Jumaat, 4 Oktober 2013

di negeri pulau pinang - Google Blog Search

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


Panas!!! Jalur Gemilang Dipasang Terbalik Di Dewan Undangan <b>...</b>

Posted: 28 Aug 2013 01:49 AM PDT



Rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia dengan semangat mengibarkan bendera kebangsaan, Jalur Gemilang. Lain pula apa yang berlaku di 'Republik' Pulau Pinang, negeri di bawah pemerintahan Tokong Joseph Lim Guan Eng, yang secara diktator hari ini mengarahkan kesemua pawagam di Republik Pulau Pinang agar tidak menayangkan filem Tanda Putra,yang bermula tayangannya esok.
Suasana merdeka di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang amat mengecewakan. Jalur Gemilang dipasang secara ala kadar, dua Jalur Gemilang dipasang secara terbalik manakala yang lain digantung secara selekeh. Ini caranya Ketua Menteri menghormati bendera kebangsaan. Ini caranya Ketua Menteri dan EXCO menunjukkan kecintaan kepada negara. Amat kurang ajar!!!
Published with Blogger-droid v2.0.10

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search


Misteri Tandas Berkunci

Posted: 30 Sep 2013 06:43 PM PDT

Mangsa ditemui mati terlentang dalam salah sebuah tandas di stesen minyak Batu Ferringhi/Pic:Sinar HarianMangsa ditemui mati terlentang dalam salah sebuah tandas di stesen minyak Batu Ferringhi/Pic:Sinar HarianBATU FERRINGHI: Penemuan mayat seorang lelaki mengungkai misteri sebuah tandas berkunci selama tiga hari di sebuah stesen minyak di sini, semalam.

Salah seorang kakitangan berkata, ia adalah kejadian pertama kali yang berlaku di situ sejak stesen berkenaan dibuka dua tahun lalu.

Menurutnya, salah seorang rakannya terhidu bau busuk dari dalam tandas berkenaan dan berasa tidak sedap hati.

"Lalu kami mengambil langkah memecahkan pintu tandas kerana ia terkunci dari dalam tandas.

"Rupa-rupanya ada mayat dalam tandas tersebut dan kelihatan sudah lama kerana mukanya seperti kebiru-biruan, kemudiannya kami menghubungi anggota polis," katanya kepada Sinar Harian.

Kakitangan tersebut turut memaklumkan kerja pembersihan tandas dilakukan setiap hari tanpa gagal.

Namun ketika kerja pencucian hendak dilakukan, pekerja pembersihan mendapati salah satu tandas berkenaan dikunci dari dalam dan menyangka ada orang yang sedang menggunakannya.

Tambahan pula, stesen berkenaan sememangnya menjadi tumpuan berikutan terletak berhampiran restoran makanan segera 24 jam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, mangsa, Wong Nun Hwa, 42, dari Mount Erskine itu didapati mati akibat penyakit sawan.

Menurutnya, tiada unsur jenayah direkodkan dan mangsa hanya mati disebabkan serangan sawan berkenaan.

-Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/misteri-tandas-berkunci-1.207244

09 di Bayan lepas - Google Blog Search

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


DUNIA ITU: Empat Penyamun Larikan Kabel Elektrik RM250,000 <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 22 Sep 2013 07:00 AM PDT

GEORGE TOWN: Seorang pengawal keselamatan sebuah kilang di Bayan Lepas mengalami detik cemas apabila dikejar empat penyamun bersenjata pisau sebelum diikat dan mulutnya disumbat kain selama tiga jam pada tiang pagar berdekatan premis berkenaan awal hari Ahad.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Mohd Hatta Mohd Zain berkata dalam kejadian 3 pagi itu, suspek kemudiannya melarikan enam gulung kabel elektrik bernilai RM250,000 yang terdapat dalam kontena simpanan barang di belakang kilang itu.

"Pengawal keselamatan berusia 47 tahun itu hanya ditemui pada pukul 6 pagi oleh rakannya yang bertukar giliran bertugas. Walaupun keempat-empat suspek terbabit tidak memakai penutup muka, pengawal keselamatan itu gagal mengecam wajah mereka kerana keadaan terlalu gelap dan kejadian itu berlaku begitu pantas," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Beliau berkata suspek dipercayai memasuki kawasan kilang berkenaan dengan memanjat pagar dan gerakan mengesan mereka menjadi sukar berikutan kawasan terlibat tidak dilengkapi kamera litar tertutp (CCTV).

Mohd Hatta meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya menghubungi balai polis berdekatan. - BERNAMA

22 Sep 2013