09 di balik pulau - Google Blog Search |
Warga Libya perkosa remaja 15 tahun <b>di Balik Pulau</b> | Pilihan Anda Posted: 30 Jan 2014 12:02 AM PST Desperado | 1/30/2014 | 1 comments BALIK PULAU: Seorang lelaki warga Libya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan merogol seorang remaja berusia 15 tahun di Bayan Lepas di sini, pada 21 Disember tahun lalu. Mahmoud M Mukhtar Bagaeigaa, 20, mengangguk tanda faham apabila pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa Inggeris. Dia dituduh merogol gadis bawah umur itu di padang permainan Taman Sri Nibong, Jalan Bukit Kecil 1, Bayan Lepas di sini pada 12.30 tengah malam. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Majistret Muhammad Najib Ismail tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 19 Mac untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Charanjit Singh manakala Mahmoud tidak diwakili peguam. - BERNAMA Category: JENAYAH ![]() PERINGATAN: |
You are subscribed to email updates from di balik pulau - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen