09 di permatang pauh - Google Blog Search |
Anwar dicalonkan <b>di</b> Kajang, UMNO <b>Permatang Pauh</b> pulak <b>...</b> Posted: 01 Feb 2014 12:30 AM PST Ini adalah ulasan oleh seorang Blogger Pro UMNO yang membidas UMNO Permatang Pauh kerana meroyan bila Anwar Ibrahim dinamakan sebagai calon untuk PRK DUN Kajang baru-baru ini.. Dalam satu sidang media baru-baru ini, Ketua Bahagian UMNO yang baru Mohd Zaidi Hj Mohd Said atau lebih dikenali dengan nama Cikgu Zaidi mengumumkan akan mendedahkan kepada semua pengundi di Kajang siapakah Anwar Ibrahim sebenarnya. Ini bertujuan untuk membantu menjana kemenangan bagi calon BN dalam PRK Kajang itu.. kononnya.. Bagi aku kenyataan media itu hanyalah satu kenyataan media golongan gila publisiti kerana jika perkara yang hendak didedahkan itu boleh mempengaruhi pengundi, ianya sepatutnya digunakan oleh UMNO untuk merampas Permatang Pauh. Malangnya... dipercayai kerana pendedahan mereka itu berdasarkan 'auta' bukannya 'fakta' mereka akan menggunakannya di Kajang untuk membohongi pengundi di sana. Kalau bukan 'auta' kenapa tidak didedahkan kepada pengundi di Permatang Pauh?.. takut pecah tembelang ke? Itu pendapat aku... dan ini pula pendapat seorang Blogger Pro UMNO mengenai sidang media UMNO Permatang Pauh itu.. Sehingga kini rakyat Marhean yang tinggal serta mengundi di Permatang Pauh membisu seribu bahasa. Mungkin dah mendapat azimat serta amanah dari langit Anwar akan membela rakyat didalam apa jua kesusahan yang mereka hadapi. MKP gelak sampai sakit perut bila yang memperjuangkan nasib orang melayu serta UMNO permatang pauh bersuara. Masih relevan lagikah UMNO disana. Rakyat memandang serta melihat apa saja yang dilakukan oleh pemimpin. Mendapat kepercayaan rakyat amat sukar sekali jika masih ditakuk lama dan tidak mahu berubah. Kalau dah berubah memang bagus. Menyakinkan Pengundi di Permatang Pauh diibaratkan bermimpin disiang hari. Kah..Kah.. Kah.. Tepat sekali bila MKP katakan "Menyakinkan Pengundi di Permatang Pauh diibaratkan bermimpin disiang hari.".. Lagi apa katanya bacalah di SINI Ini kenyataan Media dari sidang media itu.. panjang berjela tapi isinya hampas.. Keputusan ahli Parlimen Permatang Pauh , Dato Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding PRK DUN Kajang merupakan satu lagi 'perlekehan demokrasi' secara terang-terangan yang di tunjukkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat ini.Selepas Permatang Pauh , Penanti kini menjalar pula ke Kajang.Segala yang berlaku ini adalah semata-mata memenuhi nafsu serakah insan bernama Anwar Ibrahim yang tidak ada batas kepuasannya. Kesimpaulan dari kenyataan media ini ialah.. penulis kenyataan media itu jelas kurang cerdik kerana gagal membezakan tugas Ahli Parlimen dan ADUN.. |
You are subscribed to email updates from di permatang pauh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen