Jumaat, 31 Mei 2013

09 di Batu uban - Google Blog Search

09 di Batu uban - Google Blog Search


Bekas ADUN <b>Batu Uban</b> gugur saman fitnah ABN News | BM

Posted: 20 May 2013 12:50 AM PDT

S. Raveen

S. Raveen

GEORGE TOWN – Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Uban, S. Raveen Tharan menarik balik saman fitnah RM10 juta terhadap seorang eksekutif bank selepas menerima permohonan maaf secara terbuka daripadanya di Mahkamah Tinggi di sini.

P. Raguram membacakan kenyataan permohonan maaf itu di hadapan Hakim Datuk Mohd Zaki Mohd Yassin.

Permohonan maaf itu berbunyi : "Saya dengan ini meminta maaf dan mengaku bahawa saya tidak berniat untuk membuat kenyataan bagi memburuk-burukkan Raveen, tetapi jika saya telah secara tidak sengaja merosakkan imej dan reputasi
Raveen, maka saya menawarkan permohonan maaf saya dan menarik balik kenyataan saya."

Raguram diwakili peguam Shankar Raj dan R. Kumarandran.

Raveen telah memfailkan saman terhadap Raguram berikutan surat yang ditulisnya pada tahun 2010 yang mendakwa Raveen terlibat dalam salah laku seksual dan ia diedarkan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan anggota Exco kerajaan negeri.

Dalam saman itu, beliau menuntut ganti rugi RM10 juta kerana dakwaan itu telah merosakkan reputasi beliau yang ketika itu adalah seorang wakil rakyat.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Raveen memberitahu wartawan bahawa beliau hanya ingin menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Raguram untuk membersihkan nama baiknya.

"Saya bukan inginkan pampasan tetapi mahu membersihkan nama saya kerana surat itu telah memusnahkan reputasi saya terutamanya ketika itu saya masih seorang wakil rakyat apabila surat itu diedarkan," katanya. – Bernama

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search


gmc: dap dan pas jangan lupa konsert arak <b>di batu ferringhi</b>...kah <b>...</b>

Posted: 13 Feb 2013 01:35 AM PST


Akibat terlalu nak politikan hiburan PAS terlupa 3juta Konsert arak di Batu Ferringhi..menjangkaui kos Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina yang kononnya Najib dimalukan...

kah..kah..kah..kahhh



Dari sumber mana pula kos pembiayaan Konsert arak tajaan sekutu PAS tersebut??

Dari wang kutipan tabung Memali yang masih berbaki ke?

Dari sumber wang karung dan uncang yang ditadah daripada rakyat ke?

kah..kah..kahh..kahhh

Apakah Konsert arak 3juta tajaan DAP sekutu PAS di Batu Ferringhi Rakyat tidak perlu tahu dari mana sumber jutaan ringgit wang tersebut diperolehi??. 

kah..kah..kah..kahh..kahhh
 kah..kah..kah..khhh..kah..
kah..kah..kah..kah..kahh

Sebenarnya Rakyat  dan seluruh penyokong2 PAS  bukan saja mahu tahu  dari mana sumber 3juta kos konsert arak tajaan sekutu PAS di Bt Ferringhi  diperolehi [sini] ...malah mereka juga mahu tahu kemana jutaan ringgit wang tabung Memali yang telah lesab selama ini..seperti yang didakwa oleh bekas EXCO Pemuda PAS Kedah baru2 ini??? [sini]

kah..kah..kah..kah...
kah..kah..kah..kahhh..kahhhh
kah..kah...kah...kah..kah...kah..kahhh.....selanjutnya...[sini]

09 di Bayan lepas - Google Blog Search

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


CALON SPM MAUT KEMALANGAN <b>DI</b> BUKIT BELAH <b>BAYAN LEPAS</b>

Posted: 09 Sep 2012 09:24 AM PDT

Calon SPM maut : Kemalangan di Bukit Belah Bayan Lepas

Di Pulau Pinang seorang pelajar maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di Bukit Belah, Bayan Lepas pada 9 september 2012

Difahamkan mangsa berusia 17 tahun maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan teruk di kepala

Kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Perodua Viva yang dipandu laju dari arah Balik Pulau cuba memotong sebuah lori, namun pemandu kereta itu gagal mengawal kenderaannya lalu bertembung dengan dua motosikal dari arah bertentangan

Kemalangan itu menyebabkan motosikal yang dinaiki mangsa terpelanting sementara sebuah lagi motosikal yang dinaiki lelaki berusia 40-an terbabas dan terperosok di bahagian hadapan lori berkenaan

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca

09 di Batu maung - Google Blog Search

09 di Batu maung - Google Blog Search


N37 <b>Batu Maung</b>: KEMPEN 1 JUTA LAPORAN POLIS DAKWAT <b>...</b>

Posted: 26 May 2013 08:55 PM PDT

Dakwat kekal yang tidak kekal bakal menjadi petanda bahawa PRU13 yang dikendalikan oleh SPR adalah tidak telus dan dipenuhi penipuan. Tuntutan untuk menggunakan dakwat kekal adalah untuk mengelakkan pengundi hantu atau pengundi mengundi lebih dari sekali akibat kecurigaan bahawa daftar pemilih adalah tidak bersih. Pelbagai bukti-bukti telah dikeluarkan dari semasa ke semasa yang menunjukkan bahawa daftar pemilih adalah tidak bersih dan memungkinkan pengundian dua kali. Hakikat bahawa SPR tidak dapat menunaikan janjinya bahawa dakwat tersebut akan kekal sekurang-kurangnya 5 hari dari tempoh pengundian melunturkan keyakinan rakyat bahawa SPR di bawah pimpinan sedia ada berwibawa untuk mengendalikan pilihanraya yang bersih dan adil. Alasan-alasan tidak masuk akal yang diberikan kepimpinan SPR (botol dakwat perlu digoncang terlebih dahulu) membayangkan bahawa kepimpinan SPR sedia ada tidak pun mampu menangani isu semudah dakwat kekal, apatah lagi memenuhi tuntutan reformasi pilihanraya yang disuarakan rakyat dan BERSIH. Oleh itu, kegagalan pelaksanaan dakwat kekal adalah satu simbolisme kegagalan SPR yang perlu ada pertanggungjawaban. #siasatpru13 menggesa rakyat Malaysia untuk turut serta di dalam Kempen Laporan Polis Seluruh Negara membantah dakwat kekal yang tidak kekal dengan melakukan perkara berikut: 1. Setiap rakyat Malaysia membuat laporan polis mengenai dakwat kekal bermula hari ini mengikut teks laporan berikut: "Saya, XXXXXXXXXX yang mempunyai kad pengenalan 680912-XX-XX adalah seorang pengundi berdaftar. Pada 5 Mei 2013, saya telah hadir di tempat mengundi Sekolah XXXXXXXX, Bandar XXXXX untuk membuang undi. Selepas membuang undi, jari saya telah dicalit dengan dakwat oleh petugas di situ. Apabila pulang, dalam tempoh sehari saya mendapati bahawa dakwat itu telah hilang dari jari saya. Saya membuat laporan polis kerana dakwat itu sepatutnya kekal sehingga 5 hari seperti yang diumumkan SPR. Saya bimbang dakwat yang tidak kekal telah menyebabkan penipuan dalam pilihanraya umum ke-13. Sekian laporan saya." 2. Hantar satu salinan laporan polis ke email siasatpru13@gmail.com; atau serahkan kepada mana-mana wakil rakyat Pakatan Rakyat di setiap tempat; atau diserahkan di pejabat-pejabat KEADILAN, PAS, DAP; atau dihantar terus ke ibupejabat KEADILAN di alamat A-1-09, Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, 47410 Petaling Jaya, Selangor; atau faks ke nombor 03-78850531 (faks ibupejabat KEADILAN) 3. Orang ramai digalakkan menjadi ejen untuk mengumpul laporan-laporan polis mengenai dakwat kekal ini untuk diserahkan secara pukal kepada KEADILAN atau parti-parti Pakatan Rakyat #siasatpru13 mensasarkan sekurang-kurangnya 100,000 laporan polis dibuat diseluruh negara mengenai dakwat kekal sebagai bukti kemarahan rakyat terhadap kegagalan SPR mengendalikan PRU13 dengan telus dan bersih. Tindakan undang-undang juga akan diambil terhadap SPR mengenai kegagalannya melaksanakan dakwat kekal yang telah merosakkan kewibawaannya di mata rakyat. RAFIZI RAMLI Pengarah Strategi KEADILAN

09 di tanjung bungah - Google Blog Search

09 di tanjung bungah - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung bungah</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Apr 2013 01:42 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung bungah</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Apr 2013 01:28 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung bungah</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Apr 2013 01:51 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung bungah</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Jan 2013 01:38 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Review Flamingo Hotel by the Beach, <b>Tanjung Bungah</b> Penang | KL <b>...</b>

Posted: 01 Dec 2012 11:26 AM PST

Percutian ke Pulau Pinang kali ini membawa kami ke Flamingo Hotel by the Beach yang terletak di Tanjung Bungah. Kedudukan hotel ini yang terletak di tepi pantai membuatkan percutian kali ini lebih santai sambil menikmati keindahan pantai di Pulau Pinang. Selain lokasinya di tepi pantai, Flamingo Hotel juga terletak berdekatan dengan Batu Ferringhi iaitu lebih kurang 7km atau 15 minit perjalanan dengan kereta. Selain itu, antara tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di sekitar atau berdekatan dengan Hotel Flamingo Penang ialah Toy Museum (300m), Gurney Drive (6km), Pasar Chowrasta (9km), Nasi Kandar Line Clear (9km), Nasi Kandar Beratur (10km), Georgetown Heritage Sites (10km), Fort Cornwallis dan Padang Kota Lama (10km), Komtar (10km), Chew Jetty (11km), Bukit Bendera (13km) dan Penang Butterfly Farm (14km).

Setibanya kami di sana, urusan check-in berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Kami telah menempah bilik deluxe seaview yang mempunyai pemandangan cantik Selat Melaka.

Lobi Hotel Flamingo Penang

Pemandangan indah Selat Melaka yang dapat dilihat melalui bilik deluxe seaview kami.
Deluxe Seaview Flamingo Hotel

Bilik deluxe seaview ini dilengkapkan dengan katil twin, internet WIFI dan televisyen LCD. Biliknya juga adalah agak luas mengikut standard kami. Bilik deluxe ini telah dihias dengan menggunakan konsep moden. Katilnya juga agak besar dan selesa. Biliknya juga tidak menggunakan carpet, sebaliknya menggunakan tiles. Walaupon mungkin sedikit sejuk lantainya tetapi dapat menghindar bau karpet yang busuk.

Bedroom Hotel Flamingo

LCD TV Flamingo Hotel Penang

Bilik deluxe seaview ini turut disertakan dengan sarapan untuk 2 orang dewasa. Disebabkan musim cuti sekolah, restoran waktu sarapan pagi agak padat dengan ramai orang menyebabkan ada makanan yang telah habis dan lambat untuk diisi semula. Anda mungkin perlu menunggu untuk mendapatkan meja sekiranya anda turun lewat untuk sarapan.

Selain itu, Hotel Flamingo turut dilengkapkan dengan sebuah kolam renang yang besar.

Hotel Flamingo

Kolam Renang Flamingo Hotel Pulau Pinang

Swimming pool at Hotel Flamingo Penang

Hotel Flamingo Outdoor

Sekiranya anda tidak berminat dengan kolam renang anda boleh berjalan-jalan di pantai yang terletak bersebelahan dengan hotel. Pantainya bersih dan cantik. Selain itu turut disediakan kerusi rehat untuk pengunjung hotel berehat sambil menikmati pemandangan pantai.

Beach at Flamingo Hotel Penang

Pantai Hotel Flamingo Penang

Di lobi hotel turut disediakan lounge untuk pengunjung hotel berehat sambil menikmati makanan ringan dan minuman.

Lounge Hotel Flamingo

Kemudahan parking turut disediakan untuk tetamu hotel.

Flamingo Hotel By The Beach Penang

Harga bilik deluxe seaview adalah RM328++ pada musim cuti sekolah. Untuk harga terkini anda boleh semak di laman web Flamingo Hotel atau laman web tempahan hotel seperti Agoda dan Booking.com. Harga biliknya nampak macam agak mahal tetapi realitinya itulah harga hotel di Pulau Pinang semasa cuti sekolah. Sekiranya anda inginkan harga yang murah, anda perlu bercuti di luar peak season.

Keseluruhannya hotel ini sesuai sekiranya anda inginkan bilik yang luas dan berdekatan dengan pantai. Harganya juga lebih murah jika dibandingkan dengan hotel di Batu Ferringhi. Lokasinya juga strategik kerana terletak di tengah-tengah antara Batu Ferringhi dan Georgetown. Sekiranya anda ingin ke pasar malam Batu Ferringhi anda cuma perlu memandu kereta ke sana yang mungkin mengambil masa 15 minit sekiranya jalan tidak sesak. Banyak kemudahan tempat letak kereta disediakan di sana. Bagi yang ingin mencari makanan di luar, anda memerlukan kereta kerana tidak banyak kedai makanan yang berada dalam walking distance dari hotel. Walaubagaimanapon, sekiranya anda datang menggunakan kereta, anda boleh memandu ke bandar Georgetown lebih kurang 15 minit untuk menikmati nasi kandar dan sup yang boleh didapati dengan mudah di Pulau Pinang.

 
Flamingo Hotel by the Beach
Jalan Tanjung Bungah
11200 Tanjung Bungah, Penang, Malaysia

Telephone 604 8927 111

Koordinat GPS: U 5.466549 T 100.288555

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About

Terima kasih kerana membaca blog ini. KL Urbanite merupakan blog peribadi dan disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.

Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

UMNO Online - Kerajaan DAP P. Pinang Arah Roboh Sekolah <b>...</b>

Posted: 20 Jul 2010 05:38 PM PDT

Kategori Berita Pilihan

Kerajaan DAP P. Pinang Arah Roboh Sekolah Tentera Udara Tanjung Bungah

GEORGE TOWN 20 Julai – Kerajaan DAP Pulau Pinang mengarahkan Kementerian Pertahanan merobohkan bangunan bertingkat sekolah tentera udara yang sedang dibina di Tanjung Bungah.

Ketua Menteri Lim Guan Eng mendakwa, notis mengenainya telah dikeluarkan kerana kementerian itu menjalankan projek Sekolah Iktisas Tentera Udara (SITU) tanpa mendapat kebenaran Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

"Pada Disember tahun lalu, beberapa penduduk membuat aduan mengenai kerja memasang cerucuk besi di kawasan itu dan majlis perbandaran telah mengeluarkan notis amaran.

"Kemudian Mac lalu, majlis perbandaran sekali lagi menerima aduan bahawa kerja memasang cerucuk besi itu masih diteruskan termasuk pada cuti umum dan menghantar semula surat ke kementerian itu, memberitahu mereka mengenai keperluan untuk memohon kebenaran pembinaan.

"Kes itu turut dirujuk kepada penasihat undang-undang negeri (Datuk Faiza Zulkifli)," katanya pada sidang media di sini pada Selasa.

Kata Guan Eng, Yang Dipertua MPPP, Patahiyah Ismail sudah memaklumkan kepada kementerian itu termasuk Ketua Setiausaha, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah pada 31 Mac lalu bahawa tindakan akan diambil jika pembinaan itu tidak dihentikan.

Beliau berkata majlis perbandaran telah menghantar notis kepada kementerian itu pada 6 Jun lalu mengikut seksyen 70 (1) Akta Jalan, Saliran dan Bangunan 1974 supaya pembinaan itu dirobohkan dalam tempoh 30 hari.

Pemeriksaan mendapati kerja pembinaan itu sudah mencecah empat tingkat. Ketinggian bangunan itu tidak diketahui memandangkan pelan tidak dihantar kepada majlis perbandaran.

Guan Eng menyalahkan Pegawai Kemajuan Negeri, Nik Ali Nik Yunus kerana gagal berbuat sesuatu walaupun berulang kali dimaklumkan mengenai masalah itu.

"Memandangkan Nik Ali tidak melakukan tugasnya iaitu memantau projek itu, kami terpaksa menghubungi kementerian kerana ia melibatkan tanah persekutuan," katanya. – MStar/MediaUMNO

Berita Bertarikh Pada 21 July 2010 8:38 AM

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung bungah</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Feb 2013 01:07 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung bungah</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Nov 2012 01:40 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung bungah</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Nov 2012 01:06 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung bungah</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Nov 2012 01:40 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung bungah</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Sep 2012 01:15 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Penduduk <b>Tanjung Tokong</b> bantah bina galeri warisan <b>...</b>

Posted: 15 Sep 2012 11:00 PM PDT

TANJUNG TOKONG - Persatuan Penduduk Tanjung Tokong membantah pembinaan projek 'warisan mati' yang berkonsepkan galeri dan rumah contoh di atas tanah seluas 160 meter persegi di sini. Sehubungan itu, Pengerusinya, Mohammad Salleh Yahya berkata, pihaknya memohon supaya pemaju menangguhkan sementara pelan kelulusan bangunan ditapak fasa 5 kampung berkenaan bagi tujuan pembinaan itu kerana masih banyak isu berbangkit dan tuntutan yang belum diselesaikan. "Kami menolak konsep dan perlaksanaan 'warisan mati' iaitu pembinaan galeri atau sebuah bangunan yang hanya menceritakan sejarah Kampung Tanjung Tokong.

 "Pembinaan ini langsung tidak menggambarkan realiti warisan asal yang wujud di kampung berkenaan iaitu tapak bersejarah berusia lebih 250 tahun," katanya. Mohammad Saleh berkata, pembangunan bukan sekadar binaan batu bata yang diibaratkan seperti pembangunan tanpa roh, sebaliknya pembangunan mestilah diisi dengan budaya, sejarah dan tamadun. "Itulah pembangunan hidup yang sudah diwar-warkan Tun Razak iaitu 'Better emenities for Tanjung Tokong Soon'," katanya.

 Selain itu, menurutnya, terdapat enam bentuk warisan di sini antaranya, rumah tradisional di Jalan Lama dan kampung tersusun di Kampung Moden Tanjong Tokong.

 "Adanya juga warisan institusi yang berusia lebih 100 tahun iaitu Persekutuan Setia Tanjong Tokong yang ditubuhkan pada 1911 dan Madrasah Al Taqwa pada 1900. "Antara elemen warisan lain termasuk warisan tapak budaya, warisan penjaja Melayu, warisan nelayan Jermal melalui seni perahu dan permainan rakyat, tetapi kami kesal dengan cadangan yang mahu warisan sejarah dalam bentuk galeri sahaja," katanya.

 Beliau berkata, ia bertentangan dengan pelestarian warisan hidup selaras dengan apa yang dilaksanakan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco). "Saya harap aktivis dan pakar warisan membentangkan pelan cadangan bagaimana warisan layak dilestarikan dalam pembangunan semula Tanjong Tokong," katanya.

 Sebelum ini, Pengarah Uda Land (North) Sdn Bhd, Kamaruzaman Mohamad mengumumkan pelan pembangunan Tanjung Tokong mengandungi pembinaan Galeri Tanjung Tokong iaitu rumah yang bercirikan tradisional di sekeliling bazar.

 Uniknya bazar berkenaan turut dibina dengan ciri kolonial dan langsung tidak memperlihatkan pembangunan moden secara langsung. Kamaruzaman berkata, pihaknya juga pernah bertanya mengenai sejarah susur galur di sini, bagi membolehkan sejarah berkenaan dipamerkan dalam galeri.

 Tegasnya, seperti di Kapitan Keling mempunyai sejarahnya tersendiri, namun di sini sejarahnya yang dikatakan perkampungan nelayan juga sama seperti Tanjung Bungah, Jelutong dan Batu Uban. Namun Uda tidak pernah memandang ringan hal berkenaan dan membina galeri untuk penduduk tempatan dan pelancong mengetahui sejarah Kampung Tanjung Tokong.

Tanjong <b>Bungah</b> | DrPlaces

Posted: 25 May 2013 08:28 PM PDT

Tanjung Bungah atau Tanjong Bunga terletak di pinggir bandar Pulau Pinang,  di bahagian utara Pulau Pinang. Ia merupakan salah satu kawasan pinggir bandar dalam perjalanan ke Batu Ferringhi. Terdapat banyak hotel yang yang menawarkan harga yang lebih murah berbanding hotel-hotel yang terdapat di Batu Ferringhi.

Salah satu tarikan pelancong di Tanjung Bungah adalah Masjid Terapung, yang dibina dengan kos sebanyak 15 juta ringgit Malaysia dan siap pada tahun 2005. Disamping itu, Muzium Mainan Pulau Pinang merupakan tarikan pelancong yang lain, dimana disini terdapat banyak alat permainan dipamerkan kepada para pengunjung.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini kawasan itu telah menyaksikan pembangunan yang pesat, dengan pembinaan pangsapuri dan kondominium. Tanjung Bungah telah menjadi tempat kegemaran bagi warga asing untuk menetap di kerana kedudukannya yang dekat dengan kemudahan pendidikan di Sekolah Antarabangsa Dalat dan tempat-tempat rekreasi, dan juga kerana kedudukannya yang dekat dengan  Batu Ferringhi dan Gurney Drive.

Tanjung Bungah adalah sebuah lembah sejauh 1.5 km dan 4 km panjang diapit oleh bukit-bukau di sebelah barat, selatan dan timur, dan laut di utara. Bukit yang menghala ke timur dikenali sebagai Pearl Hill atau Mount Erskine setinggi 194 meter, manakala bukit yang menghala ke selatan menuju ke Bukit Bendera.

Lokasi GPS

5.47N 100.27E

Attractions