Sabtu, 15 Jun 2013

09 di tanjung tokong - Google Blog Search

09 di tanjung tokong - Google Blog Search


jom pancing lepak tepi laut: memancing <b>di tanjung tokong</b>

Posted: 03 Jan 2013 03:03 AM PST

Oleh kerana, blog ni, hilang dan jumpa semula, jum kaknab update mancing kat tanjung tokong, penang. tapi lama dah, sebab blog ni blog mancing, kaknab takut nostalgia memancing hilang, kaknab abadikan dalam blog ni,

tanjung tokong, ialah tempat kaknab dibesarkan, sudah tentu penuh dengan nostalgia, kalau pi sana kaknab macam semut, jumpa sapa pun mesti tegur punya. seronok kan kalau kita pi tempat yang kita kenai satu kampung. tanjung tokong banyak berrubah, pantai dan lautnya pun banyak yang berubah, sekali air bah sekali pantai berrubah, di tanjung tokong ada bena satu benteng  panjang sebagai benteng jika berlaku tsunami, pot memancing yang cantik, tetapi, nak naik kena tunggu air surut, nak turun balik pun kena tunggu air surut semula, memang lece, maknanya kena tunggu seharian, kena bawa bekal air dan makanan yang banyak kalau tidak kebuluran, kena bawa sejadah juga untuk sembahyang. jum kita tengok gambarnya.








09 di bagan ajam - Google Blog Search

09 di bagan ajam - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Apr 2013 01:24 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Apr 2013 01:06 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Mar 2013 01:32 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Sep 2012 01:31 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Sep 2012 01:38 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Sep 2012 01:20 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Mantan Pengerusi PGMPPS/KGMMB Pulau Pinang Menerima PJB

Posted: 21 Sep 2012 06:04 PM PDT

Tn. Hj. Abdul Waris Darus dilahirkan di Balik Pulau, Pulau Pinang pada 20 September 1945. Kini beliau berusia 66 tahun dan menetap di Bagan Ajam, Butterworth, Pulau Pinang. Beliau berkahwin dengan Asma Binti Omar yang juga merupakan pendidik dan mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Beliau memulakan zaman persekolahan pada tahun 1952. Sekolah pertama beliau ialah Sek Melayu Titi Teras, Balik Pulau hingga tahun 1954. Kemudian beliau ke Sek. Men. St. George Balik Pulau pada tahun 1955 hingga 1962. Beliau mendapat latihan guru di Maktab Latihan Guru Pulau Pinang pada tahun 1963 hingga 1965. Kemudian melanjutkan pelajaran di USM Pulau Pinang pada 1979 hingga 1983.
Abdul Waris Darus memulakan perkhidmatan sebagai guru pada 1 Januari 1966. Beliau seorang yang banyak memperoleh pengalaman mengajar. Beliau banyak mencurahkan bakti demi membantu mendidik anak bangsa untuk menjadi warga yang berilmu dan beramal. Antara sekolah yang pernah beliau berkhidmat ialah:
v  1966 – 1967:  SK Temoyong, Langkawi (Guru Penolong).
v  1968: SK Bayas, Langkawi.
v  1969 – 1977: SK Pendang, Kedah.
v  1978 – 1979 SK Permatang Janggus, Pulau Pinang.
v  Pada Tahun 1979 – 1983 melanjutkan Pelaran Ke USM.
v  1984 – 1992: SMK Dato' Onn, Seberang Perai Tengah.
v  1993 – 1994:  SMK Permatang Rawa, S. Perai ( Guru Penolong Kanan).
v  1994 – 2000: SMK Dato' Onn, S. Perai (Guru Penolong Kanan).
Sepanjang perkhidmatan beliau banyak menganjurkan program, mencurahkan idea dan membuat transformasi. Antara yang dapat disumbangkan oleh beliau ialah :
v  1977 – 2000: Program Mentor Mantee
Program ini membolehkan pelajar diberi perhatian yang lebih dengan mengadakan seorang guru diberi lima orang pelajar. Mereka akan dipantau dan diberi perhatian yang lebih.
v  1995 – 2000: beliau memperkenalkan Kadet Bomba, Silat Lincah di sekolahnya.
v  1995 – 2000: membangunkan program sekolah dalam taman di sekolahnya.
Dalam program ini pelbagai usaha telah digembling untuk menjadikan impian satu realiti antaranya menggadakan anjung ilmu, mini muzium sekolah, pondok ilmu, menjadikan kebersihan satu amalan gaya hidup yang sihat. Turut diwujudkan ialah perpustakaan mini. Semua ini dilakukan bagi menarik minat membaca dalam kalangan pelajar.
v  1994 – 2000: menganjurkan majlis perkembangan staf untuk mewujudkan kerjasama di kalangan staf dan percambahan ilmu.
Pentadbiran sekolah (1994 – 2000)
v  Pengurusan kewangan yang baik dan cekap.
v  Pengurusan bilik darjah yang sistematik dan teratur.
Beliau memperoleh kejayaan yang bermakna antaranya ialah program komputer yang dicetuskan beliau menjadi Johan Peringkat Negeri  tahun 1998 yang dikenali program MATA (Rekacipta).  Pada tahun 1999 pula, program tersebut berjaya mendapat tempat ke-3 antara sekolah-sekolah Malaysia.
Beliau juga gigih memulihkan penagihan dadah dalam kalangan pelajar dan masyarakat. Program Pemulihan yang diperkenalkannya pada tahun 1988–1990 berjaya membantu mengenalpasti penagih dan menghantar mereka ke Pusat Serenti untuk dipulihkan.
Antara aktiviti lain yang beliau terlibat adalah :
v  1991  - 1994: Pengerusi JKKK Daerah Seberang Perai.
v  1997 – 2003: Pengerusi Qariyah.
v  1998 – 2000: Timbalan Pengerusi SK Agama Rakyat (KAFA).
v  1998 – 2000:  Penasihat Belia Daerah Seberang Perai.
Beliau juga terlibat dalam urusan masjid Jabatan Agama Islam seperti pengurusan jenazah, mengambil tugasan pegawai masjid, urusan hal ehwal perkahwinan anak qariyah serta terlibat dalam urusan latihan bakal imam. Sekolah agama yang diwujudkan adalah untuk memastikan anak-anak qariyah kampung beliau mendapat pendidikan  agama  dan Kelas Fardu Ain.
Sebagai Pengerusi Sekolah Agama Rakyat (Darul Hikmah) Pulau Pinang yang dilantik pada tahun 2000 hingga kini, beliau terlibat dengan pelbagai aktiviti. Beliau menganjurkan pertandingan hafazan di surau dan masjid. Di samping itu beliau turut mewakili sekolah agama tersebut menandatangani MOU dengan  Sekolah Agama di Pattani, Selatan  Thailand. Di dalam MOU tersebut terdapat program pertukaran guru dan murid serta meluaskan penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan Pelajar Thailand.
Abdul Waris Darus bertanggungjawab menyatukan semua daerah menjadi satu pertubuhan bersifat negeri bagi memudahkan urusan dalam pentadbiran Persatuan Guru-Guru Melayu Pulau Pinang dan Seberang Perai. Ini bukan sahaja memudahkan proses pentadbiran tetapi juga dapat mempermudahkan lagi urusan pembayaran yuran oleh ahli yang bersara. Mewujudkan kerjasama  KGMMB Pusat dan cawangan Negeri untuk urusan yuran dan kebajikan. Mencadangkan satu bangunan baru diwujudkan di Seberang Perai (bangunan sekarang di Taman Koperasi Guru Tanah Liat Bukit Mertajam – 2010). Kegiatan luar yang disertai oleh beliau adalah:
v  1985 – 1988: Pengerusi KGMMB Pulau Pinang
v  1998 – 1995: AJK Persatuan Guru-Guru Melayu Pulau Pinang dan Seberang Perai  (PGMPPS).
v  1998 – 1995: AJK  KGMMB Cawangan Pulau Pinang.
v  1996 – 2000: Pengerusi KGMMB Cawangan Pulau Pinang.
v  2008 – 2012: AJK Persatuan Guru PESARA.
Abdul Waris Darus menamatkan perkhidmatan pada 20 September 2000 sebagai kakitangan kerajaan. Namun, meneruskan  mengajar sebagai tutor di Open University Cawangan Pulau Pinang dari tahun 2000 hingga 2004. Atas usaha gigihkepada negeri dan masyarakat beliau menerima beberapa anugerah iaitu:
v  2001 – Pingat Jasa Masyarakat (PJM)
v  1993 – Pergerakan gaji melintang
2011 – Tokoh Kepimpinan PGMPPS

CeLoteh CikEyra: Taiping & R&R <b>Bagan Ajam</b>

Posted: 16 Sep 2012 12:00 AM PDT

Selamat Hari Malaysia semua,hehe..yee saya tahu hari Malaysia dah lepas,tapi saya tak 
peduli jugak,dah lepas ke belum,apa yang penting keamanan negara Malaysia perlu 
diperilihara & dijaga sentiasa, sape lagi yang nak jaga keamanan negara kita,kalau bukan 
anak bangsanya sendiri.Ayuhhh sama-sama kita menjaganya..Wahh patriotik sangat kau 
kan..muehehehe. Okayah la straight to the point,sebenarnya nak cerita-ceriti nih...
Hari Malaysia jatuh pada 16/9/2012 ( Sunday ) sebenarnya kite ade pergi janjanjalan 
itik,jalan ayam,di mana lubang kancil seribu lima ratus,tinggal dalam mulut meeeeraah...
Ok tipu jee..kite ada pergi jalan-jalan dekat Taiping,Perak. A'ahh tempat yang femes dengan Zoo 
Taiping, Muzium & Taman Tasik.

Muzium Taiping sumber pakcik google
Taman Tasik Taiping sumber pakcik google
Selain dari tempat-tempat di atas,dekat sini jugak ada Taiping Sentral
Taiping Sentral berjiran dengan Tesco, kalau taksilap,dekat Taiping Sentral ini lah satu-
satunya yang ada panggung wayang di Taiping nih.Maaf jika saya silap.
Taiping Sentral ni sama je dengan Shopping complex yang lain, tapi disebabkan tak
 pernah lagi jejak kaki di sini keterujaan tehadap Beliau sangat memuncak tingginya.hehe
Lunch time,kiteorang decide makan dekat foodcourt Tesco, sebab cik abg tu nak makan
 nasi,so kena makan dekat foodcourt Tesco lah, dekat Taiping Sentral setelah ditinjau-
tinjau tak terdapat foodcourt pun, yang ada semua makan fastfood . Perut melayulah 
katakan tak jumpa nasi 1 hari boleh migrain gamaknya ayat sindir utk cik abg
 Tomyam Calypot,ini memang my fevert. Sedap
Harga makan di sini agak murah jika dibanding dengan harga foodcourt di tempat lain,dan 
menjadi tanda tanya kepada kami hingga sekarang,dekat sini takde tax ke? 
Masa jalan-jalan dekat Taiping Sentral,terjumpa kedai jual Pan keki Doraeyaki disebabkan
 pengaruh Doremon yang melampau-lampau aku memberontak meminta dia 
belikan ini. Nahh perasa peanut 1,cokelat 1 & stawberi 1.hehehe. Bila dah 
terhegeh-hegeh nanak,begitu jugaklah terhegeh-hegeh nak habiskan,last-last sumbat 
kedalam perut dia jugak,bagus tak membazir. Doraeyaki ni taklah segemuk Doraeyaki 
Doremon tu,tapi rasanya boleh tahan jugak,nice
Gambar suka-suki,tiada motif
lepas makan-makan Doraeyaki, sambil cuci-cuci mata tengok orang naik Itik,dah snap 
gambar 10-20 keping,tibalah masa kami beredar, aktiviti seterusnyaa menuju ke gerai 
 Gerai yang terletak dekat tepi jalan, satu hala dengan perjalanan balik kami. Sasaran pada petang ini ialah gerai menjual Yong Tau fu..
 dah alang-alang pakcik sebelah jual sate,oder jugak lah 10cucuk sate ayam,tak sampai hati pulak takoder,hewhew
Yong Tau fu..Main ambil je,bila dah hidang macam ni,banyaklah pulak,huhu.Sekali lagi perutnya menjadi mangsa...
Perut pun dah kenyang dan maju kedepan,ingat nak terus balik, tapi tercetus pulak niat
 nak bawa family dia pergi jalan-jalan kat tepi pantai, secara rela paksa,aku diheret 
bersama-sama. Singah di rumah dia untuk mengambil mak,abah & adik-adiknya,sebelum 
tu,aku dah inform dah dekat myfamily. So myfamily izinkan, itu pun sebab family dia ada 
sama, kalau tak jangan haraplah, malam-malam nak bawa anak dara orang pergi pantai 
,nak kena sekeh lah tue.Daripada Taiping,Perak terbang ke R&R Bagan ajam, tak sangka R&R ditepi pantai itu menjadi pilihan orang ramai untuk beristerehat.
sory gambar blurr, just nak beritahu dekat sini ada Beach Night Market..Gerai yang dibuka takbanyak sangat,tapi meriah lah jugak.
 Bersama adik perempuannya,
sorang ni je adik perempuan dia,adik beradik yang lain semua lelaki
 bakal adik & ibu ku..mueheheh..gediks
Hari pun dah jauh malam, jomlah kita balik

★Thankiss sebab bace★

Rakyat Pulau Pinang Bantah Terowong Bawah Laut ‹ Kamaluddin&#39;s <b>...</b>

Posted: 19 Mar 2013 07:40 PM PDT


Posted by Kamaluddin @ 阿列克斯 on 20 Mar 2013 / 0 Comment

guanengMenurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai pada akhir Januari 2013 yang lepas, projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau PinangJual Tanah Masjid Bayan Mutiara Kerja Gila. Read more … » telah mencapai kemajuan 90.15% dan dijangkakan siap sepenuhnya seawal September 2013 atau selewat-lewatnya dua bulan kemudian.

Apabila siapnya projek itu kelak, sebahagian besar masalah kesesakan lalu lintas di Jambatan Pulau Pinang yang sedia ada dapat dikurangkan sekaligus memberi keselesaan kepada para pengguna untuk berulang alik dari pulau ke Seberang Perai.

Pengumuman tersebut nyata melegakan ramai pihak dan sudah tentunya mereka tidak lupa untuk berterima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana tetap meneruskan projek itu sekalipun Kerajaan Negeri dikuasai oleh DAPJual Tanah Masjid Bayan Mutiara Kerja Gila. Read more … ».

Bagaimana pun tak sampai dua bulan kemudiannya, tiba-tiba sahaja Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan EngJual Tanah Masjid Bayan Mutiara Kerja Gila. Read more … » mengumumkan kesediaan Kerajaan Negeri sudah bersedia untuk membina terowong bawah laut menghubungkan Gurner Drive di bahagian pulau dengan Bagan Ajam di sebelah tanah besar.

Selama dua tahun semenjak April 2011 Lim Guan Eng senyap tanpa berita selepas pengumuman awalnya dulu, sekarang bila sahaja dekat nak PRU 13 tergesa-gesa mengumumkan projek tersebut digerakkan segera.

Nampak sangat DAP sedang bermain opera Cina untuk mengekang mood gembira khalayak ramai yang tika ini agak tidak sabar menantikan siapnya Jambatan Kedua Pulau Pinang. Adakah sandiwara ini berjaya menarik perhatian rakyat dan mengalih tumpuan umum kepada jasa Kerajaan Pusat?

Tentu sahaja tidak, kerana semasa dialog Kerajaan DAP Pulau Pinang bersama rakyat negeri itu pada 10 Mac lepas, rata-rata peserta yang hadir tidak yakin dengan kesungguhan Kerajaan Negeri yang di lihat hanya mengambil kesempatan untuk mengabui mata umum tatkala menjelang PRU 13.

Lagi pun ramai yang mempersoalkan pembinaan terowong bawah laut itu yang bukan sahaja tidak efektif dan merupakan satu pembaziran kerana buat masa sekarang sudah memadai negeri itu mempunyai dua jambatan termasuk yang sedang disiapkan sekarang.

Tambahan pula kos anggaran RM6.3 bilion untuk projek sedemikian jika dilaburkan untuk naik taraf jalan-jalan sedia ada di samping menambah baik kemudahan pengangkutan awam jauh lebih berbaloi untuk jangka masa pendek dan panjang.

Jambatan kedua belum pun siap untuk digunakan sudah bermimpi mahu membina terowong bawah laut, besar melampau angan-angannya tapi tak kena dengan masanya. Sepatutnya guna dulu jambatan kedua dan lihat keberkesanannya, bila wujud keperluan barulah bina jambatan ketiga atau pun terowong.

Berkelah,Berkhemah & Memancing <b>di</b> R&R <b>Bagan Ajam</b>

Posted: 15 Apr 2013 01:00 AM PDT

Weekend is a day for family..Thus,kemarin kami decide bwk nenial pi berkelah,berkhemah sambil memancing tepi pantai..bukan pantai jauh pun..cuma kat R&R Bagan Ajam..tujuan utama pi ctu saja nak lepak2..sambil santai tepi laut..plus si nenial sibuk nak dok khemah dia kta..
FYI,khemah tu baru beli..kihkih..beli 2 mggu lepas..tp belum dirasmikan lagi..so kemarin kami dah rasmi la..hehehe

Tgk-tgk..cantik tak khemah kitew???huhu..bau supermarket lg tuh..huhu

Sambil-sambil lepak,nenial pulak main pasiaq..tgk..dia siap bwk perkakas korek2 dia..ada lori tanah,timba kecik,sudu..set ni kami beli kt org dok juai mainan kt ctu..cuma rm 10 jeww...


Si kecik pun tunjuk bakat nak memancing la konon..takpa..nenial makan nasik banyak-banyak ok..nanti ikut papa pi mancing bawah jambatan..bwk balik ikan kat mama banyak2..so that mama boleh masak..hihihihi

Lebih kurang 2jam jugak kami lepak ctu..dari petang sampai malam..tp ikan sekor pun tak dapat..huhuhu

So,pukul 8 mlm aku ajak hubby balik..sebabnya nenial dah makin melampau takmau dengaq cakap..dh cemuih dah dia men pasiaq..so dia mula la nak berlari merata..tak larat dah nak kepung..hehehe

Kami sampai rumah around pukul 8.30..balik mandi n masak ikan jehanak sweet sour yg hubby dpt masa memancing bawah jambatan tu..sedapp marvelouss...tp aku takdan nak snap photo..sbbnya hubby aku dah mkn..lapaq sangat katanya..hehe

Okla..tata titi tutu...Gracias:-)