09 di Butterworth - Google Blog Search |
ZAKRI ALI: Lelaki cedera parah diserang <b>di Butterworth</b> Posted: 01 Aug 2013 04:00 AM PDT Jurucakap polis berkata ketika kejadian pukul 10.05 malam itu, mangsa S.Jayaselan, 34, sedang menunggu rakannya yang tinggal di flat berkenaan sebelum empat lelaki yang tidak dikenali menyerangnya. "Empat lelaki yang menaiki dua buah motosikal dan memakai topi kaledar penuh itu berhenti berhampiran mangsa dan terus menyerangnya dengan menggunakan parang serta besi. "Mangsa yang tidak sempat menyelamatkan diri mengalami kecederaan parah di badan dan kepala. Terdapat lima kesan tetakan di kepalanya," katanya di Butterworth hari ini. Beliau berkata mangsa yang tinggal di Taman Inderawasih di sini dikejarkan ke sebuah hospital swasta dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan. "Setakat ini kita belum tahu motif sebenar kejadian dan pihak polis meminta orang ramai atau saksi yang melihat kejadian itu agar menghubungi kita bagi membantu siasatan," katanya. Kes disiasat menurut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. |
Lelaki Ditahan, 17 Kes Ragut <b>Di Butterworth</b> Selesai Posted: 02 Aug 2013 05:35 AM PDT Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata lelaki berusia 23 tahun itu ditahan di sebuah rumah di sini hasil maklumat awam dan risikan polis. "Pemeriksaan polis di dalam bilik lelaki yang mempunyai dua anak kecil itu menemui sebuah beg mengandungi satu beg duit, kad pengenalan seorang wanita, lesen memandu, kad juruwang automatik (ATM), telefon bimbit, kunci dan beberapa kad keahlian pasar raya dan pusat pelancongan. "Kami turut menemui satu beg duit dan di dalamnya mengandungi dua kad pengenalan wanita, buku simpanan bank, kad debit, lesen memandu dan beberapa kad keahlian syarikat jualan langsung," katanya kepada pemberita di sini malam Khamis. Beliau berkata jumlah keseluruhan kad pengenalan wanita yang ditemui di rumah itu ialah 17 keping. Mazlan berkata lelaki yang mempunyai beberapa rekod jenayah itu direman sehingga 7 Ogos untuk siasatan lanjut. - Bernama |
You are subscribed to email updates from di Butterworth - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |