09 di kepala batas - Google Blog Search |
Lebuh raya PLUS arah <b>Kepala Batas</b> sesak akibat lori terbabas <b>...</b> Posted: 20 Jan 2014 09:07 PM PST Butterworth: Laluan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala Kepala Batas di sini, mengalami kesesakan luar biasa sepanjang lebih tiga kilometer (km) berikutan lori terbabas berdekatan Plaza Tol Sungai Dua di sini, pagi tadi. Kemalangan berlaku selepas sebuah lori dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas dan melangar sebuah van, berlaku berhampiran Plaza Tol Sungai Dua, kira-kira jam 9.30 pagi tadi. Pengguna yang menggunakan laluan berkenaan terpaksa dilencongkan ke laluan lain berikutan kerja mengalihkan kedua-dua kenderaan terbabit dijalankan. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan pemandu lori serta van terbabit hanya mengalami kecederaan ringan. Jurucakap polis berkata, kedua-dua kenderaan terbabit dalam perjalanan menghantar barang masing-masing sebelum lori yang dipandu laju itu terbabas "Kemalangan itu berlaku di laluan paling kanan dan kita mengambil sedikit masa untuk mengalihkan lori dan van berkenaan. Trafik di laluan itu mulai lancar kira-kira jam 11.15 pagi tadi. |
You are subscribed to email updates from di kepala batas - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen