09 di Gelugor - Google Blog Search |
BLOG PENANG: 09 <b>di</b> tasek <b>gelugor</b> - Google Blog Search Posted: 19 Feb 2014 03:37 PM PST Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| |
Dr MiM: TERKINI ! PILIHANRAYA KECIL BUKIT <b>GELUGOR</b> <b>...</b> Posted: 20 Feb 2014 09:04 PM PST Sebelum ini, MiM telah menulis satu entri. Di antaranya : Rupa-rupanya, bukan Anwar Ibrahim sahaja yang berdepan dengan kes mahkamah di mana keputusan kes menentukan karier politiknya! Di bawah adalah laporan portal pembangkang : Karier ahli politik pembangkang veteran, Karpal Singh bergantung kepada pertuduhan jenayah minggu ini, selepas memenangi tiga pertuduhan sebelum ini dalam masa 40 tahun berkecimpung dalam politik. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan pada Jumaat sama ada ahli Parlimen Gelugor itu bersalah kerana menghasut, kesalahan yang boleh menyebabkan denda RM5,000, atau dipenjarakan selama tiga tahun jika didapati bersalah, dalam satu kes melibatkan Sultan Perak. Karpal didakwa kerana mengeluarkan kenyataan menghasut terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di firma guamannya di Jalan Pudu Lama, Kuala Lumpur pada 6 Februari, 2009. 103 laporan polis telah dibuat dari 7 Februari 2009 hingga 24 Februari 2009 di beberapa balai polis seluruh Semenanjung Malaysia yang kesemuanya menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Karpal Singh. Walau bagaimana pun, Karpal telah dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 11 Jun 2010 daripada tuduhan mengeluarkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak. Tetapi rayuan pendakwaan terhadap kes Karpal Singh DAP itu dibenarkan selepas itu dan panel sebulat suara membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan ahli politik DAP itu pada 11 Jun 2010.Anda baca analisis kes Karpal Singh : KLIK SINI Yang terbaru ialah keputusan Mahkamah Tinggi : Selepas lima tahun turun naik mahkamah, akhirnya Pengerusi DAP yang juga peguam terkenal Karpal Singh didapati bersalah atas tuduhan melafazkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah dalam penghakimannya, berkata pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Bagaimanapun, mahkamah menangguhkan hukuman dan mitigasi pada 7 Mac ini. seterusnya.Jika kes Karpal Singh DAP sudah sampai ke tahap rayuan Mahkamah Tinggi, apakah maksudnya sekarang? Jika kita rujuk Perlembagaan Persekutuan, wakil rakyat dibatalkan keahliannya jika didenda melebihi RM2,000 atau dipenjarakan melebihi satu tahun. Dan jika hukuman yang dijatuhkan kepada Karpal Singh melebihi RM2,000 atau lebih setahun penjara, maka kerusi parlimen Bukit Gelugor akan terpaksa dikosongkan oleh veteran tua DAP itu? Dan akan ada satu lagi pilihan raya kecil di parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang? Kita tunggu 7 Mac ini! |
You are subscribed to email updates from di Gelugor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen