Selasa, 3 Jun 2014

09 di jelutong - Google Blog Search

09 di jelutong - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di jelutong</b> - Google Blog Search

Posted: 15 May 2014 03:25 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di jelutong</b> - Google Blog Search

Posted: 11 May 2014 03:15 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di jelutong</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Apr 2014 03:24 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Ngauman terakhir Harimau <b>Jelutong di</b> Parlimen <b>...</b> - Rakyat Marhaen

Posted: 18 Apr 2014 01:54 AM PDT

Karpal Singh dikenali kerana ucapan berapi-apinya di Dewan Rakyat sehingga membuatkannya digelar "Harimau Jelutong".

Malah, dalam penampilan terakhirnya di Parlimen, veteran politik 74 tahun itu nyata tidak mengecewakan walau berucap daripada atas kerusi roda.

"Ikut apa yang ada dalam perlembagaan. Undang-undang yang utama dalam negara ini bukan standing order. Standing order boleh disuspend-kan. Ada peruntukan. Boleh menggunakan budi bicara. Kenapa Tuan Yang di-Pertua tidak mahu menggunakan budi bicara itu?

"Ini kali yang kedua di mana kelakuan hakim-hakim ada disebut dalam Dewan yang mulia ini. I, dengan izin to move on similar motion against the chief justice, the former Chief Justice Tan Sri Zaki. Nothing happen.

"Kenapa? Adakah dewan ini takut daripada hakim-hakim? Tidak berani untuk berbahas kelakuan hakim-hakim? So apa yang saya nyatakan tadi Tuan Yang di-Pertua? Jangan main-main, jangan," katanya.


Perkara itu antara 'ngamaun' terakhir Karpal pada 10 April lalu – 36 tahun selepas beliau kali pertama melangkah ke Parlimen untuk kali pertama sebagai anggota Parlimen Jelutong.

Karpal mencelah terhadap keputusan speaker menghalau Azli Ali (PKR-Gombak) dab Hanipa Maidin (PAS-Sepang) daripada dewan, ekoran usul berhubung hakim Mahkamah Rayuan.

BLOG PENANG: 09 <b>di jelutong</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Mar 2014 03:05 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di jelutong</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Mar 2014 03:11 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

UMNO <b>Jelutong</b> dakwa kain rentang berbaur provokasi kalimah <b>...</b>

Posted: 26 Jan 2014 02:17 AM PST

GEORGE TOWN – Pemuda UMNO Bahagian Jelutong mendakwa kain rentang berbaur provokasi berhubung kalimah Allah digantung di perkarangan beberapa buah gereja dan sebuah perhentian bas di sekitar Pulau Pinang awal hari ini.

Ketuanya Jasmin Noordin berkata, perbuatan itu bukan dilakukan oleh pihak gereja tetapi sebaliknya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Saya percaya ada pihak tertentu yang sengaja hendak membuat provokasi supaya rusuhan kaum berlaku di Malaysia dengan menggantung kain rentang sedemikian," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.

Difahamkan, kain rentang terbabit dengan jelas tertera ungkapan 'Allah Is Great' (Allah Maha Besar) dan "Jesus is the son of Allah' (Jesus anak lelaki Allah) dipercayai digantung di lima kawasan di sekitar negeri ini.

Jasmin berkata, pihaknya akan membuat polis terhadap perbuatan itu yang dipercayai dilakukan pada tengah malam tadi.

Katanya, beliau berjaya menurunkan kain rentang berkenaan yang terdapat di Gereja St John Britto, di Sungai Pinang kerana perbuatan sedemikian akan menghancurkan keharmonian di negara ini.

"Saya percaya kain rentang berbaur provokasi ini digantung di perkarangan lima buah gereja di negeri ini," katanya.

Tinjauan di sekitar kawasan berkenaan mendapati kain-kain rentang berkenaan telah diturunkan dan difahamkan hampir 100 penduduk Kampung Rawa, Sungai Pinang di sini berkumpul untuk melihat kain rentang terbabit sebelum ia diturunkan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Penguna dan Hal Ehwal Agama Islam Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata beliau tidak menerima sebarang aduan berhubung perkara itu sehingga dimaklumkan oleh pihak media.

"Saya baru dapat tahu perkara tersebut dan satu siasatan segera akan dilakukan sebelum perkara yang tidak diingini berlaku," katanya. – Bernama

BLOG PENANG: 09 <b>di jelutong</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Apr 2014 03:25 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

60 minit bersama &#39;Harimau <b>Jelutong</b>&#39; | roketkini.com

Posted: 29 Mar 2014 12:17 AM PDT

11 Mac lalu, Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman denda RM4,000 kepada Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh, berikutan kenyataannya dalam isu rampasan kuasa kerajaan Pakatan di Perak pada 2009.

Wartawan yang tidak sempat masuk ke kamar mahkamah sabar menunggu di luar seawal jam 9.30 pagi. Kira-kira jam 1 tengah hari, beliau keluar daripada kamar, disambut jambangan bunga dan 'flash' kamera bertalu-talu. Antara kata-kata yang pertama keluar daripada mulutnya adalah:

"Saya hanya laksanakan amanah rakyat". Dan oleh kerana amanah itu, beliau menerima hukuman denda RM4,000 dan mungkin hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.

Kata-kata yang sama turut diungkapnya ketika sesi wawancara bersama wartawan Roketkini, Aedi Asri.

Hukuman seperti gantung orang tidak berdosa: Harimau Jelutong

WIRA8926Tepat jam 5.00 petang, kami sampai ke firmanya yang masih sibuk dengan pelanggan yang duduk menunggu giliran di bangku panjang. Ada pasangan berusia 50-an, juga wanita muda, seorang diri – suasana seperti dalam klinik. Kami segera ke pejabatnya di tingkat satu.

Memahami kesibukannya sebagai peguam dan ahli politik (sebelah malam, beliau perlu hadir mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat di Ibu Pejabat DAP) dan peguam, kami segera memulakan wawancara, tentunya mengenai kes mahkamahnya dan Akta Hasutan 1948.

Walaupun pada ketika itu hukuman belum dijatuhkan, beliau dengan tegas mempertahankan kenyataannya itu. Namun, pada masa sama tidak dapat mengelak daripada rasa dizalimi sistem di mana dirinya adalah 'operator' di dalamnya – sebagai peguam.

"Tentunya," katanya berhubung kesediaan untuk ke penjara. "Walaupun saya pasti apa saya katakan itu tidak punya asas langsung untuk dakwaan. Saya cuma kata Sultan Perak boleh disaman. Pada 1993, satu mahkamah khas ditubuhkan untuk Sultan dan Raja. Jadi, apa masalahnya (dengan kenyataan itu)?

"Ditimpa ketidakadilan adalah sesuatu yang teruk. Anda tahu tiada asas, namun tetap dihukum salah – seperti gantung seorang yang tidak berdosa.

"Ia berbeza jika anda melakukannya dan terpaksa berhadapan dengan akibat, namun jika sebaliknya, dan pemerintah tetap mahu anda dihukum – adakah itu undang-undang?". Ada bayang sinis dalam nadanya, mungkin sudah lali dengan kebobrokan sistem di Malaysia.

Lagipun, selaku ahli politik yang lama bergelut dengan kezaliman regim BN, yang tidak berfikir dua kali untuk melakukan apa sahaja demi mengekalkan kuasa, tentulah satu keputusan mahkamah tidak akan mengurangkan tekadnya.

"Ia mudah sahaja – sebaik anda memilih jalan ini dan menyertai peperangan, anda mesti bersedia untuk menghadapi akibat. Saya adalah Ahli Parlimen, dipilih rakyat dan itu hanyalah tugas saya untuk menjadi suara mereka.

"Ia akan jadi hari yang menyedihkan untuk DAP, jika kami takut untuk bersuara agar tidak ditimpa 'masalah'. Ia tidak memberi keuntungan kepada parti, dan negara ini," sambungnya.

WIRA9017Akta kuno dari England

Karpal bukanlah ahli politik pertama yang disabitkan mengikut akta yang disifatkannya sebagai kuno itu.

Akta itu diimport dari England ketika penjajahan British untuk menyekat asakan golongan radikal seperti Ahmad Boestamam, yang dipenjara tujuh tahun tanpa perbicaraan.

Dan nampaknya bukan yang terakhir juga, kerana janji Perdana Menteri untuk memansuhkannya pada 11 Julai 2012 sehingga kini hanya tinggal kata-kata.

Malah, jika ia benar-benar dimansuhkan, apa jaminan penggantinya, Akta Keharmonian Sosial tidak mengandungi ciri-ciri diktator yang sama – seperti Akta Keselamatan (langkah-langkah Khas) atau SOSMA yang menggantikan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA).

Sebab itu, bagi Karpal, Akta Hasutan lebih baik dikuburkan terus, tanpa perlu diganti.

"Dengan hadirnya demokrasi, seterusnya kemerdekaan, ia seharusnya sudah tamat. Ini undang-undang 66 tahun yang lalu. Sudah lama!

