Selasa, 25 Jun 2013

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Ceruk Tok Kun</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Jun 2013 11:30 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Ceruk Tok Kun</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Mar 2013 11:39 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

semua salah umno !! anwar sebenarnya suci <b>...</b> - TepakBersulam 2

Posted: 08 Mar 2013 05:06 PM PST

Anwar tidak liwat , Anwar tidak merancang pencerobohan di Lahad Datu, bukan Anwar dalam Video yang kita pernah tonton yang didedahkan oleh Dato' Eskay, Anwar tidak ada lakukan  hubungan sex dengan Shamsidar, Anwar tidak tinggal jam Omega, jam itu ada tapi tak boleh dipratontonkan.
Anwar tak liwat Azizan, Saiful dan lain lain, Anwar tak pernah langgan pelacur atau pakai rambut palsu seperti yang didakwa oleh Nala. Anwar adalah suami mithali anugerah tuhan seperti yang diperkatakan oleh Wan Azizah , seorang yang suci, imam dan alim ulamak yang lebih alim dari Nik Aziz dan juga Hadi Awang.Hanya Azizah saja yang tahu betapa Anwar ini adalah ANUGERAH TUHAN. Tenguklah betapa bersih dan sucinya wajah Anwar. Cantik dan naik nampak ada nur yang terbit dari wajah nya.
Inilah Anwar anak kelahiran Ceruk Tok Kun yang melarikan Azizah dan berkahwin di Siam kerana hubungan mereka cukup hebat . Walaupun ditentang oleh ayah dan ibu namun cinta Azizah begitu hebat sekali sehingga sanggup mengikut Anwar lari untuk berkahwin. Apakah kerana pujuk rayu Anwar yang begitu hebat ataupun begitu suci sehingga Azizah terpegun dan sanggup menderhaka kepada kedua ayah dan bonda serta keluarga. Kalau Azizah boleh derhaka kepada keluarga dan bernikah di Siam, pembaca fikirlah betapa hebat kelentong Anwar ini sehingga seorang anak yang terpelajar boleh cair terkulai layu di tangan Anwar.
Anwar lah juga seorang  Menteri kewangan Malaysia yang paling hebat yang telah membuat Malaysia tidak terperangkap dalam krisis mata wan g dan Anwar lah penyebab minyak di Malaysia sekarang lebih rendah dari negara disunia ini, Anwar hebat boleh memberikan semua percuma kepada rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia semua boleh kaya raya kerana semuanya murah dan percuma jika Anwar jadi Perdana Menteri. Malaysia akan jadi sebuah negara yang kaya raya tanpa rasuah. Malaysia adalah negara yang paling hebat di Malaysia. Bola sepak juara Asia. Silap silap juara  piala dunia. Anak anak belajar percuma tak payah ada hutang. Senang sungguh rakyat Malaysia . Duduk rumah  goyang kaki semuanya kerajaan akan bagi percuma macam rakyat negeri Selangor sekarang.
Anak anak kita akan jadi  alim semua ke surau lima waktu dan tidak akan ada maksiat kerana PAS adalah rakan kongsi Anwar. Hudud akan difikirkan sampai tua tak boleh dilaksanakan lagi kerana itu hanya kosmetik untuk mencantikkan PAS sebagai parti Islam. Lim Kit Siang , Lim Guan Eng , Karpal Singh , semua rakan rakan DAP akan ada bin Abdullah kerana Nik Aziz dan Anwar sudah Islam kan mereka. Setiap rumah akan ada 10 biji kereta. setiap anak anak ada sebiji kereta sebab kereta murah.

Rafizi akan turunkan harga dan sudah beli tak boleh jual dan tak boleh gunakan sebab jalan sentiasa sesak kerana semua orang pakai kereta. Buat apa nak beli motorsikal , kereta lebih murah dari Motorsikal dan minyak murah. Gaji pula tinggi , kita sentiasa melancong dan tak perlu kerja sangat kerana tak banyak yang  mahu kita bayar. Semua kerajaan Anwar yang bayar.Wartawan tak payah  datang PC atau sidang akhbar , tunggu saja Press release dan tulis apa yang Anwar arahkan jika tidak, you ulang I saman.


Malaysia tidak akan ada  maksiat, LGBT dan arak serta pusat hiburan semuanya hanya untuk  bangsa asing saja. Orang Islam semua akan patuh dan tidak akan melanggan pelacur dan tidak akan ke Nite Club sebab Nik Aziz akan pastikan Ronnie akan melaksanakan dengan baik bagi Selangor dan Guan Eng atau KHLIIFAH OMAR akan jaga hal ehwal Islam ini untuk rakyat Malaysia. YB DAP AKAN SENTIASA BAGI TAZKIRAH DI SURAU DAN MASJID UNTUK TERUS MELENAKAN UMAT ISLAM DAN LEBAI PAS.
 
BAYANGKAN LAH , SEKARANG PUN HIDUP SUSAH  DI MALAYSIA PENDATANG  ASING DARI SELURUH ASIA PENUH MENCARI REZEKI DI SINI. BAGAIMANA AGAKNYA JIKA ANWAR JADI PERDANA MENTERI. MAHU INDONESIA. MYIANMAR , BANGLADESH , DAN LAIN LAIN  NEGARA   DI ASIA JADI KOSONG. SEMUA MAHU DATANG KE MALAYSIA. HEBAT PERDANA MENTERI INI. SETIAP PAGI DIA AKAN MENJERIT ..AKULAH PERDANA MENTERI. MALAS LAH AKU NAK SAMBUNG LAGI NANTI AKU PULA SAMA GILA. CUMA AKU NAK TANYA ......

SEMUANYA INI ADALAH KONSPIRASI UMNO. SEMUANYA DILAKUKAN OLEH UMNO UNTUK MENJATUHKAN DAN MEMALUKAN ANWAR????. PERLUKAH UMNO SEMUA INI  UNTUK  MENAFIKAN ANWAR SEBAGAI PERDANA MENTERI ???? HUH.... HEBAT KE ANWAR INI. SEORANG PELAJAR SASTRA YANG   YANG MENJADI PAKAR KEWANGAN  NEGARA DAN TOKOH AGAMA. oleh TepakBersulam.

Manifesto PR: Anwar Kurang Puas Hati | Gelagat Anwar

Posted: 25 Feb 2013 02:54 AM PST

Februari 25, 2013 at 6:54 pm

anwar officeWalaupun nampak perasmian manifesto PR berlangsung dengan baik pagi tadi, rupa-rupanya timbul isu bahawa Anwar tidak terlalu berpuas hati dengan pembentangan akhir yang dilakukan. Paling merisaukan Anwar adalah kekurangan penambahbaikan cadangan yang dikemukakan sebelum ini. Nampak macam tangkap muat.

Anwar maklumkan bahawa dia menerima ratusan sms yang merasakan manifesto PR kali ini kurang menarik dan belum mampu menjamin kemenangan. Banyak isu yang masih belum diperhalusi dengan teliti. Antara bab yang paling dirasakan tidak cukup tarikan adalah soal pengangkutan awam. Anwar sendiri mengakui bahawa ianya terlalu retorik dan tidak memberikan cadangan yang lebih konkrit. Dana RM2b yang dikemukakan terlalu umum dan tidak diberikan pernyataan secara spesifik.

Selain daripada itu, Anwar juga mengemukakan ketidakpuasan hati dalam beberapa perkara:-

1. Kehadiran yang tidak memuaskan hati. Tidak menampakkan solidariti PR yang sebenar.
2. Terlalu banyak penubuhan Suruhanjaya, tidak menampakkan 'urgency'.
3. Bab khas mengenai 'sumber' kewangan untuk melaksanakan bajet tidak dimasukkan.
4. Tidak banyak penambahbaikan berbanding Buku Jingga.
5. Belum cukup tarikan untuk menang PRU.
6. Bab mengenai Islam terlalu retorik – Anwar minta Pas perbaiki dalam manifesto mereka di peringkat negeri.
7. Tumpuan Rafizi tidak fokus kepada manifesto – terlalu melihat peluang kemenangan di Pandan.
8. DAP kelihatan tidak komited dengan manifesto kali ini.

Persoalannya, apakah Anwar tidak melihat dahulu teks akhir cadangan manifesto ini? Jika benar, apakah akan ada usaha pembetulan kepada manifesto nanti.

Anwar mahu manifesto ini dikaji semula, melihat kepada cadangan yang bakal dikemukakan oleh BN nanti. Anwar sedang usahakan untuk mendapat info dan maklumat mengenai manifesto BN daripada sumber yang beliau kenali. Katanya seorang bekas Setiausaha Politik akan memberikan info menyeluruh mengenai manifesto BN dalam masa yang terdekat ini.

Entry filed under: ANWAR IBRAHIM, Dato Seri Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat, PKR, PRU 13. Tags: , , , , .

Kerabu Bersuara: Ceramah Nurul Izzah <b>di Ceruk Tok Kun</b> 1 Ogos

Posted: 30 Jul 2008 04:25 AM PDT

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dijangka mendedahkan peristiwa di sebalik cerita terbaru bapanya, Dato' Seri Anwar Ibrahim sempena 'Ceramah Kemerdekaan' di Galeri Perjuang, Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam pada 1 Ogos ini.

Beliau akan berceramah bersama Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) KeADILan, Badrul Hisyam dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusuf Rawa bermula jam 9.00 malam.

Menurut Ketua Angkatan Muda KeADILan Bahagian Bukit Mertajam, Aidi Rafizul Idrus, program tersebut merupakan 'roadshow' pertama diadakan dan akan berakhir di Parlimen Lembah Pantai pertengahan bulan Ogos nanti.

"Program pertama bermula di kediaman Dato' Seri Anwar Ibrahim di Ceruk Tok Kun dan akan berakhir di Parlimen Lembah Pantai pertengahan Ogos ini," katanya pada Harakahdaily.

Selain menceritakan beberapa siri fitnah terhadap bapanya, Puteri Reformasi itu juga bakal menerangkan isu semasa yang melanda negera serta keanggkuhan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sepanjang persidangan parlimen.

Sementara itu, Badrul Hisyam pula dijangka meneruskan cabarannya terhadap Ahli Parlimen Rembau yang juga menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaludin yang terus mengongkong pemerintahan sekarang ini.

Manakala Dr Mujahid pastinya akan memberi penerangan tentang isu yang hangat diperkatakan iaitu muzakarah antara PAS dan Umno.

"Adakah isu muzakarah ini ditimbulkan oleh Umno untuk meraih simpati rakyat terhadap kekalahan parti mereka, memerangkap PAS atau cuba memecah belahkan perpaduan dalaman parti itu?" tambah Aidi yang juga Setiausaha KeADILan Bahagian Bukit Mertajam. - mns_

Artikel berkaitan

BLOG PENANG: 09 <b>di Ceruk Tok Kun</b> - Google Blog Search

Posted: 28 May 2013 11:02 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Ceruk Tok Kun</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Apr 2013 11:39 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Ceruk Tok Kun</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Feb 2013 11:03 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Ceruk Tok Kun</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Oct 2012 11:27 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Ceruk Tok Kun</b> - Google Blog Search

Posted: 19 May 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Rekod Salasilah Anwar Yang MisteriPublished by nta...

Posted: 19 May 2012 04:04 AM PDT

Rekod Salasilah Anwar Yang Misteri Published by ntanwar on May 18, 2011 | 75 Comments Email dari Ceruk Tok Kun [klik di sini] tentang salasilah Anwar Ibrahim mungkin mengejut ramai pihak, tetapi bagi saya itu bukan perkara baru, saya pernah dengar daripada bekas-bekas sahabat Anwar sebelum ini. Seorang sahabat Anwar yang berasal dari Johor yang terlibat aktif dalam mempertemukan Anwar dengan Wan Azizah, ketika itu Azizah masih belajar di Dublin pernah bercerita perkara ini. Memang ketika mula-mula mendengarnya, agak pelik, dan saya simpan sebagai maklumat persendirian sahaja, tetapi apabila mendengar dari pelbagai sumber yang berlainan, saya mula tertanya-tanya, benarkah salasilah Anwar ini ? Benar, dalam mana-mana wikipedia, tiada catatan tentang sejarah hidup Anwar khususnya berkenaan latar belakang keluarganya yang sejarahnya itu terus melompat ke alam pelajar, terlibat dalam PKPIM, ABIM, sertai UMNO, masuk penjara, PKR dan akhirnya sejarahnya hari ini. Anwar dan ayahnya, Pak Ibrahim Juga tiada buku khusus yang menceritakan sejarah keluarganya, kecuali buku-buku politik yang menceritakan tentang sejarah perjuangan politiknya..bla..bla..bla.. Akhirnya sejarah hidupnya ditinggalkan kosong dengan penuh misteri. Keluarga Rosak Buku pertama yang mendedahkan serba sedikit berkenaan latar belakang keluarga Anwar adalah buku '50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM" "Anwar dari keluarga yang rosak. Bapanya, Ibrahim Abd. Rahman mengambil orang gajinya sebagai isteri menyebabkan ibu Anwar Hajah Che Yan hidup tertekan dan mengidap lumpuh. "Mokhtar, adik Anwar pula penagih dadah. Keluarga yang tidak begitu senang dulu sekarang menjadi kaya raya bila Anwar menjadi Menteri Kewangan", Klik di sini Blogger x-pkr menjelaskan lagi tentang Mokhtar. "Banyak masa Mokhtar dihabiskan di Indonesia kerana masalah perbadi yang dihadapinya. Masalah tersebut boleh menjejaskan reputasi Anwar sebagai 'politician' Malaysia serta imej 'Pak Sheikh'nya. "Kerana itu Anwar seboleh mungkin cuba 'menyembunyikan' kekanda sulungnya itu. Untuk rekod, kekanda sulungnya ini tidak berkahwin semasa hayatnya. Klik di sini Menurut x-pkr, seorang lagi adik perempuan Anwar (yang kurang dikenali) telah berkahwin dengan seorang bekas polis pengawal peribadi Anwar yang bersara pada era reformasi 1998, juga bernama Mokhtar. Mokhtar, adik ipar Anwar ini, bertindak sebagai kakitangan pengiring Anwar, tugas sama ketika dia dalam perkhidmatan polis. Pak Ibrahim (bertanda bulat), Sukma Darmawan dan keluarga Anwar di Munich 2004 "Anwar ni nakal sikit, sebab itu keluarga memutuskan Mokhtar menjadi pegawal peribadinya untuk tengok-tengok tingkah lakunya", jelas satu sumber yang dekat dengan keluarga Anwar. Difahamkan, Mokhtar bersama isterinya (adik Anwar) menetap di rumah peninggalan Mak Yan di Assunta, Petaling Jaya. Barangkali kerana latar belakang keluarganya yang sebegini, maka Anwar mengambil keputusan untuk menyembunyikan salasilah keluarganya dan memperbesarkan mengenai 'kehebatan'nya sebagai pemimpin. Tetapi dalam konteks Melayu-Islam, walau sehebat mana pun seseorang itu, tetap kembali kepada persoalan asas. Siapa dia itu ? Siapa ibu bapanya ? Bagaimana susur galur keturunannya ? Kerana terlalu sembunyikan susur galurnya, maka muncul pula secara tiba-tiba adik angkat Anwar yang berasal dari Indonesia, lelaki bernama, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja. Apakah Pak Ibrahim (bapa Anwar) berasal dari Indonesia atau sering berulang alik ke Indonesia ? Apakah Pak Ibrahim kekurangan anak sehingga memerlukan anak angkat ? AIDCNews mendedahkan fakta sebaliknya, Sukma Darmawan bukan ditemui oleh Pak Ibrahim, sebaliknya ditemui oleh Anwar ketika dia sering berulang alik ke Indonesia, ketika zaman mudanya. Kemudian, Anwar pujuk Sukma Darmawan berhijrah ke Malaysia, tinggal bersamanya di rumah Pak Ibrahim, di No. 27, Jalan SS1/43, Petaling Jaya dan belajar di Sekolah Yayasan Anda, milik Anwar. "Di rumah itu hanya didiami oleh 4 orang iaitu Datuk Ibrahim, isteri mudanya (ibu tiri Anwar), Anwar dan Farizon (adik tiri Anwar). "Apabila Sukma datang sebagai anggota keluarga baru, Datuk Ibrahim telah menempatkan Sukma sebilik bersama Anwar yang ketika itu masih bujang. "Sebelum ini, mungkin ramai yang salah faham, mengatakan Sukma Darmawan menetap bersama arwah Mak Yan, hakikat sebenarnya, Sukma Darmawan menetap bersama madu Mak Yan di Kampung Tunku, Petaling Jaya. "Persoalannya kenapa Anwar tidak menetap bersama arwah Mak Yan di Assunta, Petaling Jaya ? Kenapa Anwar dan Sukma lebih selesa menetap di rumah bapanya di Kampung Tunku ?, lapor AIDCNews. Klik di sini Anwar Lebih Cenderung Mak Tiri ? Sebelum ini, kita digembar-gemburkan Anwar sangat kasihkan ibunya, arwah Mak Yan, tetapi fakta yang didedahkan Sukma Darmawan sebaliknya. Menurut pengakuan Sukma Darmawan, ketika Anwar masih bujang, dia lebih banyak menetap di rumah bapanya bersama isteri muda di No. 27, Jalan SS1/43, Kampung Tunku, Petaling Jaya, berbanding dengan rumah arwah ibunya, Mak Yan di Assunta, Petaling Jaya. Persoalannya kenapa ? Farizon (bertanda bulat) di Capetown, Afrika Selatan Mohamad Sabu, dalam Majalah Tamadun, 14 Jun 1998 pernah berkata, "Begitulah juga dengan Rani Ibrahim, Marzuki Ibrahim dan Rosli Ibrahim yang naik mendadak dalam perniagaan, adakah kerana mereka pandai berniaga atau kerana saudara mereka menjadi Menteri Kewangan ?". Klik di sini Dalam senarai saham yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan pada tahun 1999, bapa dan dua adik Anwar dicatatkan sebagai penerima saham Bumiputera yang dikeluarkan oleh kerajaan. Bapanya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan adik beradiknya, Farizon (anak dengan isteri muda) dan Marzuki (anak dengan Mak Yan) memegang saham berjumlah lebih 7.1 juta unit dalam tiga buah syarikat.Klik di sini Utusan Malaysia, 18 Oktober 1999 pernah melaporkan bahawa abang Anwar, Idrus Ibrahim pernah ditangkap kerana disyaki berkhalwat dengan seorang wanita di kondominium Menara Seputeh. Idrus Ibrahim, merupakan Ketua Penerangan Parti Keadilan Nasional (Keadilan) bahagian Bukit Mertajam ditahan oleh para pegawai Pencegah Maksiat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan polis. Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Paduka Dr. Abdul Hamid Othman ketika dihubungi di Sik petang ini mengesahkan penangkapan tersebut.Klik di sini Petunjuk Arwah Sulaiman Palestin Idrus (bertanda bulat) dan Chegubard Chegubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin juga merupakan salah seorang keluarga Anwar apabila mengahwini anak saudara Anwar, Zarerah Hanim Md Zaki. Zarerah anak adik Anwar, Rehan Ibrahim yang berkahwin dengan arwah Pak Lang Zaki. Jika melihat petunjuk Chegubard, dia walaupun kaum kerabat Anwar tetapi nampaknya tidak gemar dengan cara Anwar mengemudikan PKR. Kenapa Anwar pinggirkan Chegubard, sedangkan pemuda itu berkahwin dengan anak saudaranya ? Ada yang tidak kena dengan keluarga Anwar ? Paling misteri, Khairuddin Abu Hassan anak saudara arwah Sulaiman Palestin dan mendakwa sepupu Anwar Ibrahim pernah membawa pesan Arwah Sulaiman Palestin bahawa halang kerakusan cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. Anwar Ibrahim kunjungi arwah Sulaiman Palestin. Khairuddin Abu Hassan (bertanda bulat) Khairuddin Abu Hassan mendakwa Wan Azizah pernah dua kali meminta cerai daripada Anwar Ibrahim. Khairuddin dalam ceramahnya di Jelutong petang semalam mendakwa, kali pertama Wan Azizah meminta cerai daripada suaminya itu ialah pada tahun 1994 dan kali kedua pula pada tahun bulan September 1997 setelah mengetahui `latar belakang sebenar' Anwar. Khairuddin dalam ceramahnya turut mendakwa Wan Azizah pernah dipukul oleh Anwar apabila meminta cerai kali kedua menyebabkan dia melarikan diri dari rumah selama 10 hari, Klik di sini Berdasarkan keterangan di atas, dapat dirumuskan, Mokhtar, Rani (arwah), Idrus, Marzuki, Rehan, Rosli, dan seorang lagi perempuan adalah anak Pak Ibrahim dengan Mak Yam. Farizon satu-satunya anak tunggal Pak Ibrahim dengan isteri muda. Sukma Darmawan pula anak angkat yang tiada pertalian keluarga dengan Pak Ibrahim. Anwar pula anak Pak Ibrahim dengan isteri yang mana ? Share 105 Twitter 5 Email Klik Untuk Cetak: Print Filed in: NTAnwar, PAGES About ntanwar View all posts by ntanwar → You might like: Perkasa Mahu Anwar Kemuka Kabinet Bayangan Bulan Ini Perkasa Mahu Anwar Kemuka Kabinet Bayangan Bulan Ini Tun Mahathir : Muzakarah Umno-PAS Tidak Patut Dihalang Tun Mahathir : Muzakarah Umno-PAS Tidak Patut Dihalang Kita Nak Duduk Diam Sahaja Bila Orang Hina Islam? Kita Nak Duduk Diam Sahaja Bila Orang Hina Islam? Irshad Manji – Event Hari Ni – Betul Tak Putus Asa Dia Ni .. Irshad Manji – Event Hari Ni – Betul Tak Putus Asa Dia Ni .. 75 Responses to "Rekod Salasilah Anwar Yang Misteri" PKR from..http://www.anwaraidc.com/?p=11445

Perjalanan Yang Jauh: Dia Pernah Mencintaimu...Adakah Engkau <b>...</b>

Posted: 23 May 2012 12:24 AM PDT


"Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku," ujar Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam.

Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi'. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua.
"Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?" para sahabat melontarkan soalan
.
Persoalan.


Jika Nabi sallallaahu 'alayhi wa sallam merindukan saudara-saudaranya, apakah ada saudara yang lain selain mereka, para sahabat?

"Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada!" jawab Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam.

Aneh.

Mencintai insan yang belum ada.

Seandainya seorang anak muda, termenung sedih di jendela angan-angan, runsing menanggung rindu kepada bakal isteri, yang orangnya belum ada… itu sudah menjadi satu kegilaan. Di luar kebiasaan. Perlukan rawatan.

Tetapi tidakkah Nabi sallallaahu 'alayhi wa sallam juga mengungkapkan cinta yang di luar kebiasaan itu? Kematian yang pasti, menjadikan Baginda pasti bahawa peluang untuk bertemu dengan orang-orang beriman di masa-masa mendatang itu mustahil. Tidak kiralah bagaimana rupa mereka, di mana mereka berada, bagaimana keadaannya. Cukup sekadar mengetahui bahawa mereka itu beriman, malah beriman tanpa pernah bertemu dengannya, sudah menyuburkan rasa cinta.

Cinta luar biasa.

Cinta yang menjadikan Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam itu berkorban segala-galanya. Cinta itulah yang melimpah dan terus melimpah, hingga kamu yang hidup 1000 tahun selepas pemergiannya, biar sesudut Ceruk Tok Kun sekali pun beradanya kamu, tiada rumah yang tidak diketuk cinta Nabi.

SENYUMAN PERPISAHAN

Tiga hari Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam tidak mampu hadir berjamaah dengan kekasih-kekasih Baginda di masjid. Sakit kepala dan demam baginda semakin menjadi-jadi.
Subuh Isnin, 12 Rabi'ul Awwal tahun ke 11H,

Tatkala Abu Bakr radhiyallaahu 'anhu membetulkan saf untuk mengimamkan solat, Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam menyelak tabir yang memisahkan bilik Baginda dan ruang solat di Masjid.

"Sungguh takjub. Wajah Baginda seperti lembaran mushaf. Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam semasa memerhatikan kami, Baginda tersenyum dan ketawa kecil. Kami terlalu gembira melihat wajah itu. Abu Bakr sendiri berundur kerana menyangkakan Baginda mahu mengimamkan solat kami. Tetapi Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam mengisyaratkan agar kami memula dan menyempurnakan solat," kata Anas bin Malik, Radhiyallahu 'anhu.

Wajah itu mengubat rindu mereka.

Tiga hari yang hilang warna dan sepi.
Tabir dilabuhkan dan kaum Muslimin meneruskan solat.
Senyuman Baginda itu penuh cinta dan kasih. Senyuman yang kaya dengan kepuasan melihat kaum Muslimin.

Sangka mereka itu senyum kesembuhan.
Rupa-rupanya ia adalah senyuman perpisahan…
Dhuha Isnin, 12 Rabi'ul Awwal tahun ke-11 Hijriah, Kekasih Allah itu pulang ke Teman Tingginya.
"Fee al-Rafeeq al-A'laa, Fee al-Rafeeq al-A'laa..." Baginda menghulurkan telunjuk kirinya ke langit.

"Kembali ke Teman yang Maha Tinggi, Kembali ke Teman yang Maha Tinggi" bibir itu lesu menuturkan sebuah pemergian.
Tangan itu rebah terkulai.
Basah dalam bejana air.
Seperti air mata sekalian umat yang ditinggalkannya.
Baginda wafat dalam jiwa yang penuh kasih sayang. Jiwa yang terselit di lubuk hatinya sebuah kerinduan.
Merindui saudara-saudaranya.
Kita.

SEBUAH PERTANYAAN CINTA

Justeru…
Bertepukkah tanganmu menyambut cinta yang agung itu?
Cintakah kamu kepada Pencinta yang agung itu?
Hati kecil itu tidak mampu berbohong.
Engkau tahu di mana cinta itu di hatimu….

"Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia" [riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa'ie dan Ibn Majah]
sumber: http://saifulislam.com/?p=7648

ANWAR IBRAHIM - KETUA PEMBANGKANG | 1MYBEST

Posted: 30 Apr 2012 08:14 AM PDT

AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH

Datuk Seri Anwar bin Datuk Ibrahim Abdul Rahman dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam Pulau Pinang. Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia dan Ahli Parlimen Permatang Pauh. Beliau juga merupakan penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ketua Umum Pakatan Rakyat.

di negeri pulau pinang - Google Blog Search

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


Hot ! Bos Red Bean Army Di Bayar 7k Sebulan Oleh GLC <b>Negeri</b> <b>...</b>

Posted: 02 Jun 2013 12:59 AM PDT

Kecoh seantero negara tentang Red Bean Army,sudah menjadi rahsia umum sejak beberapa tahun kumpulan ini dibayar sepenuhnya oleh kroni DAP. Menurut sumber Pisau, khabarnya sebahagian payroll tentera kacang ini ditanggung oleh syarikat kontraktor kroni kepada ketua menteri regim DAP Pulau Pinang.

Ada juga tentera kacang ini dibayar gaji mereka oleh syarikat GLC kerajaan negeri.Contohnya April 2012 Ultrakiasu rasis chauvanis Lim Guan Eng  telah melantik seorang blogger DAP Chris See Lee sebagai pengurus didalam salah sebuah syarikat GLC negeri .

Hebat! Blogger DAP di lantik Lim Guan Eng sebagai pengurus di PDCC  secara terus tanpa melalui sebarang proses temuduga dengan gaji bulanan sekitar RM7ribu sebulan. Menurut sumber,Chris Lee juga adalah sebahagian daripada Red Bean Army ,sejauh mana penglibatan beliau harus disiasat oleh pihak Polis.

Dikhabarkan ketika itu… arahan diberikan oleh Lim Guan Eng kepada Bos Besar PDCC En Iskandar (anti melayu proksi DAP) agar memberi jawatan sebagai pengurus kepada Chris Lee.

Yang menjadi persoalan kenapa dan mengapa Chris Lee di lantik sebagai pengurus di sebuah syarikat konsultan PDC sedangkan lebih ramai lagi yang berkelayakan dan sesuai berada didalam PDCC. Blogger ini hanyalah lulusan IT dan tidak ada kena mengena dengan kejuruteraan sivil mahu pun berpengalaman dalam mana mana bidang pembinaan.

Apa yang hebat sangat hingga dilantik tanpa perlu melalui proses temuduga? Adakah perlantikan Chris Lee hanyalah sebagai turn key  membayar gaji beliau untuk membuat kerja propaganda DAP yang langsung tidak membabitkan urusan kerja PDCC sama sekali.?

Pisau kata " Chris Lee bos red bean army?"

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search


Perak Boutique Villa <b>Batu Ferringhi</b>, Pulau Pinang - Faizal Fredley

Posted: 06 Jun 2013 11:55 AM PDT

Print

DERUAN ombak memecah pantai umpama satu nyanyian yang menghiburkan. Keluh kesah jiwa lantas berganti dengan ketenangan dengan keasyikan tersendiri.

Suasana pagi di tepi pantai dengan kecantikan matahari terbit membuatkan percutian di Batu Ferringhi, Pulau Pinang terpahat kemas di ingatan.

Batu Ferringhi terletak di bahagian utara Pulau Pinang iaitu antara Teluk Bahang dan Tanjung Bungah terkenal dalam kalangan pelancong yang ingin menikmati percutian di pantai yang indah dan kepelbagaian aktiviti air.

Bagi yang teringin menikmati percutian tersebut dan mempunyai bajet yang lebih, Rumah Perak Boutique Villa pastinya pilihan yang paling sesuai.

Vila mewah tiga tingkat dengan enam buah bilik, kesemuanya menghadap laut serta balkoni yang luas membolehkan pengunjung menikmati sepuas-puasnya keindahan pantai yang terkenal di Pulau Mutiara itu.

Bilik-bilik di tingkat atas kesemuanya mempunyai balkoni yang menawarkan peluang menikmati keindahan matahari terbenam.

7E9E1D11-DCF2-45BC-8F3C-3665B793E7D1

Karakter tersendiri

Menjejak kaki memasuki vila ini, para tetamu pasti terpegun melihat hiasan dalaman yang mewah, cantik dan unik.

Bahagian tingkat bawah menempatkan ruang tamu yang luas serta meja makan bersaiz panjang sesuai bagi mereka yang datang bersama keluarga atau kumpulan besar. Terdapat dua bilik di bahagian ini yang dipanggil Kamar Alandra dan Kamar Jasmine.

Vila tersebut mempunyai karakter tersendiri, hal itu tidak menghairankan kerana ia mempunyai sejarah lampau yang istimewa. Dipercayai bangunan itu dibina pada tahun 1950-an dengan konsep rumah moden British. Rumah Perak Boutique Villa pernah didiami golongan ternama dan kerabat diraja

"Rumah ini kami tambah baik dengan menaik taraf daripada rumah penginapan biasa kepada vila. Ia dilakukan bermula pada penghujung tahun lepas. Ia berkonsepkan kediaman Eropah.

Reka bentuk rumah ini asalnya hanya dua tingkat tetapi kami telah ubah suai menjadi tiga tingkat. Vila ini serba lengkap dengan setiap bilik mempunyai katil bersaiz king, bilik tidur berasingan dan ruang makan. Setiap bilik bercita rasa tinggi dengan susun atur dan hiasan mewah serta suasana yang menyenangkan.

Apabila menaiki tangga ke tingkat dua, mata para tetamu dijamu dengan lukisan-lukisan cantik yang tergantung di dinding yang merupakan hasil seni pelukis tempatan. Mereka yang berminat boleh membeli lukisan tersebut.

villa

Bebas berlari

Di bahagian tingkat dua, terdapat tiga buah bilik dikenali sebagai Kamar Akasia, Kamar Lavender dan Kamar Citrus. Kamar Citrus mempunyai balkoni sendiri manakala dua kamar lain berkongsi balkoni. Setiap balkoni disediakan tempat duduk serta payung besar sesuai untuk bersantai.

Di tingkat tiga hanya terdapat sebuah bilik dipanggil Kamar Rossa. Suasana bilik yang tenang dan cantik membuatkan kaki berasa berat ingin meninggalkannya. Bilik serba lengkap dengan katil yang besar membuatkan tidur lena sepanjang malam.

Untuk aktiviti seperti barbeku juga tidak perlu risau kerana kawasan vila tersebut mempunyai keluasan 2,300 meter persegi. Anak-anak bebas berlari di laman yang luas itu. Kawasan pantai pula hanya dipisahkan oleh pagar vila tersebut.

Anda juga boleh berjemur di bawah matahari atau mencuba aktiviti seperti meluncur angin, berkayak atau parasailing.

Suasana malam di Batu Ferringhi juga meriah dengan kewujudan bazar-bazar menjual pelbagai barangan perhiasan dan cenderahati.

Luangkan masa untuk menyaksikan artis tempatan membuat demonstrasi kraf dan melukis batik. Dikenali dengan nama Feringghi Walk, bazar-bazar di situ menjual pelbagai barangan yang menarik untuk pengunjung.

09 di seberang jaya - Google Blog Search

09 di seberang jaya - Google Blog Search


Addin: Calon Pilihan Najib Kena &#39;Boo&#39; <b>Di</b> Pasar <b>Seberang Jaya</b>...

Posted: 22 Apr 2013 08:49 AM PDT

Tiga calon telah disahkan bertanding bagi Kerusi DUN Seberang Jaya (N10) pada pilihanraya umum ke 13 ini.
Ahad lalu, Pasar dan juga Medan Selera Seberang Jaya telah menyaksikan pertembungan antara dua calon yang bertanding bagi Kerusi DUN tersebut, dimana calon dari PKR dan BN telah melakukan kunjungan ke pasar itu.
Calon PKR, Dr. Afif 28 yang merupakan bekas Pegawai Perubatan di Hospital Pulau Pinang, Negeri Pulau Pinang yang kemudiannya bertukar ke Hospital Sungai Buloh sebagai Pegawai Perubatan di Jabatan Otorinolaringologi, Pembedahan Kepala dan Leher, (biodata lengkap sila baca di SINI ) sebelum itu telah mengagihkan Air Mineral percuma di Tempat Jogging Taman Tunku.

Kemudiannya beliau meneruskan gerakkerja kempen dengan melawat ke Pasar Basah Seberang Jaya, seterusnya kempen beliau diteruskan dengan menyerahkan apron kepada peniaga-peniaga di situ

Mungkin kerana sering melibatkan diri dalam banyak program anjuran AMK Permatang Pauh di Seberang Jaya, kehadiran beliau kelihatan disenangi oleh berbagai lapisan masyarakat peniaga disitu..
Kumpulan yang mengiringi Dr. Afif telah bertembung dengan Kumpulan yang mengiringi Calon UMNO Datuk Mohammad Nasir.
Bagaimanapun tiada insiden yang tidak diingini dilaporkan berlaku cuma disini Calon UMNO memperlihatkan sikap sombongnya seperti yang dinyatakan oleh ramai Ahli UMNO sendiri dengan tidak mahu bersalam dengan calon PKR..
Mungkin title 'Datuk' yang dimilikinya menjadikan beliau sombong.. 
Setelah selesai program Dr. Afif di medan Selera tersebut beliau dan kumpulannya meninggalkan Medan Selera tersebut..
Dan Datuk Mohammad Nasir serta kumpulannya meneruskan kempen mereka dari Medan Selera itu menuju ke Pasar Basah pula..
Satu insiden yang memalukan telah menimpa Calon UMNO/BN bagi kerusi DUN Seberang Jaya (N10) di pasar basah Seberang Jaya, pagi itu..
Dimana beliau telah di 'Booo' oleh peniaga-peniaga yang menjalankan perniagaan di Pasar tersebut.. 
Menurut beberapa peniaga.. "Sebelum Nasir ini dilantik menjadi Calon.. jumpa orang pun tak mahu senyum, sekarang dah jadi calon baru terhegeh-hegeh nak senyum.."
"Rumah dia bukan jauhpun dari sini.. pasal apa sebelum ini dia tak boleh nak luangkan masa berjumpa kami?.. dah nak mengundi baru ingat kami.. belahlaaa..."
Malah ada yang mengatakan " Aku penyokong UMNO.. kalau Ariff Shah bertanding aku akan undi UMNO/BN.. kalau Datuk ni.. kirim salam la..."
"Ariff Shah dulu ADUN.. dia tu (Datuk Nasir) baru Timbalan Ketua UMNO Bahagian.. tu pun menyombong nak mampuih.." tambah seorang lagi peniaga.
Insiden yang telah berlaku itu membuktikan calon pilihan Najib untuk DUN tersebut yang sebelum ini disandang oleh UMNO/BN sememangnya tidak disukai oleh kebanyakkan masyarakat di situ dan ianya telah disuarakan oleh peniaga-peniaga di pasar tersebut...
Jadi.. buat semua penduduk Sebarang Jaya.. UNDILAH CALON PKR!!.. Jangan biarkan manusia yang sombong dari UMNO itu menjadi Wakil Rakyat anda... ~anak sungai derhaka