Ahad, 11 Ogos 2013

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search


gmc: dap dan pas jangan lupa konsert arak <b>di batu ferringhi</b>...kah <b>...</b>

Posted: 13 Feb 2013 01:35 AM PST


Akibat terlalu nak politikan hiburan PAS terlupa 3juta Konsert arak di Batu Ferringhi..menjangkaui kos Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina yang kononnya Najib dimalukan...

kah..kah..kah..kahhh



Dari sumber mana pula kos pembiayaan Konsert arak tajaan sekutu PAS tersebut??

Dari wang kutipan tabung Memali yang masih berbaki ke?

Dari sumber wang karung dan uncang yang ditadah daripada rakyat ke?

kah..kah..kahh..kahhh

Apakah Konsert arak 3juta tajaan DAP sekutu PAS di Batu Ferringhi Rakyat tidak perlu tahu dari mana sumber jutaan ringgit wang tersebut diperolehi??. 

kah..kah..kah..kahh..kahhh
 kah..kah..kah..khhh..kah..
kah..kah..kah..kah..kahh

Sebenarnya Rakyat  dan seluruh penyokong2 PAS  bukan saja mahu tahu  dari mana sumber 3juta kos konsert arak tajaan sekutu PAS di Bt Ferringhi  diperolehi [sini] ...malah mereka juga mahu tahu kemana jutaan ringgit wang tabung Memali yang telah lesab selama ini..seperti yang didakwa oleh bekas EXCO Pemuda PAS Kedah baru2 ini??? [sini]

kah..kah..kah..kah...
kah..kah..kah..kahhh..kahhhh
kah..kah...kah...kah..kah...kah..kahhh.....selanjutnya...[sini]

09 di Batu maung - Google Blog Search

09 di Batu maung - Google Blog Search


Manjung Mari: Jambatan Ke2 Pulau Pinang <b>di Batu Maung</b> runtuh..

Posted: 06 Jun 2013 06:16 AM PDT

09 di jelutong - Google Blog Search

09 di jelutong - Google Blog Search


Lim Siew Khim pecah tradisi masuk Masjid <b>Jelutong</b> | faqar

Posted: 05 Aug 2013 05:23 AM PDT


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Lim Siew Khim hari ini memcah tradisi di kawasan yang diwakilinya apabila menyertai jamuan berbuka puasa di Masjid Jamek Jelutong.
Penyokong Umno atau pelampau Perkasa mungkin menganggap insiatif Siew Khim meramahi umat Islam itu sebagai menghina rumah Allah.
Ini kerana, mereka berfahaman bahawa bukan Islam haram untuk memasuki masjid.
Walhal, ada Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) mengharuskan amalan itu dengan syarat-syarat yang jelas.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.
Harus atau haram YB non-Muslim DAP memasuki masjid?
PAS fatwa larang kerjasama dengan Kafir DAP yang dimanipulasi cybertroopers Umno dijawab!


Larang muslimah sertai Briged Wanita P.Pinang?

09 di permatang pauh - Google Blog Search

09 di permatang pauh - Google Blog Search


Anwar lapor Polis setelah &#39;dibogelkan&#39; <b>di Permatang Pauh</b> isu <b>...</b>

Posted: 04 Aug 2013 07:00 PM PDT

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP, Karpal Singh membuat laporan polis bagi menafikan pendedahan kandungan 6,000 keping surat yang mengaitkan mereka di Permatang Pauh, kelmarin.

Kedua-dua pemimpin pembangkang itu hadir di Balai Polis Tropicana di sini, kira-kira pukul 12 tengah hari untuk membuat laporan polis supaya satu siasatan dan tindakan segera dibuat oleh pihak berkuasa.

Dalam laporan itu, Anwar dan Karpal memandang serius tentang dakwaan tersebut dan berharap Peguam Negara (AG) akan mengarahkan perkara berkenaan disiasat polis.

