Sabtu, 10 Ogos 2013

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search


husnazahidi: Iftar <b>Di</b> Puncak Mutiara Cafe, <b>Bukit Mertajam</b>, Penang

Posted: 06 Aug 2013 02:39 AM PDT

Last day berbuka puasa bersama, kami decide nak berbuka aje di luar.. bukan malas nak masak tapi saja ambil peluang nak jenjalan dan memakan di luar.. (dasar suka hati menggandakan kata)

 

puncak mutiara cafe, pintu depan
survey punya survey, last-last sangkut di Puncak Mutiara Café, Kampung Pelet, Bukit Mertajam, Penang.. husna pon first time sampai tempat ni.. housemate husna suggest.. dya cakap memang best.. bukan setakat makanan je best, tempat pon tip top.. rasa macam nak berkampung.. kalau boleh, nak je jadi pengembala kambing kat situ.. untung-untung boleh makan free hari-hari.. muehehe..
kitaorg bertolak pukul 4 lepas kelas.. perjalanan antara rumah sewa kitaorg dengan Puncak Mutiara Café lebih kurang 50 min.. tapi kalau dah naik highway, then berdriverkan driver Ferrari, sekejap je masa berlalu.. huehuehue.. lokasi Puncak Mutiara Café memang hulu.. siapa sangka dalam sebuah kampung terletak satu restoran yang bestnya korang tak dapat bayangkan.. dah la atas bukit.. mungkin sebab tu kot nama Puncak Mutiara..
sampai je terus ke kaunter order.. omak ehh~~ nak pilih menu sendiri nak bukak puasa ni pon jenuh.. 10 kali selak menu dari depan ke belakang, belakang ke depan still tak taw apa nak makan.. untuk pengetahuan, Puncak Mutiara Café ni menyediakan makanan-makanan yang luar dari kebiasaan.. kambing, arnab, rusa, dan burung unta.. dan yang paling famous amous kat sini si kambing tu laa.. sebab tu husna puas pikir nak makan apa.. mostly apa yang tersenarai, semua husna tak makan.. nak try tapi takut.. sembarangan makan pon payah jugak kan..
Puncak Mutiara Café menyediakan suasana yang lain dari yang lain.. dari pintu masuk terserlah deretan gazebo yang akan memuatkan para pelanggannya.. belum kira yang atas kayangan, bawah kayangan, tepi tasik.. pilih je mana nak duduk.. selesai je order dan book tempat, kitaorg ke surau.. ni lagi satu kemudahan yang super oh semmm.. boleh tahan suraunya.. siap aircond lagi.. memang puas hati lah..
waktu menunjukkan still awal lagi nak berbuka, so keluar kejap belasah memana tempat nak bertenggek.. pukul 7.30 sampai balik, parking full.. cuba bayangkan pada awalnya parking sebesar alam yg memuatkan 2 biji kereta kitaorg kini tiada lagi.. hebat kan.. Nampak sangat semua lapar nak makan kambing..
Puncak Mutiara Café time malam memang best.. dipenuhi dengan lelampu.. kitaorg pon tak tunggu lama nak nikmati semua tuh.. azan berkumandang je baca doa, terus belasah.. lapar tak menahan la katakan.. dan sungguh apa yang mereka perkatakan.. sedapppp.. kenyang tersandar kite taw..
p/s- cecuci rumah.. (kata ganda melampau)

09 di Butterworth - Google Blog Search

09 di Butterworth - Google Blog Search


Lelaki cedera parah diserang <b>di Butterworth</b> | Berita Malaysia

Posted: 01 Aug 2013 02:05 AM PDT

BUTTERWORTH: Seorang lelaki cedera parah selepas diserang sekumpulan lelaki di hadapan Flat Kelisa di sini, malam tadi.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian jam 10.05 malam itu, mangsa S Jayaselan, 34, sedang menunggu rakannya yang tinggal di flat berkenaan sebelum empat lelaki yang tidak dikenali menyerangnya.

