Isnin, 21 Oktober 2013

09 di Bayan lepas - Google Blog Search

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


Tanah Runtuh <b>Di Bayan Lepas</b>, 4 Sekeluarga Nyaris Maut

Posted: 02 Sep 2013 11:45 PM PDT

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

09 di tanjung tokong - Google Blog Search

09 di tanjung tokong - Google Blog Search


Gempar! Surau Jadi <b>Tokong Di</b> Sebuah Resort <b>Di Tanjung</b> Sedili <b>...</b>

Posted: 13 Oct 2013 12:00 AM PDT

Penduduk sekitar perkampungan nelayan Sedili Besar di Kota Tinggi, gempar selepas bangunan yang didirikan di sebuah kawasan resort sebagai surau dicemari dengan upacara sembahyang agama lain.

Upacara sembahyang yang dijalankan dipercayai oleh penganut agama Buddha itu disedari seorang pengunjung resort yang ingin menunaikan solat asar petang semalam.

Ahmad Tarmizi Adnan, 45, bersama 10 ahli keluarganya yang berkunjung ke resort itu sempena cuti Hari Raya Aidilfitri terkejut sebaik sahaja tiba di bangunan tersebut selepas terdengar suara orang seperti sedang membaca mentera berserta bunyi loceng.

"Apabila saya tinjau, sekumpulan lelaki dan wanita berpakaian serba putih kelihatan sedang membuat upacara sembahyang yang diketuai seorang sami.

"Saya terus merakam upacara itu menggunakan telefon bimbit sebelum membuat laporan di Balai Polis Kuala Sedili," kata peniaga yang berasal dari Lembah Pantai, Kuala Lumpur itu.

Sementara itu, penduduk, Abd. Halim Ibrahim, 44, kesal dengan tindakan pengusaha resort tersebut yang tidak peka dengan sensitiviti masyarakat di kawasan berkenaan.

"Kita tahu bangunan tersebut dibina di tanah persendirian milik pengusaha, tetapi janganlah memperlekeh kesucian agama Islam dengan membenarkan upacara sembahyang agama lain di surau.

"Sehubungan itu, saya berharap pihak berkuasa tempatan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pengusaha resort tersebut," katanya.

Sementara itu, Imam II Masjid Besar Al-Muttaqin Sedili Besar, Norizan Haron, 51, mengakui kecewa kerana beliau adalah salah seorang yang menyokong dan menandatangani permohonan pengusaha tersebut mendirikan sebuah surau bagi pengunjung beragama Islam yang menginap di resort tersebut.

"Saya kecewa apabila pengusaha resort itu tidak menghargai apa yang kami berikan, sebaliknya memperlekeh agama Islam," katanya.

Dalam pada itu, tinjauan mendapati persekitaran surau berkenaan sudah dibersihkan namun pemilik atau pengusaha resort tersebut gagal dihubungi untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Mohd. Nor Rasid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kes tersebut yang dibuat penduduk kampung berkenaan.

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Incoming search terms:

09 di permatang pauh - Google Blog Search

09 di permatang pauh - Google Blog Search


Khairy dan @AzwanBro dijangka menang mudah <b>di Permatang</b> <b>...</b>

Posted: 11 Oct 2013 09:56 PM PDT


Mesyuarat Perwakilan Umno Permatang Pauh 2013 -201 6  hari ini berlangsung di IPG Tuanku Bainun .

Sekarang ini proses pengundian oleh perwakilan seramai 380 orang masih lagi berlangsung bagi memilih kepimpinan baru Jawatankuasa Pemuda baru Bahagian & Pusat. Ia berjalan dengan lancar tanpa berlaku sebarang kekecohan.

Daripada pemerhatian GPB hari ini terhadap mood perwakilan   , YB Khairy Jamaluddin &  Khairul Azwan Harun @AzwanBro akan menang kerana sokongan kuat  perwakilan Prmtg Pauh untuk jawatan Ketua Pemuda & Naib Ketua Pemuda.

Keputusan pemilihan sayap Pemuda ini  hanya akan diketahui selewat-lewatnya petang ini.


09 di balik pulau - Google Blog Search

09 di balik pulau - Google Blog Search


DUNIA ITU: Lebih 600 penduduk <b>di Balik Pulau</b> terjejas akibat banjir

Posted: 13 Oct 2013 03:44 AM PDT

BALIK PULAU - Lebih 600 penduduk terjejas teruk akibat banjir kilat yang berlaku berikutan pertembungan hujan lebat sejak awal hari ini dengan fenomena air laut pasang besar.


Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata, keluarga yang terjejas dengan banjir kilat itu ditempatkan sementara di balai raya serta masjid dan akan dibenarkan pulang lewat petang ini apabila air surut sepenuhnya.

Dr Hilmi yang juga anggota Parlimen Balik Pulau berkata, kawasan kampung yang terjejas dengan banjir itu juga dilengkapkan dengan sistem saliran yang baik bagaimanapun pertembungan air laut dan air hujan mengakibatkan air melimpah keluar.

"Kalau hanya hujan biasa kawasan ini tidak akan banjir kerana kita telah perbesarkan longkang manakala sistem saliran di sini baik, tetapi hujan kali ini bertembung dengan fenomena air laut pasang besar jadi air melimpah keluar dari longkang.

"Buat masa ini bantuan segera yang diberikan adalah bantuan makanan kepada mangsa dan mereka perlu tunggu sementara waktu sehingga air surut, jangka petang ini air akan surut," katanya kepada pemberita selepas melawat penduduk yang terjejas akibat banjir kilat itu.

Enam buah kampung yang terjejas teruk di kawasan Balik Pulau adalah Kampung Betong, Kampung Pinang Nirai, Kampung Genting, Kampung Terang, Jalan Baharu dan Kampung Permatang Tengah, manakala di kawasan Teluk Kumbar hanya Kampung Masjid yang terjejas.

Setakat ini, 40 orang dari kawasan Balik Pulau dipindahkan sementara ke Masjid Pulau Betong manakala 30 orang dari Kampung Masjid dalam kawasan Teluk Kumbar dipindahkan ke dewan masjid, Kampung Masjid Teluk Kumbar.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Balik Pulau, Norasikin Md Isa berkata, pihaknya menerima panggilan daripada penduduk sekitar 9.18 pagi dan dimaklumkan air sudah memenuhi jalan raya dan rumah mereka.

"Setakat ini keadaan adalah terkawal, bagaimanapun pihak bomba menasihatkan agar penduduk duduk sahaja di rumah, kerana air yang deras dan kita tidak tahu bahaya yang sedang menunggu di luar. - Bernama

13 Okt 2013

9 jam tahan sejuk

Balik Pulau: Banjir kilat terburuk yang melanda 20 kampung di kawasan ini mencetuskan panik apabila air naik hingga mencapai paras dada menyebabkan kira-kira 1,000 penduduk terjejas.

Hujan lebat yang melanda kawasan itu sejak jam 2 pagi dan berterusan sehingga jam 2 petang selain faktor air laut pasang menyebabkan paras air naik mendadak dengan cepat.

Malah, ada beberapa penduduk yang pada mulanya enggan berpindah kerana mendakwa sudah biasa dengan keadaan itu akur apabila melihat keadaan bertambah buruk.

Selain itu, persiapan penduduk untuk menyambut Aidiladha turut musnah dan ada antara mereka yang mengadakan kenduri kahwin terpaksa menjamu selera dalam keadaan air melimpah di khemah kenduri.

Di Kampung Paya, Teluk Kumbar, di sini tiga wanita warga emas yang uzur diusung keluar anggota penyelamat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) selepas air naik separas pinggang.

Seorang daripada warga emas terbabit, Jariah Romli, 79, diusung keluar dari rumahnya selepas air didapati tidak surut menyebabkan dia yang uzur menahan kesejukan hampir sembilan jam.

Menurut anak lelakinya, Roslan Ahmad, 54, ibunya pada mulanya enggan keluar dari rumah kerana beranggapan air surut seperti banjir kilat sebelum ini.

"Kawasan rumah kami memang selalu dinaiki air jika hujan lebat, namun surut tidak lama selepas itu.

"Bagaimanapun, hari ini (semalam) banjir kilat yang melanda kampung ini agak pelik kerana air hanya surut sedikit dan saya meminta JPAM membantu mengeluarkan ibu," katanya.

Menurutnya, hujan lebat melanda sejak jam 4 pagi dan berlarutan hingga tiga jam dan air ketika itu naik hingga paras dada.

"Saya sangka air surut seperti sebelum ini, namun selepas hampir enam jam menunggu air hanya surut hingga paras pinggang.

"Melihatkan keadaan ibu yang uzur dan menahan sejuk saya akhirnya meminta bantuan pasukan keselamatan membawa ibu keluar," katanya.

Sementara itu, lebih 300 rumah di beberapa kampung sekitar Pulau Betong di sini turut dilanda banjir kilat yang disifatkan sebagai terburuk pernah berlaku di situ.

Tinjauan mendapati air naik sehingga paras pinggang dan penduduk tidak sempat menyelamatkan barang berharga yang musnah ditenggelami air.

Mangsa, Siti Mariam Kassim, 68, berkata, kejadian berkenaan adalah banjir paling buruk yang dialami kerana sebelum ini kediaman mereka tidak pernah dinaiki air sehingga ke paras pinggang.

Katanya, barangan keperluan yang dibeli sempena Aidiladha turut dihanyutkan air dan mereka menyambutnya secara ala kadar.

"Sebelum ini, pernah berlaku banjir, tetapi tidak seteruk ini dan kami juga terkejut dengan keadaan itu, tetapi terpaksa menerimanya.

"Beberapa barangan berharga dan elektrik turut rosak kerana tidak sempat diselamatkan," katanya.

Dalam kejadian banjir di kawasan itu juga, seorang wanita warga emas dipatuk ular ketika dia dalam perjalanan dari rumahnya menuju ke jalan besar .

Mangsa Aishah Ismail, 68, dikejarkan ke Hospital Balik Pulau (HBP) untuk menerima rawatan dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

Antara kawasan lain yang turut dinaiki air adalah Kampung Nelayan, Teluk Kumbar, Taman Iping, Bayan Lepas dan Pintasan Kenari, Sungai Ara.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Mohd Hatta Mohd Zain berkata, setakat ini 40 penduduk di kawasan Pulau Betong dipindahkan ke Masjid Pulau Betong manakala 30 keluarga di kawasan Teluk Kumbar dipindahkan ke Dewan Masjid Teluk Kumbar.

"Ada ramai lagi penduduk dibawa keluar dari rumah masing-masing dan ada antara mereka menumpang di rumah sanak saudara sementara menunggu air surut.

"Setakat ini keadaan terkawal dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.

myMetro 14 Okt 2013

09 di nibong tebal - Google Blog Search

09 di nibong tebal - Google Blog Search


ZAINAL ABIDIN KEKAL KETUA UMNO BAHAGIAN <b>NIBONG TEBAL</b> <b>...</b>

Posted: 17 Oct 2013 06:30 PM PDT

BUTTERWORTH 17 Okt. - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman hampir pasti mengekalkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal apabila pencabarnya, Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah menarik diri pada saat-saat akhir.
Abdul Rashid, 65, yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri berkata, beliau menyerahkan surat menarik diri daripada bertanding kepada Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang hari ini.
"Pada 2008 saya menyerahkan jawatan ketua bahagian kepada Zainal Abidin tanpa ada pertandingan.
"Saya rasa keadaan ini sewajarnya dikekalkan demi keutuhan parti," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pada 21 September lalu, Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang menolak pencalonan Abdul Rashid bersama enam lagi calon lain yang digantung keahliannya atas tuduhan cuba mensabotaj parti pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Walau bagaimanapun, beliau kemudian didapati tidak bersalah oleh Lembaga Disiplin parti.
Abdul Rashid turut melahirkan harapan agar UMNO Bahagian Nibong Tebal di bawah kepemimpinan Zainal Abidin dapat berusaha lebih gigih bagi memastikan Barisan Nasional (BN) merampas semula Parlimen Nibong Tebal daripada pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.

09 di bagan ajam - Google Blog Search

09 di bagan ajam - Google Blog Search


Ada Toyolkah <b>di Bagan Ajam</b>, Seberang Perai? - Akak dibalik pintu

Posted: 23 Oct 2012 02:07 AM PDT

Tidak pasti sama ada cerita ini sudah lama berlaku ataupun tidak. Namun kisah ini dicatatkan pada 2011 yang lalu tentang kisah misteri toyol di kawasan Bagan Ajam, Seberang Perai. Lebih 100 keluarga di tiga kampung dekat sini hidup dalam keadaan tertekan dan keresahan berikutan wang simpanan mereka semakin kerap hilang. Mereka mendakwa, kehilangan itu dipercayai angkara perbuatan toyol berdasarkan beberapa kejadian pelik dilalui penduduk sebelum rumah mereka dimasuki dan wang disedari hilang.



Penduduk berkata, biarpun pelbagai cara diguna untuk menghalang kecurian itu termasuk menggunakan khidmat perubatan tradisional, namun sehingga kini kejadian itu terus berlaku dan ia kini semakin menjadi-jadi hingga merimaskan mereka.
Seorang penduduk, En.Abd.Aziz Ishak, 64, dari Kampung Contoh berkata, kecurian dipercayai angkara toyol itu mula berlaku awal Ogos lalu apabila wang di rumahnya sering didapati hilang.
"Peliknya, jumlah wang yang hilang itu bukannya banyak hanya sekadar RM50 dalam satu-satu masa, namun kejadian kecurian itu akan berulang menyebabkan jumlahnya kerugian dialami saya sahaja mencecah RM300″

"Sebagai orang lama saya dapat mengagak ia melibatkan toyol kerana makhluk ini hanya mengambil sejumlah RM50 sahaja pada satu masa biarpun pada masa sama terdapat sejumlah wang lain yang disimpan di dalam laci, poket seluar mahupun di bawah bantal" katanya.
Peniaga kedai makan, Pn.Norzuliatun Nordin, 35, mengalami kejadian sama beberapa kali sebelum ini selepas menyedari wang simpanannya sering kurang sebanyak RM50 setiap hari.
"Saya percaya ini perbuatan toyol kerana sebelum menyedari wang simpanan hilang, saya sering terdengar rengekan suara kanak-kanak di kawasan rumah yang kemudiannya diikuti dengan perasaan seram dan gementar"
"Setiap kali selepas mengalami suasana begitu saya mendapati wang simpanan menjadi susut sebanyak RM50 dan kejadian terbaru dialami pada Ahad lalu apabila wang kutipan raya anak hilang sebanyak RM50″ katanya.
Menurutnya, selepas tujuh kali mengalami keadaan sama dia berjumpa dengan seorang pengamal perubatan tradisional dan dimaklumkan ia angkara toyol berdasarkan ia merengek seperti kanak-kanak sebelum memasuki rumah mangsanya.
Kehilangan Wang Berlaku Sehingga Lima Kali
Bagi En.Huszaimi Abu Hassan, dari Flat Teluk Air Tawar berkata, dia lima kali mengalami kehilangan wang sejak mula menyambut puasa lalu.
"Selepas mendengar banyak rakan kehilangan wang, saya mula mengambil pelbagai langkah keselamatan termasuk mengikut petua orang lama menghalau gangguan makhluk halus ini seperti menabur kacang hijau di muka pintu dan menyelitkan benda tajam seperti jarum dan paku didinding dan tepi tingkap.
"Namun semua usaha ini tak berkesan apabila mendapati kacang hijau itu berselerak seolah-olah diusik oleh toyol manakala paku dan jarum dicabut dan hilang menyebabkan saya turut mengalami nasib malang kehilangan wang akibat dicuri," katanya.
Penduduk Mengeluh Kerana Ikhtiar Gagal
Dalam pada itu, hasil temuramah kami ke atas penduduk tiga kampung berkenaan, kebanyakan mereka mengeluh kerana pelbagai langkah diambil termasuk berpakat menganjurkan majlis bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan surah Kursi namun kecurian itu masih berlaku.
Pn.Norma Bakar, 43, yang tiga kali mengalami kecurian berkata, dia dan penduduk lain mula menggunakan satu lagi petua baru iaitu mencucuk wang kertas RM50 dengan jarum bagi menghalang wang simpanan mereka daripada dicuri toyol.
"Penduduk juga mengambil satu pendekatan lain iaitu mencucuk buah limau purut dengan paku dan diletakkan berdekatan wang simpanan dalam usaha menghalangnya dari hilang"
"Memang sah ini kerja makhluk halus itu kerana jika diletakkan wang kertas lain seperti RM10 dan RM5 ianya tidak terusik tapi jika terdapat wang kertas RM50 ia akan didapati hilang," katanya.


Haaaa...itulah kisah toyol kat Malaysia ni..kat luar negara tak tahulah kalau2 makhluk bernama toyol ni wujud ke tidak...namun korang tahu tak macamana cara diorang nak bela toyol ni...cuba baca cara2 nak dapatkan toyol kat sini pulak....
baca jer tau...jgn amalkan...

09 di Gelugor - Google Blog Search

09 di Gelugor - Google Blog Search


Tasek <b>Gelugor</b> Portal: BANJIR <b>Di</b> Tasek <b>Gelugor</b> !!

Posted: 20 Oct 2013 01:00 PM PDT

Berikutan hujan lebat yang bermula sejak hari sabtu yang lalu , Tasek Gelugor kini di landa banjir sehingga mengakibatkan penduduk di beberapa buah kampung perlu di pindahkan ke pusat-pusat penempatan sementara yang di buka.
Berdasarkan sumber , selain dari hujan di sekitar kawasan Tasek Gelugor hujan lebat di daerah Baling Kedah juga menjadi punca kenaikan paras air secara mendadak di beberapa sungai dan ianya mengalir terus melalui hubungan di antara sungai-sungai yang terlibat termasuklah di kawasan Tasek Gelugor.
Kawasan-kawasan yang terlibat adalah Paya Tok Akil,Padang Menora,Lahar Yooi,Seberang Tok Dol,Labuh Banting,Lubuk Meriam dan beberapa kawasan sekitar.
Melalui pemantauan yang di lakukan oleh TGP tengah malam tadi pengaliran air di sungai masih berterusan dengan arus yang agak kuat dan ini memungkinkan paras air akan terus naik.Walaubagaimanapun semua agensi kerajaan seperti PDRM,Pertahanan Awam,JKR,TNB dan lain-lainnya sudah pun berada dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Sejak pagi tadi Ahli Parlimen Tasek Gelugor , YB Datuk Shabudin Yahya bersama-sama dengan ADUN kawasan Permatang Berangan dan Sungai Dua sudah pun turun padang melawat mangsa-mangsa banjir dan memantau kawasan terlibat.
YB Datuk Shahbudin Yahaya berkata seramai 300 orang di 13 buah kampung telah dipindahkan ke pusat sementara di Paya Tok Akil, Padang Menora dan Lebuh Banting.
"Mereka adalah daripada 53 buah rumah di 13 kampung berhampiran Sungai Jarak yang dilanda banjit kilat akibat hujan lebat dan air sungai melimpahi kawasan berkenaan.
"Setakat ini kita salurkan bantuan segera berupa keperluan asas dan bantuan susulan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat akan diberikan dalam tempoh terdekat," katanya.Baca Seterusnya 
Berikutan itu sebanyak 5 buah pusat penempatan mangsa banjir telah di buka melibatkan Paya Tok Akil,Desa Puri,Lubuk Meriam,Padang Menora dan Chegar. 
Dalam masa yang sama bantuan berupa makanan dan keperluan harian sudah pun di hulurkan dan akan berterusan dari masa ke semasa.
Sehingga berita ini di tulis semua mangsa sudah pun di pindahkan dan tidak ada laporan yang mengakibatkan kehilangan nyawa mahupun kecederaan yang di laporkan.