Ahad, 25 Ogos 2013

di negeri pulau pinang - Google Blog Search

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


<b>negeri</b> lain jangan jealous ! hadiah istimewa guan eng dap <b>...</b> - Dr MiM

Posted: 24 Aug 2013 12:05 AM PDT

Kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah Lim Guan Eng sekali lagi akan memberi satu hadiah menarik untuk rakyat negeri ini.

Beliau sebagai pengerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, (BPAPP) akan menaikkan surcaj pemuliharaan air (WCS) sebanyak 100 peratus bagi penggunaan domestik bermula 1 September ini.

Tahniah ! Dan tahniah kepada pengundi Pulau Pinang yang menyokong DAP. Dan sekarang, anda telah dapat hadiah yang sangat bermakna.

Sekarang, terimalah akibatnya !

Menurut Pengurus Besar Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (BPAPP), Ir. Jaseni Maidinsa berkata, WCS itu akan dinaikkan daripada 24 sen kepada 48 sen setiap 1,000 liter untuk penggunaan melebihi 35,000 liter sebulan bagi menggalakkan penggunaan air yang lebih bijak. 
Katanya, penggunaan air domestik di negeri ini terlalu tinggi dan PBAPP tiada pilihan lain selain menaikan kadar WCS bagi menggalakkan pemuliharaan atau penjimatan air- UM
Senangnya rakyat dihukum oleh kerajaan DAP ?! Tahniah kepada pengundi dan penyokong DAP di Pulau Pinang!

Satu soalan,

Bila menguntungkan politik diri sendiri, cepat sungguh bagi respons. Tapi bila susahkan rakyat Pulau Pinang, suruh orang lain berdepan dengan rakyat ?!
Inikah karakter pemimpin yang sebenarnya??

09 di Bayan lepas - Google Blog Search

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Bayan lepas</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Aug 2013 03:07 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Mengapa kadar tol jambatan kedua bercanggah - MP <b>Bayan Baru</b> <b>...</b>

Posted: 01 Aug 2013 12:48 AM PDT

KEMENTERiAN Kerja Raya didesak mengumumkan kadar sebenar tol bagi Jambatan Kedua Pulau Pinang yang didakwa bercanggah dengan beberapa kenyataan berwajib sebelum ini.
Ahli Parlimen (MP) Bayan Baru, Sim Tze Tzin menyoal demikian kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof semasa sidang Dewan Rakyat di Parlimen baru-baru ini.
"Saya bertanya, adakah kadar tol sudah diputus. Jika ya, berapakah kadarnya," jelas Tze Tzin di sini baru-baru ini.
Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini pernah mengumumkan tol bagi kereta biasa pada kadar RM9.40.
Kemudian, katanya, ada pihak menyatakan tol berkadaran RM8.50 pula.
Pada bulan Mac tahun lepas, katanya lagi, dilaporkan, tol berkadaran RM7.00 dengan temoh konsesi dilanjutkan dari tahun 2018 hingga tahun 2038.
"Saya khuatir kadar sebenar kelak jauh lebih tinggi dari apa yang dinyatakan sebelum ini kerana ia benar-benar mengelirukan.
"Kenyataan kerajaan pusat sebelum ini bahawa kadar tol kedua-dua jambatan akan disamakan juga menimbul kekeliruan," katanya.
Tuntas itu, beliau berkata, pengguna Jambatan Kedua Pulau Pinang itu wajar diberitahu kadar sebenar tol.
Tidak cukup dengan itu, beliau berkata, penggiat industri di kawasan Zon Perindustrian Bayan Lepas juga perlu diberitahu lebih awal menganai kadar sebenar tol di jambatan baru tersebut bagi memudahkan pelan belanjawan logistik kilang masing-masing.
"Saya bimbang apabila diumumkan kelak, kadarnya membebankan rakyat.
"Adakah kadar tol Jambatan Pulau Pinang akan dinaikkan dan sama dengan kadar tol Jambatan Kedua Pulau Pinang?," soalnya lagi.

Projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang yang menelan kos RM4.5 bilion itu dijangka siap sepenuhnya menjelang November tahun ini. 
Namun, kerja-kerja pembinaan dihentikan serta-merta sehingga kini, ekoran runtuhan struktur tanjakan pada 6 Jun lalu.

09 di permatang pauh - Google Blog Search

09 di permatang pauh - Google Blog Search


Aktiviti Bersama Keluarga <b>Di</b> Dataran Ikan Bakar, <b>Permatang Pauh</b>

Posted: 22 Aug 2013 05:30 PM PDT


Kuar makan beramai-ramai dengan family...Makan kat restoran area rumah je...Tak jauh mana pun...Ni semua ahli keluarga berkumpul la...Restoran Dataran Ikan Bakar ni terletak di Permatang Pauh, Pulau Pinang....Restoran ni provide semua menu yang bakar-bakar je...Contoh kalau ngidam sotong tempura, sambal ketam ke...Memang nan hado la...Tapi kalau nak kerang bakar or ikan bakar memang ada lah...
Menu yang best jugak kat sini adalah sup daging...Sup daging kat sini memang best...Family siap tapau bawak balik....Pastu dalam bulan Julai dan Ogos...ada birthday dua orang anak sedara...kat bawah ni


09 di tanjung bungah - Google Blog Search

09 di tanjung bungah - Google Blog Search


BICARA PERJUANGAN: SETPOL ADUN <b>TANJUNG BUNGAH</b> <b>...</b>

Posted: 13 Jul 2013 07:03 PM PDT

Pertama kali terpandang gambar di atas, jika anda adalah lelaki tulin, anda mungkin akan terpesona dengan keayuan wajahnya.. Tetapi tahukah anda bahawa beliau adalah seorang transgender.... Apa itu TRANSGENDER...? Secara ringkasnya apa yang admin faham, transgender itu boleh jadi homoseksual, lesbian, biseksual dan sebagainya.....SIAPAKAH TRANSGENDER DI ATAS....? 

GEORGE TOWN : Setiausaha Politik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bungah Teh Yee Cheu yang baru dilantik berharap pelantikan beliau dalam memegang jawatan itu dapat membuka jalan kepada layanan sama rata dalam komuniti transgender.

Hezreen Shaik Daud, 33, yang merupakan seorang transgender mengakui berdebar tetapi teruja pada masa yang sama apabila beliau memulakan tugas secara rasmi pada Isnin.

"Saya amat berterima kasih kepada YB kerana menawarkan kerja ini kepada saya dan saya bersedia untuk berhadapan dengan cabaran.

"Ia adalah sukar bagi kami untuk diambil bekerja di syarikat-syarikat maka saya berharap dengan pelantikan saya ini, kami dapat menunjukkan bahawa kami berupaya dalam melakukan tugas sebagaimana yang lain," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Hezreen, yang pernah bertugas sebagai pegawai projek dengan Persatuan Pembangunan Kesihatan Masyarakat Pulau Pinang berkata, sesetengah syarikat enggan mengambilnya bekerja kerana mereka bimbang beliau tidak mampu untuk berada di tempat kerja yang mempunyai pekerja lelaki.

"Saya hanya meminta supaya diberikan saya peluang dan saya akan melakukan yang terbaik di tempat kerja.

"Kami memerlukan penerimaan kerana kami juga manusia. Kami mahu dilayan sama rata seperti yang lain.

"YB menawarkan saya kerja ini pada awal tahun dan sekali lagi pada bulan lepas. Beliau memperjelaskan kepada saya mengenai skop kerja dan tugas sebagai setiausaha politik membuatkan saya memahami dengan lebih jelas," kata Hezreen yang boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Mandarin dan Hokkien.

Bekas pelajar Sekolah Tinggi Heng Ee itu berkata, beliau telah bekerja dengan Teh untuk beberapa projek sejak beliau berada dalam persatuan itu.

Beliau merupakan pemegang Diloma dalam Teknologi Maklumat dari Informatics College. 

So.... don't judge the books by its cover....he! he! he!....

09 di Gelugor - Google Blog Search

09 di Gelugor - Google Blog Search


UMNO Letak Calon Bebas <b>di</b> Tasek <b>Gelugor</b> | ::Dewan Pemuda PAS <b>...</b>

Posted: 17 Apr 2013 08:22 AM PDT

(Sharif dan rakan-rakannya membuat sidang media semalam)

TASEK GELUGOR: Dua orang aktivis Umno berjanji akan menjadi calon bebas menentang calon Barisan Nasional (BN) di Dun Sungai Dua dan Teluk Air Tawar jika Umno kekalkan Shabudin Yahya sebagai calon BN Tasek Gelugor.

Mereka ialah Azmi Alang yang bakal bertanding di Dun Sungai Dua menentang calon BN, Yusof Mohd Noor dan calon PAS, Zahadi Mohamad manakala Datuk Mustaffa Idrus pula mengistiharkan diri menentang penyandang Dun Teluk Air Tawar, Datuk Jahara Hamid serta Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Puan Norhayati Jaafar.

Kedua-duanya berucap membantah pencalonan BN yang meletakkan individu yang tidak bekerja untuk rakyat atau muka baru yang tidak aktif merencanakan progran tajaan Umno sebelum ini.

Menurut Azmi Alang dalam ucapanya, pucuk kepimpinan Umno Negeri seolaholah sengaja mahu mematikan karier politik Datuk Shariff Omar yang sangat berjasa pada rakyat sekitar Parlimen Tasek Gelugor.

Tidak sepatutnya, jasa dan pengorbanan Shariff dibiarkan seperti memberikan kerusi untuk Tan Sri Nor Mohamed Yakcop bertanding pada pilihanraya umum ke 12 lalu.

(Azmi [kiri] dan Datuk Mustaffa)

"Seandainya, pihak atasan Umno tidak mendengar rayuan rakyat akar umbi kami mengistiharkan perang habis habisan.

"Apa gunanya berada dalam Umno jika suara kami tidak didengari lagi.  Jika mereka masih berkeras 'lawan tetap lawan'," tegasnya disambut tepukan orang ramai.

Rakannya Datuk Mustaffa Idrus pula memuji sikap Datuk Ibrahim Saad yang pernah meminjam kerusi Parlimen Tasek Gelugor tetapi menyerahkan kembali dengan baik.

Namun hari ini sebaliknya berlaku kerusi yang dipinjamkan atas nasihat mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi diambil terus tanpa perbincangan.

Sekarang ini slogan 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Di Utamakan' sudah tidak lojik lagi
kerana sudah terbalik.

"Untuk memastikan Datuk Shariff terus berada dipersada politik tanahair kami akan membantunya bertanding menentang golongan yang tidak amanah, " ujarnya.