09 di Batu uban - Google Blog Search |
- Warta Masjid Jamek <b>Batu Uban</b> jadi bangunan bersejarah <b>...</b>
- BLOG PENANG: 09 <b>di Batu uban</b> - Google Blog Search
- Masjid jamek (Main mosque of) <b>Batu Uban</b> - seni lama melayu <b>...</b>
Warta Masjid Jamek <b>Batu Uban</b> jadi bangunan bersejarah <b>...</b> Posted: 10 Dec 2013 12:38 AM PST KERAJAAN Negeri wajar mewartakan Masjid Jamek Batu Uban yang dididikan pada tahun 1786 dan kini berusia kira-kira 227 tahun sebagai satu lagi produk warisan pelancongan bersekali dengan bangunan-bangunan bersejarah lain di George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung, Dr. T. Jayabalan (gambar) berkata, langkah mewartakan bangunan bersejarah itu akan mengayakan lagi produk pelancongan di negeri berkenaan. "Kita minta Pulau Pinang memasukkan itu (Masjid Jamek Batu Uban) sebagai bangunan warisan pelancongan kerana masjid itu berusia lebih 200 tahun," ujar Jayabalan semasa sesi perbahasan Bajet 2014 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, George Town pada petang tadi. Difahamkan, Profesor Dr. Ahmad Murad Merican daripada Universiti Petronas dekat Perak pernah menyatakan bahawa Batu Uban adalah pelabuhan yang pertama dibuka sebelum George Town. Dengan restu baginda Sultan Kedah Tuanku Muhamad Jiwa, Datuk Nakhoda Nan Intan membuka pulau ini 50 tahun sebelum kedatangan Kapten Francis Light pada tahun 1786. Masjid Jamik Batu Uban yang didirikan seawal tahun 1786 lagi serta masih boleh disaksikan sampai sekarang membuktikan bahawa bangunan bersejarah itu wajar dinilai sebagai produk pelancongan Kerajaan Negeri yang bernilai. Kedudukannya di antara Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dekat Bayan lepas dan George Town menjadikan kedudukan Masjid Jamik Batu Uban berada pada lokasi strategik untuk dikunjungi pelancong. Direkodkan, seramai 464,455 pelancong asing direkod masuk pada tahun 2008, 614,039 orang pada tahun 2012. Ini, menunjukkan peningkatan tahunan sebanyak 5.74 peratus dari tahun 2008 hingga tahun 2012. "Masjid Jamek Batu Uban ini di kedudukan strategik kerana berada di antara lapangan terbang dan George Town," ujar Jayabalan. Dijangkakan, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng sendiri akan memberi ulasan lanjut mengenai cadangan Jayabalan itu memandangkan Ketua Menteri itu mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Warisan. | ||||||
BLOG PENANG: 09 <b>di Batu uban</b> - Google Blog Search Posted: 28 Sep 2013 09:11 PM PDT Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| ||||||
Masjid jamek (Main mosque of) <b>Batu Uban</b> - seni lama melayu <b>...</b> Posted: 09 Jan 2014 06:10 PM PST Seterusnya saya ke Batu Uban lalu singgah di masjid lamanya. Next I went to Batu Uban and stopped by at its old mosque. Ia dikatakan dibuka 1734 menjadikannya masjid tertua di Pulau Pinang. It is said to have been opened 1734 making it the oldest mosque in Pulau Pinang. |
You are subscribed to email updates from di Batu uban - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen