon sikit pakai kopiah tu dan rajin-rajinlah dengar tazkirah kat masjid, lepas pilihanraya tak buat pun takpe, janji menang! (falsampah Umno).

JALAN PULANG

09 di Batu maung - Google Blog Search

09 di Batu maung - Google Blog Search


Bertempur <b>Di</b> War Museum <b>Batu Maung</b>, Pulau Pinang - Biqque

Posted: 04 Jan 2013 01:20 AM PST

Tengok langit, cuaca agak suram. Bukan agak, dah memang suram dah pun. Mula la aku rasa cam nak mengamuk sebab bau-bau tak dapat masuk ke War Museum tu dah terasa. Ye la, tempat tu open air, kena jalan ikut trail yg disediakan, kalo hujan, memang sah-sah ko terasa macam askar kebasahan. 
Senang nak cari tempat ni sebab dari jalan besar dah nampak signboard beso tepi jalan. (Sila bayangkan kita tengah mengadap pulau dari jambatan ye.) Kalo datang dari kiri pulau, tempat tu belah kiri kita. Kalo datang dari kanan pulau, tempat tu di kanan kita. Macam masuk hutan kampung skit la. Kalo nak map, click sini. 
First thing yang korang akan nampak selain banner "sila masuk museum diwaktu malam " kat sepanjang jalan (haah, bleh masuk waktu malam), korang akan nampak bunker ni. Cool siut! Aku dah teruja dah masa ni! Aku suka sejarah peperangan, nak-nak WWII.
Ni la tempat yang aku cakap penah masuk Hidden Cities kat History Asia. Memang tempat ni best gile, KALAU, diexplore abis la kan.
"Canon firing bays, cook houses, well, logistic centre, hall, offices, sleeping quarters and medical infirmary are also preserved for your journey of discovery here. There are even underground tunnels that go all the way to the Straits of Melaka for access to submarines." 
For more Info and Pictures, click here.
KALAU takat kat depan pintu masuk je, memang hampeh (aku tengah geram ni!) 
Kat pintu masuk tu aku satu banner besar mengatakan tempat ni ada Night Tour. First ever in Malaysia selain Zoo la kan. Hahaha! Tapi aku tatau la tahap keselamatan malam camne, meriah ke tak, sebab kang tetiba ular mintak izin lalu tengah jalan. Eiiii!
Huish! Nampak jer patung ni, terus berduyun-duyun orang nak bergambar. Dah la masa tu tourist punya la ramai! 3 bas! Jenuh la duk menunggu turn. Masa kitorang nak amik, masa tu la ramai plak yang lalu. Last-last kitorang tunggu je diorang masuk dulu, then baru bergambar. 
Peserta rumah hitam merah la yang paling tak sabar. Hahaha!
Patu Pak Ein laki bini. 
Haih, tu sekampung dah tau tu nak pi Vietnam! 
Walhal aku baru je mintak IC number. Tah mana dia tau aku beli tiket Vietnam pun aku tatau.
Tak ketinggalan jugak la si laki bini ni yang nak kena bawak Pak Ein tu nanti.

Setelah dirumus dan dikira, semua decide tak nak masuk (padahal aku ngan hubby nak sangat-sangat!). Lagipun dah petang, nak hujan plak tu. Ada baby, budak kecik, dilupa jangan ibu mengandung sekali. Kalo kitorang berdua je senang. Dah la tak leh masuk kedai souvenir tu! Ada ke patut! Kalo nak laku, bleh je kan kasi masuk, dapat gak la menampung utk maintenance ke, refurbishment ke, ape ke. Salam tabik je la...

Since tak masuk, kitorang berlegar-legar je la kat ruang masuk tu. Ada la beberapa info bernas, map, dan sebagainya. Aku tak kira, next time datang, AKU NAK JUGAK MASUK! Kat Fort Siloso bleh pegi, CuChi Tunnel bleh pegi, takkan tempat sendri tak leh kan.

Untuk yang ada anak kecik atau separa besar, elok sangat la bawak stroller ye, kang tak pasal-pasal kena dukung macam askar bawak beg galas dan senjata. Hehehe! Salam ziarah dari keluarga bahagia, sekali lagi. (Apa? Belum, belum...tak abis lagi cite trip ni ye...kahkahkah!)

09 di jelutong - Google Blog Search

09 di jelutong - Google Blog Search


Sister&#39;s Little Diary: Senja <b>di Jelutong</b> Promenade: Ku Akui <b>...</b>

Posted: 04 Apr 2013 01:19 AM PDT

Allahuakbar...dah berapa kali menguap dok kat pejabat hari ni. Kerja belum datang bertimbun. Belum datang? Ya..belum datang. Tunggu dan terus menunggu...maybe next bermula lah lagi episod-episod sibuk di pejabat hingga tak sempat menjamah makan tengahari.

Sebelum mengantuk berleluasa, nekad, jom buat entry. Di sebelah, ada buku, 'Elections and Democracy in Malaysia'. Rajinnyaaaaaaa....ya, demi sebuah assignment yang officially bermula semalam selepas pembubaran Parlimen. Penyelidikan PRU 13. Dateline sebulan selepas hari mengundi. Syabas ya Cik Murni. Musim kuarantin berlangsung lagi.

Lappy I ni menyimpan terlalu banyak gambar. Dalam satu folder yang berjudul 'blog material', berkali ganda jumlah gambar tu. Semuanya stok entry. Tapi bila malas dan tak cukup masa....terperamlah ia. Macam dua gambar kat bawah ni. Taken somewhere in February.



Lewat petang tu, I, mak bonda and the only 'macha' in family bersantai menikmati suasana senja di sini, Jelutong Promenade. Angin laut petang tu tenang je, tak kuat. Tiada pemandangan matahari terbenam, sebab matahari terbenam di sebelah barat nun. Sebelah kanan nampak sayup-sayup the middle-span of Penang Bridge. Di sebelah kiri pula nampak lampu-lampu bersama gantry cranes dari North-Butterworth Container Terminal di seberang sana and a few kapal kecil di tengah Selat Melaka. 

Air laut tenang. Hanya ada ombak kecil...buihnya yang berkecai di pinggir batu tu pun tak nampak. Acaner nak nampak nye...dok pun jauh. Sentap tikus gemok punya pasal! Besorrrrr...tak tipu. Tak caya sudah! Agaknya, gemok gedempom dek makan ikan fresh yang kaya sumber protein everyday kot...hehe. Apa pun tikus gemok gedempom tu memang membantutkan khayalan I yang entah mana-mana pergi nye. Spoil mood nak feeling-feeling segala.



Lately, memang suka sangat merenung dan mengamati keindahan laut...langit...alam seluruhnya...teringat kebesaran Tuhan. Pernah baca entry kak Tihara, dengan memandang lautan je dah dikira ibadah dan dapat pahala. Subhanallah.

Seluas-luas laut ciptaan Allah..terasa sangat yang diri ini begitu kerdil. Siapa lah kita untuk bersikap sombong dan angkuh...kannn. :-)


Ali Imran: 190

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal" 



"Indeed, in the creation of the heavens and the earth and the alternation of the night and the day are signs for those of understanding."


Jika diizinkan...panjang umur, murah rezeki..In shaa allah..weekend ni nak tengok keindahan gunung pulak..aci tak?



09 di tanjung tokong - Google Blog Search

09 di tanjung tokong - Google Blog Search


Mandi Manda <b>di</b> Pantai <b>Tanjung Tokong</b>

Posted: 08 Apr 2013 09:41 AM PDT

As salam semuo...

Selepas mandi di kolam renang Hotel Naza Talyya Penang , kami bercanda di pasiran pantai dan mandi laut pula...


Inilah pantai Tanjung Tokong , betul-betul di bahagian belakang hotel...


Tidak puas mandi di kolam renang , Mifz sambung mandi laut pula...

Dulu Mifz takut mandi laut , kini tidak lagi...

Mifz menanti ombak untuk menghempas pelampung Donal Ducknya...


Duduk sekejap , mungkin Mifz sudah mula letih ketika itu...


Tidak takut walaupun dibiarkan bersendirian , namun PM dan wife berada tidak jauh , saja nak ambik gambar Mifz sorang-sorang...

Selesai mandi laut , tiba masa untuk membersihkan diri pula , lihatlah Mifz betapa gembiranya dia...abaikan badan PM yang tough itu...hehe

Kami mandi laut tidak lama pun , cukuplah setakat membawa Mifz merasa mandi laut...pantai Tanjung Tokong agak bersih , namun kualiti airnya tidak bersih sangat...

09 di tanjung bungah - Google Blog Search

09 di tanjung bungah - Google Blog Search


<b>TANJUNG BUNGAH</b>

Posted: 21 Jan 2013 04:50 AM PST

Sementara berada di Penang, saya sempat mengambil gambar sunrise di Tanjung Bungah. Selepas solat subuh di Masjid Terapung Tanjung Bungah, saya turun ke bahagian pantai. Pantainya agak berlumpur. Nasib baik pakai Adidas Hydroterra. Pergerakan meredah lumpur agak mudah. Kaki tak melekat pada lumpur jika dibanding gunakan sandal. Saya nampak beberapa photographer lain juga cuba meredah lumpur selepas melihat saya redah lumpur menghampiri sampan. Saya perasan pergerakan mereka agak tersekat-sekat kerana sandal yang melekat pada lumpur. Kemudian saya perasan ada yang buka kasut dan berkaki ayam. Kaki ayam?? Saya tak biasa meredah lumpur jadi tak tahu apa benda yang ada dalam lumpur tu.
Gambar pertama saya di bawah, saya gunakan torchlight headlamp saya untuk terangkan sampan.
Pagi Di Tanjung Bungah | D300|8mm Samyang|ISO100|25sec f16
Mencari Rezeki | D300|8mm Samyang|ISO100|1/25sec f16
Sanpan Nelayan | D300|8mm Samyang|ISO100|1/25 f16
Apa Rezeki Hari ini? | D300|8mm Samyang|ISO100|1/8 f16

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung bungah</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Mar 2013 01:11 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Inilah Ceritaku: Masjid Terapung @<b>Tanjung Bungah</b>

Posted: 26 Jan 2013 09:28 PM PST

Sebaik keluar dari Toy & Fantasy Museum di Teluk Bahang, kami singgah sebentar di sini sebelum menikmati Pasembor dan Kerang Bakar di Padang Kota.Teringat Masjid Terapung di Jeddah
Sea view dari masjid
Ada Warong Mee Udang di sana. Ada siapa pernah cuba?
Walaupun Sg Petani ke Penang Island lebih dekat berbanding perjalanan ke Alor Setar, setahun sekali pun payah nak pekena pasembor, kerang dan sotong bakar di Padang Kota . Harga JJCM ber4 kami ni kalau nak disamakan dengan makan tengahari di Sg Petani..rasa-rasanya boleh dapat terubuk bakar, kambing bakar,  dan 2,3 jenis ikan lagi di Sg.Petani. Sekali-sekala bolehlah. Lain kali kena try Mee Udang di gerai adik Saiful Apek "Gitu-gitu"..
Membawa "Cik Putih" yang baru seminggu bersama kami, membiasakan diri dengannya, bawa ronda dekat-dekat dulu sebelum melatih dia berkhidmat dengan lebih jauh dan lasak selepas ini dan untuk tahun-tahun mendatang (sampai pencen kot....)

Masjid Terapung <b>Tanjung Bungah</b> Penang ~ You & i Homestay

Posted: 30 Dec 2012 02:01 AM PST

     Masjid ini turut menyerlah dengan seni bina mengagumkan hasil gabungan seni bina tempatan dan Asia Barat terutama Turki.Jarak You & i Homestay ke masjid ini ~5.4KM dan ~ 12minit menaiki kedaraan.
Kedudukannya yang strategik iaitu dalam perjalanan menuju ke Batu Feringghi menjadikan masjid berkenaan sebagai tempat persinggahan di kalangan pelancong bukan sahaja untuk solat malah bagi merehatkan minda.
Masjid dua tingkat yang mampu memuatkan 1,500 jemaah itu dan dibina di atas lot 254, 265, 266, 308 dan 643 Mukim 18, Daerah Timur Laut di tepi pantai Tanjung Bunga dilengkapi ruang sembahyang utama, ruang sembahyang wanita, tempat mengambil wuduk lelaki dan wanita serta bilik menguruskan jenazah.
Reka bentuknya yang unik sememangnya mengagumkan manakala kubah pula berbentuk aerodinamik, sesuai dengan persekitaran lautan.
Keunikan masjid terapung diperkukuhkan lagi dengan menara azan setinggi tujuh tingkat yang dihiasi dengan ukiran kayu jati dan seni khat kaligrafi dari Indonesia. 
Mozek dan seramik yang berwarna-warni terdapat di bahagian luar dan dalam masjid untuk memberi pencahayaan dan hasil yang lebih menarik apabila dipandang selain memasang siling putih di bahagian kubah.
Bagi mencantikkan lagi kawasan masjid tersebut, reka bentuk tembok pagar bercorak bunga matahari dipasang di sekeliling dan kawasan pintu hadapan masjid tersebut.
Sebelum sampai batu feringgi jagan lepaskan peluang singgah solat di masjid ini.

Kasih Salina: 2H/1M <b>di Tanjung Bungah</b> Beach Hotel

Posted: 08 Oct 2012 06:37 AM PDT


Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua..
Tetiba jer ada mood untuk update gambar bercuti dengan anak-anak.. takpe lah gambo lama pun kan.. dan pastinya sahabat-sahabat alam maya ku ini belum melihatnya lagi.. tak gituuu? Rasanya itu mesti tanda mau pergi bercuti la tu..
Ni masa pi Penang bulan Mac ritu lagi daa.. aku malas nak edit & transfer dari camera compact ku yang comel & kecil itu..huwawawa..
Tiap tahun memang tiga empat kali juga la kami sekeluarga ke Penang, Pulau Mutiara itu.. Pi Penang memang best, sekali sekala menyesakkan diri di tengah kesibukkan manusia & trafiknya.. Aku suka makan sup daging Hameed restoren & pekena pesemboq Penang yang marvelous tu..

Percutian Keluarga ke Bukit Bendera Pulau Pinang Di SINI

Perjalanan dari rumah kami ke Penang ambik masa dalam 2 jam camtu.. biasanya ke Penang mesti bermalam kat Hotel.. So, untuk trip kali ni kami memilih untuk menginap di Tanjung Bungah Beach Hotel.. Tempahan online dibuat melalui agoda lebih murah berbanding walk-in.. memang jimat & berbaloi-baloi ler..
Kad untuk bukak pintu dia pun cantik jugak.. sebab kami memilih Tanjung Bungah Beach Hotel sebab ada private beach supaya senang anak-anak aku nak main air terutamanya si kakak tu suka bebenor dengan air.. Ternyata pilihan kami tepat & memang seronok dapat main pasir & air laut..
veranda ni tempat yang paling best untuk lepak, aras sama dengan lobby hotel dan mengadap laut dengan tiupan angin pantai yang nyaman & segar..
dinding kaca di belakang adik tu membuatkan luas mata memandang ke laut.. memang kena sangat konsep & dekorasi Tanjung Bungah Beach Hotel ni..
swimming pool dia pun besar dan ada bahagian kanak-kanak & dewasa..
seronok dapat merasa mandi laut tapi airnya tidok lah jernih..

 playground pun ada..lepas mandi kolam kakak sambung main kat playground yang terletak bersebelahan dengan kolam renang..
 budak gemuk ni langsung tak peduli orang, seronok sangat la tu..
kutip batuan & kulit kerang..
Sebelum balik posing lagi di veranda ni.. bilik hotel ni biasa-biasa saja bagi aku dan padan la dengan nilai yang dibayar dan menu makan pagi nya banyak pilihan TETAPI rasanya tidak seperti standard hotel & TIDAK SEPERTI Chef Hotel yang masak..worse sangat-sangat..
 SEBAB apa aku KATA BIGITU - Tidak patut langsung nasi lemak yang mentah dihidangkan kepada Guest..
Aku rasa macam nak panggil jer manager on duty pada waktu itu..
Agak-agaknya, mereka sanggup tak melayan jika aku membuat aduan?

Percutian Keluarga ke Bukit Bendera Pulau Pinang Di SINI

09 di Bukit jambul - Google Blog Search

09 di Bukit jambul - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2013 11:25 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Jan 2013 12:05 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Jan 2013 11:42 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Jun 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Sep 2012 11:35 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Mendaki <b>Bukit Jambul</b> | Warm Bite Blog

Posted: 12 Jun 2012 01:03 AM PDT

Assalammua'laikum.

Hari ni rasa bersemangat betul nak bersukan. Sekarang adalah musim mengayuh basikal, tetapi Ayri selalu tidak sempat untuk lakukan. Tambahan bila bekerja pada siang hari, balik rumah saja dah lewat dan penat, dalam fikiran mulalah malas nak lakukan aktiviti berbasikal walaupun sebenarnya ia boleh dilakukan pada waktu malam juga.

Sebagai altenatif, otak ni mulalah memberikan idea untuk bersukan mendaki bukit. Maklumlah kerja normal shif ni balik kerja saja kena mengadap kesesakan trafik pula dan biasanya sampai rumah pun dah nak malam. So, waktu terbaik untuk melakukan aktiviti tersebut adalah selepas balik kerja terus lakukan. Lepas bersukan barulah mengadap kesesakan lalulintas coz selalu saja jem/trafik perlahan di Jambatan Pulau Pinang nih.

Hiking Bukit Jambul [www.blog.warmbite.com]

Hiking Bukit Jambul

Singgah kedai beli kasut sukan dulu. Lagi pun masa nak pergi kerja pagi tadi memang tak ready apa pun untuk aktiviti nih, masa kerja baru idea datang. Kasut sukan adalah penting semasa mendaki, sebabnya klu mendaki dengan selipar boleh tergelincir dan merbahayakan.

Inilah aktiviti Ayri suatu masa dulu-dulu. Tapi dulu biasa pergi dengan kawan-kawan, sekarang ni banyak kawan-kawan yang aktif sukan nih dah bertukar tempat bekerja di luar Pulau Pinang. Klu dulu kerap juga mendaki Bukit Jambul, rasanya sekarang nih dalam 3 tahun termasuk hari ni baru mendaki sebanyak 2 kali sahaja. Dah lama tinggal sukan nih, otot-otot malas pun dah mula menguasai diri..huhu.

Ayri akan ceritakan pada korang pasal bestnya mendaki di Bukit Jambul nih. Pertamanya, enviroment kat sini fresh, natural dan menenangkan. Di puncak bukit pula dapat melihat dari sudut atas sekitar bandar-bandar di Pulau Pinang termasuk juga Jambatan Pulalu-Pinang. Betapa indahnya pemandangan dari situ, sejuk mata memandang. Hari ini pemandangan tidak begitu baik kerana keadaan jerebu nipis yang mengaburkan pemandangan disini.

Hiking Bukit Jambul 2 [www.blog.warmbite.com]

Hiking Bukit Jambul 2

Di atas puncak Bukit Jambul ada ada tempat riadah dan alat untuk bina badan. Sesiapa yang berminat dengan aktiviti bina badan dan bila sampai saja ke puncak boleh terus capai alat tersebut. Tiada bayaran dikenakan untuk menggunakan alat-alat bina badan disini. Cuma sedikit sumbangan ikhlas digalakkan untuk menambahbaik peralatan-peralatan pada masa akan datang. Sesiapa yang penat mendaki bolehlah duduk disekitar kawasan ini kerana terdapat banyak tempat duduk rehat. Selain itu ada juga peralatan lain yang dikelaskan sebagai alat sukan yang turut boleh digunakan.
Hiking Bukit Jambul 3 [www.blog.warmbite.com]

Hiking Bukit Jambul 3

Disebabkan Ayri sudah lama tidak aktif sukan, maka pedakian ini dianggap paling tercorot sebab banyak kali pancit dan berehat sebentar bersama kit-kat..hehe. Mengalahkan orang tua, punya le penat sampai beberapa kali berhenti rehat. Padahal sebelum ni (dulu-dulu) tak de lah seteruk nih. Tak apalah, yang penting semangat masih ada untuk teruskan perjuangan sehingga mencapai puncak kejayaan…hehe
Hiking Bukit Jambul 4 [www.blog.warmbite.com]

Hiking Bukit Jambul 4


Sampai saja di atas, Ayri duduk berehat sekejap sambil menikmati pemandang dari puncak Bukit Jambul sambil mengambil gambar kawasan disitu dan pemandangan sekeliling. Lenjun badan Ayri dengan peluh. Lepas tengok orang main gym sekejap, terus balik ke tanah besar Semenanjung Malaysia dan memandu di jalan yang agak sesak. Penat juga aktiviti hari, tapi sangat berpuas hati :)
Hiking Bukit Jambul 5 [www.blog.warmbite.com]

Hiking Bukit Jambul 5

  Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Nov 2012 11:20 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Nov 2012 11:19 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

KEMBAR HILANG <b>Di</b> Malam HARI? | Que Achmad menulis...

Posted: 19 Nov 2012 08:54 AM PST



CHE SOM (kiri) menunjukkan pakaian bayi yang telah dibeli oleh Norliana di Kampung Kelut, Jabi, Pokok Sena, Kedah semalam.


POKOK SENA – Penantian lima tahun seorang suami untuk menimang cahaya mata sulung musnah apabila kembar perempuan dalam kandungan isterinya didakwa hilang secara misteri pada Isnin lalu. Kejadian tidak diduga itu didakwa menimpa Norliana Manaf, 28, semasa dia bermimpi ketika dia tidur di rumah ibunya, Che Som Endut, 57, di Kampung Kelut, Jabi di sini malam kelmarin. Lebih mengejutkan, rekod pemeriksaan bulanan kandungannya di Klinik Kesihatan Bukit Jambul, Pulau Pinang turut dipercayai hilang pada malam yang sama.

"Pada malam berkenaan, saya bermimpi lima wanita berjubah mendekati saya sambil membacakan sesuatu sebelum mereka hilang selepas azan Subuh berkumandang. "Apabila terjaga, saya mendapati perut yang selama ini besar dan berat, tiba-tiba berasa ringan dan kempis.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
"Saya mula syak ada benda yang tidak kena berlaku lalu mengejutkan suami saya, Aziz Hussein untuk memberitahu apa yang berlaku. "Apabila saya pergi ke Klinik Kesihatan Pokok Sena untuk tujuan pemeriksaan pada kira-kira pukul 9 pagi esoknya, bayi dalam kandungan saya disahkan sudah hilang. Saya hanya mampu menangis," cerita Norliana kepada pemberita di sini semalam. Dia yang tinggal di Bukit Jambul, Pulau Pinang, dijadual bersalin pada 3 November lepas. Berikutan itu, dia mengambil keputusan untuk tinggal di rumah ibunya sejak sebulan lalu untuk tujuan bersalin. Menjelaskan lebih lanjut, Norliana berkata, suaminya yang berusia 27 tahun telah membawanya membuat ujian pengimbasan di Klinik Kesihatan Bukit Jambul sebelum ini yang memaklumkan dia mengandung kembar perempuan.

"Bagaimanapun semasa kakitangan Klinik Kesihatan Pokok Sena menghubungi Klinik Kesihatan Bukit Jambul untuk mengesahkan dakwaan saya itu, mereka dimaklumkan bahawa rekod tersebut telah hilang," ujarnya.

Norliana turut dibawa menemui pengamal perubatan tradisional oleh keluarga dua hari lalu untuk mendapat kepastian mengenai kejadian itu.

"Mereka memaklumkan perkara sama seperti doktor iaitu anak saya hilang dalam kandungan," katanya.

BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Jan 2013 11:42 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Jun 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Sep 2012 11:35 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Mendaki <b>Bukit Jambul</b> | Warm Bite Blog

Posted: 12 Jun 2012 01:03 AM PDT

Assalammua'laikum.

Hari ni rasa bersemangat betul nak bersukan. Sekarang adalah musim mengayuh basikal, tetapi Ayri selalu tidak sempat untuk lakukan. Tambahan bila bekerja pada siang hari, balik rumah saja dah lewat dan penat, dalam fikiran mulalah malas nak lakukan aktiviti berbasikal walaupun sebenarnya ia boleh dilakukan pada waktu malam juga.

Sebagai altenatif, otak ni mulalah memberikan idea untuk bersukan mendaki bukit. Maklumlah kerja normal shif ni balik kerja saja kena mengadap kesesakan trafik pula dan biasanya sampai rumah pun dah nak malam. So, waktu terbaik untuk melakukan aktiviti tersebut adalah selepas balik kerja terus lakukan. Lepas bersukan barulah mengadap kesesakan lalulintas coz selalu saja jem/trafik perlahan di Jambatan Pulau Pinang nih.

Hiking Bukit Jambul [www.blog.warmbite.com]

Hiking Bukit Jambul

Singgah kedai beli kasut sukan dulu. Lagi pun masa nak pergi kerja pagi tadi memang tak ready apa pun untuk aktiviti nih, masa kerja baru idea datang. Kasut sukan adalah penting semasa mendaki, sebabnya klu mendaki dengan selipar boleh tergelincir dan merbahayakan.

Inilah aktiviti Ayri suatu masa dulu-dulu. Tapi dulu biasa pergi dengan kawan-kawan, sekarang ni banyak kawan-kawan yang aktif sukan nih dah bertukar tempat bekerja di luar Pulau Pinang. Klu dulu kerap juga mendaki Bukit Jambul, rasanya sekarang nih dalam 3 tahun termasuk hari ni baru mendaki sebanyak 2 kali sahaja. Dah lama tinggal sukan nih, otot-otot malas pun dah mula menguasai diri..huhu.

