Khamis, 17 Oktober 2013

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search


HOT NEWS : Anggota Kumpulan 04 Antara Ditahan <b>di Bukit Mertajam</b>

Posted: 11 Sep 2013 01:22 AM PDT

Tiga anggota Kumpulan 04 antara enam orang yang ditahan di sebuah rumah di Machang Bubuk di sini awal pagi semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri, Senior Asisten Mazlan Kesah berkata, kesemua mereka yang berusia antara 18 hingga 29 tahun termasuk seorang wanita ditahan kira-kira 5.40 pagi.
"Bertindak hasil risikan dan maklumat awam, sepasukan pegawai dan anggota JSJ Kontijen Pulau Pinang dan Daerah Seberang Perai Tengah menyerbu rumah berkenaan dan menahan enam orang itu.
"Hasil siasatan mendapati tiga daripada mereka merupakan anggota kongsi gelap Kumpulan 04," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata polis turut menemui selaras senapang palsu.
Mazlan berkata, pihak polis tidak menolak kemungkinan kesemua mereka terbabit dengan aktiviti jenayah.
Beberapa lagi anggota kumpulan berkenaan sedang dikesan, katanya.

di negeri pulau pinang - Google Blog Search

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


sempena majlis penyampaian insentif tambahan <b>...</b> - Lim Guan Eng

Posted: 14 Oct 2013 12:10 AM PDT

TEKS UCAPAN YANG AMAT BERHORMAT TUAN LIM GUAN ENG KETUA MENTERI PULAU PINANG DI SUKAN MALAYSIA XVI KUALA LUMPUR 2013
PADA JAM 12.30 TENGAH HARI, HARI ISNIN, 14 OKTOBER 2013, BERTEMPAT DI BILIK GERAKAN, ARAS 28, KOMTAR

SEMPENA MAJLIS PENYAMPAIAN INSENTIF TAMBAHAN KEPADA PEMENANG-PEMENANG PINGAT KONTINJEN NEGERI PULAU PINANG

Salam sejahtera dan selamat tengah hari kepada semua, rakan-rakan seperjuangan daripada Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, dan wakil-wakil dari kesemua Persatuan-Persatuan Sukan negeri Pulau Pinang serta para atlet yang diraikan.

Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas sekali lagi kepada Kontinjen Negeri Pulau Pinang yang telah berjaya membawa pulang sebanyak 8 pingat Emas, 19 pingat Perak dan 21 pingat Gangsa daripada 17 jenis sukan yang disertai semasa Sukan Malaysia Ke-16 Kuala Lumpur 2013. Setinggi-tinggi tahniah juga saya ucapkan kepada Pasukan Judo, Silambam, Lawan Pedang, Renang Berirama, Ping Pong, Softbol, Futsal, Ekuestrian, Kriket, Woodball dan Muay Thai yang telah berjaya mengharumkan nama negeri Pulau Pinang di persada Sukan Malaysia.

Beberapa bulan yang lalu, saya telah dijemput untuk turut bersama memeriahkan Majlis Penyampaian Insentif kepada para atlet, jurulatih dan persatuan sukan yang telah berjaya membawa pulang pingat ketika Sukan Malaysia Ke-16 Kuala Lumpur 2013. Melihat kepada segala usaha dan kejayaan yang diperoleh oleh para atlet cemerlang, saya semakin yakin bahawa Pulau Pinang mampu melahirkan lebih ramai lagi atlet bertaraf antarabangsa. Sebagai tanda penghargaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, adalah diputuskan bahawa mereka yang cemerlang ketika temasya Sukan Malaysia 2013 akan diberikan insentif tambahan sebanyak 50% daripada insentif awal yang telah ditetapkan ketika Majlis Penyampaian Insentif Sukan Malaysia bagi Kontinjen Pulau Pinang pada 19 Julai lalu. Maka pada hari ini, bayaran tambahan 50% seperti yang telah saya janjikan akan dikotakan pada hari ini kepada atlet-atlet yang berjaya. Bayaran berjumlah RM61,700.00 ini merupakan bayaran tambahan 50% daripada jumlah keseluruhan RM123,400.00 yang telahpun disampaikan pada bulan Julai yang lalu.

Adalah diharapkan bahawa bayaran tambahan insentif ini dapat mendorong para atlet untuk mengekalkan dan meningkatkan lagi prestasi masing-masing, dan terus berusaha untuk meningkatkan lagi kecemerlangan sukan negeri Pulau Pinang.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian,

Dalam memperkasakan budaya kesukanan dikalangan masyarakat Pulau Pinang dan mengambil kira kepentingan dan sumbangan sukan ke arah meningkatkan masyarakat Pulau Pinang yang sihat, berdisiplin dan berdaya saing, Kerajaan Negeri akan berusaha untuk menggalakkan program-program sukan berprestasi tinggi dan sukan massa di Pulau Pinang terus dijalankan sepanjang tahun.

Penekanan oleh Kerajaan Negeri adalah untuk mewujudkan budaya bersukan di kalangan rakyat Pulau Pinang bagi menggalakkan aktiviti dan amalan gaya hidup sihat sentiasa sebati dalam kehidupan seharian masyarakat.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian,

Sememangnya benar bahawa untuk menjadi atlet yang berjaya, disiplin dan komitmen yang tinggi adalah amat perlu. Dan untuk melahirkan kecenderungan untuk berjaya, sokongan daripada ahli keluarga juga amat penting. Saya difahamkan bahwa ramai ahli keluarga atlet-atlet kita juga turut turun padang untuk berada disisi anak-anak kesayangan ketika pertandingan dan latihan bagi memberikan motivasi dan sokongan emosi agar nekad untuk berjaya tidak pudar walaubagaimana besar cabaran yang dihadapi.

Saya sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua atlet-atlet negeri termasuk ibu-bapa atlet, para jurulatih yang berdedikasi dan pihak persatuan yang tanpa penat lelah memberikan sokongan padu kepada atlet-atlet ini untuk terus berlatih dengan gigih untuk berjaya.

Sekian, terima kasih.

09 di jelutong - Google Blog Search

09 di jelutong - Google Blog Search


Pemilihan sayap <b>di</b> UMNO Bahagian <b>Jelutong</b> mencurigakan

Posted: 17 Oct 2013 04:23 AM PDT

Pemilihan peringkat sayap UMNO sudah berlalu. Walaupun pihak tertentu menyatakan tiada unsur 'rasuah politik' atau 'politik wang' dilaporkan berlaku, namun kenyataannya adalah sebaliknya. Politik wang masih berlaku. Selain politik wang, ada pula perbuatan atau tindakan yang tidak sepatutnya berlaku tetapi dilakukan. Umpamanya, melihat anggota perwakilan mengundi atau memberi 'arahan' untuk mengundi calon tertentu. 
Foto berikut yang dirakam semasa perwakilan Wanita UMNO Bahagian Jelutong mengadakan pemilihan menunjukkan 'pemantau' yang dilantik ketua bahagian, Abdul Razak, jelas kelihatan melihat dari belakang anggota perwakilan mengundi. Ada maklumat yang menyatakan pemantau turut memberi arahan atau 'tunjuk ajar' untuk mengundi calon tertentu. Perkara serupa berlaku pada pemilihan Pemuda dan Puteri bahagian yang sama. Ibu Pejabat UMNO semestinya menyiasat apa yang berlaku di bahagian Jelutong dan mengambil tindakan sewajarnya jika ia didapati benar. Ketelusan dan integriti UMNO mesti dipertahankan jika pucuk pimpinan parti ingin melihat kelangsungan parti itu.

09 di tanjung tokong - Google Blog Search

09 di tanjung tokong - Google Blog Search


Gempar! Surau Jadi <b>Tokong Di</b> Sebuah Resort <b>Di Tanjung</b> Sedili <b>...</b>

Posted: 13 Oct 2013 12:30 AM PDT

Penduduk sekitar perkampungan nelayan Sedili Besar di Kota Tinggi, gempar selepas bangunan yang didirikan di sebuah kawasan resort sebagai surau dicemari dengan upacara sembahyang agama lain.

Upacara sembahyang yang dijalankan dipercayai oleh penganut agama Buddha itu disedari seorang pengunjung resort yang ingin menunaikan solat asar petang semalam.

Ahmad Tarmizi Adnan, 45, bersama 10 ahli keluarganya yang berkunjung ke resort itu sempena cuti Hari Raya Aidilfitri terkejut sebaik sahaja tiba di bangunan tersebut selepas terdengar suara orang seperti sedang membaca mentera berserta bunyi loceng.

"Apabila saya tinjau, sekumpulan lelaki dan wanita berpakaian serba putih kelihatan sedang membuat upacara sembahyang yang diketuai seorang sami.

"Saya terus merakam upacara itu menggunakan telefon bimbit sebelum membuat laporan di Balai Polis Kuala Sedili," kata peniaga yang berasal dari Lembah Pantai, Kuala Lumpur itu.

Sementara itu, penduduk, Abd. Halim Ibrahim, 44, kesal dengan tindakan pengusaha resort tersebut yang tidak peka dengan sensitiviti masyarakat di kawasan berkenaan.

"Kita tahu bangunan tersebut dibina di tanah persendirian milik pengusaha, tetapi janganlah memperlekeh kesucian agama Islam dengan membenarkan upacara sembahyang agama lain di surau.

"Sehubungan itu, saya berharap pihak berkuasa tempatan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pengusaha resort tersebut," katanya.

Sementara itu, Imam II Masjid Besar Al-Muttaqin Sedili Besar, Norizan Haron, 51, mengakui kecewa kerana beliau adalah salah seorang yang menyokong dan menandatangani permohonan pengusaha tersebut mendirikan sebuah surau bagi pengunjung beragama Islam yang menginap di resort tersebut.

"Saya kecewa apabila pengusaha resort itu tidak menghargai apa yang kami berikan, sebaliknya memperlekeh agama Islam," katanya.

Dalam pada itu, tinjauan mendapati persekitaran surau berkenaan sudah dibersihkan namun pemilik atau pengusaha resort tersebut gagal dihubungi untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Mohd. Nor Rasid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kes tersebut yang dibuat penduduk kampung berkenaan.

Incoming search terms:


Surau <b>Tanjung</b> Sutera Resort dijadikan <b>tokong</b> cetus kemarahan <b>...</b>

Posted: 11 Aug 2013 09:11 PM PDT

KUALA LUMPUR — Tindakan sekumpulan penganut Buddha mengadakan upacara meditasi di ruangan solat  surau di Tanjung Sutera Resort, Kota Tinggi, Johor,  mencetus kemarahan penduduk kampung di situ.

Dua laporan polis telah dibuat oleh pelancong tempatan, Ahmad Tarmizi Adnan, 43 dan Arizalakmal Ayob, 41  berhubung insiden itu.

Dalam insiden yang berlaku pada 1.15 petang sabtu lalu, 12 orang lelaki dan wanita diiringi oleh seorang sami buddha, didakwa melakukan upacara terbabit dengan meletakkan gambar tuhan mereka dengan tujuan untuk menyembah.

Satu pertengkaran dilaporkan tercetus antara penduduk kampung yang menghalau mereka supaya keluar dari surau terbabit.

"Tujuan saya buat laporan adalah kerana rasa tidak berpuas hati dengan tindakan mereka yang seakan cubaan menghina agama islam dan membuat provokasi di tempat  beribadat untuk orang Islam," menurut Arizalakmal dalam laporannya.

"Saya dapat saksikan di dalam surau tersebut ada kelimah-kalimah dan tercatat Allah dan Muhammad. Timbul keraguan kami semua yang beragama islam bersabit kegiatan di surau tersebut, saya mewakili penganut agama Islam yang menyaksikan akitiviti keagamaan yang bercanggah itu menyarankan mana-mana pihak mengambil tindakan kegiatan sedemikian, kami rasa ini satu penghinaan kepada agama Islam," kata Ahmad Tarmizi.

Satu video selama 1 minit 17 saat, merakamkan upacara terbabit kini tersebar di Youtube.

Apa yang menjadi persoalan ialah mengapa pengurusan Tanjung Sutera Resort membenarkan kumpulan ini menggunakan surau berkenaan.

Ketika dihubungi, jurucakap tempat peranginan terbabit, Syed Ahmad Alkaff menafikan surau itu telah dijadikan tokong.

Katanya pengurusan resort itu hanya membenarkan kumpulan itu menumpang di situ.

"Tak betul. Orang tumpang dalam surau," katanya.

Namun, beliau enggan mengulas lanjut kerana sedang berdepan dengan beberapa orang anggota polis.

Gambar Surau Jadi <b>Tokong</b> Resort <b>Tanjung</b> Sutera Dirobohkan <b>...</b>

Posted: 28 Aug 2013 02:24 AM PDT

Gambar surau jadi tokong di Resort Tanjung Sutera di Sedili besar, Johor dirobohkan. Ini bertujuan untuk mengelakkan segala kontroversi selepas surau tersebut digunakan oleh penganut agama Buddha untuk mengadakan ritual keagamaan di surat tersebut. Berita ini tersebar meluas dan menyebabkan kemarahan umat islam di Malaysia kerana surau tidak harus dijadikan upacara menyembah berhala. Selain itu, arah kiblat di Surau berkenaan turut meragukan manakala pembinaan tapaksurau itu adalah haram tanpa kebenaran bertulis dari majlis daerah.

Gambar Surau Resort Tanjung Sutera Dirobohkan

Surau-Sedili

surau dirobohkan

surau roboh

surau roboh

Surau-Sedili

09 di bagan ajam - Google Blog Search

09 di bagan ajam - Google Blog Search


Lelaki berperwatakan wanita ditemui mati <b>di</b> rumah sewa <b>di Bagan</b> <b>...</b>

Posted: 13 Oct 2013 03:38 AM PDT

ANGGOTA polis mengangkat mayat Athiswaran yang dibunuh di rumah sewanya di Butterworth, Pulau Pinang semalam.

BUTTERWORTH 13 Okt. - Seorang lelaki berperwatakan wanita ditemui mati berlumuran darah dengan beberapa kesan kelar di leher dan badan di rumah sewanya di di Blok A, Taman Pantai Bersih, Bagan Ajam
awal pagi ini.

Mayat S. Athiswaran, 31, ditemui pada pukul 9 pagi oleh jirannya di dalam sebuah bilik rumah sewa yang didiaminya sejak dua tahun lalu.

Jiran yang tinggal bersebelahan rumah sewa mangsa merasa hairan apabila mendapati pintu utamanya terbuka dan apabila ditolak dia terkejut selepas ternampak mayat mangsa yang berlumuran darah sebelum menghubungi polis.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mohd. Nasir Salleh berkata, polis yang tiba tidak lama kemudian menemui mayat mangsa dalam keadaan kaki dan tangan diikat manakala badannya ditutup dengan plastik dalam sebuah bilik.

Beliau berkata, siasatan polis mendapati terdapat beberapa luka dan kesan kelar di leher dan perut mangsa.

Katanya, berdasarkan keterangan jiran mangsa, mereka terdengar bunyi kecoh dan pergaduhan di rumah lelaki itu lewat malam tadi.

"Mangsa menyewa rumah itu seorang diri dan kita tidak menolak kemungkinan pembunuhan itu dilakukan lebih daripada seorang suspek," katanya kepada pemberita di tempat kejadian hari ini. - UTUSAN ONLINE

Sumber Utusan dan Kosmo 13 Okt 2013