Jumaat, 24 Januari 2014

09 di kepala batas - Google Blog Search

09 di kepala batas - Google Blog Search


UMNO <b>Kepala Batas</b> gesa tindakan tegas isu persenda Agong | The <b>...</b>

Posted: 22 Jan 2014 12:18 AM PST

KEPALA BATAS, 22 Jan: Umno Bahagian Kepala Batas dan lima Badan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis bagi meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pihak yang mempersenda titah Yang di-Pertuan Agong berhubung hak eksklusif penggunaan kalimah Allah untuk penganut agama Islam.

Menurut Bernama, Setiausaha Umno Bahagian Kepala Batas Datuk Ahmad Darus berkata kenyataan peguam Edmund Bon yang mempersoal kuasa Yang di-Pertuan Agong bersifat menghina Seri Paduka dan boleh menimbulkan perasaan tidak menghormati Institusi Raja-Raja Melayu dan agama Islam sebagai agama persekutuan.

Beliau berkata kenyataan peguam itu dalam laman sosial facebook telah digunakan pengamal laman sosial yang lain untuk menghasut rakyat supaya membenci dan tidak menghormati Seri Paduka.

"Sehubungan itu, Umno Kepala Batas bersama lima NGO hari ini mahu polis mengambil tindakan tegas terhadap peguam berkenaan kerana kenyataannya boleh disalah anggap oleh rakyat untuk tidak menghormati Agong sebagai Ketua Negara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sini hari ini.

Lima NGO yang turut membuat laporan polis ialah Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia Pulau Pinang (Mapim), Alumni Belia 4B Pulau Pinang, Majlis Belia Daerah SPU dan Kelab Warisan Pulau Pinang (Keris).

Ahmad berkata pihaknya juga mahu polis mengambil tindakan termasuk menggunakan Akta Hasutan 1948 terhadap pemilik laman sosial 'Rejimen Anarki' yang dilihat menghasut rakyat supaya membenci institusi Raja-Raja Melayu.

"Kita bimbang jika perkara ini tidak dibendung akan timbul insiden yang tidak diingini seperti ketegangan dan pergaduhan antara kaum," katanya.

09 di Batu kawan - Google Blog Search

09 di Batu kawan - Google Blog Search


Unit terakhir Honda EX5 Dream 100 dikeluarkan dari kilang Boon <b>...</b>

Posted: 02 Jan 2014 12:48 AM PST


Tanggal 28 Disember 2013 yang lalu sekali lagi mencatat sejarah tersendiri buat motosikal kapcai paling popular di Malaysia, apabila unit terakhir model Honda EX5 Dream 100 dikeluarkan dari kilang Boon Siew Honda di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Pengeluaran terakhir Honda EX5 Dream 100 Unit terakhir Honda EX5 Dream 100 dikeluarkan dari kilang Boon Siew Honda di Batu Kawan, Pulau Pinang

Peristiwa bersejarah itu merupakan susulan daripada pengumuman Boon Siew Honda sebelum ini bahawa mereka akan memberhentikan pengeluaran Honda EX5 Dream, juga dikenali dengan nama kodnya C100B dan C100MB, setelah berada di pasaran selama 26 tahun.

Unit terakhir Honda EX5 Dream 100 tampil dalam warna merah, dengan memegang angka pengeluaran terakhir yang bernombor 2,051,530. 'Raja Kapcai Malaysia' itu kini digantikan dengan Honda EX5 Dream 110 yang baru sahaja dilancarkan dalam bulan Julai tahun ini.

Menurut Boon Siew Honda, model terbaharu Honda EX5 Dream 110 dilengkapi dengan ciri-ciri yang dipertingkatkan seperti enjin 110cc Standard Euro 2 yang menjanjikan peningkatan prestasi sebanyak 11% dengan kecekapan bahan api 53.6km/l.

Selain itu, ia juga mempunyai tangki minyak 4 liter yang lebih besar, tayar serta tempat duduk yang lebih lebar, dan juga suspensi yang lebih lasak bagi memenuhi keperluan pelanggan untuk tahap kemampuan, keselesaan dan kelasakan yang unggul.

09 di balik pulau - Google Blog Search

09 di balik pulau - Google Blog Search


Pekena Laksa Janggus <b>di Balik Pulau</b> | BLOG JAAKECHIK.COM

Posted: 21 Jan 2014 05:01 PM PST

Selepas selesai pendaftaran kehadiran PJJ semalam aku balik ke bilik then taip blog untuk entry INI, kemudian aku terus terbongkang tido... lama aihh... asar baru bangun... hahahaha....
Kul 6.30 ptg adik ipar jaa call cakap nak ajak jaa gi pekena Laksa Janggus di Balik Pulau... ingat gak diorang apa yg jaa jaa request sebelum datang hari tu... hehehe...
Lama dah haih jaa berhasrat nak kesana, cuma belum tercapai.... :)
Benornya adik ipar jaa pun tak penah mai sini... tapi dah dia kesian kan aku yang preggy dua bulan mengidam, so depa bawak kan aku ke mari. hewhewhew. datang sini pun guna GPS tau... coz diorang pun tak kenal tempat ni...
Ini pandangan dari luar kedai tersebut


Yang kiri dan kanan tu adik ipar jaa.. yg tengah tu my biras! jaa datang sini berlima bersama si baby fahmi... biras jaa yg sorang lagi takde dalam ni... coz terselindung di blkg.... adik ipar jaa ni dedua duk di Penang.
Itu yang heppy sgt jaa sekarang nih. nak gi memana ada jer sudi bawakkan... kat sini diorang beri layanan first class. jaa di layan bagai puteri... ohhh terharu betoi laa.... 
Masing2 berebut nak suruh jaa tido di rumah mereka! bab makan lak usah cerita... ramai yang nak payungkan.... ermmm syukur alhamdulillah... jimat duit aku... kahkahkah...

Kat sini kena layan diri... masa jaa tanya apa yang best, diorang suggestkan Laksa dan Bihun Th'ng. cara sebut nama menu ni (Th'ng) ialah dengan cara menyebut awalan kepada "Tengkuk".

Semangkuk Th'ng ialah RM3.50. kitorang order 2 mangkuk... makanan ni ala-ala chinese food... Th'ng itu ialah sambalnya (di campur dalam bihun/mee). sedikit pedas dan manis2.. :)
Tapi sayang gambar lupa nak snap!

Jaa pulak makan laksa special. harga RM4.00 semangkuk. laksa biasa RM3.00. bezanya ialah saiz mangkuk tersebut. dan komen jaa untuk laksa ini adalah.... rasanya hanyalah sedang-sedang sahaja... idok ler sedappp melambunggg or meletoppp letopp...

Just nice!

09 di Gelugor - Google Blog Search

09 di Gelugor - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di</b> tasek <b>gelugor</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Jan 2014 03:13 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Warga Myanmar ditemui mati dihentak tukul <b>di Tasek Gelugor</b> <b>...</b>

Posted: 02 Dec 2013 04:03 AM PST

GEORGETOWN: Seorang lelaki warga Myanmar ditemui mati di dalam sebuah rumah di Kampung Selamat, Tasek Gelugor dekat sini dipercayai dihentak dengan tukul besi awal hari ini. …read more

Berita Penuh: Utama Berita Harian