Ayri akan ceritakan pada korang pasal bestnya mendaki di Bukit Jambul nih. Pertamanya, enviroment kat sini fresh, natural dan menenangkan. Di puncak bukit pula dapat melihat dari sudut atas sekitar bandar-bandar di Pulau Pinang termasuk juga Jambatan Pulalu-Pinang. Betapa indahnya pemandangan dari situ, sejuk mata memandang. Hari ini pemandangan tidak begitu baik kerana keadaan jerebu nipis yang mengaburkan pemandangan disini.

Hiking Bukit Jambul 2 [www.blog.warmbite.com]

Hiking Bukit Jambul 2

Di atas puncak Bukit Jambul ada ada tempat riadah dan alat untuk bina badan. Sesiapa yang berminat dengan aktiviti bina badan dan bila sampai saja ke puncak boleh terus capai alat tersebut. Tiada bayaran dikenakan untuk menggunakan alat-alat bina badan disini. Cuma sedikit sumbangan ikhlas digalakkan untuk menambahbaik peralatan-peralatan pada masa akan datang. Sesiapa yang penat mendaki bolehlah duduk disekitar kawasan ini kerana terdapat banyak tempat duduk rehat. Selain itu ada juga peralatan lain yang dikelaskan sebagai alat sukan yang turut boleh digunakan.
Hiking Bukit Jambul 3 [www.blog.warmbite.com]

Hiking Bukit Jambul 3

Disebabkan Ayri sudah lama tidak aktif sukan, maka pedakian ini dianggap paling tercorot sebab banyak kali pancit dan berehat sebentar bersama kit-kat..hehe. Mengalahkan orang tua, punya le penat sampai beberapa kali berhenti rehat. Padahal sebelum ni (dulu-dulu) tak de lah seteruk nih. Tak apalah, yang penting semangat masih ada untuk teruskan perjuangan sehingga mencapai puncak kejayaan…hehe
Hiking Bukit Jambul 4 [www.blog.warmbite.com]

Hiking Bukit Jambul 4


Sampai saja di atas, Ayri duduk berehat sekejap sambil menikmati pemandang dari puncak Bukit Jambul sambil mengambil gambar kawasan disitu dan pemandangan sekeliling. Lenjun badan Ayri dengan peluh. Lepas tengok orang main gym sekejap, terus balik ke tanah besar Semenanjung Malaysia dan memandu di jalan yang agak sesak. Penat juga aktiviti hari, tapi sangat berpuas hati :)
Hiking Bukit Jambul 5 [www.blog.warmbite.com]

Hiking Bukit Jambul 5

  Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

09 di seberang jaya - Google Blog Search

09 di seberang jaya - Google Blog Search


Semanis Coklat: 3 Pelajar SM <b>Seberang Jaya di</b> Buang Sekolah.

Posted: 10 Apr 2013 06:15 AM PDT



KZ rasa teman2 blogger mesti dah lihat klip video tentang budak2 ni memang heboh di lama fb. Kesian KZ pada nasib budak2 ni. Ke mana arah mereka selepas ini. Mencari sekolah baru bukan mudah, apatah lagi dengan rekod sebegitu dan tersebar pula di laman sosial...satu dunia tahu dan kenal mereka.
      Inilah jadinya bila tindakan mendahului akal. Hairan...bukan mereka tidak tahu apa natijah dari perbuatan mereka. Sepatutnya mereka mengambil pengajaran dari kisah2 yg telah banyak berlaku dan didedahkan atau mereka memang ingin merasakan sendiri pengajaran itu!
Entah bagaimana pula reaksi ibubapa pelajar2 ini.  Di mana harus mereka meletakkan muka. Pasti jiran dan handai taulan telah pun tahu. Bagaimana pula mereka harus merencanakan semula haluan anak2 ini? 
KZ rasa salah satu punca insiden ini adalah pengaruh rakan sebaya. Kadang2 cabar mencabar menjadikan anak2 yg hormonnya sedang menggila ini hilang pertimbangan.
KZ harap masih ada sinar untuk mereka. Mereka perlu dibantu untuk meniti semula landasan yg betul. Janganlah kita terus menghina dan mengkritik mereka kerana itu bukan jalan penyelesaian tetapi yg bersalah tetap perlu dihukum. Mungkin pengajaran yg mereka sendiri undang ini akan menginsafkan mereka dan menjadikan mereka manusia yg hebat di masa akan datang.
Salam semanis coklat,