Semasa Percutian di Pulau Pinang yang lepas, sempatla jalan-jalan di Pantai Batu Ferringhi, Pulau Pinang. Pantai yang terletak di belakang rumah peranginan milik syarikat.

Pemandangan di Waktu Petang

Pelbagai aktiviti dijalankan di sini antaranya mandi manda, jet ski, payung terjun . Namun, harganya sangatla mahal dan tidak begitu berpatutan. Pantainya pula agak berselut di sebelah petang. Sebelah pagi, barula ok sedikit.

Berselut or tidak, tetap ramai yang mandi manda di sini especially pelancong asing yang menginap di Hard Rock Hotel. Aktiviti menunggang kuda pun ada, cuma seluk poket, tanya selera.

Layan juga jalan-jalan tepi pantai sampai mengintai-ngintai gadis seksi mandi. Hik3, just kidding.

Amboi-amboi, layan jiwang nampak Abang kita sorang ni.

Tenang rasanya dapat mendengar ombak pantai dan alunan sepoi-sepoi udara pantai yang nyaman.

Cantik kan?

Teringin nak main payung terjun, tapi harganya yang sangat mahal i.e. RM60+ membantutkan keinginan.

Dapat naik jet ski pun layan juga. Harganya lebih mahal dari di Port Dickson.

Burung-burung gagak mencari makanan. Overall, rasanya Pantai ini kurang terjaga. Keadaannya yang tidak begitu bersih, lebih-lebih lagi nampak aliran air dari longkang mengalir ke Pantai. Cuba mandi sekali di waktu petang, memang berselut habis kaki. Rasa geli-geli pun ada juga. Umm, Nice to see, not so nice to swim…