"Kita tak perlukan akta baru. Mansuhkan, habis cerita. Kanun Keseksaan ada peruntukan yang cukup untuk menjaga ketenteraman awam. Semuanya tersedia di dalamnya.

"Kita langsung tidak perlukannya."

13 Mei sebagai pencetus

Rehat sekejap. Jurukamera minta pembantu Karpal, Michael mengalihkan sedikit kedudukan beliau untuk pencahayaan. Videographer pula membetulkan pembesar suara yang terlekat di baju.

Meskipun terpaksa menggunakan kerusi roda selepas kemalangan pada 2005, presence 'Harimau Jelutong' ini tidak berkurang, bicaranya yang kadang-kadang sukar ditangkap, tetap ada vitality sendiri.

Karpal mendapat gelaran 'harimau' itu selepas menjadi Ahli Parlimen selama lima penggal di sana.

Selepas selesai kerja jurukamera dan videographer, kami kembali ke tempat masing-masing. Rasa gementar untuk berhadapan sosok ini awal tadi mula berkurang. Lebih 40 tahun dalam kancah ini, 'Karpal Singh' sudah menjadi institusi.

Sebagai peguam muda, beliau menganggap undang-undang dan politik sebagai saling melengkapi. Peristiwa 13 Mei menjadi titik akhir baginya untuk terjun ke gelora politik ini sepenuhnya, dengan satu tujuan – agar ia tidak berulang lagi.

"Selepas 13 Mei 1969, saya rasakan perlu sertai parti pelbagai kaum, untuk pastikan apa yang terjadi, tidak akan berulang kembali. Saya memohon untuk masuk DAP pada akhir 1969 dan kekal di dalamnya sehingga kini."

Sehingga kini – di sebalik suara-suara – rakan atau lawan – yang memintanya bersara untuk memberi laluan kepada golongan muda.

Untuk itu, beliau ada jawapan sendiri. "Saya ingin teruskan selagi saya mampu, selagi kesihatan mengizinkan. Saya masih fikir boleh beri sumbangan, namun ada pihak di luar sana yang merasakan sudah tiba masanya saya berhenti menyumbang."

WIRA8953Jatuh bangun DAP bersama pembangkang

Beliau sangat komited dengan dasar dan ideologi parti, iaitu demokrasi sosial. Pada masa sama, kuat mendukung kerjasama parti pembangkang walaupun miliki jurang ideologi yang cukup besar, terutama PAS.

Beliau menyaksikan bagaimana kerjasama dengan parti pembangkang lain merugikan DAP, seperti pada Pilihan Raya Umum 1999. "Kubu-kubu DAP runtuh seperti 'house of cards'," katanya menjelaskan prestasi buruk DAP ketika itu.

Pada 2008, sejarah dicipta apabila buat pertama kalinya, majoriti dua per tiga yang seakan menjadi hak BN berjaya dinafikan, dan lima negeri ditadbir Pakatan Rakyat. Mula ada usaha untuk menjadikan Pakatan Rakyat sebagai gabungan yang sah, sebagaimana BN dengan 14 parti komponennya.

Beliau bagaimanapun tidak terlalu bimbang dengan koalisi secara formal, apatah lagi penggabungan antara parti. "Perlu lebih kepada isinya, bukan label," katanya.

Apa yang penting, katanya lagi, adalah usaha bagi mengeratkan lagi kerjasama antara parti, kerana itu sahaja yang mampu menggugat hegemoni BN. "Lebih luas kerjasama, lebih baik hasilnya. Ia dibuktikan sepanjang 15 tahun ini."

"Kenapa kita tidak teruskan sahaja, bukankah ia baik untuk semua parti?" katanya lagi. – Roketkini.com

BLOG PENANG: 09 <b>di jelutong</b> - Google Blog Search

Posted: 16 May 2014 03:24 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

MommY NayLi: Roti Nan Cheese + Satay sodap <b>di</b> bkt <b>jelutong</b>

Posted: 30 Apr 2014 08:30 AM PDT

Salam .....

Mlm nie mommy & daddy nayli dating mkn roti nan cheese gebu + satay daging sodap....

Mmg x menoleh mkn menikmati kesedapannya.... kedai nie kira mamak la nama kedainya MMZ Restoran terletak di bukit jelutong dkt jer dgn space u8 tue.....sekali pekena pasti dtg lagi kata ko.....

Ape lagi jom la beramai2 serbu ini kodai bab kata org nogori.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan