Isnin, 11 November 2013

09 di Batu uban - Google Blog Search

09 di Batu uban - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Batu uban</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Jun 2013 09:25 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu uban</b> - Google Blog Search

Posted: 23 May 2013 09:04 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu uban</b> - Google Blog Search

Posted: 08 May 2013 09:42 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu uban</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Apr 2013 09:19 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

SEMALAM BERSAMA RAFIZI RAMLI <b>DI BATU UBAN</b> P.PINANG <b>...</b>

Posted: 20 Dec 2012 08:35 PM PST

 RAFIZI RAMLI MENGGODAM DASAR-DASAR UMNO -  BN DI P.PINANG

BATU UBAN kampung bersejarah , di antara yang tertua di P. Pinang. Kampung yang telah wujud sebelum kedatangan Kepten Francis Light  yang kononnya membuka P.Pinang. Hakikatnya pulau ini telah pun terbuka sebab itu namanya Pulau Pinang bukannya Prince of Wales Island.Pada ketika itu di batu Uban wujud pelabuhan dan pusat pentadbiran.

Batu Uban dibuka oleh Datuk Nakhoda Nan Intan atau Penghulu Mohamad Salleh dari kampung Buadi Sumatera. Diasaskan 50 tahun sebelum ketibaaan  Light pada tahun  1786. Begitu juga dengan Tanjong Penaga, Jelutong,Datuk Keramat, tanjong Tokong dll.

Ada masjid yang didirikan beliau, ada telaga, tanah perkuburan dan persekitaran  yang masih dihuni oleh anak cucunya. Agak malang pengisian kemerdekaan sangat    tidak menghormati nilai sejarah , budaya dan warisan peribuminya. Malahan sangat zalim apabila berhadapan dengan pembangunan komersial.

Warisan  perlu  dibela untuk mengangkat martabat  bangsa . Di sinilah Saudara Rafizi Ramli berceramah pada malam Selasa 17 hb Disember 2012.  Kampung yang terkepung dan terperangkap dengan pembangunan pesat. hampir sangat akan tenggelam dan terhapus .Tinggal masjid dan tanah perkuburan sahaja.

Sebelumnya Saudaran Ravintharan ADUN Batu Uban telah berceramah , menegaskan :

Memelihara warisan bukan  memelihara masjid semata-mata. Masjid wujud bersama qariah.Bila qariah berpindah dengan sendirinya masjid tidak berfungsi lagi. Jadi kawasan disekeliling masjid mesti dipelihara sebagai zon warisannya. Kawasan  disekeliling masjid dengan persekitaran yang berpatutan mesti dipertahankan.

Inilah perkara yang diperjuangkan dengan sungguh -sungguh oleh ahli Majlis Perbandaran P.Pinang yang juga aktivis PAS Bayan baru Saudara Iszuree Ibrahim. Ada usaha nekad untuk menghantar rombongan berjumpa dengan Datuk Seri Rais Yatim menteri yang bertanggung jawap tentang warisan.

Beliau perlu bertindak mewartakan Batu Uban menjadi kampung warisan. Jika Zakiah Hanum, mantan pengarah Muzium Negara  boleh membeli tanah tapak rumah P.Ramlee dan mewartakannnya menjadi zon warisan kenapa tidak dengan Batu Uban dan Tanjong Tokong. Dua warisan P.Pinang yang tertua. Warisan rumah P.Ramlee jauh lebih muda daripada keduannya itu.

Saudara Rafizi telah memfokuskan  usaha Pakatan Rakyat mengatasi masalah keluhan rakyat. Rakyat  yang terperangkap dalam kenaikan harga barang dan kos hidup akibat gejolak dan  lonjakan  inflasi yang tidak terkawal. Sedangkan upah dan gaji tidak bertambah. Sebagai kerajaan dan pemimpin kita harus berfikir bagaimana hendak mengatasinya.

PR berazam menjanjikan satu pakej ekonomi untuk kerajaan yang bertanggung jawap. Rakyat akan dibela.Rakyat sama sekali  tidak akan dibiarkan lemas dan tenggelam  dalam arus kenaikan inflasi. Apa tindakannya :

- PR akan menggunakan sebahagian keuntungan PETRONAS melebihi RM  80 Bilion untuk memberi subsidi kepada  harga petrol semasa. Faedah yang dinikmati oleh  semua rakyat . Harga barang dan kos penghantaran dengan sendirinya akan turun.

- PTPTN akan dihapuskan menjadi pelaburan kerajaan kepada rakyat yang terpelajar. Mereka  akan  menyumbang semula  kepada pembangunan masa depan negara.

- Cukai kereta sekali ganda daripada harga asal sangat mencekik golongan muda yang baru bekerja. Cukai ini akan dikaji. Tidak ada negara di dunia yang mengenakan cukai kenderaaan yang begiti tinggi. Rakyat dibebankan dengan tol, bayaran insuran dan cukai jalan yang tinggi, saman trafik, bayaran bulanaan kenderaaan yang tinggi dan pembaikan kereta dan harga petrol. Ini telah menjadi trauma dan memakan jumlah perbelanjaan yang besar untuk satu item sahaja. Bagaimana dengan yang lain-lain,Gaji permulaan hanya sekitar RM 2000 sahaja. Mengkiut perkiraan beliau RM 1000 ke tas dibelanjakan untuk kereta sahaja

Rakyat perlukan kerajaan yang bertanggung jawap yang memikirakan nilai hidup warganya.Malaysia cukup kaya tetapi kekayaannya diagihkan ke mana. Golongan kaya tambah meliana tetapi rakyat terbanyak papa kedana. Pendapatan rakyat dirompak melalui mekanisme ekonomi yang merangkap kehidupan dan kerajaan membiarkan ianya berlalu begitu sahaja. Jawapannya negara akan bankraf jika subsidi diberi. Dalam masa yang sama subsidi terus diberi kepada para kroni yang membekalkan tenaga letrik kepada TNB. Sepaptutnya harga letrik murah tetapi bayaranya terus meningkat,Sekali lagi rakyat terjerat dan dimangsakan.

Rafizi menggariskan 3 ciri  penting,  menentukan sesebuah kerajaan itu bertanggung jawap atau pun tidak :

Pertama – para pemimpinnya memikirkan nasib rakyat jelata. Mencari jalan bagaimana mengatasi kesususahan hidup mereka supaya terkeluar daripada perangkap ekonomi yang bermasalah.Tugas pemimpin membela kepentingan rakyat.

Kedua -  para pemimpinnya terlihat telus dan bersih.Tidak dikaitkan atau dipalit dengan isu rasuah. Tidak wujud keadaan sambil menyelam sambil minum air. Mengambil peluang merembat kekayaan negara semasa berkuasa, menangguk di air yang keruh. gunting dalam lipatan dan pagar makan padi.

Ketiga – Pemimpin mesti berakhlak tinggi. Contoh teladan kepada umat. Sebagaimana kata Ghandi. Salah satu daripada  jenayah moral yang terbesar ialah wujudnya keadaan golongan istimewa yang mendapat limpahan kekayaan tanpa bekerja " Wealth without work"

Rafizi mengakhiri dengan meminta supaya rakyat berfikir dan menilai kebaikan dan keburukan dengan mata yang terbuka. Jika rakyat di Baram boleh berfikir dengan mengatakan bahawa sebagai tuai rumah panjang saya akan membenarkan PKR, PBB, PBDS siapa sahaja  untuk berceramah.saya tidak boleh membaca.Tidak semestinya saya tidak boleh berfikir. Saya akan buat pilihan yang terbaik untuk kebaikan orang saya.

Di harap Pakatan Rakyat  tidak sekadar menjadikan rakyat sekadar modal berkempen untuk memburuk-burukkan UMNO – BN . Ia perlu ada agenda yang kemas untuk mebela nasib rakyat terutama orang Melayu yang semakin tenggelam di P.Pinang akibat dasar-dasar kerajaan yang terlalu pro pelaburan, kapitalis dan pembangunan komersial. Pembangunan mesti seimbang supaya rakyat ada bahagiannya dan tidak mejadi seperti melukut ditepi gantang !

Rafizi Ramli tokoh muda harapan bangsa Malaysia dan aset masa depan negara. Beliau berupaya mengupas punca kemelut negara dan ada formula  bagaimana mengatasinya.

MAKLUMAT LEBIH LANJUT SILA LAWATI  daulahrakyat.com

TPM tunai janji , lif baru Pangsapuri <b>Batu Uban</b> diganti baru <b>...</b>

Posted: 24 Feb 2013 10:33 AM PST


GEORGE TOWN – Lebih 1,500 penduduk di Pangsapuri Desa Riang, Batu Uban di sini menarik nafas lega apabila lif di pangsapuri itu yang rosak sejak April tahun lepas telah diganti dengan lif baharu.
Lif baharu itu diganti selepas Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan sebanyak RM600,000 untuk menggantikan dua buah lif di pangsapuri itu yang rosak.
Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN), Batu Uban, Goh Kheng Sneah berkata, sebagai permulaan, sebuah lif yang rosak itu telah diganti dengan lif baharu manakala sebuah lagi akan diganti baharu dalam masa terdekat.
Menurut beliau, peruntukan itu disalurkan berikutan rungutan penduduk yang mendakwa pihak pengurusan rumah pangsa itu gagal menyelesaikan masalah tersebut walaupun laporan telah dikemukakan sejak beberapa bulan lepas.
"Isu Pangsapuri Desa Riang ini mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika beliau mengadakan lawatan ke negeri ini tahun lepas melalui peruntukan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
"Kita harap menerusi peruntukan ini ia akan dapat meringankan masalah yang dihadapi penduduk," katanya kepada pemberita selepas merasmikan lif baharu di pangsapuri itu di sini semalam.
Turut hadir Ketua UMNO Bayan Baru, Datuk Abdul Rahim Saibu.
Sementara itu, beberapa penduduk yang ditemui gembira dengan peruntukan berkenaan dan berharap kerja-kerja menggantikan kedua-dua lif itu dapat dilakukan secepat mungkin.
Rubiah Dollah, 55, melahirkan rasa gembira apabila hasrat penduduk untuk mendapatkan kemudahan lif baharu di pangsapuri itu akhirnya tercapai.
"Apa yang kami perjuangkan selama ini sudah tercapai malah saya terharu kerana Kerajaan Pusat merealisasikan impian kami," katanya.
Menurut seorang lagi penduduk, Rosinah Saad, 44, dia sangat teruja apabila mendengar bahawa pangsapuri yang dihuninya sejak 20 tahun lalu itu mendapat perhatian Kerajaan Pusat.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0225&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2LsUK6pqr 
Hakcipta terpelihara 

Bekas ADUN <b>Batu Uban</b> gugur saman fitnah ABN News | BM

Posted: 20 May 2013 12:40 AM PDT

GEORGE TOWN – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, S. Raveen Tharan hari ini menarik balik saman fitnah RM10 juta terhadap seorang eksekutif bank selepas menerima permohonan maaf secara terbuka daripadanya di Mahkamah Tinggi di sini.

P. Raguram membacakan kenyataan permohonan maaf itu di hadapan Hakim Datuk Mohd Zaki Mohd Yassin.

Permohonan maaf itu berbunyi : "Saya dengan ini meminta maaf dan mengaku bahawa saya tidak berniat untuk membuat kenyataan bagi memburuk-burukkan Raveen, tetapi jika saya telah secara tidak sengaja merosakkan imej dan reputasi Raveen, maka saya menawarkan permohonan maaf saya dan menarik balik kenyataan saya."

Raguram diwakili peguam Shankar Raj dan R. Kumarandran.

Raveen telah memfailkan saman terhadap Raguram berikutan surat yang ditulisnya pada tahun 2010 yang mendakwa Raveen terlibat dalam salah laku seksual dan ia diedarkan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan anggota Exco kerajaan negeri.

Dalam saman itu, beliau menuntut ganti rugi RM10 juta kerana dakwaan itu telah merosakkan reputasi beliau yang ketika itu adalah seorang wakil rakyat.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Raveen memberitahu wartawan bahawa beliau hanya ingin menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Raguram untuk membersihkan nama baiknya.

"Saya bukan inginkan pampasan tetapi mahu membersihkan nama saya kerana surat itu telah memusnahkan reputasi saya terutamanya ketika itu saya masih seorang wakil rakyat apabila surat itu diedarkan," katanya. – Bernama

Sokongan Penubuhan Pusat e-komuniti <b>di Batu Uban</b>

Posted: 04 Oct 2010 03:21 AM PDT

PID dijemput untuk menyokong penubuhan e-Komuniti di Batu Uban yang mengsasarkan 10 biji komputer untuk kegunaan warga penduduk di Batu Uban. PID turut memberi penerangan manfaat dan kursus yang ditawarkan melalui PID.

Perancangan ini turut dihebahkan sempena dengan Program Komuniti Bandar Bersih dan Selamat (Cleaner Greener Penang) bersama Qariah Masjid & JKKK Batu Uban. Acara berlansung pada 2hb Oktober 2010 dari pukul 8 pagi sehingga 1 tengahari di Dataran Masjid Batu Uban.

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

09 di kepala batas - Google Blog Search

09 di kepala batas - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

09 di Batu maung - Google Blog Search

09 di Batu maung - Google Blog Search


Public safety issue at RAMP 2 of the <b>Batu Maung</b> Interchange of the <b>...</b>

Posted: 29 Oct 2013 08:12 PM PDT

Kuala Lumpur, 30 October 2013 – I refer to the letter written to the Editor published in Malaysia Edition on 28 October 2013 regarding a complaint from a concerned public using the road underneath Ramp 2 at the Batu Maung Interchange of the Second Penang Bridge project.

The road is part of the diversion that has been utilized by the public after the collapsed of the segment between Pier 6 and Pier 7 of Ramp 2 in June 2013. The traffic diversion is to provide access to the public to travel to and from George Town via Tun Dr. Lim Chong Eu Expressway. Since the incident where the ramp collapsed, JKSB has instructed all parties involved in the project to take extra safety measures especially when conducting works involving life traffic underneath the construction structures. To add to JKSB's seriousness in addressing the public safety concern, JKSB has introduced a policy of zero-incident where public safety is concerned.

The supervision of work for this interchange is under the responsibility of Arup Jururunding Sdn Bhd ("the Arup"), one of the most prominent engineering consultants in the country. In relation to the incident reported in the article, a proper traffic management scheme was in-place and this was confirmed by the Arup supervision team. The activity was carried out on Saturday, 26 October 2013 at around 6pm where traffic volume was low. Flagmen were stationed on site to instruct vehicles to stop as required when the installation of the parapets was being carried out.

Welding works was then carried out to temporarily fix the position of the parapets at the mid-location of the 1.5 meters wide precast parapet. Harmless flashes from the welding sparks can be seen through the 10mm gap in between the precast parapets, as noticed by the complainant. This standard operating procedure was followed during the said incident. The concern public was on site and has in fact followed the instruction from the flagman to stop his vehicle.

JKSB attends to public complaints seriously and strives to ensure that there is no compromise on poor public safety.

By  YBhg. Dato' Ir. Dr Mohamed Ismail bin Taib,

Managing Director of JKSB

09 di tanjung bungah - Google Blog Search

09 di tanjung bungah - Google Blog Search


rainbow paradise beach resort, <b>tanjung bungah</b>, penang.....

Posted: 06 Nov 2013 11:31 PM PST

Sempena cuti Deepavali dan Awal Muharam baru ni kami ambil kesempatan untuk bercuti di Penang selama 3 hari 2 malam. Satu perkara mengenai Penang, pergi banyak kalipun tak pernah jemu...kami memang suka sangat bercuti ke Pulau Mutiara ini.....tak pernah mengecewakan....macam-macam ada....bulan March hari tu kami baru jer ke SINI....tahun lepas pun kami ke SINI...setiap kali pergi mesti akan cuba tempat yang baru...termasuk la tempat penginapan....yang terkini kami menginap di Rainbow Paradise Beach Resort, Tanjong Bungah, Penang. Dahulu hotel ini dikenali dengan nama Sandy Paradise Beach Resort..lokasi amat mudah di cari...tepi jalan besar....kalau datang dari jambatan Pulau Pinang ikut jer signboard menuju ke Tanjung Bungah...sama jalan nak ke Batu Feringhi....hotel terletak sebelah kanan....akan jumpa Four Point Hotel dulu....depan sikit dah nampak Rainbow Paradise yang bersebelahan dengan Flamingo Hotel. Dari jauhpun dah nampak logo hotel gambar pelangi....

Ini gambar hotel dari tepi pantai....
Reception yang luas......cuti panjangkan...kami sampai pukul 1 tengahari dah ramai yang check in...sajer jer cek in....ingat tak dapat kunci sebab kalau ikutkan check in pukul 3...tak sangka dapat kunci terus.....:))

Ruang lobby yang luas....tak ada gambar la plak....tengok gambar tangga jer la yerrr....huhuhu...
ini la bilik kami......:))
Bilik agak luas...memang selesa...
Tea & Coffee complimentary

Mini pantry....ada mini bar ..safety box...standard basic semua ada....

Toilet. yang selesa....hair dryer pun ada.....

Ruang balkoni.....tempat lepak-lepak tengok laut yang luas....

View dari balkoni...cantik sangat pada waktu malam.....

Swimming pool yang besar....ada swimming khas untuk kanak-kanak sebelah situ..... 

sempat berendam sekejap.....:))

Oleh kerana hotel penuh dengan pengunjung ruang parkir kereta memang jadi masalah utama....untuk malam pertama kami menginap di sini kami decide dinner kat hotel jer....bukannya apa...takut keluar kereta nanti balik dah tak ada tempat nak masuk....ingatkan kami jer fikir macam tu...rupanya ramai yang tak keluar juga....bila kami sampai dah penuh dengan pengunjung....terpaksa kami duduk makan di luar...not bad...fresh air....:))
Menu utama dinner BBQ....not bad....kami dapat discount 20% as in house guest...:))
Lamb Chop....1st choice...very tender.....:))

Satay....ikan bakar......

Fried rice....beef sizzling....mix vegi....

nak makan mesti happy.....hihihihi.....

Layan seafood plak.......
Seafood soup.....not bad...rasa macam makan sharkfin soup...






Dessert corner.....tak banyak sangat pilihan....


Pagi kami breakfast di hotel juga....memang dah termasuk dalam harga bilik....

Nasi lemak pantang jumpakan....tapi aku pelik sebab dalam nasi lemak ada kulit kayu manis....buah pelaga....bunga lawang...memang pelik rasanya.....
Fried rice and mee goreng....nothing special

bee hoon tomyam.....boleh laaa...
Hari kedua kami breakfast di sini tiba-tiba terdengar orang menjerit-jerit....ingatkan apa....rupanya ada sorang tetamu ni yang menjerit-jerit kat staff hotel sebab pinggan tak ada......semua tetamu hotel terhenti makan sekejap termasuk la mat/minah salleh coz dia menjerit in english...hi yaaa anne.......cuti panjang ...hotel ramai orang maaa......kena sabar la kan.....mana-mana hotelpun kalau time "peak season" memang coffee house penuh maaa.......memang la pinggan yang disediakan cepat habis kerana orang terlalu ramai tapi tak lama lepas tu pihak hotel dah sediakan semula..... sabarrrr.....

lepas breakfast mulakan aktiviti luar.....
Keseluruhan hotel ini tidak akan mengecewakan anda...memang seronok cuma menu breakfast dia kureng sikit....kalau ikut selera aku la....pantai pun cantik....banyak aktiviti ada....tak berbatu....yes.....kami enjoy menginap di sini!!!!