di negeri pulau pinang - Google Blog Search |
Karpal akan dikebumi dengan penghormatan <b>negeri Pulau Pinang</b> Posted: 17 Apr 2014 04:57 PM PDT Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mempengerusikan sidang akhbar ringkas di rumah mendiang Karpal Singh di Jalan Utama, Pulau Pinang. Bendera Pulau Pinang akan dikibarkan separuh tiang sehingga selesai majlis pengebumiannya pada Ahad ini. Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, bendera juga akan menutupi keranda Karpal. "Kita tidak boleh mengadakan pengebumian negeri kerana itu di bawah bidang kuasa persekutuan jadi kami hanya boleh memberi mendiang upacara pengkebumian dengan penghormatan negeri," kata Lim pada satu sidang media ringkas di rumah Karpal di Jalan Utama petang ini. Orang ramai katanya, juga akan dapat memberi penghormatan terakhir kepada Karpal di Dewan Sri Pinang pada pagi Ahad bermula jam 9:00 pagi hingga 11:00 pagi. Lim berkata hal ini diputuskan oleh exco kerajaan negeri dan dipersetujui oleh keluarga Karpal. Karpal, bekas pengerusi kebangsaan DAP yang dihormati dan diberi jolokan "Harimau Jelutong"' meninggal dunia dalam kemalangan kereta awal pagi ini di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Kampar, Perak. Beliau ketika itu sedang dalam perjalanan ke Pulau Pinang dari Kuala Lumpur bagi menghadiri perbicaraan kes bunuh di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang apabila keretanya melanggar sebuah lori. Beliau meninggal dunia di tempat kejadian. Pembantunya, Michael Cornelius Selvam Vellu juga meninggal dunia manakala anak Karpal, Ramkarpal dan pemandu mengalami kecederaan ringan. Mayat Karpal akan dibakar mengikut adat Sikh pada pukul 11 pagi Ahad di krematorium Batu Tergantung. Anak-anaknya, Ahli Exco Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo dan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana memberikan kepujian negeri kepada bapa mereka. "Saya amat yakin dia akan sangat bangga menjadi anak Pulau Pinang dan dianugerahkan penghormatan negeri," kata Jagdeep. Mereka juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai dan pemimpin politik di atas simpati dan ucapan takziah mereka. Mayat Karpal tiba di rumahnya di Pulau Pinang kira-kira jam 3:35 petang hari ini dari Ipoh. |
You are subscribed to email updates from di negeri pulau pinang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen