Ahad, 9 Jun 2013

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search


3 maut termasuk seorang rentung nahas <b>di Bukit Mertajam</b> | My Press

Posted: 03 Jun 2013 02:44 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Bukit Mertajam: Tiga maut, sementara dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan kereta dan sebuah motosikal di Jalan Hutan Petai Bukit Teh di sini, malam ini. Click here to read the full article. 21. Like. Save. Share ...

09 di Batu uban - Google Blog Search

09 di Batu uban - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Batu uban</b> - Google Blog Search

Posted: 27 May 2013 09:18 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Bekas ADUN <b>Batu Uban</b> gugur saman fitnah ABN News | BM

Posted: 20 May 2013 12:50 AM PDT

S. Raveen

S. Raveen

GEORGE TOWN – Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Uban, S. Raveen Tharan menarik balik saman fitnah RM10 juta terhadap seorang eksekutif bank selepas menerima permohonan maaf secara terbuka daripadanya di Mahkamah Tinggi di sini.

P. Raguram membacakan kenyataan permohonan maaf itu di hadapan Hakim Datuk Mohd Zaki Mohd Yassin.

Permohonan maaf itu berbunyi : "Saya dengan ini meminta maaf dan mengaku bahawa saya tidak berniat untuk membuat kenyataan bagi memburuk-burukkan Raveen, tetapi jika saya telah secara tidak sengaja merosakkan imej dan reputasi
Raveen, maka saya menawarkan permohonan maaf saya dan menarik balik kenyataan saya."

Raguram diwakili peguam Shankar Raj dan R. Kumarandran.

Raveen telah memfailkan saman terhadap Raguram berikutan surat yang ditulisnya pada tahun 2010 yang mendakwa Raveen terlibat dalam salah laku seksual dan ia diedarkan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan anggota Exco kerajaan negeri.

Dalam saman itu, beliau menuntut ganti rugi RM10 juta kerana dakwaan itu telah merosakkan reputasi beliau yang ketika itu adalah seorang wakil rakyat.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Raveen memberitahu wartawan bahawa beliau hanya ingin menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Raguram untuk membersihkan nama baiknya.

"Saya bukan inginkan pampasan tetapi mahu membersihkan nama saya kerana surat itu telah memusnahkan reputasi saya terutamanya ketika itu saya masih seorang wakil rakyat apabila surat itu diedarkan," katanya. – Bernama

SEMALAM BERSAMA RAFIZI RAMLI 17 Disember 2012 <b>DI BATU</b> <b>...</b>

Posted: 17 Dec 2012 06:16 PM PST

BATU UBAN kampung bersejarah , di antara yang tertua di P. Pinang. Kampung yang telah wujud sebelum kedatangan Kepten Francis Light  yang kononnya membuka P.Pinang. Hakikatnya pulau ini telah pun terbuka sebab itu namanya Pulau Pinang bukannya Prince of Wales Island.Pada ketika itu di batu Uban wujud pelabuhan dan pusat pentadbiran.

Batu Uban dibuka oleh Datuk Nakhoda Nan Intan atau Penghulu Mohamad Salleh dari kampung Buadi Sumatera. Diasaskan 50 tahun sebelum ketibaaan  Light pada tahun  1786. Begitu juga dengan Tanjong Penaga, Jelutong,Datuk Keramat, tanjong Tokong dll.

Ada masjid yang didirikan beliau, ada telaga, tanah perkuburan dan persekitaran  yang masih dihuni oleh anak cucunya. Agak malang pengisian kemerdekaan sangat    tidak menghormati nilai sejarah , budaya dan warisan peribuminya. Malahan sangat zalim apabila berhadapan dengan pembangunan komersial.

Warisan  perlu  dibela untuk mengangkat martabat  bangsa . Di sinilah Saudara Rafizi Ramli berceramah pada malam Selasa 17 hb Disember 2012.  Kampung yang terkepung dan terperangkap dengan pembangunan pesat. hampir sangat akan tenggelam dan terhapus .Tinggal masjid dan tanah perkuburan sahaja.

Sebelumnya Saudaran Ravintharan ADUN Batu Uban telah berceramah , menegaskan :

Memelihara warisan bukan  memelihara masjid semata-mata. Masjid wujud bersama qariah.Bila qariah berpindah dengan sendirinya masjid tidak berfungsi lagi. Jadi kawasan disekeliling masjid mesti dipelihara sebagai zon warisannya. Kawasan  disekeliling masjid dengan persekitaran yang berpatutan mesti dipertahankan.

Inilah perkara yang diperjuangkan dengan sungguh -sungguh oleh ahli Majlis Perbandaran P.Pinang yang juga aktivis PAS Bayan baru Saudara Iszuree Ibrahim. Ada usaha nekad untuk menghantar rombongan berjumpa dengan Datuk Seri Rais Yatim menteri yang bertanggung jawap tentang warisan.

Beliau perlu bertindak mewartakan Batu Uban menjadi kampung warisan. Jika Zakiah Hanum, mantan pengarah Muzium Negara  boleh membeli tanah tapak rumah P.Ramlee dan mewartakannnya menjadi zon warisan kenapa tidak dengan Batu Uban dan Tanjong Tokong. Dua warisan P.Pinang yang tertua. Warisan rumah P.Ramlee jauh lebih muda daripada keduannya itu.

Saudara Rafizi telah memfokuskan  usaha Pakatan Rakyat mengatasi masalah keluhan rakyat. Rakyat  yang terperangkap dalam kenaikan harga barang dan kos hidup akibat gejolak dan  lonjakan  inflasi yang tidak terkawal. Sedangkan upah dan gaji tidak bertambah. Sebagai kerajaan dan pemimpin kita harus berfikir bagaimana hendak mengatasinya.

PR berazam menjanjikan satu pakej ekonomi untuk kerajaan yang bertanggung jawap. Rakyat akan dibela.Rakyat sama sekali  tidak akan dibiarkan lemas dan tenggelam  dalam arus kenaikan inflasi. Apa tindakannya :

- PR akan menggunakan sebahagian keuntungan PETRONAS melebihi RM  80 Bilion untuk memberi subsidi kepada  harga petrol semasa. Faedah yang dinikmati oleh  semua rakyat . Harga barang dan kos penghantaran dengan sendirinya akan turun.

- PTPTN akan dihapuskan menjadi pelaburan kerajaan kepada rakyat yang terpelajar. Mereka  akan  menyumbang semula  kepada pembangunan masa depan negara.

- Cukai kereta sekali ganda daripada harga asal sangat mencekik golongan muda yang baru bekerja. Cukai ini akan dikaji. Tidak ada negara di dunia yang mengenakan cukai kenderaaan yang begiti tinggi. Rakyat dibebankan dengan tol, bayaran insuran dan cukai jalan yang tinggi, saman trafik, bayaran bulanaan kenderaaan yang tinggi dan pembaikan kereta dan harga petrol. Ini telah menjadi trauma dan memakan jumlah perbelanjaan yang besar untuk satu item sahaja. Bagaimana dengan yang lain-lain,Gaji permulaan hanya sekitar RM 2000 sahaja. Mengkiut perkiraan beliau RM 1000 ke tas dibelanjakan untuk kereta sahaja

Rakyat perlukan kerajaan yang bertanggung jawap yang memikirakan nilai hidup warganya.Malaysia cukup kaya tetapi kekayaannya diagihkan ke mana. Golongan kaya tambah meliana tetapi rakyat terbanyak papa kedana. Pendapatan rakyat dirompak melalui mekanisme ekonomi yang merangkap kehidupan dan kerajaan membiarkan ianya berlalu begitu sahaja. Jawapannya negara akan bankraf jika subsidi diberi. Dalam masa yang sama subsidi terus diberi kepada para kroni yang membekalkan tenaga letrik kepada TNB. Sepaptutnya harga letrik murah tetapi bayaranya terus meningkat,Sekali lagi rakyat terjerat dan dimangsakan.

Rafizi menggariskan 3 ciri  penting,  menentukan sesebuah kerajaan itu bertanggung jawap atau pun tidak :

Pertama – para pemimpinnya memikirkan nasib rakyat jelata. Mencari jalan bagaimana mengatasi kesususahan hidup mereka supaya terkeluar daripada perangkap ekonomi yang bermasalah.Tugas pemimpin membela kepentingan rakyat.

Kedua -  para pemimpinnya terlihat telus dan bersih.Tidak dikaitkan atau dipalit dengan isu rasuah. Tidak wujud keadaan sambil menyelam sambil minum air. Mengambil peluang merembat kekayaan negara semasa berkuasa, menangguk di air yang keruh. gunting dalam lipatan dan pagar makan padi.

Ketiga – Pemimpin mesti berakhlak tinggi. Contoh teladan kepada umat. Sebagaimana kata Ghandi. Salah satu daripada  jenayah moral yang terbesar ialah wujudnya keadaan golongan istimewa yang mendapat limpahan kekayaan tanpa bekerja " Wealth without work"

Rafizi mengakhiri dengan meminta supaya rakyat berfikir dan menilai kebaikan dan keburukan dengan mata yang terbuka. Jika rakyat di Baram boleh berfikir dengan mengatakan bahawa sebagai tuai rumah panjang saya akan membenarkan PKR, PBB, PBDS siapa sahaja  untuk berceramah.saya tidak boleh membaca.Tidak semestinya saya tidak boleh berfikir. Saya akan buat pilihan yang terbaik untuk kebaikan orang saya.

Di harap Pakatan Rakyat  tidak sekadar menjadikan rakyat sekadar modal berkempen untuk memburuk-burukkan UMNO – BN . Ia perlu ada agenda yang kemas untuk mebela nasib rakyat terutama orang Melayu yang semakin tenggelam di P.Pinang akibat dasar-dasar kerajaan yang terlalu pro pelaburan, kapitalis dan pembangunan komersial. Pembangunan mesti seimbang supaya rakyat ada bahagiannya dan tidak mejadi seperti melukut ditepi gantang !

Rafizi Ramli tokoh muda harapan bangsa Malaysia dan aset masa depan negara. Beliau berupaya mengupas punca kemelut negara dan ada formula  bagaimana mengatasinya .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Batu Ferringhi</b> - Google Blog Search

Posted: 27 May 2013 07:32 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu Ferringhi</b> - Google Blog Search

Posted: 03 May 2013 07:45 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu Ferringhi</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Apr 2013 07:26 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu Ferringhi</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Apr 2013 07:12 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu Ferringhi</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Mar 2013 08:37 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

DAP Jangan &#39;Buat-Buat Lupa&#39; Konsert Arak RM3 Juta <b>Di Batu</b> <b>...</b>

Posted: 11 Feb 2013 10:33 PM PST


SEMALAM Barisan Nasional (BN) berjaya mengumpulkan hampir 100,000 orang pengunjung ke majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang.

Ia terbuka dan bukan untuk ahli parti itu semata-mata. Pelbagai juadah telah dihidangkan, semuanya makanan dan minuman HALAL bagi membolehkan semua lapisan rakyat meraikannya bersama-sama dalam semangat 1Malaysia.

Bagi memeriahkan acara, sebuah badan korporat, Mega Ultimate telah memaklumkan pada penganjur bahawa mereka mahu membawa penghibur terkenal dari Korea, Psy, untuk memeriahkan sambutan tersebut.

Apatah lagi bila fenomena Gangnam Style cukup hebat melanda penggemar muzik di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Kalau tak masakkan DAP melancarkan sebuah klip video parodi lagu itu dalam satu majlis besar-besaran di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tajuk lagu Gangnam Style itu diubah menjadi Ubah Roket Style…majlis pelancaran video parodi itu boleh diikuti DI SINI

Di sini menunjukkan yang DAP juga peminat tegar Psy dan lagu Gangnam Style itu, sebab itu mereka memilih lagu berkenaan untuk diubah dan dijadikan alat untuk memancing pengundi mereka.

Alih-alih bila Psy membuat persembahan semalam, mereka pula yang meroyan tak tentu pasal.

Sepatutnya mereka malu sendiri kerana merekalah parti politik pertama yang memulakan polemik Psy ini.

Mereka sepatutnya berterima kasih pada Psy kerana sekurang-kurangnya penyanyi berkenaan tidak mengambil tindakan mahkamah kerana mereka telah melanggar hak cipta penyanyi itu dengan 'mencedok dan mengubah' lagu tersebut sesuka hati mak bapa mereka!

Berbalik kepada isu berkenaan, DAP jangan lupa yang perangai mereka lebih teruk dan lebih jijik kerana menganjurkan program bersama dengan sebuah syarikat arak untuk mengadakan konsert di Batu Feringghi pada November lalu.

DSC03918

Where-the-party-2012-09-480x320

Where-the-party-2012-15-480x320

Where-the-party-2012-20-480x320

Where-the-party-2012-18-480x320

Akhbar Sinar Harian dalam artikelnya bertarikh 11 November ada butirannya.

Berikut adalah petikan daripada artikel berkenaan;

 

Konsert ada kelulusan MPPP

Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: November 11, 2012

 33

Eh…lupa dalam konsert arak di Batu Feringghi itu, lagu Gangnam Style pun ada tau…meh kita tengok jap…

Dari segi matematik, ia cukup mudah.

Persembahan Psy di rumah terbuka Tahun Baru Cina semalam adalah SALAH kerana ia anjuran Barisan Nasional.

Tetapi konsert arak di Batu Feringghi TAK SALAH kerana ia program kerajaan DAP.

Itu saja, checkmate!

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

BONGKAR! Konsert Calsberg DAP <b>di Batu Feringgi</b> | Apple Biru

Posted: 12 Feb 2013 06:00 AM PST

Hah! Apa bezanya Konsert Psy Gangnam Style di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran BN dengan Konsert Carlsberg anjuran DAP di Batu Feringgi. Konsert Calsberg tu bernilai RM3 juta weh! Memang cerita lama, tak kan nak diam kan je ke? Duit rakyat tu? Tak gitu?
Ini kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Awam Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Ong Ah Teong berkata, perkara itu dimaklumkan seorang pegawai MPPP kepadanya.
Menurutnya, lesen sementara itu membenarkan pihak penganjur mengadakan konsert di tempat awam sehingga jam 3 pagi. "Ini bukan anjuran MPPP sebaliknya ia satu program bersama Kerajaan Negeri, sementara syarikat arak itu adalah penaja mereka.
"Saya juga difahamkan seorang Exco terlibat turut menyertai konsert ini kerana sebahagian daripada aktiviti pelancongan, kalau boleh anda (wartawan) boleh minta komen daripada dia (Exco)," (Sinar)
Kalau Kerajaan BN buat event-event besar, kata membazir duit rakyat, tapi DAP buat konsert ni tak bazir duit rakyat ke?. Yang ini cai-cai tak nak spin ke? Spin la. Mengapa PAS berdiam diri. Atau PAS bersengkongkol dengan Konsert Calsberg ni. Ada share la kot! Cer citer?

Pantai <b>Batu Ferringhi</b>, Pulau Pinang — Eyriqazz.com

Posted: 23 Jan 2013 12:54 AM PST

Semasa Percutian di Pulau Pinang yang lepas, sempatla jalan-jalan di Pantai Batu Ferringhi, Pulau Pinang. Pantai yang terletak di belakang rumah peranginan milik syarikat.

Pantai Batu Feringhi, Pulau Pinang 1

Pemandangan di Waktu Petang
Pantai Batu Feringhi, Pulau Pinang 2

Pelbagai aktiviti dijalankan di sini antaranya mandi manda, jet ski, payung terjun . Namun, harganya sangatla mahal dan tidak begitu berpatutan. Pantainya pula agak berselut di sebelah petang. Sebelah pagi, barula ok sedikit.
Pantai Batu Feringhi, Pulau Pinang 3

Berselut or tidak, tetap ramai yang mandi manda di sini especially pelancong asing yang menginap di Hard Rock Hotel. Aktiviti menunggang kuda pun ada, cuma seluk poket, tanya selera.
Pantai Batu Feringhi, Pulau Pinang 4

Layan juga jalan-jalan tepi pantai sampai mengintai-ngintai gadis seksi mandi. Hik3, just kidding.
Pantai Batu Feringhi, Pulau Pinang 5

Amboi-amboi, layan jiwang nampak Abang kita sorang ni.


Pantai Batu Feringhi, Pulau Pinang 6

Tenang rasanya dapat mendengar ombak pantai dan alunan sepoi-sepoi udara pantai yang nyaman.


Pantai Batu Feringhi, Pulau Pinang 7

Cantik kan?
Pantai Batu Feringhi, Pulau Pinang 8

Teringin nak main payung terjun, tapi harganya yang sangat mahal i.e. RM60+ membantutkan keinginan.


Pantai Batu Feringhi, Pulau Pinang 9

Dapat naik jet ski pun layan juga. Harganya lebih mahal dari di Port Dickson.


Pantai Batu Feringhi, Pulau Pinang 10

Burung-burung gagak mencari makanan. Overall, rasanya Pantai ini kurang terjaga. Keadaannya yang tidak begitu bersih, lebih-lebih lagi nampak aliran air dari longkang mengalir ke Pantai. Cuba mandi sekali di waktu petang, memang berselut habis kaki. Rasa geli-geli pun ada juga. Umm, Nice to see, not so nice to swim…

Perak Boutique Villa <b>Batu Ferringhi</b>, Pulau Pinang - Faizal Fredley

Posted: 06 Jun 2013 11:55 AM PDT

Print

DERUAN ombak memecah pantai umpama satu nyanyian yang menghiburkan. Keluh kesah jiwa lantas berganti dengan ketenangan dengan keasyikan tersendiri.

Suasana pagi di tepi pantai dengan kecantikan matahari terbit membuatkan percutian di Batu Ferringhi, Pulau Pinang terpahat kemas di ingatan.

Batu Ferringhi terletak di bahagian utara Pulau Pinang iaitu antara Teluk Bahang dan Tanjung Bungah terkenal dalam kalangan pelancong yang ingin menikmati percutian di pantai yang indah dan kepelbagaian aktiviti air.

Bagi yang teringin menikmati percutian tersebut dan mempunyai bajet yang lebih, Rumah Perak Boutique Villa pastinya pilihan yang paling sesuai.

Vila mewah tiga tingkat dengan enam buah bilik, kesemuanya menghadap laut serta balkoni yang luas membolehkan pengunjung menikmati sepuas-puasnya keindahan pantai yang terkenal di Pulau Mutiara itu.

Bilik-bilik di tingkat atas kesemuanya mempunyai balkoni yang menawarkan peluang menikmati keindahan matahari terbenam.

7E9E1D11-DCF2-45BC-8F3C-3665B793E7D1

Karakter tersendiri

Menjejak kaki memasuki vila ini, para tetamu pasti terpegun melihat hiasan dalaman yang mewah, cantik dan unik.

Bahagian tingkat bawah menempatkan ruang tamu yang luas serta meja makan bersaiz panjang sesuai bagi mereka yang datang bersama keluarga atau kumpulan besar. Terdapat dua bilik di bahagian ini yang dipanggil Kamar Alandra dan Kamar Jasmine.

Vila tersebut mempunyai karakter tersendiri, hal itu tidak menghairankan kerana ia mempunyai sejarah lampau yang istimewa. Dipercayai bangunan itu dibina pada tahun 1950-an dengan konsep rumah moden British. Rumah Perak Boutique Villa pernah didiami golongan ternama dan kerabat diraja

"Rumah ini kami tambah baik dengan menaik taraf daripada rumah penginapan biasa kepada vila. Ia dilakukan bermula pada penghujung tahun lepas. Ia berkonsepkan kediaman Eropah.

Reka bentuk rumah ini asalnya hanya dua tingkat tetapi kami telah ubah suai menjadi tiga tingkat. Vila ini serba lengkap dengan setiap bilik mempunyai katil bersaiz king, bilik tidur berasingan dan ruang makan. Setiap bilik bercita rasa tinggi dengan susun atur dan hiasan mewah serta suasana yang menyenangkan.

Apabila menaiki tangga ke tingkat dua, mata para tetamu dijamu dengan lukisan-lukisan cantik yang tergantung di dinding yang merupakan hasil seni pelukis tempatan. Mereka yang berminat boleh membeli lukisan tersebut.

villa

Bebas berlari

Di bahagian tingkat dua, terdapat tiga buah bilik dikenali sebagai Kamar Akasia, Kamar Lavender dan Kamar Citrus. Kamar Citrus mempunyai balkoni sendiri manakala dua kamar lain berkongsi balkoni. Setiap balkoni disediakan tempat duduk serta payung besar sesuai untuk bersantai.

Di tingkat tiga hanya terdapat sebuah bilik dipanggil Kamar Rossa. Suasana bilik yang tenang dan cantik membuatkan kaki berasa berat ingin meninggalkannya. Bilik serba lengkap dengan katil yang besar membuatkan tidur lena sepanjang malam.

Untuk aktiviti seperti barbeku juga tidak perlu risau kerana kawasan vila tersebut mempunyai keluasan 2,300 meter persegi. Anak-anak bebas berlari di laman yang luas itu. Kawasan pantai pula hanya dipisahkan oleh pagar vila tersebut.

Anda juga boleh berjemur di bawah matahari atau mencuba aktiviti seperti meluncur angin, berkayak atau parasailing.

Suasana malam di Batu Ferringhi juga meriah dengan kewujudan bazar-bazar menjual pelbagai barangan perhiasan dan cenderahati.

Luangkan masa untuk menyaksikan artis tempatan membuat demonstrasi kraf dan melukis batik. Dikenali dengan nama Feringghi Walk, bazar-bazar di situ menjual pelbagai barangan yang menarik untuk pengunjung.

09 di tasek gelugor - Google Blog Search

09 di tasek gelugor - Google Blog Search


Video Pemberontakan Pemimpin-pemimpin UMNO <b>Tasek Gelugor</b> <b>...</b>

Posted: 16 Apr 2013 10:00 PM PDT


Merasakan dirinya telah diperbodohkan dan dipermainkan oleh teman-teman seperjuangannya sendiri dalam UMNO, Mantan Ahli Parlimen Tasek Gelugor telah mengistiharkan dirinya akan menjadi calon mesra Pakatan Rakyat untuk kerusi ini..

Beliau yang juga mantan timbalan menteri Pertanian dan Asas Tani pertama kali bertanding di Tasek Gelugor pada 1999 apabila beliau menang dengan majoriti 4,236 undi.

Pada 2004, beliau mengalahkan calon PAS Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dengan majoriti 10,183 undi.

Akan tetapi beliau memberikan kerusi tersebut kepada menteri kewangan kedua pada ketika itu Nor Mohamed yang berjaya mempertahankan kerusi tersebut dengan 4,547 majoriti undi, mengalahkan Ismail Salleh dari PAS.

Kerusi tersebut telah diserahkan kepada Nor Mohamed setelah Nor Mohamed merayu kepadanya agar diberikan peluang untuk bertanding di situ,..

Dan dalam perjanjian lisan antara mereka yang disaksikan puluhan penyokong mereka ketika itu Nor Mohamed telah menjanjikan akan berusaha untuk mengembalikan kerusi tersebut kepada Shariff Omar pada PRU13 ini.

Malangnya.. janji tinggal janji... segalanya tidak ditepati..

Saksikan apa lagi luahannya dan siapa lagiyang dipersalahkannya dalam video-video ini... video yang ketiga paling menarik.. SAKSIKAN!!!




Buat macai-macai diluar sana.. Allah mengurniakan manusia otak.. tetapi Allah juga mengurniakan otak kepada lembu..

Yang membezakan antara manusia dan lembu adalah akal.. jadi gunakanlah akal kurniaan Allah itu sebaik mungkin..

Fikirkanlah.. apakah UMNO kini sama dengan UMNO yang ujud ketika diawal kemerdekaan?

Perlukah UMNO disokong lagi.. sedangkan pemipin yang dekat dengan rakyat, yang berkhidmat sebaik mungkin untuk rakyat diperlakukan begini?

Laporan sebelum ini sila baca di SINI

09 di Batu maung - Google Blog Search

09 di Batu maung - Google Blog Search


terkini tragedi jambatan kedua 2 penang runtuh <b>di batu maung</b>

Posted: 06 Jun 2013 06:48 PM PDT

Terkini tragedi jambatan ke 2 (dua) Pulau Pinang runtuh di Batu Maung

susur jambatan penang runtuh 2013 2 terkini tragedi jambatan kedua 2 penang runtuh di batu maung

Mengenai perkembangan semasa tragedi jambatan kedua Pulau Pinang yang runtuh, Anggota bomba dan penyelamat masih meneruskan kerja untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam runtuhan struktur melibatkan penyambung antara Jambatan Kedua Pulau Pinang dengan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di Batu Maung

Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam satu kenyataan yang disiarkan media mengesahkan terdapat seorang mangsa dalam kereta Kelisa yang terperangkap

Mangsa dikesan melalui peralatan kamera mencari dan menyelamat kira-kira pukul 12.30 pagi. Bagaimanapun, tiada sebarang pengesahan di buat mengenai keadaan mangsa

Sehingga kini jumlah sebenar mangsa yang terlibat masih tidak dapat disahkan dan dipastikan

jambatan kedua penang runtuh terkini tragedi jambatan kedua 2 penang runtuh di batu maung

Punca runtuhan

Menurut laporan awal, Ketidakstabilan besi penyokong pada struktur pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang dipercayai menjadi punca kepada runtuhnya struktur tersebut

Semasa kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan, didapati besi penyokong jambatan tersebut berada dalam keadaan tidak stabil dan akibatnya telah berlakunya runtuhan selepas itu

Video laporan berita

mangsa tertimbus runtuhan penang bridge terkini tragedi jambatan kedua 2 penang runtuh di batu maung

entri dikemaskini terkini tragedi jambatan kedua 2 penang runtuh di batu maungHarian Metro (Mymetro) menerusi laman Facebooknya memaklumkan Polis Pulau Pinang minta orang ramai hilang ahli saudara tampil mengesan mangsa tertimbus bawah runtuhan jambatan kedua yg masih belum dikeluarkan

Selain itu, mereka yang mengenali mangsa yang memandu atau memiliki Perodua Kelisa dengan plat pendaftaran 437 datang segera

jumlah mangsa kena runtuhan jambatan 2 penang terkini tragedi jambatan kedua 2 penang runtuh di batu maung

Polis mengesahkan seorang mayat lelaki ditemui dalam keadaan terlangkup pada papan pemuka di dalam sebuah kereta jenis kelisa dalam runtuhan

entri dikemaskini terkini tragedi jambatan kedua 2 penang runtuh di batu maung 8 Jun 2013 -  Mayat lelaki yang terperangkap dalam timbunan runtuhan tanjakan konkrit Jambatan Kedua Pulau Pinang yang dalam pembinaan di Batu Maung,berjaya dikeluarkan pada pukul 8.45 malam, Jumaat

Dalam laporan yang disiarkan media mangsa dikenali sebagai Tajuddin Zainal Abidin berusia 45 tahun dan tinggal di Permatang Damar Laut, Bayan Lepas

Mayatnya ditemui dalam keadaan tunduk di tempat duduk pemandu dan keretanya remuk akibat dihempap tanjakan konkrit itu

Difahamkan, abang mangsa ada datang ke lokasi dan membuat pengecaman berdasarkan pakaian yang dipakainya itu adalah adiknya dan selepas mayat dikeluarkan, isteri mangsa sekali membuat pengecaman dan mengaku lelaki yang memakai pakaian itu adalah suaminya

mayat mangsa jambatan ke 2 penang runtuh terkini tragedi jambatan kedua 2 penang runtuh di batu maung

Kerja-kerja pembersihan lokasi berlaku runtuhan berkenaan sedang dijalankan dan ia akan diteruskan sehingga selesai

Operasi mengesan mangsa yang dikhuatiri masih terperangkap di bawah runtuhan tanjakan konkrit yang runtuh lewat petang Khamis lalu dihentikan pada pukul 6 petang semalam

Merujuk kepada laporan yang disiarkan media, keputusan itu dibuat selepas empat ekor anjing pengesan milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang digunakan dalam operasi tidak menemui sebarang tanda bahawa terdapat mangsa yang terperangkap

Pasukan penyelamat yang masuk ke dalam runtuhan menerusi ruang-ruang yang ada juga tidak menemui sebarang kenderaan lain tertimbus di bawah runtuhan itu

struktur jambatan kedua 2 penang runtuh <b>di batu</b> <b>...</b> - mysumber.com

Posted: 06 Jun 2013 06:01 AM PDT

Struktur susur keluar dalam pembinaan jambatan kedua (2) dekat Batu Maung  runtuh

Struktur yang melibatkan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang belum siap telah runtuh dalam satu kejadian kira-kira pukul 7.15 petang dekat jalan Batu Maung

jambatan kedua penang runtuh struktur jambatan kedua 2 penang runtuh di batu maung

Difahamkan juga runtuhan itu mungkin menyebabkan beberapa kenderaan terperangkap ketika melalui jalan berkenaan

Dalam pada itu, dikawasan insiden dilihatkan pihak bomba sedang giat menjalankan pemeriksaan untuk mengetahui jumlah kenderaan yang terlibat dan memulakan operasi menyelamat

Video rakaman di tempat kejadian

09 di Batu kawan - Google Blog Search

09 di Batu kawan - Google Blog Search


KELAB GREENBOC: [LIVE] Himpunan "Black 505" <b>Di</b> stadium <b>Batu</b> <b>...</b>

Posted: 11 May 2013 06:23 AM PDT


Program Black 505, Tolak Penipuan PRU 13 yang berlangsung di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang malam ini boleh diikuti secara langsung melalui rangkaian internet.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual berucap pada program yang diatur berikutan pelbagai bentuk penipuan rejim Umno BN hingga menafikan keputusan rakyat.

Turut menyampaikan pidato ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Suasana petang ini di perkarangan Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang Program dijadual bermula jam 8 malam ini, namun ramai penyokong Pakatan Rakyat sudah tiba di lokasi program.


6 comments:

View Comments/Post a Comment

09 di nibong tebal - Google Blog Search

09 di nibong tebal - Google Blog Search


Belia Bangkit: LETUPAN : 3 SUSPEK DITAHAN POLIS <b>DI NIBONG</b> <b>...</b>

Posted: 25 Apr 2013 05:09 AM PDT

NIBONG TEBAL - Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan kes letupan di kawasan ceramah berhampiran bilik gerakan Barisan Nasional (BN) Nibong Tebal, di sini Rabu malam.
Jurucakap Pilihan Raya Polis Kontinjen Negeri, ACP Roslee Chik berkata ketiga-tiga lelaki terbabit yang berusia antara 25 dan 41 tahun itu masing-masing ditangkap di George Town, Bukit Mertajam dan Nibong Tebal.
"Hasil risikan dan keterangan saksi, polis pada mulanya menahan dua lelaki di Seberang Perai sebelum menahan suspek ketiga di George Town bagi membantu siasatan.
"Polis masih menyiasat kaitan suspek dengan parti-parti politik dan seorang yang ditahan itu mempunyai rekod jenayah berkaitan kes bahan letupan," katanya kepada pemberita di sini Khamis.
Katanya mereka ditahan direman bagi membantu siasatan menurut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimun tujuh tahun dan denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.
Roslee berkata polis juga telah mengenal pasti beberapa suspek lain dan sedang mengesan mereka untuk membantu siasatan.
Pada masa yang sama beliau mengulangi nasihat agar parti-parti politik yang hendak menganjurkan ceramah memohon permit polis terlebih dahulu supaya polis dapat membantu dan mengawal keselamatan di kawasan ceramah itu.
"Orang ramai juga tidak perlu risau dengan keselamatan kerana polis mempunyai kekuatan dan anggota yang mencukupi untuk mengawal keamanan di negeri ini," katanya.
Semalam, polis mengesahkan bahan letupan yang digunakan dalam insiden malam Selasa itu ialah Alat Letupan Rekaan (IED) dan percaya ia adalah perbuatan terancang oleh sekumpulan profesional.
Dalam kejadian pukul 10.15 malam itu, seorang petugas keselamatan berusia 35 tahun cedera di kaki kanan terkena serpihan sampah akibat letupan berkenaan.
Ketika kejadian, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Teng Hock Nan sedang menyampaikan ceramah pada majlis yang dihadiri lebih 3,000 orang.

09 di balik pulau - Google Blog Search

09 di balik pulau - Google Blog Search


Detik-detik kehidupanKu: BERJALAN <b>DI BALIK PULAU</b>, PULAU <b>...</b>

Posted: 06 Jun 2013 09:10 PM PDT

ASSALAMUALAIKUM...

kali nieyh nk update mengenai jalan2 di pulau pinang..hehehe

cane kami boleh berjalan..kami ke utara sebb kwn kami akad nikah, jadi alang2 dh smpai sana kan, berjalan la..hehehe klo ikutkan, sepanjang aku pregnant nieyh, blm merasa g jalan jauh2..dlu time Mu'az, kjanya berjalan je..huhuhu

husband suh apply cuti ari jumaat(31/5/2013), sbbnya dia nk bertolak pada khamis malam..so, malam tue boleh tdo kejap kt Kg. Gunung Semanggol..

khamis mlam, dlm kul 10.30 kami bertolak dri KL-  Perak..sepanjang jalan, ujan renyai2..husband pn xde la bwa laju sgt..bahaya kan..lagipn, kami bukan naik Alza, tpi naik Vios..aduhai, sakit tulang temulang ku ini..mna xnya, dh biasa naik keta tinggi, empuk, skali naik keta sedan, rendah..huhuhu sgt2 xslesa dengan keadaan berbadan dua nieyh..

tpi, xkn nk rungut kt husband plak kan..cumanya, husband kna tegur dri aku je la everytime bwa laju..huhuhu

kami smpai di kg. dlm kul 12.30 pagi..tdo smalam, pas solat jumaat bru kami bertolak ke Kepala Batas..smpai Kepala Batas, kami xterus check in, after attend akad nikah kawan kami, dlm kul 7.00 petang, kami chek in di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas..

bangunannya berada di tengah2 shop lot, husband cam pndang jengkel je, ye la dikelilingi rumah kedai kan, tpi bila smpai di Lobby, fuhhhh, grand gak..ok pa, walaupn xde kolam renang..hehehe


tgk bilik kami, selesa kan..kami booked 2 hari, booking time promotion, dpt RM100.00 satu malam, including breakfast...sgt2 selesa, tapi sian kt husband, dia tdo bawah..next time nk g berjalan kna booking king bed..baru suma boleh tdo atas katil.. anakku Muhammad Mu'az, awal sungguh dia bgn..nk ikut g bfast la tue..hehehe sibuk plak tue ngendong beg ubat dia...
lepas bfast, kami lepak dlm bilik je, ye la kt kepala batas tue mna da tempat nk berjalan..then, dh nk tghari, kami pindah bilik, sbbnya, aku booking hotel hari yang berlainan..jadinya xdpt nk stay sama bilik..

nasib baik dpt sama tingkat, tpi dpt 2 single bed room..jadi la kan, so, husband boleh tdo atas katil..pas solat zohor, kami bersiap2 tuk ke majlis kawin...dlm masa yg sama, husband bincang ngan aku, tuk check in kt balik pulau..katanya, klo pas majlis, g balik pulau, then malam tdo Seri Malaysia, blm tentu esok tue nk ke balik pulau smula..rugi masa..

aku ada ckit bengang la, sbb dri mula lagi, aku dh tnya nk stay bape mlm, then aku dh cari hotel kt balik pulau, tpi husband xnk, dia suh booking kt seri malaysia gak..last minute jadi canie plak..so, bilik nieyh, kami bagi pengantin yang duduk..

smpai Balik Pulau, kami terus cari hotel...walk in check in je..mula2 kami cari area Gurney Road..1st kami cari Evergreen Hotel, husband g tnya, tpi nasib x baik, fully booked..ada la dlm 2-3 hotel area Gurney Road kami cari, tpi suma penuh..last, kami pusing ke Georgetown..pusing2 terus nmpk Bayview Hotel, aku g tnya..reception tue kata tnggl Premier suite..harganya RM552.00, Ya Allah mahal btol..aku terus gtau husband, ok, kita pusing lagi..kami cari kt Cititel ngan Hotel Malaysia..suma fully booked..
so, husband pusing smula ke Bayview, dan husband tnya smula..lama sgt husband dlm tue, rupanya husband dh siap check in...dpt murah ckit plak tue, dlm RM450.00 smalam, premier suite..
alhamdulillah, dpt gak hotel..


tgk hotel dia, pttla mahal, grand rupanya..standard international lak tue..huhuhu..bilik kami tingkat 15, pergh seram je laluan nk ke bilik, tpi bila masuk bilik, Ya Allah, sgt2 la puas hati..mmg besar...mu'az pn, smpai mati kutu xtau nk buat apa..hehehe..toilet plak ada bath tub, suka la mu'az mandi..dpt katil king, bfast plak special, bfast kt premier lounge lagi..
mlm, pas solat maghrib, kami gegas kuar, mna xnya, bekejar nk ke Gurney drive plak..hehehe
area gurney drive tue, mmg la jammed..kuar kul 8.00, kul 9.30 bru smpai..pusing2 cari parking lagi, cari tempat duduk lagi, kul bape lak nk mkn..huhuhu
tpi sumanya dipermudahkan..alhamdulillah..kami dpt park kt roundbout, dan selamat kluarga kami kecik, dpt la duk 1 table tepi warung yg xbuka..dekat plak tue ngan pasembor..ok, sumanya lancar..kami makan pasembur,husband beli laksa..then bawa balik satay..dlm kul 10.00 mlm kami balik hotel..xnk lama2 nnti mu'az ragam  lagipn mu'az kecik lagi, xsuai kuar lewat ml m kt tempt xbiasa..

alhamdulillah, lepas hajat nk mkn kt gurney drive nieyh..seb bek husband melayan..hehehe
dlm keta, mu'az dh moody, dia ngantuk, tpi husband xkasi dia tdo, husband suh aku layan dia macam2..urmm layan tue boleh la, tpi kejap je ok, xlma tue ragam dh..aduh aku yg xlarat..
pas pusing2 cari bank, kami terus balik hotel..
masuk je hotel, elok plak dia, xde ragam pn, rupany, dia dh pk, nak main je..ya allah, saba je la anak..
elok senyum2 pusing sana sini..



dekat pkl 12.00 mlm gak mu'az tdo, tue pn kami yg paksa, klo dilayan, mmg lama lagi la tdo..
pagi tue kami bersiap2 tuk bfast kt premier lounge, ceh, pakai casual gitew..hahaha..tmpt standard kan..
elok smpai atas, mmg exclusive la tmptnya, tpi bfast dia sgt sederhana...alahai, dlm hati aku berkata, xkn nieyh je mknnya..husband pn cam xlalu je nk mkan..husband kata, nnti kita turun, tgk mknn apa ada..hehehe..
lepak2 mkn jap, mnum2 pas tue kami trun plak..hahaha

skali smpai bawah, masyaAllah, bnyak btol mknn..aku plak yg dh kekenyangan, husband cuma amik roti canai je..aku pusing2 amik roti croassaint ngan bubur mu'az tue je..tpi yg pasti kami lepak lama kt bwh tue..hehehe...ye la, nk bwa mu'az mandi kolam xdpt, sebb ujan renyai2...

dh bwa mu'az g tempat kolam, kami lepak lam bilik...tgk la tv, nk kuar xdpt..plan b4 nieyh mmg baik pnya, nk ke bukit bendera la, mana la..tpi satu pn xjadi..xpe xde rezeki..
kami amik la mood tdo, sbb ujan kan..hahaha
dlm kul 12.00 husband kejut, suh packing barang, sbb nk check out then bjalan2 b4 balik..igt dpt la jalan outdoor, tpi still ujan, so, kami ke shopping complex la..
kami terus tuju ke gurney plaza..hehehe

mmg dri Kl lagi aku dh mnta husband handbeg, btolkan jam ngan kasut mu'az..so, husband tau la nk beli apa

smpai je gurney plaza, kami pusing2 dlu, skali jmpa plak Poney..besar kedai tue, ada less plak tue..husband pusing2 dlm tue, terus husband tnya, xnk beli tuk baby ke??
aku pn pilih la 2 helai baju..urmm tue pn dlm rm100++..

ok, pas tue kami rondan lagi, alamak husband xnk toyRus plak..klo nmpk, mmg aku ajak singgah, tpi husband straight je, last2 masuk parkson..
tempat yg dituju kasut mu'az..
kami pusing2 pilih kasut, last2 kami beli kasut mu'az atas pilihan anakku cndri..husband kata beli 2 pn xpe..wah!!! taste anakku, merah gitew..dpt la mu'az sandle ngan kasut..
jadi, smntara sale nieyh, aku amik kesempatan, beli brg baby ckit..pilih la mna yg perlu, tue pn xdpt bnyak..
dh puas memilih, husband bayar..dlm 1 beg tue pn, kna gak RM400++..wah terkejut husband..

pas tue husband ajak cari handbeg, bila dh kna mahal cam tue, aku dh tawar hati nk beli handbeg, tpi husband ajak gak..
so, tujuan utama, husband masuk Bonia, aku xnk, tpi masuk gakla..bila tnya harga, dlm RM600++, aku terus xjadi..sian kt husband, nk beli pn pada2 gakla..bnyak lagi brg nk kena beli balik KL nnti..
so, pusing2, igt nk cari beg Guess, tpi cam budak2 plak, jadinya aku masuk butik Carlo Rino, ok, bnyak beg yg cantik2..kira aku pilih paling murah la.. tapi husband tnya, napa xnk beg yg 1st aku tgk,,sbnrnya aku nk lowkan baget dia..hehehe
tpi husband kata, stakat beza RM40, xpe la..so aku amik la yg pilihan pertama..hehehe

setelah bayar & combine resit aku dpt voucher RM40.00 dn dpt buat card free..kira VIP card la..mna xnya, belanja kt Parkson je dh nk habis RM1000.00..hahaha


lepas abis shopping bru terasa lapa..hahaha..senget btol..kuar plaza gurney, husband pusing kt gurney drive tuk beli passembor tuk bwa balik..sbb cadangnya nk singgah bukit merah..
pas beli, terus tuju ke Komtar, tuk beli jajan dibawa balik KL..
smpai Komtar, husband tnya, penah masuk ke..aku jwb la xpenah..hahaha..dengan cnfident je kata beli jajan kt komtar..hahaha..
masuk komtar, aku tnya salesgirl, mana nk cari jeruk bagai, dia kta kt Chowrasta..
so, kami kuar smula, husband GPS la apa lagi..last2 jmpa la bazarnya, dan beli ckit tuk di bwa pulang

dh setel suma, kami pn pulang, tpi singgah solat dlu, pas tue baru kuar dri jmbatan..dlu kul 5.30 gak kami kuar, alhamdulillah, smpai bukit merah dlm kul 6.30petang, tpi xde sapa plak kt umah...jadinya kami melilau kt pekan tuk cari susu mu'az..igt pas dh beli susu mu'az nk singgah makn, sbb dh kelaparan, tpi dh maghrib plak, so, kami kuar highway, masuk R&R gunung semanggol tuk singgah solat..
lama kami lepak petronas, solat, rehat jap, alas perut, mandikan mu'az,dlm kul 8.30mlm bru kami gerak KL, kuar highway je, jalan jammed..ya ALLAH jammed gerak, tpi ckit2 je...perut dh lapar nieyh, husband plak keletihan..seb bek mu'az dh tdo, klo x, nk layan ragam dia,mmg aku xlarat la..
husband nk singgah kt R&R tapah, tpi jauh lagi, aku suh singgah R&R sg.perak je..sbb husband mmg xlarat dh..
smpai R&R kami makan, husband solat, rehat2 jap, then smbung jalan..tpi jammed mmg teruk la..aku dh keletihan, tpi tahan mata, temnkn husband drive,,sian dia klo sorang2..kami sembang2..kdg2 aku terlelap gak, bila tersedar aku smbang balik..hehehe

kami smpai umah dlm 2.30 pagi..husband trunkan brng dlu, masak air, bru cari parking,smpai umah mu'az plak dh berjaga..tpi aku setelkan mu'az,smntara husband kemas brg apa yg ptt..
dlm kul 3pagi baru kami tdo..sian husband kepenatan..
trima kasih sayang, sbb layan saya..habiskan duit belanja saya..nnt voucher RM40.00 tue kita beli brg awak ye..klo xckp, saya top up..hehehe
luv u sayang..