"Empat lelaki yang menaiki dua motosikal dan memakai topi kaledar penuh itu berhenti berhampiran mangsa dan terus menyerangnya dengan menggunakan parang serta besi.

"Mangsa yang tidak sempat menyelamatkan diri mengalami kecederaan parah di badan dan kepala. Terdapat lima kesan tetakan di kepalanya," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang tinggal di Taman Inderawasih di sini dikejarkan ke sebuah hospital swasta dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Superitendan Asisten Komisioner Mazlan Kesah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Setakat ini kita belum tahu motif sebenar kejadian dan pihak polis meminta orang ramai atau saksi yang melihat kejadian itu agar menghubungi kita bagi membantu siasatan," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

- BERNAMA

09 di Bayan lepas - Google Blog Search

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


Mengapa kadar tol jambatan kedua bercanggah - MP <b>Bayan Baru</b> <b>...</b>

Posted: 01 Aug 2013 12:48 AM PDT

KEMENTERiAN Kerja Raya didesak mengumumkan kadar sebenar tol bagi Jambatan Kedua Pulau Pinang yang didakwa bercanggah dengan beberapa kenyataan berwajib sebelum ini.
Ahli Parlimen (MP) Bayan Baru, Sim Tze Tzin menyoal demikian kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof semasa sidang Dewan Rakyat di Parlimen baru-baru ini.
"Saya bertanya, adakah kadar tol sudah diputus. Jika ya, berapakah kadarnya," jelas Tze Tzin di sini baru-baru ini.
Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini pernah mengumumkan tol bagi kereta biasa pada kadar RM9.40.
Kemudian, katanya, ada pihak menyatakan tol berkadaran RM8.50 pula.
Pada bulan Mac tahun lepas, katanya lagi, dilaporkan, tol berkadaran RM7.00 dengan temoh konsesi dilanjutkan dari tahun 2018 hingga tahun 2038.
"Saya khuatir kadar sebenar kelak jauh lebih tinggi dari apa yang dinyatakan sebelum ini kerana ia benar-benar mengelirukan.
"Kenyataan kerajaan pusat sebelum ini bahawa kadar tol kedua-dua jambatan akan disamakan juga menimbul kekeliruan," katanya.
Tuntas itu, beliau berkata, pengguna Jambatan Kedua Pulau Pinang itu wajar diberitahu kadar sebenar tol.
Tidak cukup dengan itu, beliau berkata, penggiat industri di kawasan Zon Perindustrian Bayan Lepas juga perlu diberitahu lebih awal menganai kadar sebenar tol di jambatan baru tersebut bagi memudahkan pelan belanjawan logistik kilang masing-masing.
"Saya bimbang apabila diumumkan kelak, kadarnya membebankan rakyat.
"Adakah kadar tol Jambatan Pulau Pinang akan dinaikkan dan sama dengan kadar tol Jambatan Kedua Pulau Pinang?," soalnya lagi.

Projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang yang menelan kos RM4.5 bilion itu dijangka siap sepenuhnya menjelang November tahun ini. 
Namun, kerja-kerja pembinaan dihentikan serta-merta sehingga kini, ekoran runtuhan struktur tanjakan pada 6 Jun lalu.

09 di permatang pauh - Google Blog Search

09 di permatang pauh - Google Blog Search


jika anwar ibrahim tersungkur <b>di permatang pauh</b> - Bersama Mazidul

Posted: 05 May 2013 04:07 AM PDT

Kalau  Dr. Mazlan tewas di Permatang Pauh,   tidak menghairankan kerana beliau underdog. Namun andai Anwar tersungkur, pelik.
Apapun, usah berasa pelik.   
Ura-ura mengatakan Kelantan bakal ditakluki oleh Barisan Nasional. Ganjil benar bunyi kenyataan itu.
Apapun, usah berasa pelik.