Anwar dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR selepas membuat laporan itu berkata, dakwaan yang dibuat bekas calon Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail berhubung pendedahan surat layang itu disifatkannya sebagai satu fitnah yang dilemparkan UMNO terhadapnya.

Kelmarin, Mazlan mendedahkan kira-kira 6,000 laporan bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal yang mendedahkan 'urus-niaga' oleh dua pemimpin tertinggi pembangkang iaitu Anwar dan Karpal yang telah tersebar secara meluas di Permatang Pauh sejak beberapa hari lalu.

Mengulas dakwaan 'urus-niaga' itu, Anwar memberitahu, beliau dan sekeluarga amat berterima kasih kepada Karpal yang banyak membantunya selama ini dan tidak timbul isu kewangan antara mereka.

"Sepanjang Karpal membantu saya menjadi panel guamannya, tidak pernah timbul tentang isu pembayaran. Apabila dakwaan sebegini berlaku, sekali gus menjejaskan maruah Karpal," katanya.

Tambahnya, beliau setuju jika Karpal mahu mengambil tindakan terhadap mereka yang cuba menjejaskan imej mereka dan pemimpin PKR lain.

Sementara itu, Karpal pula mencabar Mazlan mendedahkan identiti dan dokumen mengaitkan dirinya dan Anwar seperti yang didedahkannya sebelum ini.

"Saya cabar Mazlan jika dia 'anak jantan' supaya tunjukkan slip cek, akaun bank, slip pembayaran dan identiti pihak yang membuat surat itu.

"Saya juga mencabar stesen televisyen TV3, akhbar Utusan Malaysia dan New Straits Times untuk turut melakukan perkara sama," katanya.

Beliau turut berkata, pihaknya dan Anwar sedang mengumpul bukti untuk melakukan tindakan dalam masa terdekat.

"Tuduhan yang dilemparkan begitu serius dan saya menafikan kewujudan tuduhan itu kerana saya telah lama bersahabat dengan Anwar. Oleh itu saya menggesa pejabat AG mengarahkan siasatan mendalam tentang perkara in

09 di tanjung tokong - Google Blog Search

09 di tanjung tokong - Google Blog Search


<b>Tanjong Tokong</b>: Mahkamah Tetapkan 13 Ogos Depan Untuk <b>...</b>

Posted: 22 Jul 2013 07:30 AM PDT

MAHKAMAH

GEORGE TOWN: Mahkamah Majistret di sini pada Isnin menetapkan 13 Ogos depan untuk permohonan memasukkan pembelaan dan mengetepikan perintah ingkar terhadap dua daripada 11 keluarga Kampung Tanjong Tokong yang diarah mengosongkan rumah masing-masing oleh UDA Holdings Berhad (UDA).

Pendaftar Kanan mahkamah, Ng Geok Nee menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya kepada tiga peguam bela yang mewakili keluarga terbabit selepas dimaklumkan bahawa UDA telah memfailkan perintah ingkar terhadap dua penduduk kampung berkenaan.

Ketika ditemui pemberita, Yusmadi Yusoff, yang mengetuai tiga peguam berkenaan, berkata beliau bersama dua lagi rakannya iaitu Jason Ong Khan Lee dan S. Raveentharan akan mendapatkan dokumen berkaitan yang diperlukan dalam kes itu sebelum menyerahkannya kepada mahkamah.

"Kita agak terkejut apabila hadir ke mahkamah pada Isnin dan diberitahu dua daripada 11 penduduk kampung itu turut dikenakan perintah ingkar, dengan adanya tempoh masa ini kita dapat membuka ruang kepada semua pihak untuk mencari penyelesaian terbaik," katanya.

Isnin lepas, Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) Datuk Seri Yusoff Latiff menggesa UDA menarik balik saman yang dikeluarkan kepada 11 keluarga di kampung itu sebelum prosiding mahkamah yang dijadualkan pada Isnin.

Awal bulan ini, 11 keluarga di Kampung Tanjung Tokong menerima notis daripada UDA yang mengarahkan mereka supaya mengosongkan kediaman masing-masing atau berdepan dengan tindakan mahkamah.

Sebelum ini, bekas Pengerusi UDA Datuk Nur Jazlan Mohamed menasihati segelintir penduduk kampung berkenaan yang berkeras tidak mahu meninggalkan rumah masing-masing agar akur dengan permintaan pihaknya untuk berpindah.

Ini bagi membolehkan projek pembangunan dijalankan secepat mungkin memandangkan sudah hampir 40 tahun UDA merancang pembangunan semula kampung tersebut setelah dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan Pusat sejak 1972.

- BERNAMA

Tari Cafe <b>Tanjung Tokong</b> | JuadahMalaysia.com

Posted: 25 May 2013 07:30 PM PDT

Dah jemu pekena nasi kandar bila mai Penang?

Apakata korang tukar selera makan nasi campur pula. Kali ni daku nak bawa korang makan2 di Tari Cafe, Tanjung Tokong. Lokasi ni menjadi satu nostalgia buat mr suami kerana pada zaman kecil2nya dulu beliau pernah menetap di sini bersama arwah bondanya.

Daku pernah dibawa oleh mr suami utk meninjau tapak kediaman arwah bonda dulu, namun hampa krn kini kawasan ini sedang pesat membangunan dgn binaan bangunan & kondo2 mewah..

Nasib baik kedai makan yg kami pergi ni masih utuh perniagaannya walau di tengah kepesatan bangunan2 tinggi.

140520132054

inilah Tari Cafe terletak di Jln Tanjung Tokong. Kalau dari Gurney Drive korang akan jumpa  Island Plaza sblh kanan, ada simpang 4 trafick light jalan terus lagi beberapa meter akan nampak restoran ni sebelah kiri. Kalau korang jalan terus lagi, jalan tu akan menuju ke Batu Feringgi.

140520132049

kalu tak silap daku ada 30-40 jenis lauk2 yg terdapat di sini (gambar susah nak snap pulak masa nih). selain itu juadah minum ptg pun dah siap di sajikan antaranya laksa, behun sup, pecal dll.

140520132051pecal

Memandangkan kami tiba sini agak lewat tengahari, maka nasi berlauk lah yg menjadi santapan utama kami. Sib baik lauk2 masih byk lagi… Kebetulan masing2 perut tengah lapor gilerr.. laju je ambik lauk dan laju je kami makan. tak pandang kiri kanan..

walaupun begitu, gambar makanan tetap sempat utk di snap..heh

140520132046

Klik..klik… ni hidangan nasi daku punye. lauk daging, sayur, kuah2 & kentang goreng

140520132047ambik juga ikan kembong bakar. mmm… sedap juga salutan sambal pada ikan nih  :-)

140520132045

jeng..jeng..jeng… Nie pula menu kepunyaan mr suami. eh..eh.. mana nasi dia? udah tenggelam dgn lauk-pauk yg banyak tuh..hehe… mcm tamak kan? takpe-takpe, lepas tu daku pau juga lauk beliau nnti   :mrgreen:

140520132048

see… habis juga kan ! Alhamdulillah Syukur nikmat  :D

Tengah siap2 nak balik, tiba-tiba hujan turun dengan selebatnya. Kami terpaksa menunggu   lg di Tari Cafe dlm tempoh agak lama. sambil2 tu mr suami dok jeling2 apa lagi menu minum ptg yg boleh dicuba.  :?

140520132050

nampak pulut sekaya nih..

140520132053

apa lagi… mr suami ambik semanggkuk pulut tu.. byk pulak dibubuhnya.. adeh la.. perutku dah tak boleh nak masuk apa2 lagi. mr suami yg makan sorang2. Licin dia makan sampai dah tak leh bangun dari kerusi..  :lol:

Apa-apa pun kami sangat berpuas hati dgn menu masakan di sini. 4/5 bintang daku berikan. Harganya juga masih berpatutan. Semua sekali makanan termasuk minuman (2 gelas) berharga RM26 sahaja. Ok la tu kan..kan…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...