Pada 22 disember 2013, bertempat di FAREEDA, Permatang Pauh,Pulau Pinang,macik dan segerombolan housemate macik yang bersemangat waja telah pun hadir ke mejelis Fizo Omar dan Mawar ( FAREEDA ).
Pagi-pagi lagi dah standby mandi dan bersiap bagai, konon nak pegi pukul 9.30 pagi ( mejelis start pukul 12pm ), tapi alih-alih gerak pukul 10++am camtu. Sebab tunggu yang lain bersiap. Dengan jeans nya macik konpiden pergi ke mejelis/kenduri meraikan menantu tu. hehehe.
Perasaan? Opkos macik ragu-ragu pada mulanya,sebab kiteorang datang awal. Before pukul 11am kiteorang dah parking kat perkarangan rumah pengantin. Nasib baik ade parking,noq! Tu pun macik parking kat belakang kedai makan orang.Macik tak konpiden nak parking kat tepi jalan,takut ape-ape jadi,sebab macik gigih nak tengok Fizo Omar secara live. Wkwkwkwkwk.
nah,macik nak kongsi banyak gambar, hasil penyelidikan macik kat kenduri depa hari tu. spesel dari talipon blekberi macik yang tak berapa nak best kualiti gambarnya. selalu tengok Fizo dalam tv ngana fb je kan. hari Ahad tu, dapat tengok secara percuma dan live dengan bijik mata sendiri. wah kah kah! betapa.. urghh.. indahnya ciptaan Allah. SubhanAllah. sampai lupa nak rakam dia, pastu dah tampar pipi sendiri, baru sedar realiti sebenar yang macik ni datang kenduri KAWEN dia, bukan tengok dia shooting scene kawen-kawen. Wkwkwkwkwkwk.
*menanti dipagar rumah macam paparazzi*
* pakaian kiteorang yang paling...sempoi kot..tak malu..haha!*
* antara brother yang bawak big bike. siap tolong tolak dan tarik lagi.beso naww*
* apa macam? dia toleh tu. oh Fizo Omar!*
* ni gambar/ banner kat area tetamu amik makanan.makanan boleh tahan der*
* untuk mencapai ke tahap sini, macik terpaksa menahan onak duri manusia yang ramai.uii*
* wah,macik dah sampai depan dah ni.*
*masa ni macik pegi depan tu, tapi dengan mission nak dapatkan goodie bag je.haha! *
* nampak tak banner besaww tu? senang dan mudah untuk detect rumah pengantin *
*sempat lagi berkonvoi secara tak rasmi ngan abam big bike neh*
* ni goodie bags kami! yeay! *
*berpusu-pusu orang kat umah pengantin tuh.jenuh macik nak menyelit.haha*
*sampai luar umah penuh tu*
* ni video yang macik rakam.Mawar keluar dari rumah dan dapatkan suami beliau, En. Fizo*
* part ni la macik rasa bahagia kejap.sebab dapat tengok aktor ni secara dekat *
* ni lagi dekat.macik standby dekat pagar rumah depa.wakaka*
* trimas sebab pandang ke arah macik*
Macik balik dari kenduri tu pukul 12.30pm. puas hati sebab dapat tengok pengantin dan dapat goodie bags. oh,macik sempat tapau dadih. hahaha. sebab space untuk makan tak cukup.meja makan full,so makan kat rumah la jawabnya.